Rabu, 17 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


... laaaa, macam ni punya orang pun ada?

Posted: 17 Aug 2011 11:01 PM PDT

Pelajar gagal dapat biasiswa saman khazanah

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi.

Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan.

Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah.

Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu.

Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan.

Pelajar itu berkata, Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan.

Katanya defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon telah diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka. - Bernama

Al Fatihah - Blogger Hijat Panjang meninggal dunia

Posted: 17 Aug 2011 10:31 PM PDT

Takziah... Al Fatihah ...

Blogger dari Pulau Pinang Izat Jamaludin @ Hijat Panjang mantan AMK Bayan Baru telah meninggal dunia di Kg, Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sumber : Twitter  AMK Pulau Pinang

560 Stesen minyak Esso Mobil akan jadi stesen San Miguel .... Nak jual minyak ka beer ka?

Posted: 17 Aug 2011 05:16 PM PDT

San Miguel beli ESSO Malaysia RM618m

KUALA LUMPUR: The Philippines' San Miguel Corp (SMC) has proposed to acquire ExxonMobil International Holdings Inc's 65 per cent stake in Esso Malaysia Bhd (EMB) for US$206.02 million (RM618 million) or RM3.50 per share, a 29.3 per cent discount to EMB's closing price of RM4.95 yesterday.

Last month, Business Times reported that ExxonMobil was considering flogging off its 560 Esso and Mobil service stations across the country.

The SMC's sale and purchase agreement (SPA) with ExxonMobil was entered yesterday, said Maybank Investment Bank Bhd.

Upon completion of the proposed acquisition of the 175.5 million shares, SMC will be required to extend a mandatory takeover offer, with the same terms to the remaining shareholders of EMB.

SMC also yesterday entered into two separate SPAs with Mobil International Petroleum Corp to acquire the latter's 35.539 million shares in ExxonMobil Malaysia and ExxonMobil International to buy its 15.45 million shares in ExxonMobil Borneo Sdn Bhd.

The two purchases are for US$403.98 million (RM1.2 billion), making the total cash consideration for the whole acquisition US$610 million.

BBC mengaku siar propaganda Malaysia

Posted: 17 Aug 2011 03:54 PM PDT

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah. - anwaribrahimblog

Marina Mahathir kritik kerajaan Najib .....

Posted: 17 Aug 2011 08:51 AM PDT

Malaysian policies often state that we are different and therefore cannot be compared with others. Yet those who join peaceful marches are likened to British rioters. Suddenly we are the same?

ARE we getting progressively schizophrenic? Judging by current responses to events around the world, it would be easy to conclude that we are.

Schizophrenia is a mental disorder that makes it difficult to tell the difference between real and unreal experiences, to think logically, to have normal emotional responses and to behave normally in social situations. --- MORE

Nik Aziz: Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu Melaka

Posted: 17 Aug 2011 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat.

Tegas Mursyidul Am PAS, pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu 'mencari balah' dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

"Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya.

Menteri Besar Kelantan menambah isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan.

"Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah 'DAP!'

"Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Aziz menambah, isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

"Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular," katanya lagi.

Beliau juga berkata Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. "Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

"Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam," katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini 'tidak tergamak' untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

"Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?" katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

"Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, "saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam."

Katanya, Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi.

"Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

"Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana," kata beliau sambil menambah, "Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara."

"Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

"Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang," katanya lagi - The Malaysian Insider

Murid dedah diajar nyanyi lagu Kristian

Posted: 17 Aug 2011 05:33 AM PDT

August 17, 2011 JPN Wilayah Persekutuan siasat murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia diajar nyanyi lagu Kristian.

KUALA LUMPUR : Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan

Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu 'Mereka menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut - FMT

SPR nak pusing kot mana lagi ....Lagi pendedahan bekas anggota tentera : Kami diarah pangkah untuk anggota lain

Posted: 17 Aug 2011 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan dengan pendedahan terbaru dibawa empat bekas anggota tentera hari ini - membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah.

"Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.

"Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi)," katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.

Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.

"Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas.

"Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak," katanya.

Sementara itu Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan.

"Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru.

"Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?" katanya.

Seorang lagi bekas tentera Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah diarahkan ke lapangan terbang Sandakan untuk mengambil karung undi.

"Saya pada awalnya tidak tahu tapi apabila sampai semula ke kem, pegawai tadbir arahkan saya dan sahabat saya untuk membuka karung undi pos dan jumlah kertas undi kalau tidak silap saya sebanyak 900 lebih.

"Dan, saya diarah bahagi dua untuk memangkah kertas-kertas undi itu," katanya.

Bagaimanapun seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, berkata, dia tidak memangkah undi pos tapi melihat anggota lain melakukannya dan diberikan "habuan."

"Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.

"Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak.

"Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara," katanya.

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja.

"Kalau kita lihat ada anggota tentera yang mengundi bagi pihak anggota lain, malah ada yang tidak memohon sebagai undi pos tapi nama mereka ada dalam undi pos.

"Kesimpulannya undi pos terdedah kepada manipulasi begitu besar, sistem undi pos sejak dulu sampai sekarang tetap ada ruang manipulasi," katanya.

Justeru kata beliau, sistem undi pos perlu direformasikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Syor agar menghapuskan undi pos merupakan salah satu tuntutan dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menyaksikan ribuan rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara.

Tambah Suhaizan, pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR sehingga pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan. - The Malaysian Insider

Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Dari Warga Singapura?

Posted: 16 Aug 2011 11:16 PM PDT



KUALA LUMPUR – Sebuah laman web,The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta 'duit kopi' dari pemandu warga republik itu.

 Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.

 Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

 Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.

 Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta 'duit kopi' sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.

 Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah 'duit kopi' itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.

 Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

 Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema 'Truly Asian' sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.

 Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

 Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.

 Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis 'Intergriti Amalan Kita'.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN
sumber: mynewshub.my/bulan purnama

Tiada ulasan: