MIMPI SENJA |
- DARI JELEBU : Hari-hari akhir saekor Najib
- Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor Peluk Islam
- Nak US1 juta? ...
- Tuduh khalwat dengan Roslin, Raja Azmi mahu saman tiga individu
- hahahaha mesti mamat ni dah tak tahan tengok tu .... peluk raba pelajar perempuan atas bas
- dari London : Rogol pelajar Malaysia - 4 pelajar Rusia dipenjara 8 - 10 tahun
- Ugutan bunuh - Hishammuddin aauuwww terima 2 butir peluru
- Bukan saya minta maaf, 'Imelda' Rosmah kena jelaskan - cheGuBard
DARI JELEBU : Hari-hari akhir saekor Najib Posted: 24 Aug 2011 10:12 PM PDT Hishamuddin Rais Lapan tuntutan Bersih masih menunggu jawapan. Satu demi satu bahan bukti tentang penyelewengan dipaparkan kepada umum. Satu demi satu penipuan di buktikan kepada khalayak umum. Semua ini adalah hasil politik jalan raya. Inilah buktinya bahawa politik jalan raya berjaya membawa perubahan. Tunjuk perasaan 9 Julai 2011 dahulu adalah satu dialektika yang telah mengubah lanskap politik negara kita. Dialektika iailah hukum semula jadi alam ini. Hukum alam ini lahir dari kontradiksi. Kontradiksi ini wujud disekeliling kita. Semua wujudiah dihadapan mata kita ini wujud dengan kontradiksi. Hanya kita kurang sedar akan kewujudan kontradiksi ini. Ini kerana kontradiksi tidak dapat dipegang atau dilihat tetapi boleh dianalisa untuk difahami. Tidak memahami kontradiksi bermakna tidak memahami bagaimana dunia dan alam ini bergerak. Apabila dua pekara berkontradiksi/bertentangan maka akan muncul satu pekara yang baru. Pertentangan dua pekara ini pasti akan melahirkan satu yang baru. Apabila air dimasak - api berkontradiksi dengan air - maka wap akan lahir. Wap adalah pekara yang baru yang dimaksudkan itu. Apabila orang ramai turun ke jalan raya maka berlaku bertentangan antara para demonstran di jalan raya dengan elit politik yang berkuasa. Tidak dapat tidak akan lahir sesuatu yang baru. Hukum ini lahir semenjak alam bermula. Kita sebagai makhluk yang befikir boleh menggunakan akal dan fikrah untuk memahami hukum hukum dan kontradiksi ini. Mengenal dialektik dan kontradiksi amat penting untu memahami politik negara. Tanpa pemahaman kosep dan falsafah kontradiksi ini maka semua pemahaman politik akan salah. Ini sama juga seperti memganalisa politik tanpa memahami kelas. Apa sangkut paut dialektik dan kontradiski dengan 8 tuntutan Bersih? Jawabnya –tunjuk perasaan Bersih 2.0 telah menajamkan pelbagai kontradisksi-kontradiksi kecil yang sedia wujud . Sebelum berpanjangan biar saya terangkan disini tentang peranan tunjuk perasaan. Adalah salah jika kita berpendapat bahawa tunjukan perasaan telah menjatuhkan Sukarno, Raja Iran, atau Mubarak di Mesir. Ini tidak betul. Tidak ada kerajaan jatuh kerana tunjukan perasaan. Ahmad Reza Pahlevi di Tehran jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. Mubarak di Khaerah jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. First Lady Leila Trebelsi bersama Ben Ali lari dengan 1 tan jongkong emas ke Saudi Arabia bukan kerana tunjuk perasaan. Kalau bukan kerana tunjuk perasaan kerana apa rejim-rejim ini runtuh? Tunjuk perasaan itu hanyalah alat politik yang paling ampoh untuk melahir satu kontradiksi dikalangan elit pemerentah. Untuk memahami ini mari kita lihat apa yang terjadi sebelum, ketika dan sesudah 9 Julai yang lalu. Dengan melihat dan memahami 9 Julai diharapkan para pembaca akan dapat memahami apa itu kontradiksi dan apa itu dailektika. Apabila orang ramai mula turun ke jalan raya apa yang berlalu ialah kontradiksi bertambah tajam. Ertinya berlaku pertentagan anatara dua pihak – rakyat dengan United Malay National Organisation – semakin tajam. Suasana ini adalah dialektika yang baik dalam perjuangan politik. Pada 9 Julai lalu, Najib Razak yang mewakili United Malay National Organisation kini berhadapan dengan ujian dan dugaan dari rakyat. Umum mengetahu bahawa Najib menjadi Presiden United Malay National Organisation bukan melalui pertandingan. Najib tidak pernah bertempur dalam politik. Najib menyelit-nyelit dan menyeludup ke kerusi Presiden party. Ini di ketahui umum. Malah Najib juga dianggap seorang yang penakut. Najib takut bertempur dalam politik. Ini ditambah pula dengan riwayat Najib takut kepada bini. Dalam Malaysia ini hanya orang mati dan bayi yang belum lahir saja yang tidak pernah mendengar Tok Perawi Politik bersurah-surah tentang Najib yang takut dengan bininya. Justeru, tunjuk perasaan Bersih 9 Julai dahulu telah menterbaraikan kain lampin Najib. Dia bukan saja dilihat penakut malah dilihat tidak memiliki ketrampilan sebagai pemimpin. Najib telah berdulak dalik. Kalau Dolah Badawi dahulu selalu berdulak dalik dalam tidor. Ini boleh juga diamponkan kerana Dolah dianggap mengigau. Najib tidak tidur- matanya buntang berjaga. Tetapi Najib ini lebih manai dari Dolah. Orang Terengganu kata Najib ini klik klok. Orang Puteh kata Najib ini flip-flop. Dalam dunia siber Najib ini dikatakan menjadi mangsa Kang Kang. Najib yang lembik ini telah melahirkan dialektika politik yang baru didalam United Malay National Organsiation. Kontradiksi-kontradiksi kecil didalam parti ini menjadi besar dan bertambah tajam. Umum mengetahui tentang Muhyiddin Yassin yang memiliki cita-cita untuk duduk di kerusi Presiden party. Ini bukan dongeng. Ini realpolitik. Politik jalan raya 9 Julai dahulu telah menajamkan lagi kontradikssi antara Najib dengan Muhyiddin. Najib yang berdulak dalik telah menjadi bahan ketawa bukan hanya di kalangan warga Pakatan Rakyat malah penyokong Barisan Nasional juga turut sakit kepala kerana ketawa melihat Najib yang berdulak dalik. Kerana itu, sesudah 9 Julai selain dari manusia yang bernama Ambiga dan Mat Sabu – sosok yang paling gumbira sekali ialah Muhyiddin Yassin. Ini kerana 9 Julai telah memperlekehkan kepimpinan Najib. Dalam congak politik Muhyiddin semuanya amat enteng. Apabila Najib lekeh maka yng unggul dan memiliki ketrampilan pastilah dirinya. Kontradiksi didalam United Malay National Organisation semakin meruncing. Perbalahan antara mereka sesama sendiri semakin dilihat jelas oleh umum. Najib sesudah 9 Julai kelihatan lebih terpinggir. Kontradiksi ini telah menjemput sosok-sosok yang telah diketepikan atau dinafikan projek oleh Najib menjadi berani untuk bersuara. Mereka mula berkumpul di bawah payung Muhyiddin. Semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada politik jalan raya 9 Julai dahulu. Malah Lebai Desas bin Haji Desus telah mula berkata bahawa ketika Najib Razak terbaring di hospital kerana sakit lutut satu delegasi dari kumpulan Yang Berhormat telah datang menemui Najib dan meminta Najib berundur. Ini hanya desas desus. Berita ini tidak ada kesahehan sehingga satu kenyataan dari Aziz Shamsuddin keluar. Sosok ini ialah bekas orang kuat dan kaki pukul Mahathir Muhamad. Aziz telah menafikan berita dari Lebai Desas bin Haji Desus. Di Malaysia ini - penafian ini telah membuktikan kesahehan berita. Apa yang saya gambarkan disini ialah politik jalan raya dan tunjuk perasaan telah melahirkan kontradiksi dikalangan elit politik. Lebih lama demonstrasi berlaku lebih tajam kontradiksi yang akan mucul dikalangan elit politik, elit ekonomi dan elit tentera. Apabila orang ramai semakin berani bersuara dan anak anak muda terus keluar ke jalan raya maka semua ini akan menjadi tekanan kepada elit politik. Tekanan ini menjadi kontradiski. Kontradiksi ini akan pecah apabila elit politik akan mula tuduh menuduh sesama sendiri. Sesudah 9 Julai kita lihat bagaimana Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah memiliki pandangan yang berbeza dari Najib. Kita juga lihat bagaimana Muhyiddin sendiri tidak berkata apa apa tentang Bersih. Tuduh menuduh ini semakin kalut apabila Hishamudin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa telah diberikan kepada pihak polis untuk menangani dengan cara polis. Hishamudin kemudian diikuti pula oleh sepupunya. Satu minggu sebelum 9 Julai kelihatan Malaysia telah menjadi negara anak bini dan sepupu. Kontradiksi yang dibawa oleh tunjuk perasaan 9 Julai semakin tajam. Anak anak muda dari semua bangsa telah tidak ambil pot dengan kenyataan Ketua Polis Negara. Anak anak muda juga tidak ambil pusing dengan kenyataan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri. Kenyataan dari Najib sendiri memang tak ada sesipa yang ambil peduli. Hanya Rosmah Mansor sahaja yang tidak bersuara. Mungkin sang Rosmah sedang sibuk menjual nasi lemak untuk menyimpan duit agar dapat membeli sebentuk lagi cicin berlian. Kontradiksi/pertentangan antara Najib dengan Muhyiddin ini akan terus menajam. Untuk memperkuatkan diri Najib telah cuba memperbaiki imejnya. Najib telah mencadangkan penubuhan satu Jawatan Kuasa Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Pada awalnya langkah Najib ini dilihat cukup positif. Tetapi seperti biasa Najib telah klik klok – berdulak dalik. Najib berkata jawatankuasa ini tidak ada sangkut paut dengan pilihanraya yang boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Kelihatan apa shaja yang dilakukan oleh Najib telah membawa 'sial' kepada dirinya sendiri. |
Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor Peluk Islam Posted: 24 Aug 2011 08:52 PM PDT By Anwar Ibrahim Dari Blog Milo Suam Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya. Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi. Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah. Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah…Cahaya Ramadhan…Allahuakbar… Dari blog milo suam – Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam. Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew. Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat. Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam. Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl] Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah. Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam |
Posted: 24 Aug 2011 08:45 PM PDT TRIPOLI (Aug 25, 2011): Libya's new masters have offered a million-dollar bounty for the fugitive Muammar Gaddafi, after he urged his men to fight on in battles across parts of the capital. A day after rebel forces overran his Tripoli headquarters and trashed symbols of his 42-year rule, scattered pockets of loyalist diehards kept the irregular fighters at bay as they hunted Gaddafi and his sons. Rebels also reported fighting deep in the desert and a standoff round Gaddafi's tribal home town. In Tripoli, rockets and shooting kept largely kept civilians indoors and gunfire rang out in the centreinto the night. Most were anxious but hopeful the war would soon end, and with it the worsening shortages of food, water and medical supplies – both for hundreds of wounded and for the sick. --- MORE |
Tuduh khalwat dengan Roslin, Raja Azmi mahu saman tiga individu Posted: 24 Aug 2011 06:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, adalah antara tiga individu yang akan diheret ke mahkamah oleh penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bagi membersihkan namanya daripada tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara itu pada 7 Ogos 2010. Raja Azmi berkata pihaknya mempunyai bukti mengaitkan ketiga-tiga individu terbabit termasuk saudara terdekat dan seorang kenalan suaminya, Jalani Sidek, bersekongkol merancang konspirasi memfitnahnya dengan Roslin. "Saya perlu mengambil tindakan undang-undang demi maruah keluarga terutama anak dan cucu saya memandangkan kisah khalwat yang sengaja diada-adakan ini sudah tersebar luas di laman sosial. "Saya tidak mahu satu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. "Selepas mengemukakan saman, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya artikel isu khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet," katanya dipetik Berita Harian hari ini. Raja Azmi membuat pendiriannya itu di ibu negara semalam pada satu sidang media yang turut dihadiri Jalani iaitu bekas bintang badminton negara, Roslin dan peguam mereka, Roslizam Rahim. Pada 7 Ogos tahun lalu, Raja Azmi, 52, dituduh berkhalwat dengan Roslin, 36, ketika serbuan dilakukan Norhayati bersama dua adik dan ibunya serta Jalani pada pukul 8.30 malam di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini. Dakwaan khalwat dikemukakan Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 18 Ogos 2010, tetapi selepas setahun proses siasatan berlangsung, mereka dibebaskan daripada tuduhan itu Isnin lalu. Raja Azmi yang juga ibu tiga anak hasil perkahwinan 29 tahun dengan Jalani mendakwa, pada asalnya enggan memanjangkan isu itu tetapi tohmahan tanpa henti berserta bukti menunjukkan pihak berkaitan cuba menghancurkan keluarganya. Pada 7 Ogos tahun lalu, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik Hotel Corus. Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Ogos 2010 |
hahahaha mesti mamat ni dah tak tahan tengok tu .... peluk raba pelajar perempuan atas bas Posted: 24 Aug 2011 07:52 AM PDT Penumpang tahan lelaki peluk, raba pelajar perempuan atas bas SANDAKAN, 24 Ogos — Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya. "Beberapa penumpang lain dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan. "Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4," katanya dipetik Bernama Online. |
dari London : Rogol pelajar Malaysia - 4 pelajar Rusia dipenjara 8 - 10 tahun Posted: 24 Aug 2011 07:22 AM PDT LONDON: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 10 tahun ke atas empat pelajar warganegara Rusia dari sebuah kolej swasta di sini kerana merogol rakan sekolej mereka dari Malaysia. Keempat-empat mereka telah merakamkan perbuatan mereka itu menerusi sebuah telefon bimbit. Mangsa berusia 18 tahun ketika kejadian. Hakim Mahkamah Crown Woolwich, Peter Murphy berkata, Norayr Davtyan, 22; Grigory Melnikov, 23; Armen Simonyan, 20 dan Oleg Ivanov, 23, telah mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan ke atas mangsa ketika merogolnya. Ketua kumpulan tersebut, Davtyan dihukum penjara 10 tahun, Melnikov sembilan tahun manakala Ivanov dan Simonyan masing-masing lapan tahun di atas jenayah yang mereka lakukan itu. "Rakaman perbuatan mereka dari telefon bimbit itu dengan jelas sekali mengambarkan satu perkara sahaja iaitu sikap tidak mempunyai perasaan terhadap penderitaan orang lain atau hanya sekadar satu objek untuk melepaskan keseronokan mereka," kata hakim tersebut ketika membaca penghakimannya. Katanya lagi, walaupun keempat-empat tertuduh cuba membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi sebaik sahaja mereka melakukannya amat jelas sekali dari rakaman tersebut, yang mereka saling mengalakkan satu sama lain agar meneruskannya dan yang lebih teruk ialah mereka meraikannya bagaikan seorang pemain bolasepak profesional merayakan jaringan gol mereka. Beliau juga berkata, dari rakaman itu juga amat jelas sekali mangsa beberapa kali mengulangi kata-kata "tidak" kepada mereka tetapi ia tidak diendahkan. "Tidak ada siapapun setelah berpeluang menyaksikan rakaman tersebut akan dapat meninggalkan perbicaraan ini tanpa merasa jijik," tegasnya lagi. Kejadian tersebut berlaku pada 21 Januari lalu apabila mangsa menghadiri majlis keramaian anjuran Davtyan di kolej mereka. Selepas mengambil minuman keras, mangsa telah pengsan dan ketika dia sedar dia dapati dirinya sedang dirogol oleh Davtyan. Yang lain-lain kemudiannya menyertai Davtyan merogol mangsa. Kesemua tertuduh dan juga mangsa adalah penuntut sebuah kolej swasta eksklusif yang mana yuran tahunannya tidak kurang dari 30,000 pound sterling. - mStar |
Ugutan bunuh - Hishammuddin aauuwww terima 2 butir peluru Posted: 24 Aug 2011 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Police are investigating a death threat against Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein after he received two bullets in the mail Wednesday. Hishammuddin said the bullets were found in a cut-out section of a book mailed to his office in Putrajaya, and discovered by a clerk at about 2pm. "The bullets were accompanied by a handwritten note in Malay threatening my life," he told reporters during a breaking of fast ceremony in Pantai Dalam here. An unfazed Hishammuddin said he had received threats before but this was the first time a threat was accompanied by bullets. He said he was not sure of the motive behind the threat, adding that he would not be cowered but would continue to discharge his duties to ensure the peace and security of the nation. The bullets and note were handed over to the police for investigations, Hishammuddin said. - mStar |
Bukan saya minta maaf, 'Imelda' Rosmah kena jelaskan - cheGuBard Posted: 24 Aug 2011 05:23 AM PDT Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor. che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu. Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini. Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan. - seterusnya DI SINI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan