Jumaat, 5 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ni yang depa kata Hasan Ali/JAIS buat tak kena tu .... ha mai tengok

Posted: 05 Aug 2011 09:49 PM PDT


Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro

KHALWAT : 'Kena hukum gantung sekalipun saya tak takut la .............'

Posted: 05 Aug 2011 07:35 PM PDT

TANJUNG BUNGAH – 'Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut'. Itulah jawapan berani seorang lelaki apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) malam kelmarin.

Kedua-duanya sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan mendaftar masuk ke hotel yang semurah RM50 semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, hampir 14 penguat kuasa menyerbu sebuah hotel bajet di Pantai Miami Tanjung Bungah.

Didapati dalam sebuah bilik di tingkat satu hotel sepasang lelaki dan wanita Islam duduk berdua-duaan dan gagal membuktikan masing-masing mempunyai pertalian yang sah di sisi agama.

Ketika dicekup, lelaki berkenaan kelihatan seperti biasa dan mengikut semua kehendak penguat kuasa JAIPP, namun keadaannya berubah secara tiba-tiba apabila dikatakan hendak dibawa ke balai kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang atas kesalahan berkhalwat.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Lelaki itu dengan tiba-tiba memberontak dan dengan beraninya berkata jika hukuman gantung sekalipun dia tidak takut, malah Mahkamah Tinggi juga dia sudah biasa.

Bukan sahaja bertindak seakan menjerit dalam bilik hotel, lelaki itu turut menolak tangan tidak mahu dipegang penguat kuasa.

Manakala teman wanitanya yang turut ditahan bersama hanya mampu memujuk lelaki itu supaya bersabar.

Ketika dibawa turun, wanita itu mengaku datang ke hotel kerana bergaduh dengan keluarganya.

"Memang saya ada gaduh dengan keluarga, sebab itu datang ke hotel dan saya bayar separuh duit hotel sementara separuh dia bayar sebab saya tidak bawa duit banyak kerana keluar dari rumah tiba-tiba," katanya.

Kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIPP Lebuh Pantai untuk disoal siasat dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk dibuat laporan polis.

Operasi yang bermula jam 10 malam itu dinamakan Ops Santai dan diketuai Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan.

Turut sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa, Jaafar Ismail dan 14 anggota penguat kuasa.

Khairul Azman berkata, ia adalah operasi Seksyen 27 atas kesalahan khalwat dan juga Seksyen 29 iaitu melakukan perkara tidak sopan di tempat awam serta yang pertama kali diadakan pada Ramadan kali ini.

Menurutnya, seramai tiga pasangan ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

"Dua pasangan di kawasan lapang Queensbay Mall, dan sepasang lagi di Bayan Indah berhampiran Pantai Jerejak, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara.

"Manakala bagi Seksyen 27 atas kesalahan berkhalwat pula seramai dua pasangan yang ditahan," katanya.

PR : PAS buat laporan polis - Mahu Najib jawab

Posted: 05 Aug 2011 10:18 AM PDT

Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu dibuat atas nama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Asri Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini petang tadi.

Asri berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau memeriksa 1,108 nama yang terdapat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tersebut di dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati kesemua nama itu berstatus PR.

Apa yang menjadi kebimbangan, katanya ada usaha pihak tertentu mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Adalah amat membimbangkan usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya negara kita malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta keselamatan negara," katanya.

Justeru beliau mahu pihak polis melakukan siasatan secara telus berhubung perkara itu.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siapa yang menjadi dalang di sebalik perkara ini.

"PAS Selangor menyatakan bahawa ini isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Samsudin.

Serbu Gereja : JAIS pertahan tindakan

Posted: 05 Aug 2011 03:59 AM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. - mStar

Serbuan ke Gereja : Kenyataan penuh Dato' Dr Hasan Ali

Posted: 05 Aug 2011 03:31 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DATO' DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan 'pray'.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Serbuan gereja : Hasan Ali dipanggil beri penjelasan

Posted: 04 Aug 2011 11:32 PM PDT

SHAH ALAM 5 Ogos — PAS Selangor menuntut penjelasan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, selain itu pihaknya juga mahu menunggu laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai serbuan itu yang turut disertai polis.

"Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

"Kita nak tengoklah apa bukti yang dia (Hasan) kata ada itu," katan beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu setakat ini, hanya Hasan yang mengaitkan program anjuran Harapan Komuniti dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

"Jais sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

"Setakat ini , 'kecuali satu' tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam," tambah Khalid.

Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: