Pahang Daily Online |
- Berita Terkini Daripada Berbagai Sumber Media
- Cyanide: Mahkamah Rayuan Putrajaya Putuskan Penduduk Buki Koman Raub 'Tidak Boleh' Cabar Keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
- Terkini: Pengerusi SPR Nafi Penduduk Tetap (PR) Di Daftar Sebagai Pengundi, Jatuhkan Kesilapan Atas Kecuaian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 1 Ogos 2011
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 1 Ogos 2011
| Berita Terkini Daripada Berbagai Sumber Media Posted: 03 Aug 2011 03:40 AM PDT
FAM Bersedia Mengkaji Lantik Pengarah Tektikal
Permohonan Anwar Panggil Najib Di Putus Isnin KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 orang saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk dibawa ke mahkamah bagi ditemubual dibenar atau pun sebaliknya. [Berita yang dipaparkan disini adalah dipetik dari berbagai sumber media. Ada diantara artikel yang dipaparkan telah disunting tanpa mengubah motifnya untuk disesuaikan pada ruangan yang telah disediakan. Semoga dengan paparan maklumat di sini akan memudahkan semua pihak mendapatkan maklumat lebih cepat, pantas dan terkini. Harap Maklum]. |
| Posted: 03 Aug 2011 01:22 AM PDT
[Keputusann ini sudah pasti amat mengecewakan para penduduk di Bukit Koman, Raub sebenarnya. Tambahan pula, mutakhir ini ada diantara mereka sudah mula mengalami berbagai jenis penyakit misteri yang dipercayai berpunca daripada penggunaan Cyanide di Lombong Emas milik Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd. Dengan keputusan ini juga, maka mereka terpaksa berserah kepada takdir dan menanggung risiko sampai bila-bila selagi lombong tersebut beroperasi di kawasan mereka. Persoalannya, kenapa nasib para penduduk terbabit tidak dibela oleh pemimpin kerajaan UMNO BN yang kononnya melaungkan slogan "rakyat didahulukan" itu agaknya. Kini kepada siapa lagi mereka boleh mengadu nasib. Jalan terakhir ialah memastikan BN tumbang dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harus diingat, Ahli Parlimen Raub ialah Menteri Pelancongan iaitu Ng.Yen Yen. Masa untuk berubah kini sudah pun tiba!]. |
| Posted: 02 Aug 2011 07:06 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan Penduduk Tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz. Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi. "PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya. Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu. "Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya. Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudian 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online Jabatan Pendaftaran Negara.[Persoalannya yang timbul, jika benar JPB lakukan kesilapan kenapa boleh bertukar daripada MyPR kepada MyKad dalam masa beberapa jam sahaja. Malah, kenapa dalam daftar pemilih SPR beliau layak mengundi. Sebenarnya "kod 71" untuk PR ini memang banyak terdapat dalam daftar pemilih SPR. Sebelum ini ia dijumpai di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Taraf PR menyebabkan pihak terbabit mengadakan usahasama pula dengan JPN untuk membolehkan penduduk tetap atau warga asing didaftarkan sebagai warganegara dengan memiliki kad pengenalan biru. Ini berlaku dan bukan sesuatu yan direka-reka sebenarnya. Di Pekan, memang sudah panas kedengaran berkenaan warga Kemboja dan Myanmar yang kini memiliki IC Biru dan mereka layak mengundi. Tinjauan rambang boleh dilakukan di kawasan Merchong, Sg.Miang, Tanjung Agas dan banyak lagi. Soalnya kenapa ini berlaku, apakah ia satu kesilapan atau memang strategi SPR dan JPN untuk memastikan kemenangan PM Najib Razak selepas dikejutkan pada PRU-10 dulu?. Inilah yang perlu diakui oleh SPR, bukannya dengan menuding jari kepada pihak lain. SPR sekarang gemar benar memberi berbagai-bagai alasan untuk menutup kelemahan mereka itu sebenarnya]. |
| Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 02 Aug 2011 04:36 PM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat aktiviti berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Harap Maklum 50 Penduduk Minta Segerakan Projek Perumahan ROMPIN – Lebih 50 penduduk di Kampung Tekek, Pulau Tioman, di sini meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan projek perumahan untuk membolehkan mereka mendiami kediaman lebih selesa. Ia berikutan kawasan rumah yang mereka diami sejak berpuluh-puluh tahun dahulu semakin padat dengan penduduk dan keadaan persekitaran kampung itu juga tidak ubah seperti kawasan setinggan. Mereka mendakwa sebahagian tanah milik mereka diambil kerajaan untuk membina sekolah dan dijadikan kawasan pelancongan bagi merancakkan ekonomi penduduk di pulau peranginan itu. Bagaimanapun, penduduk khususnya generasi kedua dan ketiga di kampung itu masih berharap supaya kerajaan menyediakan projek perumahan bersesuaian di kawasan mereka demi masa depan yang lebih terjamin. Seorang penduduk, Basrul Iswan Mat Badal, 24, berkata, dia terpaksa tinggal bersama ibu bapanya memandangkan kawasan itu sempit dan terhad akibat ketiadaan projek perumahan. Basrul Iswan berkata, kebanyakan generasi kedua yang sudah berkahwin juga terpaksa berhijrah ke darat dan meninggalkan kehidupan di pulau peranginan itu akibat ruang tanah terhad. "Kawasan ini tidak ubah seperti kawasan setinggan kerana kami terpaksa hidup dalam keadaan ruang rumah yang sempit dengan dipenuhi rumah penduduk lain walaupun tanah ini adalah kepunyaan kami," katanya. Basrul Iswan berkata, penduduk tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan yang dirancang dan akan dilaksanakan di kawasan itu, tetapi berharap isu perumahan penduduk di pulau itu perlu diselesaikan segera. sumberTolak Dakyah Cuba Rosakkan Perpaduan Rakyat
Suami Isteri Di Antara Yang Di Tahan Edar Dadah
Lagi Suami Isteri Di Tahan Kerana Edar Dadah Tohmahan Kerajaan Negeri Bankrap Tidak Benar KUALA LIPIS - Kerajaan Negeri masih mampu melaksanakan projek kemudahan asas di luar bandar walaupun kerap ditohmah pihak tertentu yang melabelkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob hampir bankrap. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (foto) berkata, tohmahan Kerajaan Negeri sudah kekurangan wang untuk projek luar bandar tidak benar sama sekali dan ia hanya semata-mata untuk memancing kepercayaan penduduk supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, ada pihak tertentu yang berceramah di surau, masjid atau singgah di kedai kopi dengan sesuka hati mengatakan Kerajaan Negeri akan bankrap. "Kenyataan itu bertujuan mencari pengaruh demi kepentingan pihak pembangkang yang secara sengaja memperlekehkan Kerajaan Negeri memandangkan pilihan raya sudah dekat. "Jangan mudah percaya tohmahan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri kini rancak memajukan kawasan dan penduduk menerusi kemudahan asas yang dirancang dengan teliti," katanya selepas meninjau kemudahan sukan di Kampung Ganding, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Penerangan Lipis, Md Zain A Rahman dan Ketua Kampung Ganding, Md Yassin Hassan. Mohamad Shahrom melawat gelanggang sukan yang bakal dinaikkan taraf dengan membina pagar, melebarkan gelanggang sepak takraw, badminton, bola jaring dan bola sepak. sumberPeniaga Dakwa Bekalan Ikan Tidak Mencukupi KUANTAN - Peniaga Pasar Besar Kuantan mendakwa bekalan ikan tidak mencukupi pada hari pertama Ramadan dan dijangka berlaku perkara sama sepanjang bulan puasa. Tinjauan mendapati, ada peniaga ikan menghadapi kekurangan bekalan sekali gus berlaku kenaikan harga beberapa jenis ikan yang bukan sahaja membebankan peniaga malah memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah. Peniaga ikan, Zukri Osman (foto), 41, mengakui setiap tahun bekalan ikan pada bulan puasa tidak mencukupi terutama bawal dan tenggiri yang mendapat permintaan paling tinggi. Katanya, permintaan tenggiri dan bawal sangat tinggi dan harga sekarang meningkat sehingga RM5 hingga RM6 sekilogram. "Jika sebelum ini, harga sekilogram bawal ialah RM13 hingga RM15 namun menjelang Ramadan harganya mencecah sehingga RM 17," katanya yang mendapat bekalan bahan mentah dari Pasar Borong Kemunting. Dia yang berniaga lebih 15 tahun dapat melihat fenomena itu setiap kali menjelang Ramadan atau musim perayaan. Rakannya, Mohd Ali berkata, ikan tenggiri paling mendapat permintaan tinggi sepanjang bulan puasa dan ada ketika bekalannya tidak mencukupi. "Biasanya saya hanya menjual 20 kilogram (kg) ikan tenggiri sehari tetapi menjelang Ramadan jualan meningkat sehingga 30 kg. "Sebelum ini, 1 kg ikan tenggiri dijual dengan harga antara RM20 hingga RM22 tetapi harga itu mungkin boleh mencecah sehingga RM28," katanya yang berniaga ikan sejak 18 tahun lalu. Berbeza peniaga ikan, peniaga ayam tidak menghadapi sebarang masalah kerana makanan itu mencukupi untuk keperluan penggemarnya. sumberPasaraya Kerugian Stengah Juta Akibat Di Samun
[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
| Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 1 Ogos 2011 Posted: 01 Aug 2011 06:38 PM PDT |
| Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 1 Ogos 2011 Posted: 31 Jul 2011 06:38 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan