Khamis, 25 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dr Mohd Asri: Menangisi Murtad dan Zakat

Posted: 25 Aug 2011 04:00 PM PDT



MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Sedih

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Tangkap

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut 'semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya'.

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program 'Bersamamu' boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):

"(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya".( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina 'Umar r.a.:

"Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka". Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini" (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Natang! TV3 Kencing, Semua Kena Kencing

Posted: 25 Aug 2011 08:22 AM PDT

Mohamed Hanipa Maidin: Anwar berjaya menjerat musuhnya

Posted: 25 Aug 2011 08:00 AM PDT



oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

Penyakit UMNO - Penyakit dalaman

Posted: 25 Aug 2011 07:30 AM PDT


Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi UMNO yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet beliau bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata 'tanggungjawab bersama'.

Begitulah masalahnya di dalam UMNO kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam kabinet serta menjadi 'team' beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.

Tanggungjawab bersama di dalam UMNO itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah 'as good as non-existence' dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.

Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Masalah dan isu terhadap UMNO serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.

Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti.

Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. 'Warlords' di dalam UMNO merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan UMNO sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. 'Warlords' dalam UMNO merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan UMNO.

UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Di antara pemimpin UMNO sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan UMNO ini. Dahulu sifat 'flip-flip' ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Badawi sekarang ini isu 'flip-flop' telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.

'Flip-flop' yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang 'organic' yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Mereka (pemimpin UMNO) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku 'hanky-panky' yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.

Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri. Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini. Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri.

Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.

Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.

Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan UMNO yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.

Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.

Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan UMNO adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk UMNO menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika UMNO manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.

Ramai rakyat kesal dengan UMNO kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai 'connectivity' dengan rakyat secara serius. UMNO lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.

Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam UMNO untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang UMNO mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab. UMNO selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.

Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh UMNO itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. UMNO itu UMNO. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka…iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam UMNO…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.

Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan UMNO berkata "UMNO ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Hanya berdoa sahajalah! Tidak boleh nak buat apa-apa lagi".

Kalau di kalangan pemimpin UMNO bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada UMNO lagi?

Jika UMNO sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong UMNO diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?

Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..

Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.

Satu lagi buat peringatan semua, 'terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya'. Semua perbilangan ii boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

A Kadir Jasin: Susah Kalau Nasihat Ulama Pun Tak Dengar

Posted: 25 Aug 2011 06:15 AM PDT



A Kadir Jasin



RAMAI pembahas beranggapan saya rapat dengan pemerintah sampai boleh jumpa dan bagi nasihat pada bila-bila masa.

Tak betul, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti daripada menjadi Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press pada tahun 2000 dan menulis atau bercakap dengan agak kritikal mengenainya.

Saya tidak peduli dengan layanan itu, cuma kalau ada peluang dan kalau boleh bantu, saya nak bantu. Tapi kalau mereka tak mahu, tak apa. Saya tulis dan saya cakap.

Kalau nasihat atau pandangan saya tidak dipedulikan, itu tak menghairankan, tapi bila nasihat ulama terkemuka macam Mufti Perak, Harussani Zakaria (Tan Sri) pun mereka tak endah, susah sikit nak cakap.

Pada 24 Ogos dalam satu forum agama anjuran akhbar Sinar Harian, beliau berkata beliau menemui Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan menasihati beliau mengenai demi perlunya langkah diambil bagi menangani isu perpecahan orang Melayu, dan mendakwa masalah itu meruncing kerana kepemimpinan yang lemah.

Hari ini, 25 Ogos, Harussani jelaskan yang beliau hanya memberi nasihat kepada Mohd Najib agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk dalam Umno.

Katanya, teguran terhadap pentadbiran Mohd Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.

Saya rasa saya faham sentimen Harussani dan saya rasa Ramai orang Melayu berpendirian yang sama. Tetapi untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kelemahan dan perpecahan bermula selebum zaman beliau iaitu pada waktu Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri.

Harussani dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: "Saya kata (kepada Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan."

Kalau itu betul apa yang beliau katakan, saya berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kerana ada ulama kita ikhlas menjalankan tanggungjawab dan berani berterus terang. Alhamdulillah beliau juga ada akses kepada Perdana Menteri.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, perpecahan orang Melayu berlaku apabila Dr Mahathir Mohamad (Tun), sebagai Perdana Menteri, menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim (Datuk Seri).

Kata Harussani, beliau menasihatkan Dr Mahathir supaya jangan terus singkir Anwar, sebaliknya menurunkan pangkat beliau kerana Anwar ada sokongan di kalangan orang Melayu. Tapi, kata beliau, nasihatnya yang lain ditunaikan oleh Dr Mahathir.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Abdul Razak Hussein (Tun). Kata Harussani, Tun Razak menyelesaikan banyak masalah yang beliau adukan termasuk 14 kuil Hindu yang guna nama Melayu dan perarakan Hindu melalui kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

Harussani berkata beliau berpendapat menggabungkan perayaan agama-agama lain dengan perayaan Islam adalah syirik.

Katanya beliau cuba menemui Abdullah ketika beliau menjadi Perdana Menteri tetapi gagal dan tidak ada apa-apa yang dilakukan mengenai perkara itu. Saya pun tak setuju digabungkan Aidilfitri dengan perayaan agama lain.

Nampaknya, inilah masalah dengan kepimpinan politik Melayu hari ini. Ia tidak lagi mahu mendengar nasihat, maklum balas dan keluh kesah orang Melayu dan umat Islam.

Semua parti politik Melayu atau yang dipimpin oleh orang Melayu kemaruk sokongan minoriti sehingga orang Melayu berasa terpinggir dan terancam.

Rasa-rasanya pemimpin politik hari ini berasa mereka sudah begitu pandai kerana belajar di universiti dan tak perlu lagi dengar nasihat atau pendapat orang tua-tua, orang agama dan orang berilmu. Atau mereka takut kalau-kalau yang akan dinasihatkan itu tak sedap didengar.

Mereka berasa ilmu dan kedudukan mereka sudah cukup kuat kerana ditokok tambah dan disokong pula oleh kuasa politik dan duit. Maka mereka pagarkan diri mereka dengan barisan Setiausaha Politik, pegawai khas, pegawai media, penasihat, perunding, ahli keluarga dan suku-sakat yang kerana duit dan kuasa, akan menceritakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Tapi, kita jangan putus asa. Kita bukan macam dulu lagi kena bergantung kepada media arus perdana. Hari ini kita ada macam-macam saluran komunikasi untuk mencari maklumat dan berbincang.

Kalau pembesar politik kita, tak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tak peduli suara kita, kita berbincang sesama sendiri, kita buat kesimpulan dan kita tunjukkan melalui peti undi, Insya-Allah.

Munajat Ramadhan Pas Kelantan, Pertahankan Islam, Hancurkan Jahilyyah!

Posted: 25 Aug 2011 06:00 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/309069_10150272122337592_358919387591_8284405_3945303_n.jpg

Daftar pemilih SPR: Askar berumur 111 tahun masih berkhidmat dalam tentera

Posted: 25 Aug 2011 05:00 AM PDT

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/08/2-i-1.jpg

KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

"Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza," katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

"Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

"Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?" katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah 'yang kedua' baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

"Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat," ujarnya.

Loke yang juga Adun Lobak berkata, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

"Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini," kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

"Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai," katanya.

Oleh itu, beliau berkata DAP bersama PAS dan PKR akan terus mengutarakan perkara berhubung pengundi hantu, penipuan daftar pemilih dan ketidakadilan pengundian pos agar setiap rakyat Malaysia sedar betapa kotornya sistem pilihan raya yang sedia ada.

Katanya, Pakatan Rakyat akan sentiasa mendesak reformasi menyeluruh berhubung masalah senarai pengundi yang kian meruncing.

"Kita melihat serius perkara ini dan ianya makin meningkat dari hari ke hari.

"Oleh itu kita sentiasa mendesak supaya ada iltizam politik oleh Perdana Menteri untuk reformasi dalam pilihan raya umum, dan ia bukan masalah remeh seperti yang dikatakan Pengerusi SPR bahawa tidak perlu digembar-gembur dalam media," tambahnya.

Bukti-bukti penyelewengan dalam senarai SPR itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya secara serius. – Roketkini.com

Terkini! Lynas: Kenyataan Dr Che Rusli, Dr Ahmad Termizi di TV3

Posted: 25 Aug 2011 03:15 AM PDT


Zulkefly Mohamad Omar

Saya Saudara Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat Merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubung kait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3.

Sehubungan dengan saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery) berkaitan Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan.

Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan 'refinery' itu sendiri merujuk kepada KILANG.

Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya.

Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan 'telah dirawat' akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu.

Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan Negara.

Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya.

Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof Dr Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat.

Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya? PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini.

Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa Negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran radioactive particles atau 'serbuk/habuk radioaktif' yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia.

External Radiation atau 'Radiasi Luar' bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi 'Internal Radiation' atau 'Radiasi Dalaman' itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada.

Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada external radiation atau 'radiasi luar' sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman internal radiation atau 'radiasi dalaman' seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia.

Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran.

Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan.

Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan?

Rakyatkah yang salah?

PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati.

Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT?

Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu?

Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu? Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB.

Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada. Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan?

Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat?

Zulkefly Mohamad Bin Omar

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat

Dr. Ismail Haniyeh Bersama Team A2G2

Posted: 25 Aug 2011 02:54 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/318331_256396831050659_107299275960416_987377_957257_n.jpg

Dr. Ismail Haniyeh memperkenalkan team A2G2 Aqsa Syarif kepada para jamaah

PAS: ‘Murtad ini bukan Muslim masuk Kristian sahaja’

Posted: 25 Aug 2011 01:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian.

Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.

"Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain," katanya dipetik Harakahdaily.

Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah kegiatan murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.

"Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya.

Justeru, kata beliau, proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam.

Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.

"Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit," ujarnya.

Tambah Tuan Ibrahim, ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan diharamkan oleh Allah.

"Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram," ujarnya.

Isu murtad hangat diperkatakan ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Menangani riddah jangan bermusim

Posted: 24 Aug 2011 11:00 PM PDT


Mohd Syahir Sulaiman

"..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam agama bagimu.." (Al-Maidah: 3)

Ramadhan 1432 nyata tidak sepi dengan mehnah dan cabaran yang menguji tahap keimanan, demi mengejar martabat taqwa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam pensyariatan ibadah puasa.

Dimulakan dengan landskap BERSIH 2.0 di penghujung bulan Syaaban yang menyaksikan kebangkitan rakyat yang dambakan agenda Islah dalam sistem demokrasi negara, keheningan di awal Ramadhan terusik dek polemik operasi JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama yang mengundang perdebatan yang tidak sudah.

Bukanlah hasrat penulis untuk menilai nawaitu dan fe'el golongan pemimpin yang memperlihatkan kenyataan dan reaksi yang pelbagai, sekadar ingin berpesan supaya tidak menjadikan wadah media sebagai medan menghukum dan menuding jari dalam persoalan aqidah ummah, tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh sehingga mencemar kemurnian peribadi dan jatidiri sendiri.

Sebagaimana di dalam berpuasa kita diajar akan nilai ketaatan, kepercayaan dan pengharapan kepada Allah, begitulah juga setiap perintah dan larangan oleh Allah, perlu dijunjung dengan sepenuh hati, tanda suci dan murni aqidah kita.

Adapun agenda mempertahan aqidah ummah, bukanlah agenda bermusim. Ia memerlukan pendekatan komprehensif dan komitmen yang berterusan, tidak cukup dengan hanya slogan dan teriakan yang tidak membawa apa-apa makna.

Kesungguhan PAS memelihara aqidah ummah secara komprehensif terbukti daripada inisiatif penubuhan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) yang mengasuh penerapan nilai-nilai agama seawal usia mula mengenal mana yang baik, mana yang buruk.

Hasil didikan pra-sekolah di Pasti, penulis mula mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Kami diajar mengenal Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin paling agung, bersama 25 rasul dan nabi ikutan ummah. Kami diajar mengenal Alif-Ba-Ta di samping bertatih mengeja A-B-C. Kami diajar Wahid-Ithnain-Thalatha disamping bersifir 1-2-3.

Kami diajar melakukan solat 5 waktu, sempurna dengan yang rukun dan sunat, tiada berani ditinggalkan walau 1 waktu.

Kami diajar menghafal dan mengalunkan surah-surah ringkas, bacaan solat, doa-doa, dan nasyid yang memuji Tuhan, tiada nyanyian yang melalaikan.

Kami dilatih dengan pemakaian yang menutup aurat, pelajar lelaki segak berbaju melayu hijau berkopiah putih, pelajar perempuan anggun berbaju kurung hijau dan bertudung putih, tiada seluar pendek mahupun
skirt singkat.

Kami dididik mengenal ketokohan Khulafa ar-Rasyidin dan ilmuan Islam seumpama Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, dan Ibnu Khaldun, sebelum kami mengenal Newton dan Einstein.

Ternyata, benih yang diasuh di Pasti, sebuah institusi yang ditubuh dan dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS, berjaya menghasilkan generasi yang kenal dan patuh pada Tuhan. Sistem pembelajaran di Pasti berjaya melahirkan golongan celik Al-Quran dan celik agama, menjadi benteng penyelamat aqidah seawal usia mula mengenal makna.

Dalam usaha memartabatkan Islam, PAS didokong dengan kuatnya oleh para Ulama'. Golongan ulama' yang mendalami ilmu agama secara syumul, menggalas amanah pewaris Nabi, senantiasa istiqamah sejak zaman berzaman memupuk dan meningkatkan kesedaran

Islam di kalangan ummah. Allah berfirman, "…sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" (Fathir: 28).

Partisipasi PAS dalam politik tanahair dan antarabangsa, tidak pernah tergelincir dari paksi aqidah, sedari zaman kebangkitan penentangan penjajah hinggalah ke zaman teknologi alam maya. Peristiwa pembelaan Natrah, syuhada' Memali, dan kejayaan pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990 adalah sebahagian monumen manifestasi istiqamah dan komitmen PAS memelihara kesucian Islam.

Berbalik kepada persoalan semasa, penulis amat bersetuju dengan pendirian PAS dan Dewan Pemuda PAS berkenaan sikap dan peranan kita terhadap kegawatan aqidah ummah pada masa kini. Ini bukanlah masa untuk kita menuding jari mencari siapa yang salah, tetapi ini masa untuk kita menghulur tangan ke arah penyelesaian masalah.

Di dalam ruang yang terhad ini, penulis berasa terpanggil untuk mengetengahkan beberapa cadangan yang agak unik dan tersendiri, di samping beberapa cadangan umum yang dilontarkan dalam menatijahkan solusi kepada permasalahan ini, antaranya:

1. Mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam (Nasrudin Hassan, 14 Ogos 2011) – Penulis sebagai anak kelahiran Negeri Serambi Makkah sangat mengalu-alukan cadangan ini untuk dilaksanakan, natijah daripada kesibukan di pejabat dan perlu bergegas melepasi hiruk-pikuk kota untuk ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat, yang pastinya menjejaskan penumpuan kepada khutbah yang disampaikan.

Medium khutbah adalah besar nilainya di sisi Islam dan mampu menjadi wadah penyatuan pemikiran dan perpaduan ummat Islam, dek kealpaan mengejar kesibukan dunia sepanjang minggu.

2. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh ummat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati (Sidang Meja Bulat NGO Islam, 13 Ogos 2011)

Penulis tidak perlu mengulas lanjut di sini, cukup sekadar memetik peringatan Allah, "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu).

Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah: 114)

3. Mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita (Nasrudin Hassan, 14 Ogos 2011) – Idea ini bersifat serampang dua mata; mendekatkan (engagement) agensi kebajikan dan agensi agama terhadap golongan memerlukan, dan memberi peluang pekerjaan (employment) kepada lulusan agama. Walhasil, institusi masjid akan berperanan sebagai instrumen dakwah dan kebajikan, hasil mekanisma penyampaian yang dikawal selia oleh pegawai-pegawai yang lebih hampir dan cakna dengan keadaan masyarakat setempat.

Syeikh Abu Hassan Ali an-Nadwi pernah mengungkapkan di dalam risalah beliau yang terkenal, "Riddah La Abu Bakr Laha (Murtad, Tiada Abu Bakar Menanganinya)", bahawa ummat Islam kini menghadapi ancaman murtad yang lebih merbahaya iaitu fahaman metarialisma yang
datang dari pengaruh Barat.

Justeru, berpandukan ketegasan Saidina Abu Bakar r.a. dalam menangani gejala riddah, maka kita ummat Islam akhir zaman perlulah bersama-sama berganding bahu dalam usaha memelihara aqidah ummah secara bertanzim dan komprehensif, bukannya bermusim.

Marilah, bersempena ruh Ramadhan al-Mubarak, kita tanam azam dan tekad untuk dipilih sebagai pahlawan tentera Saidina Abu Bakar di zaman ini.

Salam 'Idul Fitri Al-Mubarak.

--------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia. 'Idul Fitri 1432 akan disambut dengan penuh kesyukuran bertemakan warna kuning, lambang kemuliaan dan kesucian.

Siapa yang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Posted: 24 Aug 2011 10:30 PM PDT



Tak sampai sebulan yang lalu, Lim Guan Eng dituduh rasis kerana menyebut tentang cita-cita UMNO yang mahu merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional berjaya merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat.

Guan Eng telah dikecam hebat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai agenda jahat untuk memecahbelahkan perpaduan BN di negeri itu.

Malah, Teng yang merupakan orang kuat Gerakan di Pulau Pinang menegaskan bahawa: "'BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN, selain UMNO. Malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat."

Perjanjian BN Pulau Pinang

Kenyataan Teng disokong oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman yang turut menjelaskan bahawa UMNO tidak berhasrat untuk mengambil jawatan Ketua Menteri jika berlaku perubahan politik di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Laporan Bernama pada awal bulan ini memetik Zainal Abidin sebagai berkata: "Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri.

"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN."

Jika begitulah keadaannya, maka memang nakal Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP yang cuba menimbulkan isu yang tidak pernah wujud.

Atau benarkah isu itu tidak wujud?

Jawatan Ketua Menteri untuk UMNO

Hari ini, lidah rasmi UMNO telah mendedahkan apa yang selama ini memang tersirat di hati para pemimpin UMNO.

Tulisan seorang pengarang kanan Utusan Malaysia dengan tajuk kecil "Ketua Menteri Pulau Pinang untuk UMNO?" yang disiarkan hari ini mengesahkan apa yang disebutkan oleh Guan Eng sebelum ini.

Dalam tulisan Zaini Hassan, beliau mendesak UMNO dan BN supaya "memberi balik pusingan Ketua Menteri kepada UMNO yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang".

Tidak pasti apa maksud "memberi balik" kerana sejarah politik Pulau Pinang dengan majoriti penduduknya dari kaum Cina dan India tidak pernah mempunyai Ketua Menteri daripada UMNO. Yang ada sejak Merdeka adalah wakil dari MCA dan Gerakan sehinggalah BN tumbang dalam PRU ke-12 pada 2008.

Penulis lidah rasmi UMNO itu penuh yakin bahawa jika semua pihak setuju dengan cadangannya supaya UMNO diumumkan terelebih dahulu sebagai Ketua Menteri, Pulau Pinang akan berjaya diambil semula oleh BN.

Penulis itu menambah: "Jika semua pihak setuju maka, undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada UMNO dan UMNO pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak. Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku".

Justeru, pengarang lidah rasmi UMNO itu meminta Gerakan menutup mulut. Dia menulis: "Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya".

Meludah ke langit

Adakah Teng dan Zainal Abidin, malah wakil-wakil MCA dan MIC Pulau Pinang, akan menuduh Utusan Malaysia sebagai rasis kerana bermain dengan isu perkauman?

Lupakah Teng dengan kenyataannya sendiri yang menuduh Guan Eng menimbulkan isu UMNO mahu jawatan Ketua Menteri semata-mata kerana mahu menipu rakyat?

Malah, sebelum ini, satu lagi akhbar milik UMNO-BN, Berita Harian, juga pernah melaporkan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada Jun lalu.

Dalam rencana itu, Azhar dipetik sebagai berkata: "Kami bukan gilakan jawatan Ketua Menteri kerana kalau UMNO nak jawatan itu, kita sudah tuntut pada 1990 kerana mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Gerakan."

Rencana Berita Harian itu turut menasihati pucuk pimpinan BN Pulau Pinang supaya "segera memadamkan rasa was-was yang semakin menghantui fikiran kaum Cina mengenai isu ini. Segala kegusaran boleh dipadamkan apabila ada jaminan pucuk pimpinan BN bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang terus diterajui kaum Cina jika BN kembali berkuasa di negeri ini".

Nampaknya ada sesuatu yang tak kena dengan UMNO-BN di Pulau Pinang. Bukan itu saja, di kalangan tukang karut dan pecacai UMNO-BN juga seperti sudah tidak sehaluan lagi. – Roketkini.com

Sekadar bertanya, tegaskah Umno perangi murtad?

Posted: 24 Aug 2011 09:30 PM PDT


Oleh: Mat Zain Mat Isa

Tidak sepatutnya ada mana-mana pihak yang berfikiran waras tergamak mempertikaikan pendirian tegas PAS dalam mempertahankan akidah Islam. Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar dan secara terbuka mencatatkan tujuan penubuhannya ialah untuk mempertahankan kesucian Islam, adalah tidak munasabah jika dikatakan PAS tidak peka atau tidak mengambil berat sebarang isu membabitkan akidah.

Bukankah gara-gara pendirian tegasnya dalam perkara itu terhasilnya gelombang pembersihan akidah sekitar lewat 70-an dan awal 80-an dulu? Umat Islam seluruh negara seakan dikejutkan dengan penjelasan dan penerangan oleh para pemimpin PAS mengenai batas-batas iman dan kufur.

Umno yang mendapati sebahagian perkara mencemarkan akidah itu bersebati dengan batang tubuhnya bukan sahaja panas telinga, malah seakan 'terbakar punggung'. Para pemimpinnya tidak senang duduk dan merasa amat terpukul dengan perkara-perkara membatalkan syahadah dijelaskan pemimpin PAS.

Lalu bagi menyelamatkan maruah politiknya daripada terus dipertikaikan orang-orang Melayu, Umno bangkit menyerang balas PAS. Ia menuduh parti lawannya itu mengkafirkan orang-orang Umno, sekaligus menjadi punca perpecahan bangsa Melayu.

Hasil manipulasi kuasa didorong serakah politiknya, Umno berjaya menjuruskan persepsi umum kononnya PAS terlalu ghairah menghukum sesama Islam. Perbuatan para pemimpin PAS yang sebenarnya bertujuan mempertahankan kesucian akidah itu dianggap menggugat perpaduan bangsa dan keselamatan negara.

Akibatnya, sebilangan mereka terpaksa menghadapi ujian lebih menyeksakan daripada kerajaan pimpinan Umno, termasuk di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sesiapa juga yang menyelusuri rentetan peristiwa membabitkan isu-isu akidah sudah pasti tidak akan terlepas pandang penglibatan aktif PAS. Sementara Pemuda Umno setakat ini belum diketahui umum sebarang keterlibatan serius dan lantang dalam membantah gejala murtad, para pemuda PAS pula menjadi tenaga pengerak paling aktif menjayakan FORKAD, sebuah front khusus menjulang perjuangan anti-murtad di negara ini.

Siri penerangan dan penjelasan PAS berhubung perkara-perkara membabitkan akidah tidak terbatas kepada kuliah agama di surau dan masjid sahaja. Ia turut diselitkan di dalam hampir setiap siri ceramah umum anjurannya.

Usaha itu diperpanjangkan lagi menerusi media cetak. Penerbitan PAS kerap dipenuhi rencana dan ulasan mengenai bahaya murtad. Selain siri tulisan yang kerap menghiasi dada Harakah, akhbar rasmi PAS, parti itu juga banyak menerbitkan risalah dan buku khusus membicarakan isu murtad.

Contohnya, ketika isu pertikaian penafsiran Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan agama memuncak beberapa tahun lalu, PAS sekali lagi membuktikan keprihatinannya terhadap perkara itu.

Ia tidak sekadar menjadi penonton, malah terlibat secara aktif menjernihkan keadaan, termasuk mengadakan siri penjelasan dan penerangan mengenai letak duduk perkara itu dari persepktif Islam. Sebuah buku kecil sempat dihasilkan Badan Bertindak Anti-Murtad dengan kerjasama Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Harakah juga menjadi medan pendedahan paling laris berhubung sebilangan kes murtad. Setiap kali berlakunya wanita Islam menukar agama atau hilang dilarikan lelaki bukan Islam dengan tujuan memurtadkannya, akhbar rasmi PAS itu menyediakan ruangan tidak terbatas untuk pelbagai laporan dan ulasan agak terperinci.

Apakah keseriusan serupa pernah ditunjukkan Umno? Pernahkan di atas nama parti itu, ia menerbitkan sebarang risalah, buku atau penerbitan membicarakan gejala murtad? Pernahkah mana-mana pemimpin Umno menjadikan topik batas-batas iman dan kufur sebagai isi ceramah mereka kepada rakyat?

Pendirian tegas PAS dalam membanteras gejala murtad dibuktikan lagi dengan tekadnya mendaulatkan hukum Islam, termasuk Hudud dan Qisas. Akuilah betapa hanya hukum Islam yang memiliki peruntukan jelas meletakkan kesalahan murtad sebagai jenayah.

Untuk itu dua negeri yang dikuasai PAS, Kelantan dan Terengganu telah mengorak langkah bermakna merealisasikan hasrat itu. Ia bagaimana pun menghadapi jalan sukar, antaranya ekoran sikap hipokrit pemimpin Umno sendiri selaku penguasa di peringkat Pusat.

Itulah durjananya Umno. Ia bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan kedaulatan hukum Islam dan tidak pernah berhasrat menyempurnakannya, parti itu malah muncul sebagai penghalang utama setiap usaha PAS ke arah itu.

Bukan sahaja usaha dua negeri di bawah PAS itu menempuh laluan sukar, usaha para pemimpin PAS memanfaatkan persidangan Dewan Rakyat bagi membicarakan isu murtad atau membahaskan kepentingan mewujudkan undang-undang anti-murtad juga tidak diberikan layanan sepatutnya oleh para pemimpin Umno.

Rekod sidang Parlimen membuktikan sekurang-kurangnya dua kali Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS) mengemukakan ususl persendirian bagi mendesak kerajaan menggubal undang-undang anti-murtad. Malangnya, usaha itu tidak berhasil, antaranya kerana wakil rakyat Umno sendiri tidak memberikan sokongan.

Beberapa penjelasan di atas sepatutnya membuatkan Umno malu untuk mempertikaikan komitmen PAS mempertahankan akidah Islam.

Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa

Posted: 24 Aug 2011 08:47 PM PDT


Oleh Charles Santiago

Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.

Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC.

Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?

Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini.

Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang.

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri.

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali.

Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka.

Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan.

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan keputusan jumlah undi yang dikira.

Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan.

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan.

Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain.

Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub.

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup.

Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang. – Roketkini.com

Penulis adalah Ahli Parlimen DAP Klang

Speaker Kedah v ADUN N3 Kota Siputeh: Adakah Keputusan Telah Ada Skripnya?

Posted: 24 Aug 2011 07:35 PM PDT

©Loyar Burok (Used by permission)

by Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

This post is reproduced from here

Pada 18 Ogos 2011, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan keputusannya dan membenarkan rayuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Dato' Abu Hasan Sharif. Para Hakim yang terdiri daripada Dato' Ramly Ali, Dato' Linton Albert dan Dato' Aziah Ali dengan sebulat suara menyatakan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 16 November 2009 adalah silap.

Fakta ringkas kes ini adalah berkaitan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abd Isa Ismail yang telah mengambil kedudukan bahawa jawatan Dato' Abu Hasan Sharif sebagai wakil rakyat N3 DUN Kota Siputeh telah lucut akibat kegagalannya hadir di dalam sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut. Asas keputusan itu adalah berdasarkan Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah yang menyatakan seperti berikut:


Seterusnya....

Tiada ulasan: