Selasa, 9 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Panas! Bank Negara Guna Konsultan Israel

Posted: 09 Aug 2011 08:15 AM PDT

http://www.aduanrakyat.com.my/wp-content/uploads/2011/08/Hay-Group.jpg

Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.

By: G

http://www.aduanrakyat.com.my/bank-negara-guna-konsultan-israel

kerabu: patut la lambang duit syiling baru nak macam freemason a.k.a yahudi laknatullah. habis dah negaraku malaysia!

Apa maksud tersirat Najib umum bonus awal?

Posted: 09 Aug 2011 06:30 AM PDT

Thean Soon Fatt

Pengumuman bonus kepada penjawat awam jelas menunjukkan tindak-tanduk parti pemerintah memikat hati kakitangannya menjelang pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Dalam sejarah perkhidmatan awam negara, berita pemberian bonus tidak pernah diumumkan sebegitu awal sekali. Sesungguhnya para kakitangan kerajaan baru sahaja menghabiskan separuh tempoh perkhidmatan dalam tahun semasa.

Masih terdapat empat bulan pekhidmatan yang belum boleh diambil-kira, tetapi bonus telah dibayar lebih awal. Ini mungkin menunjukkan tata amalan kewangan yang tidak begitu cermat.

Mengikut amalan biasa, pemberian bonus sepatutnya diumumkan menjelang pembentangan bajet bulan Oktober nanti. Tetapi kali ini, kerajaan tidak dapat bersabar lagi, besar kemungkinan disebabkan oleh PRU-13 akan berlangsung bila-bila masa.

Dengan pengumuman bonus ini, maka boleh dikatakan hampir pasti PRU-13 akan berlangsung sebelum akhir tahun ini.

Sejak mengambilalih pucuk pimpinan kerajaan, Datuk Seri Najib Razak belum pernah menawarkan bonus kepada penjawat awam. Tahun 2009 dan tahun lalu, kakitangan awam mendapat dua kali bayaran saguhati sebagai ganti bonus.

Pada masa yang sama, kenaikan kos hidup terus meningkat, mengakibatkan kakitangan kumpulan sokongan sentiasa tertekan dan terhimpit.

Dengan adanya pemberian bonus menjelang sambutan Aidilfitri kali ini, kakitangan boleh merasa lega dan suka tetapi bagaimana dengan undi-undi yang dipegang, ke mana hendak ditujukan pilihan mereka?

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan dan kakitangannya.

Bayaran bonus menunjukkan kerajaan pemerintah menghargai sumbangan kakitangannya tetapi kerajaan boleh tersilap membuat andaian dan mengaitkan bonus ataupun sebarang bayaran tunai dengan undi pilihanraya.

Mengimbas kembali sejarah, pada bulan Julai tahun 2007, bekas perdana menteri Tun Abdullah telah meluluskan kadar kenaikan gaji yang paling besar dalam sejarah perkhidmatan awam tetapi menjelang pilihanraya umum Mac 2008, undi-undi kakitangan kerajaan di kawasan bandar dan pinggir bandar masih berganjak dari tradisi pro-kerajaan kepada pro-pembangkang.

Perubahan haluan dikatakan antara faktor penyumbang yang paling besar mengakibatkan kerajaan negeri-negeri Perak dan Selangor tumpas secara mengejut.

Kerajaan mesti berhati-hati kerana model pemikiran rakyat kawasan bandar dan pinggir bandar sudah banyak berubah. Walaupun kerajaan berniat baik, golongan pengundi bandar dan pinggir bandar tidak lagi merasa terhutang budi dan terpanggil untuk membalas budi menerusi peti undi.

Dalam usaha memikat hati rakyat dan pengundi, strategi yang lebih teratur dan perhatin hendaklah diterapkan sepanjang masa.

Apa salahnya bonus setara penjawat-pesara?

Posted: 09 Aug 2011 06:00 AM PDT

Pesara kerajaan Malaysia

Bonus atau bayaran khas Aidilfitri yang diminta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) - sebulan gaji untuk penjawat awam dan pesara kerajaan serta sebulan gaji sebelum akhir tahun ini - tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Rata-ratanya melahirkan dukacita, khususnya pesara kerajaan Malaysia. Najib tidak merasai beban penderitaan rakyat yang rata-rata berpendapat sedemikian.

Dengan RM500 untuk pesara, apa yang boleh diraikan semasa Aidilfitri ini? Itu keluhan seorang teman pesara juga, yang amat rasa tertekan dengan kenaikan harga barang yang melambung ketika ini.

Tambahan pula tidak semua pesara yang hidup mewah. Pesara juga terdiri daripada pelbagai kategori usia dan latar belakang. Apa salahnya penjawat awam yang sedang berkhidmat dan pascaperkhidmatan diberikan bonus atau bayaran khas yang setara? Begitulah keluhan mereka.

Nampaknya Najib dan BN mahu memberi gula-gula kepada golongan pesara. lngatlah, pesara kerajaan yang berjumlah lebih 600,000 boleh merubah senario politik negara menjelang pilihan raya umum ke-13.

Oleh itu janganlah meremehkan keupayaan golongan ini. Walaupun mereka telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan tetapi rata-ratanya masih memainkan peranan dalam aktiviti kemasyarakatan semasa.

Paling tidak pun, satu undi daripada mereka akan menentukan golongan mereka diberikan bantuan kebajikan yang setimpal.

Justeru saya bersetuju kerana suatu masa nanti penjawat awam jika dipanjangkan umur juga akan menjawat jawatan kekal ke akhir hayat sebagai pesara kerajaan.

Pelepah yang muda di pohonan, janganlah ketawa pelepah yang jatuh terdampar di bumi. Lambat-laun semua akan merasainya.

Lebih 1.5 juta pekerjasa asing didaftar

Posted: 09 Aug 2011 05:30 AM PDT

Seramai 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing sah telah didaftarkan di bawah program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P sehingga semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, 834,233 adalah mereka yang didaftarkan menerusi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

Di Sabah, jumlah PATI yang telah didaftarkan sejak 18 Julai lalu adalah seramai 157,966, katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Alwi juga berkata satu kaunter setempat telah diwujudkan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya bermula semalam bagi menangani semua masalah teknikal yang dihadapi 336 syarikat pengurus yang mengendalikan pendaftaran.

Kaunter tersebut dikendalikan kakitangan kementerian dan wakil syarikat pembekal yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sistem perisian yang digunakan dalam Program 6P.

- Bernama

TG Haji Hadi Dulu Lagi Pertahankan Akta Jenayah Akidah. Umno Lupa?

Posted: 09 Aug 2011 05:00 AM PDT

Akta Jenayah Akidah bukti Umno tidak ikhlas

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.

"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.

"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

"Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen?

"Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad.

"Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu.

"Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Biro Agama Keadilan: Serbuan JAIS Ke Gereja – Semua Pihak Harus Saling Memahami

Posted: 09 Aug 2011 04:00 AM PDT


NOTA PANDANGAN BiPPA.
(BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA – KEADILAN)

Setiapkali ada isu yang melibatkan pelbagai agama dalam negara sejak mutakhir ini pasti akan dipolitikkan dengan hebat sekali. Isu serbuan pihak JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, adalah mengulangi insiden kepelbagaian agama yang begitu sensitif dan harus berhati-hati menanganinya. Insiden sebelum ini seperti isu lesen arak, suara azan, pijak kepala lembu, roboh rumah ibadat dan pelbagai insiden-insiden yang pasti tidak akan kesudahan pula selepas ini.

Kepelbagaian agama (Pluraliti) dalam negara ini merupakan suatu realiti yang mesti difahami oleh semua pihak. Kita perlu menerima hakikat ini secara positif dengan ketentuan Tuhan yang membawa banyak rahmat. Masing-masing agama harus memahami batasan yang dibenarkan dan sempadan yang tidak boleh dicerobohi (eksklusif). Dato Dr Siddiq Fadhil dalam Ucapan Dasar Muktamar WADAH PENCERDASAN UMMAT baru-baru ini mengungkapkan dengan jelas persoalan ini, katanya;

Bagi umat Islam pluraliti (tanawwu`, ta`addud, ikhtilaf) adalah fenomena ciptaan Tuhan yang sarat dengan hikmah. Yang mutlak Tunggal hanya Allah sendiri, sedang makhluk diciptakan beragam (mukhtalifan) dan berpasangan (azwajan). Manusia diciptakan lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, berbeza-beza bahasa dan berlain-lainan warna.

Kepelbagaian tersebut diciptakan bukan tanpa makna. Pluraliti adalah tanda (ayat) yang menyiratkan hikmah dan makna untuk diteroka oleh al- alimin, mereka yang memiliki daya renung keilmuan yang tajam. Demikianlah premis yang membentuk sikap positif-apresiatif terhadap pluraliti. Kerana itu pula tidak ada masalah bagi umat Islam menghadapi pluraliti masyarakat.

Bagi umat Islam, persoalan berkaitan dengan Aqidah adalah persoalan pokok, yang tidak boleh di tolak ansur, batasan eksklusif yang harus difahami dan dihormati oleh agama lain. Islam juga menghormati hak eksklusif agama lain,

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampai batas tanpa pengetahuan.

Surah Al-An'aam: 108)

Oleh itu Islam melarang umatnya dari mencerca Tuhan-tuhan agama lain (rujuk surah Al- An'am ayat 108), penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah S.W.T. memerintahkan kita berdakwah Kenyataan Media Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) Halaman 2/2 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)bukannya mencela atau menghina. Apa yang kita cuba singkap daripada isu serbuan JAIS ke Gereja atas nama jamuan makan mempunyai dua maklumat yang berbeza.

Pertama; JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis itu, dikatakan isu ini berkaitan dengan proses penyebaran agama lain keatas umat Islam.

Kedua ; Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids. Ini adalah sebahagian dari aktiviti yang sering dilakukan oleh pihak Gereja bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

Bagi pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat,berpendapat adalah lebih harmoni semua pihak samada pihak Gereja, JAIS atas pihak-pihak yang terlibat untuk mendapat maklumat yang tepat, duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya semua pihak memahami hak inklusif dan eksklusif masing-masing ,tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kami menyokong penuh usaha untuk bertemu muka dengan pengurusan JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama(DUMC) untuk mendapat maklumat yang lebih tepat bagi merungkaikan isu ini.

Semoga pendekatan ini memberi manfaat yang menguntungkan kepada rakyat Malaysia yang berbilang agama secara keseluruhannya.

YB HJ AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat

Azmil keluar MAS, pertukaran saham dengan AirAsia selesai

Posted: 09 Aug 2011 03:07 AM PDT

Oleh Jahabar Sadiq

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/august/09/mas-airasia-gang.jpg

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pengarah Urusan MAS Tengku Datuk Azmil Zaharudin digugurkan daripada jawatan itu selepas pemegang-pemegang saham syarikat penerbangan nasional itu memuktamadkan urusan pertukaran saham dengan AirAsia Berhad hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan satu jawatankuasa eksekutif diketuai Tan Sri Azman Yahya akan mengendalikan hal ehwal MAS manakala operasi harian pula akan diuruskan oleh oleh Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Mohd Rashdan Mohd Yusof, yang juga ahli lembaga syarikat itu.

Azmil akan menyertai Khazanah sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa 12 September 2011.

Di bawah proses pertukaran saham ini, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd akan menukar 10 peratus pegangannya dalam syarikat penerbangan tambang murah itu untuk mendapatkan 20.25 peratus dalam MAS, yang dihimpit tekanan kewangan, di bawah perjanjian yang dinamakan Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif.

Sebelum urusan pertukaran saham, Tune Air merupakan pemegang saham terbesar dalam AirAsia dengan 26.28 peratus pegangan manakala Khazanah memiliki 69.33 peratus saham dalam MAS.

Lembaga MAS juga akan menyaksikan beberapa wajah baru antaranya bekas ketua eksekutif IJM Datuk Krishnan Tan dan ketua eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan dan David Lau dari Shell Malaysia.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MAS secara rasmi mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan, Rohana dan David sebagai pengarah bukan eksekutif.

Rashdan juga dilantik sebagai pengarah eksekutif dan kesemua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata kenyataan itu lagi.

Lembaga MAS juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas berkuat kuasa 11 Ogos ini.

Dalam pada itu lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk N. Sadasivan, Keong Choon Keat, Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Sukarti Wakiman dan Martin Gilbert Barrow sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa 7 dan 8 Ogos.

"Lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Azmil sebagai pengarah urusan, berkuat kuasa hari ini," kata kenyataan itu.

Sebelum dilantik sebagai pengarah urusan Azmil merupakan ketua pegawai kewangan MAS.

Selain itu, menurut lembaga, jawatankuasa eksekutif akan dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan anggotanya terdiri daripada Azman, Rashdan, Fernandes dan Kamarudin.

Ustaz Zaharuddin a.k.a Zaharuddin.net Bersetuju Dengan Serbun JAIS

Posted: 09 Aug 2011 01:00 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185445_10150251038991576_226669856575_8025256_79308_n.jpg

Saya secara peribadi, bersetuju dengan serbuan JAIS tersebut, walau terdapat pihak yang membantah. Khususnya apabila ada undang-undang yang melarang penganut agama lain untuk mengajak muslim melompat ke agama mereka, apatah lagi apabila step awalnya dibuat secara terbuka sebegitu.

http://www.zaharuddin.net/images/stories/zaharuddinfeb2010.jpg

Saya juga mendesak agar pihak pengagihan zakat memantapkan tugas mereka, agar pihak faqir & miskin dapat dibantu sesegera mungkin.

Jika mereka mendakwa ingin mengadakan makan malam biasa, disertai pelbagai bangsa patutnya BUKAN DIBUAT DI GEREJA tetapi di tempat awam atau yang neutral dari upacara keagamaan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/215033_10150251039026576_226669856575_8025257_1781655_n.jpg

Dimaklumkan kepada saya, ini adalah tentatif program malam tersebut. Sengaja selang selikan di antara upacara kegerejaan dan keislaman. ? Untuk apa? kesamarataan agama?

Sumber Dari FB Ustaz Zaharuddin.net

Gambar: Gadis pengsan setelah rakam gambar sedang mandi dengan tangan ‘lembaga’

Posted: 08 Aug 2011 09:07 PM PDT

Watt Zacchaeus

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

http://www.theborneopost.com/newsimages/T05395.jpg

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (anak panah) yang dipercayai 'hantu' cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

"Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

"Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan," ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan 'hantu' cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

"Salah satu tangan 'benda' itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya," ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra 'ngampun' mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang 'sangat keras'.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan Dangkal Dan Bodoh!

Posted: 08 Aug 2011 07:30 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184129_10150341185078140_269683628139_9694804_3202228_n.jpg


Serbuan Serbuan Gereja Di Selangor : UMNO Kelantan Ibarat Meludah Ke Muka Sendiri

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini 09 Ogos 2011 di halaman K2. Beliau di dalam kenyataannya itu dilaporkan menyebut bahawa pimpinan PAS Kelantan lebih mementingkan politik kepartian berbanding menjaga kedudukan Islam apabila enggan masuk campur di dalam isu serbuan gereja di Selangor.

Kenyataan Dali Hussin itu merujuk kepada kenyataan YAB al-Mursyidul Am PAS yang menyerahkan kepada PAS Pusat dan kerajaan Selangor untuk melakukan siasatan dan menentukan sikap di dalam isu ini.

DPPNK amat simpati jika inilah tahap pemikiran Ketua Penerangan UMNO Kelantan di dalam keadaan UMNO Kelantan kononnya sedang melancarkan 'gelombang hebat' untuk merampas Kelantan daripada PAS. Perlu diingatkan, kenyataan al-Mursyidul Am PAS itu dibuat berikutan PAS Pusat masih di dalam peringkat menyiasat lebih lanjut isu ini dan pertemuan dengan pihak JAIS dan gereja sedang diatur bagi mendapat gambaran sebenar. Tidak timbul soal PAS Kelantan tidak berani masuk campur kerana isu ini berlaku di Selangor dan pihak-pihak yang terlibat lebih berautoriti untuk mendedahkan fakta dan data.

Jika semua isu yang dihebohkan oleh media massa milik UMNO diambil kira, negara akan menjadi porak peranda berikutan media massa milik UMNO hanya pandai memanipulasi maklumat tanpa fakta yang benar. DPPNK ingin memperingatkan Dali isu yang dihebohkan beberapa bulan lepas di mana kononnya ada pihak yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Setakat manakah siasatan isu ini? Mana pihak yang sibuk menjadi hero ketika isu ini dihebohkan? Bukankah akhirnya terbukti bahawa maklumat yang diperoelhi hanyalah dipetik dari blog yang tidak bertanggungjawab? Rekod menunjukkan bahawa media massa milik UMNO amat mahir menimbulkan isu sensitif tanpa sebarang sumber yang jelas.

Di Kelantan, di mana UMNO ketika kerajaan negeri Kelantan disaman oleh tiga individu 20 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menghalang premis judi beroperasi? Sedarkah Dali bahawa individu yang menyerahkan writ saman itu kepada media ialah Datuk Ti Lian Ker iaitu Ahli Jawatankuasa MCA Pusat bagi menunjukkan kebersamaan MCA di dalam menyokong saman tersebut. Sedarkah Dali apa hubungan MCA dengan UMNO? Atau pemimpin UMNO Kelantan masih tenggelam dalam gelombang merah ciptaan sendiri sehingga tidak sedar apa yang berlaku? Untuk rekod, berita tentang saman ini turut dilaporkan oleh lidah UMNO, Utusan Malaysia pada 21 Julai 2011 di muka hadapan dan berita lanjut di muka 6.

DPPNK menasihatkan pimpinan UMNO Kelantan agar berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dilihat rakyat sebagai kenyataan yang dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Jangan nanti kenyataan yang dikeluarkan dilihat sebagai meludah ke muka sendiri. Akhir kata, selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 9 Ogos 2011

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185221_10150341185613140_269683628139_9694821_7580468_n.jpg

Kawan-kawan kami yang atas pagar selalu bertanya, macam mana orang jahil dan bodoh macam ni umno kelantan angkat sebagai pemimpin? kami hanya jawab, umno kelantan dah lama mampus!

Tiada ulasan: