Isnin, 22 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Betul ke ada Surau Al-Musyrikin(kafir) di Malaysia?

Posted: 22 Aug 2011 12:42 AM PDT

AGAK terperanjat bila pembaca berita TV3 menyebut "Surau Al-Musyrikin" dalam Buletin Utama malam tadi. Persoalan yang terbayang di benak, betul ke ada surau nama Al-Musyrikin yang bermaksud surau kafir?

Berita yang disiarkan itu berkenaan kisah penyebaran agama Kristian di dalam kelas tuisyen yang diadakan di dalam surau tersebut.

Kalau benar ada surau menggunakan nama Al-Musyrikin (kafir) memang padanlah berlaku penyebaran agama Kristian sebab nama pun surau kafir.

Tapi takkanlah ada kariah surau sebodoh itu di Malaysia ini? Takkanlah sebutan Musyrikin digunakan sebagai nama surau? Langsung tak masuk akal [TV3]




Dua kemungkinan, sama ada penyunting berita TV3 yang tersilap, barangkali dia orang bukan Islam yang tidak faham maksud Musyrikin maka dia tidak sensitif tentang sebutan itu, atau memang benar wujud surau tersebut.

Jika surau tersebut memang wujud, maka pihak berkuasa jangan buat bodoh, buat tak faham, sila lakukan tugas anda! Mana ada tempat solat pakai nama Al-Musyrikin dalam dunia ni? Agak-agaklah beb!

Di bawah ini petikan berita dari Buletin Utama yang gua maksudkan di atas. Tonton dan dengar sendiri apa perempuan pembaca berita tu sebut?



RentaP© "Jangan ada yang kata gua nak politikkan isu ni pulak..."

Najib tidak patut dipilih jadi pemimpin kata Tun Mahathir

Posted: 21 Aug 2011 12:11 PM PDT


SEBELUM ini telah disiarkan di MiLo SuaM bahawa terdapat gerakan dalaman Umno yang mahu menjatuhkan Najib Tun Razak.

Gerakan itu dipercayai didalangi oleh Muhyiddin Yassin dengan restu Tun Mahathir disertai oleh PENAWAR yang dianggotai oleh bekas wakil rakyat BN yang mendesak Najib meletakkan jawatan, rujuk sini [Gerakan Mahathir].

Tun Mahathir di dalam blognya langsung tidak menafikan dakwaan penglibatannya malah memberikan ucapan tahniah kepada gerakan tersebut, rujuk sini [Mahathir].

Barangkali tidak ramai yang tahu, Tun Mahathir sejak dari awal lagi menegaskan bahawa Najib Tun Razak tidak patut dipilih sebagai pemimpin, "Saya tidak mahu sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti bagi (dan) negara kita...", kata beliau.

Di dalam menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya sebelum ini, Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau sudah berubah fikiran dari menyokong Najib sebagai Presiden Umno. "Kerana saya berpendapat, orang yang tidak patut dipilih bagi memerintah negara kita, jangan kita pilih..." kata Tun Mahathir lagi.

Saksikan sendiri kenyataan Tun Mahathir dalam rakaman di bawah ini.



ReJaM© "Dah lama tak suka, patutlah sibuk nak jatuhkan..."

Tiada ulasan: