MIMPI SENJA |
- Artis : Lisdawati jual songkok 3 jengkal
- Ular tedung selar 6.7 meter bersahabat dengan Siti Rodziah 17
- Strategi PRU 13: Pakatan Rakyat sasar hubungan Najib-Muhyiddin
- Pemimpin Pakatan halang MBPJ sita gereja Methodist
- Dua Tahun Dibiayai Gereja – Pengakuan Bekas Paderi Melayu
- DUNIA : Yang mana satu nak pilih?
- Pelakon veteran Bollywood Shammi Kapoor meninggal dunia
- Awang Selamat pula minta Koh Tsu Koon 'belah' ,,,
Artis : Lisdawati jual songkok 3 jengkal Posted: 14 Aug 2011 09:30 PM PDT Lisdawati jual songkok 5 inci PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi. Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan. Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya. "Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan. "Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini," katanya kepada mStar Online, Ahad. Bercerita lanjut, Lis berkata, songkok tinggi yang ditempah daripada pakciknya itu berbeza daripada kebanyakan songkok tinggi yang sedia ada kerana ukuran ketinggiannya iaitu 5 inci jarang ditemui di pasaran. "Songkok ini saya tempah khas daripada pakcik saya yang menjalankan perniagaan songkok di Ipoh, Perak. Songkok tinggi ini istimewa dan berbeza kerana pada kebiasaannya ukuran songkok tinggi di pasaran adalah 4 atau 6 inci. "Selain itu ia juga diperbuat daripada baldu yang berkualiti tinggi. Saya simpan stok ini di rumah saja dan tidak perlu bimbang untuk mencari tapak atau kedai," katanya. Sebagai permulaan, Lis menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan. Menyelak perkembangan kerjayanya, Lis yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suaminya aktor Fauzi Nawawi pada minggu lalu berkata, dia mungkin akan menghabiskan waktunya di rumah bersama keluarga saja memandangkan pembantu rumahnya baru saja berhenti secara mengejut. "Selepas pulang dari umrah minggu lalu, belum ada sebarang tawaran lakonan. Mungkin saya akan duduk di rumah dan menguruskan keluarga saja sepanjang Ramadan ini kerana kebetulan pula, pembantu rumah saya baru berhenti secara mengejut," kongsinya |
Ular tedung selar 6.7 meter bersahabat dengan Siti Rodziah 17 Posted: 14 Aug 2011 04:46 PM PDT KUALA KRAI: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini, boleh disifatkan lain daripada yang lain apabila 'bersahabat' dengan ular tedung selar sepanjang 6.7 meter berusia 28 tahun digelar 'Abang Joe'. Siti Rodziah Mohd Khair, 17, Kampung Kenor, di sini berkata, dia menjadikan ular tedung selar dipelihara penangkap ular, Mohd Hamdan Mahadi, 25, sebagai teman sejak tiga bulan lalu selepas menonton satu persembahan ular oleh Mohd Hamdan di Kuala Krai. Katanya, ketika menonton persembahan itu, bapa tirinya, Abd Rahim Jaafar, 36, mencabarnya mencium ular berkenaan. "Saya memang sukakan aktiviti lasak dan saya terus menyahut cabaran yang diberikan. "Pada mulanya perasaan takut menguasai diri kerana tidak pernah berdepan dengan reptilia berbisa, tetapi dengan tunjuk ajar daripada Hamdan, saya berjaya mencium ular berkenaan," katanya. Menurut Siti Rodziah, selepas persembahan itu Mohd Hamdan bertanya kepadanya sama ada mahu belajar bermain ular dan dia memberikan persetujuan selepas mendapat kebenaran daripada bapa tirinya. "Pada malam itu juga, saya ditemani ayah dan Mohd Hamdan memulakan latihan pertama di padang Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai. "Sejak daripada itu, saya tidak ada masalah untuk memegang, malah mencium ular tedung selar dan saya mula mengikuti setiap persembahan yang dibuat Mohd Hamdan. Saya juga sering mengikut Mohd Hamdan menangkap ular jika menerima laporan daripada penduduk walaupun terpaksa bangun daripada tidur pada jam 3 pagi," katanya. Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialah terpaksa ditahan di wad selama tiga hari selepas dipatuk ular kapak. Katanya, kejadian berlaku apabila dia cuba menangkap reptilia berkenaan selepas ada penduduk melaporkan reptilia itu masuk ke dalam rumahnya. "Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi saya apabila reptilia itu mematuk tangan saya, tetapi saya segera minum air masak bagi menawarkan bisa ular sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. Menurut Siti Rodziah, dia merancang untuk membuat pertunjukan solo tidur bersama ular berbisa di Johor pada Oktober nanti selepas ada individu yang sanggup menanggung kos perbelanjaan untuk pertunjukan itu. "Memandangkan kini saya aktif membuat persembahan bersama Hamdan sehingga ke luar Kelantan, ada individu yang bersetuju untuk menanggung kos bagi membolehkan saya membuat persembahan solo dengan tidur bersama ular berbisa. "Jika tiada halangan, pertunjukan itu akan diadakan di Johor pada Oktober nanti dan saya akan mencuba mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records," katanya. -MyMETRO |
Strategi PRU 13: Pakatan Rakyat sasar hubungan Najib-Muhyiddin Posted: 14 Aug 2011 04:02 PM PDT Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat kini mensasarkan untuk meretakkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Strategi terbaharu PR ini mengeksploit spekulasi sikap dingin Muhyiddin terhadap gagasan 1 Malaysia yang berbau liberal dan pendirian lebih tegas timbalan perdana menteri itu terhadap kepentingan Melayu. Isu Melayu dan hubungan antara kaum menjadi isu paling sukar dihadapi Najib sejak menjadi perdana menteri, sehingga mendorongnya membawa gagasan 1 Malaysia yang bertema inklusif dan liberal. Muhyiddin dinilai sebagai lebih mengutamakan kepentingan Melayu dan sering cuba dikemukakan pembangkang sebagai bertentangan dengan gagasan Najib. Bacaan yang melihat Muhyiddin mencabar Najib bermula sejak awal tempoh kepimpinan kedua-dua pemimpin itu mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Muhyiddin dilihat boleh mencabar Najib berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, sekiranya majoriti dua pertiga tidak dapat diperolehi oleh Barisan Nasional, sebab sama yang membawa kepada pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Alasan itu walau bagaimanapun dilihat tidak cukup kuat untuk mendorong perubahan kepimpinan tertinggi pemerintah, ekoran realiti politik terkini yang semakin mencabar. Kedudukan Muhyiddin sebagai nombor dua juga dilihat dipilih berdasarkan antaranya kedudukan pengaruh dan usia supaya tidak mempunyai kekuatan cukup untuk mencabar Najib. Muhyiddin tidak datang daripada keluarga berpengaruh dan lebih berusia berbanding Najib, kualiti yang menyukarkan sebarang usaha untuk mencabar kedudukan orang nombor satu. Dalam sejarah Umno, Muhyiddin juga tidak mempunyai sokongan kuat seperti dua pencabar utama sebelum ini; Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tokoh yang boleh dijadikan rujukan untuk mengukur kekuatan dalam parti. Kedua-dua Razaleigh dan Anwar tewas dalam usaha mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Muhyiddin dilihat mendapat sokongan Mahathir untuk mempercepatkan pengunduran Abdullah selepas Pilihan Raya Umum ke-12, untuk membuka ruang kepada Najib menjadi perdana menteri. Terkini, Muhyiddin disebut-sebut untuk mencabar Najib ekoran masalah dihadapi perdana menteri termasuk peranan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, yang didakwa berperanan besar dalam banyak hal melibatkan pentadbiran kerajaan pusat hingga hal keluarga yang mempunyai implikasi politik, iaitu perkahwinan anaknya dengan anak elit Kazakhstan. Mahathir dalam tulisan di blognya menafikan keretakan Najib dengan Muhyiddin dan mendakwanya sebagai permainan pembangkang untuk melemahkan Umno menjelang pilihan raya umum. Najib didakwa pembangkang sebagai liabiliti kepada pemerintah ekoran pelbagai isu tersebut. Walau bagaimanapun, Najib tetap merupakan individu yang paling mendapat perhatian dalam kerajaan BN - termasuk melalui media popular - dan mempunyai kedudukan elit yang membantu mengukuhkan kedudukan kuasanya. Umno kebelakangan ini berdepan pelbagai isu melibatkan kepentingan Melayu, terbaharu pertukaran saham Penerbangan Malaysia dengan pemilik Air Asia yang dikritik ramai penyokong kerajaan sebagai merugikan dan menghakis pegangan Melayu. Pelbagai isu seperti itu menghangatkan lagi perdebatan dan perbezaan pendapat melibatkan Najib dan penyokong kuat kepentingan Melayu yang dilihat menjadikan Muhyiddin sebagai pemimpin - Siasah Daily |
Pemimpin Pakatan halang MBPJ sita gereja Methodist Posted: 14 Aug 2011 06:57 AM PDT Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong ..... The seizure operation was supposed to be conducted by MBPJ's security and enforcement division. DUMC has been in the limelight since Aug 3 when Selangor religious department (JAIS) interrupted a dinner held at the church following allegations that efforts to proselytize the Christian faith to Muslims were under way. Papa Gomo's claim was substantiated with a report purportedly from MBPJ's enforcement and security division on its operation to seize the hall. - SETERUSNYA |
Dua Tahun Dibiayai Gereja – Pengakuan Bekas Paderi Melayu Posted: 14 Aug 2011 03:34 AM PDT SEREMBAN: "Jauh di sudut hati, saya tahu masih Islam, namun keadaan memaksa saya membawa keluarga ke rumah perlindungan itu sebelum dibaptiskan dan dilatih menjadi paderi Melayu," kata bekas penagih hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang pernah dikristiankan, namun insaf selepas diselamatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Beliau yang kini berusia 38 tahun tinggal dua tahun bersama isteri dan tiga anak berusia satu hingga 13 tahun di rumah perlindungan Kristian di negeri ini, ketika hidupnya kucar-kacir selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah. Mohamad mendakwa terpaksa membawa keluarga lari dari kampung di Perak kerana bekas sahabat yang bertugas dengan pasukan keselamatan menganiayai isterinya ketika di penjara dan selepas dia dibebaskan. "Ketika bergelut dengan ketagihan, tidak diterima masyarakat, tiada kerja dan terdesak membawa isteri jauh dari tempat itu, kami terpaksa menerima tawaran rumah perlindungan itu," katanya di sini semalam. Mohamad yang diberi nama Kristian di rumah itu berkata, dia berjaya mengatasi ketagihan selepas empat bulan dengan bantuan kaunseling dan rawatan kerohanian oleh paderi. Katanya, mereka dipisahkan daripada kehidupan luar dengan rutin harian hanya membantu menguruskan rumah berkenaan dan waktu selebihnya digunakan mengkaji kitab Kristian. Dia mendakwa diberi elaun tetap RM500 sebulan, manakala isterinya (RM300) dan anaknya berusia 13 tahun yang juga pelajar kitab Injil terbaik di rumah perlindungan itu (RM100). Katanya, kehidupan keluarganya disusun seperti orang Kristian alim dan dilarang mengambil minuman keras serta melakukan perkara dianggap berdosa dalam agama itu. Dia berkata, walaupun hati kecilnya masih mengingati Allah, keadaan hidup yang disogokkan dengan ajaran Kristian sepanjang masa akhirnya memesongkan akidahnya sebelum menyerahkan diri menjadi murtad. "Saya sering memberontak kerana tidak mahu terus murtad sebelum melarikan diri dan berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka keluar. "Selepas itu ekoran tekanan, saya kembali menagih sebelum menyerah diri kepada polis. Ketika di penjara, saya meminta tolong selamatkan akidah saya dan keluarga," katanya. Februari lalu Jabatan Mufti Negeri Sembilan berunding dengan pengurusan rumah perlindungan itu sebelum Mohamad dan keluarga dibantu untuk memulakan hidup sebagai Muslim – Berita Harian |
DUNIA : Yang mana satu nak pilih? Posted: 14 Aug 2011 02:35 AM PDT |
Pelakon veteran Bollywood Shammi Kapoor meninggal dunia Posted: 14 Aug 2011 12:53 AM PDT Veteran Bollywood actor Shammi Kapoor has died in the western Indian city of Mumbai (Bombay) at the age of 79. Kapoor had been suffering for some time from kidney disease and had been admitted to hospital last week. He belonged to a famous family of filmmakers and actors, and was a prominent star in 1950s and 1960s. One of the most popular actors of his generation, Kapoor starred in hits like Junglee, An Evening in Paris, Chinatown and Kashmir Ki Kali. -- MORE |
Awang Selamat pula minta Koh Tsu Koon 'belah' ,,, Posted: 14 Aug 2011 12:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu. "Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini. Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri." Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya. Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini. "Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak p ihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis. "Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju," katanya. Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan. "Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. "Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir," kata Awang Selamat sambil menambah, "setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan." Sebaliknya kata Awang Selamat, yYang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media. "Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. "Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang," kata Awang Selamat lagi. Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan