Khamis, 25 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam!

Posted: 24 Aug 2011 01:29 PM PDT

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.


Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah.

Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

ReJaM© "Ahlan Wasahlan diucapkan kepada Cheryl, Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seagama kita..."

Ajaib! Saiful mengadu tak berak sejak seminggu!

Posted: 24 Aug 2011 03:54 AM PDT

LELAKI jambu yang menuduh Dato Sri Anwar Ibrahim meliwatnya, Saiful Bukhari Azlan terus menjadi bahan lawak jenaka politik Malaysia dalam perbicaraan yang berlangsung di mahkamah.

Saiful Bukhari Azlan yang tampil dengan imej tanda alim di dahinya (tanda hitam di dahi kesan sujud) sebelum ini mengadu tidak berak selama 2 hari demi menyelamatkan bukti air mani di dalam duburnya.

Kali ini Utusan Malaysia melaporkan, Saiful Bukhari tidak berak selama seminggu. Bukan itu sahaja Saiful dikatakan mengalami sakit di bahagian dubur. [Utusan]

Persoalan yang harus difikirkan kini ialah, ke manakah perginya makanan yang dimakan oleh Saiful selama seminggu itu? Adakah kesemua makanannya disimpan di dalam perut sehingga perutnya buncit seperti perut Lady Gajah?

Mengikut buku sains tingkatan dua, sebagai manusia normal, setiap makanan yang dimakan akan dihadamkan di dalam usus kecil selama 4 jam sebelum dihantar ke usus besar untuk proses penyahtinjaan (berak).

Oleh kerana Saiful mampu menahan berak selama seminggu walaupun tidak berhenti mengambil makanan, maka beliau bolehlah diiktiraf sebagai manusia paling ajaib sama ada kerana memiliki sistem penghadaman paling efektif (semua makanan jadi daging langsung tiada yang jadi tahi), ataupun sebagai manusia yang memiliki sistem penghadaman paling lambat dalam dunia.

Kesian Saiful, bukan dia tak mahu berak, tapi dia takut kalau berak nanti sakit, maka dia terpaksa tahan taik dia sampai seminggu. Tapi yang lebih lawaknya penyokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak, Umno) percaya Saiful tak berak seminggu. Kenapa? Sebab ini berita sahih dari Utusan kah kah kah...

ReJaM© "Bila cerita tentang Saiful, ada sahaja cerita bodoh-bodoh untuk kita ketawa..."

Tiada ulasan: