labun KulupSakah... |
Posted: 21 Aug 2011 09:20 PM PDT Kecik-kecik dulu sudah tentulah aku minat lagu raya Saloma, P. Ramlee, Black Dog Bone, Sudirman, S.Jibeng, Fazidah JOned, Sharifah Aini dan lain-lain sehinggalah era 80an dengan Ideal Sisters, Cenderawasih, Aman Shah dan ramai lagi. Lama kelamaan minat itu hilang. "Cahaya di Aidilfitri" Black Dog Bone misalnya bagi aku memaparkan sikap pesimis seorang muslim yang terlalu mengharapkan simpati. Mungkin watak ini kurang kasih sayang dan amat berduka tetapi bagi aku jika 'kekurangan' ini diangkat dan diperbaiki maka keadaan akan jadi lebih baik. Bukan.Bukan aku kondem lagu ini tetapi aku rasa ia pesimisif. Pusing-pusing mana pun kebanyakan lagu raya kita gagal menyelami dzat atau roh Eidulfitri itu sendiri. Mereka hanya mengulang -ulang kisah balik raya, rindu ayah bonda dan keluarga serta kampung halaman, ketupat lontong, duit raya tanpa menyedari dan menyelusuri lagi mendalam apa makna semua itu. Ketupat lemang, ayah bonda, kampung halaman itu sebenarnya adalah "akar" (roots) yang menyedarkan kita dari mana asal kita. Fitrah kita. Mat rock kapak tak tersentuh pun dengan lagu raya versi Rock sebabrock sebetulnya bukan 'akar' mat rock kapak tersebut. Penggiat lagu masih belum dapat mengungkapkan pengertian raya dengan lebih dalam atau menyentuh rasa fitrah lalu menggabungjalinkannya dengan hubungan insan dan pencipta. Waktu memandu tadi aku terdengar lagu Raya oleh kumpulan nasyid yang juga gagal. Kitar semula lirik sebelum-sebelum ini, masih bercerita tentang bersalam-salaman, meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Setakat ini Suatu Hari di Hari Raya dan Salam Dunia oleh M.Nasir membuka luas sikit tafsiran raya- mengungkap persoalan kedamaian jiwa, hubungan insan dengan insan, insan dengan pencipta, persaudaraan semesta. Boleh bagi bintang. Dalam konteks suasana hari ini, pergolakan sana sini, apakah Raya? Bolehkah lagu Raya juga membicarakan soal-soal kebebasan, kemenangan menentang kemungkaran kerana 'raya' adalah hari kemenangan menentang 'kezaliman' serakah? Bukan sekadar tahan lapar dahaga tetapi lapar kuasa yang membusukkan perut dan mulut. Jika tidak, begini sajalah kita sejak zaman 50-60an hingga kini. Begitu sajalah Raya. Dalam tv pun pengisian raya hanya nyanyi-nyani melaram, konsert dan lawak bodoh yang pasti ada. Dzat Raya, Roh Eidulfitri semakin menghilang. Aku terus mencari lagu...tentang raya yang bukanlah pesta-pestaan. Zaman Rasulullah saw dulu masa raya ada juga acara selain zikir puja memuja Allah. Ada juga kunjung mengunjung dan ada pertunjukan seperti tarian pedang, memukul tabuh dan sebagainya untuk membakar semangat cintakan Yang Maha Kuasa. Dan ia adalah 'roots'. Waalahua'lam bissawab. * Indonesia kurang lagu raya ni, tak macam kita tapi lagu Ramadhan banyak. Juga tak macam kita..hehe! |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan