Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Keberangkatan Sultan Kelantan Ke Mukim Tumpat Untuk Solat Terawih
- Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS
- Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang
- PAS: ‘Parti Aloh Sokmo’
- Kontroversi gereja, PAS mula tunjuk pendirian tegas
- Sogokan Untuk Menukar Aqidah : Siapa Pelopornya?
- Pertukaran saham: Satu lagi monopoli baru?
- Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara
- Betulkah pemastautin diberi hak mengundi?
- Royalti: Rayuan Kelantan ditolak, Putrajaya kekal pencelah
- (Panas) Akhirnya Terbongkar Rahsia Hajjah Sitt Al-Wuzara
- Gambar TG Nik Aziz Memberi Sumbangan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan
- Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi
- Tujuh Maut,Dua Parah Dalam Kejadian Tanah Runtuh
Gambar Keberangkatan Sultan Kelantan Ke Mukim Tumpat Untuk Solat Terawih Posted: 08 Aug 2011 09:36 AM PDT Keberangkatan Tuanku Sultan dalam majlis penyampaian Zakat dalam jajahan Tumpat selepas majlis berbuka puasa dan terawih bersama anak mukim Kg Bunut Sarang Burung.Turut hadir dalam majlis ini Dato TMB, Dato Kamarudin Jaffar, YB Adun Wakaf Bharu, YB Mohamad Zaki Ibrahim |
Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS Posted: 08 Aug 2011 08:30 AM PDT Oleh Mohamed Zainal Abidin Hussin Corak penulisan yang saya amat tidak gemar ialah mengulas tulisan orang lain. Rasanya tidak ada karya seperti itu pernah saya hasilkan.Membaca tulisan Dr. Masitah pagi ini menjadikan saya terpaksa melupakan kebencian ini. Pas - Parti Aloh Sokmo - begitulah bunyi tajuk artikel timbalan menteri agama yang terkenal ini. Sebenarnya bukan beliau seorang. Seluruh tubuh badan parti sekongkol Masitah sedang bergelejat dengan perkembangan PAS sekarang. PAS mulai memasuki era baru. Dari satu parti yang disokong oleh tok lebai dan pemberontak kampungan, kini parti ini mendapat perhatian banyak pihak. Satu gelombang dulu para pelajar IPT dan profesional Malayu berjinak dan membantu PAS. Lihat saja sekarang siapa yang jadi AJK PAS pusat. Mereka lulus Ph.D, Sarjana dan hampir tiada lagi yang tidak berijazah. Kalau rajin pergilah banci pimpinan peringkat negeri-negeri. Di negeri yang katanya PAS lemah seperti Melaka, Johor dan Sabah pun pemimpin mereka bukan calang orang. Doktor, Engineer dan akauntan bersepah. Turun lagi ke peringkat kawasan (Parlimen). Kalau berani bandingkan kelulusan mereka yang duduk dalam jawatankuasa PAS berbanding dengan parti sekongkol Masitah, sesiapa saja akan terkejut beruk. Semua ini dah lama diperhatikan oleh orang-orang yang waras dan tidak biul. Sebab itu ombak landaan PAS tidak surut-surut. Pasang dan terus pasang. Orang tua, orang muda, orang berpelajaran malah orang kurang pelajaran semakin percaya PAS parti bagus. Parti yang tidak tipu orang. Parti yang para pemimpinnya boleh ditumpangi dunia dan akhirat. Meskipun diasak alat propaganda parti sekongkol Masitah. TV habis Channel ajak orang benci PAS. Akhbar berpermit tiada langsung benar orang tengok PAS baik. Radio yang ada berpuluh (mungkin beratus) setesen semuanya terbahak-bahak bawa mazhab anti-PAS. Semuanya tidak dapat halang orang ramai semakin dekat dan percaya pada PAS. Fenomena terkini ialah peminat-peminat baru PAS dari kalangan yang tidak pernah terfikir oleh parti puak sekongkol Masitah. Mereka yang tidak amal Islam, malah mereka yang menganut agama bukan Islam turut percaya PAS lebih baik dibuat kawan berbanding parti-parti sekongkol Masitah. Mereka tengok betul PAS parti miskin. Parti orang kecil tanpa pangkat itu pangkat ini, syer itu syer ini. PAS memang tidak pandai berhibur pelik-pelik dan menghabis duit beli cincin mahal-mahal. Tapi mereka buat kesimpulan jenis parti macam ni tak tipu orang. Destinasi wajib harian surau dan masjid. Kawan-kawan tiada perompak, penyamun atau jauh sekali along. Niat orang duduk dengan PAS ialah nak amal Islam. Mula-mula untuk dirinya sendiri. Bila kahwin ada isteri dan anak, mereka mahu semua ikut apa yang dia buat. Dengan kuasa yang sah sebagai suami dan bapa kalau perlu berkeras sikit untuk tujuan kebaikan. Kalau ditakdir dapat jadi ketua di pejabat ke, di kawasan kediaman ke, sahsiah Islam yang dia amal diminta orang di bawah jagaan buat sama. Dalam konteks politik kerana diberitahu sesiapa boleh bertanding secara adil, maka ahli PAS masuk pilihanraya. Kalau ditakdirkan menang (macam di Kelantan) kita buat benda yang sama. Kalau ini mahu dipanggil negara Islam. Negara Islamlah. Kalau nak panggil negera berkebajikan, negara berkebajikanlah. Tok Guru Nik Aziz masa mula masuk pejabat MB Kelantan, wartawan tanya dia apa model pentadbiran yang dia akan pakai. Dia jawab "Ambo nok Kelate jadi supo ambo". Maksudnya mudah. Dia orang Islam. Apa yang Allah suruh sedaya upaya perlu buat. Apa yang Allah larang sedaya upaya ditinggalkan. Kita mewarisi sebuah negara yang kacau bilau dari segi Islam akibat angkara parti sekongkol Masitah. Kelantan hanya sebahagian Malaysia. Memang telah banyak berbeza. Masjid dimakmurkan. Kebajikan rakyat diutamakan. Pintu maksiat ditutup. Tiada premis judi berlesen, arak hanya dijual kepada non-muslim dengan pengutkuasaan ketat, tiada bar dan kelab maksiat. Memang tidak mungkin Kelantan ada undang-undang lain kerana ia sebahagian dari Malaysia. Sebenarnya tiada apa masalah di sini. Sudah 20 tahun lebih Tok Guru jadi MB. Orang bukan Islam tidak pernah kedengaran bermasalah. Kini PAS turut didekati kumpulan-kumpulan baru. Kelab Penyokong PAS terdiri dari mereka yang belum Islam tapi datang kepada PAS untuk memberi sokongan dalam konteks politik. Parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan lain-lain turut percaya bahawa PAS boleh jadi kawan yang baik kalau nak bentuk Malaysia baru yang tidak serupa dengan budaya kuno anjuran parti sekongkol Masitah. Memang PAS tidak terdesak dengan salakan parti sekongkol Masitah supaya berkelahi dengan peminat-peminat barunya. Tidak perlu PAS melalak ke sini sini kononnya aku benci arak, aku benci judi, aku benci murtad, aku benci budaya maksiat. Peminat baru PAS memang amat kenal PAS. Mereka sudah lama tahu apa yang PAS suka dan apa yang PAS tidak akan bertolak ansur. Tidak perlu Masitah dan parti sekongkolnya nak ajar PAS bab ni. PAS akan bergerak terus dengan jatidiri dan kebaikannya sehingga akan sampai matlamatnya untuk menjadikan dunia ini "hasanah" dan menuju ke akhirat dengan "hasanah" menanti di sana. |
Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang Posted: 08 Aug 2011 07:45 AM PDT Oleh Mohd Aizat bin Mohd Salleh Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. g Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila JAIS menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam. Apabila berhadapan isu agama dan sensitif, sewajarnya kita perlu mengambil kenyataan daripada sumber-sumber yang tepat agar tidakdisalah-tafsir atau salah memberi pandangan. Ia bukan sekadar menggambarkan keburukan kepada agama Islam, bahkan memberi nilai yang negatif kepada undang-undang yang menjadi rujukan kita. Hassan Ali , EXCO agama kepada kerajaan Selangor yang juga mewakili JAIS membuat kenyataan rasminya mendakwa bahawa terdapat seramai 12 orang Islam menghadiri majlis tersebut. Dan katanya lagi, terdapat perkataan 'Qur'an' dan 'Pray' diselitkan di dalam ucapan di dalam majlis tersebut. Tiada tangkapan dibuat, dan hanya pemeriksaan selepas rundingandengan pihak penganjur. (Rujuk: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali) Namun, bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan. (Rujuk di sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cfm-kesal-tindakan-jais-dan-polis-mahu-sultan-campur-tangan/) Dan bagi presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johordan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat. (Rujuk disini: http://www.malaysiakini.com/news/172122) Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa perlu menunggu laporan penuh daripada kerajaan Negeri Selangor sebelum membuat apa-apa spekulasi, kenyataan dan menuding jari (finger point) kepada mana-mana pihak. (Sinar Harian: 6 Ogos 2011, m/s: 1&4) Ia sangatselaras dengan pendirian Islam. Hatta pemimpin politik Islam sekalipun, kenyataannya haruslah tidak menggambarkan keburukan kepada Islam, lebih-lebih lagi memecah-belahkan masyarakat dan kesepaduan kaum serta agama di Malaysia ini. Antara Dakwah dan Undang-undang Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam isu serbuan JAIS pada Rabu lalu adalah menilainya dari dua persepktif yang utama yakni perlaksanaan undang-undang dan aspek dakwah yang menjadi gambaran (view) agama Islam. Kedua-duanya sama penting dan memerlukan kebijaksanaan menguruskannya. Sesungguhnya, undang-undang wajib ditegakkan. Namun ia sesekali tidak meninggalkan objektif utama penubuhan undang-undang itu yakni memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia. Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing. Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam. Dari sudut undang-undang - Perlembagaan mahupun Syariah - kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan - bagi undang-undang Syariah - apa yang disebut Maqasid Syariah - yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia. Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia - rahmatan lil 'alamin - maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia - orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam. Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu - adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum. Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah - yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang - iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasidsyariah itu. *Mohd Aizat bin Mohd Salleh, B.A Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya (UM). www.merdekareview.com |
Posted: 08 Aug 2011 07:15 AM PDT Oleh Mashitah Ibrahim Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar PAS baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang PAS membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan PAS sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "PAS aloh ko DAP" (PAS kalah kepada DAP). Ini hakikat yang sukar diterima orang PAS. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong PAS akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan PAS. Sebagaimana konsep negara Islam, PAS bercakap dulu, fikir kemudian. Dan dalam hal ini, PAS kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. PAS kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi. Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "PAS aloh ko DAP". Walaupun pemimpin PAS memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh. DAP anggap keputusan kerajaan PAS Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan PAS terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian. Dalam kes terbaru, wakil PAS di Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka. Sebelum episod ini, "PAS aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, PAS tidak boleh berbuat apa. Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak. Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam. Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya PAS akan "aloh" lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor. Di Pulau Pinang pun sama, "PAS aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan. Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri. Sebelum ini, PAS memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak PAS mula menjalin hubungan politk dengan DAP? Selepas pilihan raya 2008, orang PAS tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah PAS tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz. Malah ada ustaz-ustaz PAS mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak. Sudahlah PAS gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang. Amat malang, terlalu ramai pengikut PAS yang mempercayai momokan ustaz-ustaz PAS ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan. Apa yang PAS berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam. Tapi PAS mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang PAS buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu? Pemimpin PKR dan PAS di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar "tahaluf siyasi", PAS berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam. Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin PAS sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP. Nampak sangat kedudukan PAS yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan "Membangun Bersama Islam" kini tukar jadi "PAS Untuk Semua". Dulu Karpal Singh kata PAS kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh. Kalau PAS mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin PAS akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin. Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi "PAS aloh". Padahal, di kalangan penyokong PAS, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya, PAS kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa PAS kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli PAS asal menangis melihat rupa wajah PAS hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo. — Utusan Malaysia * Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. |
Kontroversi gereja, PAS mula tunjuk pendirian tegas Posted: 08 Aug 2011 07:00 AM PDT Hampir seminggu selepas tercetus kontroversi ekoran siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara, Selangor, PAS mula menunjukkan sikap tegas berhubung tindakan pihak berkuasa agama itu. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini menegaskan sokongan terhadap tindakan Jais dan Datuk Dr Hasan Ali, selepas mendengar penjelasan daripada bekas pemimpin PAS Selangor itu. Kenyataan ketua Pemuda PAS ini merupakan yang paling tegas daripada parti Islam itu selepas episod yang menjadi kontroversi di Selangor itu. "Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan," tegas Nasrudin dalam blognya. Nasrudin menjadikan isu mempertahankan aqidah umat Muslim sebagai isu utama dalam kontroversi melibatkan gereja dan dakwaan usaha memurtadkan orang Muslim ini. Hasan yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS berdepan kritikan keras pelbagai pihak dan digambarkan berdepan siasatan kepimpinan pusat ekoran sokongannya terhadap tindakan Jais itu. Nasrudin pada masa sama turut menyatakan sokongan kepada rancangan pertemuan dialog PAS dengan pihak Jais dan gereja terbabit, dan menegaskan pemeliharaan hak pengikut agama lain. Beliau juga mengajak kepada penyatuan umat dalam isu aqidah tanpa dipengaruhi keperluan politik pilihan raya, kenyataan yang dilihat bertujuan menyatakan ketegasan PAS dalam isu agama dan pada masa sama mengkritik pihak yang menggunakan isu itu untuk sokongan politik. "Umat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam," tulis Nasrudin. "Justeru harga aqidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun Dun, demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai aqidah, taruhannya ialah darah dan nyawa." Kenyataan pemimpin Pemuda PAS ini dilihat menjawab dakwaan sesetengah pihak, terutama pesaingnya Umno yang mendakwa PAS semakin tunduk kepada sekutu dan keperluan pragmatik politik pilihan raya. Pendirian PAS yang dijangka ditegaskan selepas mesyuarat semalam menjadi tumpuan ramai yang memerhatikan sikap parti Islam itu dalam episod terbaharu kontroversi dalam hubungan antara agama melibatkan parti itu. http://siasahdaily.blogspot.com/ |
Sogokan Untuk Menukar Aqidah : Siapa Pelopornya? Posted: 08 Aug 2011 06:22 AM PDT Dalam sehari dua ini, tidak ada cerita yang lebih panas melainkan isu serbuan gereja di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ruang-ruang media massa eletronik dan cetak digunakan sepenuhnya untuk menghebohkan cerita serbuan ini. Hilang sudah kisah penduduk tetap yang diberikan kerakyatan segera, dan barangkali juga turut hilang cerita saya dicabar untuk menafikan pertemuan dengan pihak tertentu untuk dilantik sebagai ketua Pakatan Rakyat. Selepas saya menyahut cabaran, tidak terlintas pula di dada akhbar orang yang mencabar saya. Jika sibuk beribadah di bulan Ramadhan, saya ucapkan tahniah. Apapun, isu serbuan di gereja ini dihebohkan dengan kononnya ada orang-orang Islam yang diberikan habuan untuk menukar aqidah dan murtad dari agama. Soal benar atau tidak, saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk melakukan siasatan. Namun, cerita manusia disogok wang ini bukan baru. Bahkan jika disebut tentang kepakaran menyogok wang ini, saya kira ada pihak lain yang lebih mahir dari pihak yang disebut-sebut itu. Cuma barangkali yang disebut-sebut sekarang ialah gereja dan pihak Kristian, sedangkan yang lebih hebat bermain wang dan sogokan seolah-olah tidak bersalah. Hakikatnya, UMNO sudah lama bermain dengan sogokan ini. Bukankah setiap kali pilihanraya, rakyat disogok dengan pelbagai sogokan untuk mengundi parti mereka? Projek-projek mee segera diumumkan serta merta di kawasan di mana berlakunya pilihanraya kecil, apa namanya ini jika bukan sogokan? Sogokan tidak semestinya dalam bentuk wang yang diberikan di gereja. Sogokan juga boleh datang dalam bentuk projek mee segera. Itu belum dikira penggunaan wang secara berleluasa menjelangnya pilihanraya. Justeru, jika media massa milik UMNO sibuk menghebohkan soal gereja memberikan sogokan, saya kira mereka patut malu dengan diri mereka sendiri yang sudah bergelumang dengan jenayah moral ini begitu lama. Perlulah diingat, Islam tidak tertegak dengan sogokan wang. Para sahabat yang mendaftar masuk sebagai muslim di zaman Rasulullah SAW tidak pernah terpaut kerana sogokan wang. Mereka datang kerana keyakinan mereka bahawa Islam itu benar. Bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak dilantik dari kalangan orang-orang kaya dan berada untuk membersihkan Islam dari pengaruh kekayaan dan harta baginda. Baginda dipilih dari kalangan anak yatim dan bertugas pula sebagai pembela kambing sebelum dilantik menjadi Nabi. Ertinya, bukan pengaruh kekayaan dan pangkat baginda yang menarik manusia untuk memeluk Islam, tetapi akhlak, peribadi dan kebenaran Islam itu sendiri. Inilah yang disebut oleh isteri baginda, Khadijah Radhiallahu anha sewaktu memujuk suaminya itu yang sedang ketakutan selepas menerima wahyu yang pertama : لا،أبشر، فوالله لا يخزيك الله أبدا؛ إنك لتصل الرحم، وتصدق الحديث، وتحمل الكل،وتقري الضيف، وتعين على نوائب الحق Yang bermaksud : "Tidak, bergembiralah, demi Allah kamu tidak akan ditakutkan oleh Allah selama-lamanya. Sesungguhnya kamu menyambung silaturrahm, benar dalam kata-kata, menepati timbangan, memuliakan tetamu dan menolong orang-orang yang berhak…" – Hadis riwayat Bukhari. Itulah sifat-sifat Rasulullah SAW yang disebut oleh isterinya yang tidak ada satupun menyenaraikan suaminya itu sebagai seorang yang kaya dan berpangkat. Budi pekerti yang baik inilah yang menarik seterusnya mengikat manusia dengan akidah Islam. Bahkan sebelum kenabian baginda lagi, baginda digelar sebagai al-Amin (yang amanah) dan bukan al-Ghaniyy (kaya). Justeru, baginda tidak datang dengan habuan wang ringgit dan projek-projek pembangunan untuk menarik manusia sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan inilah yang dipohon oleh orang-orang kafir yang sudah enggan beriman dengan baginda. Firman Allah SWT : وقالوا لن نؤمن لك حتى تفجر لنا من الأرض ينبوعا ( 90 ) أو تكون لك جنة من نخيل وعنب فتفجر الأنهار خلالها تفجيرا ( 91 ) أو تسقط السماء كما زعمت علينا كسفا أو تأتي بالله والملائكة قبيلا ( 92 ) أو يكون لك بيت من زخرف أو ترقى في السماء ولن نؤمن لرقيك حتى تنزل علينا كتابا نقرؤه قل سبحان ربي هل كنت إلا بشرا رسولا ( 93 ) Yang bermaksud : Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah Aku Ini Hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" – Surah al-Israk, ayat 90-93 Adapun UMNO, sangat berbeza dengan pendekatan yang diajar oleh nabi. Wang ringgit digunakan sewenang-wenangnya untuk menyogok rakyat seolah-olah rakyat sudah menjadi bahan belian yang boleh ditukar ganti dengan nilai. Padahal ditetapkan umur 21 tahun untuk layak mengundi dengan tujuan supaya pengundi dapat menggunakan pertimbangan akal fikiran yang matang untuk memilih pemimpin. Lalu jika wang ringgit digunakan untuk membeli pertimbangan ini, apa gunanya ditetapkan umur 21 tahun? Di Terengganu sewaktu Dato Seri Presiden PAS menjadi Menteri Besar, mereka sekat royalti minyak dan ditukar menjadi wang ihsan. Lalu wang ihsan inilah yang dijaja ke seluruh negeri untuk menyogok rakyat. Begitu juga di Kelantan hari ini, mereka menjaja wang ihsan yang asalnya merupakan royalti yang wajib dibayar. Diheboh pula bahawa Kelantan tidak akan membangun tanpa UMNO, tidak ubah seperti ayam jantan yang mendakwa matahari tidak akan naik jika ia tidak berkokok! Saya kira, apa yang UMNO lakukan di Kelantan dan Terengganu ini hakikatnya tidak kurang teruknya dengan apa yang didakwa dilakukan oleh gereja dan gerakan kristianisasi. Itupun jika berita yang disebarkan itu benar. Biasanya jika media UMNO yang berbicara, daripada 9 perkara yang disebut, 10 daripadanya hanyalah provokasi dan manipulasi maklumat! Dari sudut yang lain, jika orang Melayu sudah begitu teruk sehingga akidah mereka mampu dibeli oleh gerakan Kristianisasi, manakah maruah UMNO yang selama ini sibuk berjuang menjaga Melayu dan Islam? Nampaknya Malaysia ini tidaklah makmur sangat di bawah kepimpinan UMNO sehingga akidah pun mampu dibeli dengan duit. Alhamdulillah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang membentangkan statistik kes murtad beberapa bulan lepas daripada tahun 2000 sehingga tahun 2010, tidak ada satu pun kes yang terlibat di Kelantan. Kesimpulannya, jika gerakan Kristianisasi itu teruk, maka UMNO pun tidak kurang teruknya! YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia NIk Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 8 Ramadhan 1432H / 8 Ogos 2011M |
Pertukaran saham: Satu lagi monopoli baru? Posted: 08 Aug 2011 06:18 AM PDT Hazlan Zakaria & Lee Way Loon Ahli parlimen pembangkang membidas rancangan pertukaran saham di antara MAS-AirAsia yang didakwa akan melahirkan satu lagi bentuk monopoli yang bakal menyebabkan kualiti pengangkutan udara rakyat Malaysia terus terjerumus. "Ia mewujudkan monopoli ataupun sekurang-kurangnya oligarki. Monopoli adalah penghalang utama tunggal dalam proses pembaharuan ekonomi Malaysia," kata ketua jabatan penyelidikan PAS Dzulkefly Ahmad. Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air. Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham. "Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu. "Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan. "Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" katanya. Menurut Dzulkefly, monopoli sebenarnya menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka. Dzulkefly berkata antara contoh 'monopoli' yang wujud sekarang adalah seperti cengkaman Media Prima ke atas media elektronik terestrial, penguasaan TM ke atas infrastruktur internet dan juga monopoli ke atas gula, beras dan tepung yang diberikan kepada 'kroni' kerajaan. "Persaingan adil dalam industri penerbangan akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan memberi manfaat," katanya. Pandangannya juga dikongsi bersama oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua. Katanya, rancangan pertukaran saham itu mengimbaunya kembali pada tahun sebelum 1999 ketika negara hanya mempunyai satu syarikat penerbangan. "Ia hanya boleh menyaksikan pengguna yang akan rugi," kata Pua. Menurutnya, pertukaran saham itu akan mengurangkan daya saing penerbangan udara Malaysia. "Tony Fernandes (CEO Air-Asia) tidak akan bersaing sengit dengan syarikat penerbangan negara - ini umpama cubaan bunuh dirinya sendiri - ini kerana beliau akan memiliki kira-kira 20 peratus saham," kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dan mendapat didikan ekonomi dari Universiti Oxford. Sementara itu, AFP melamporkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan cuba mendapatkan kawalan pengurusan jika perjanjian pertukaran saham kedua-dua syarikat itu menjadi kenyataan. Urus niaga kedua-dua syarikat penerbangan itu digantung hari ini berikutan laporan akhbar hari ini bahawa pertukaran itu akan menyaksikan AirAsia memiliki 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines. Memetik sumber dalamam industri berkenaan, berkata kawalan pengurusan adalah syarat utama rundingan berkenaan yang bertujuan membantu Malaysia Airlines yang kini bergelut supaya tidak rugi. Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan. AirAsia dikendalikan oleh jutawan Tan Sri Tony Fernandes, yang membeli syarikat penerbangan berkaitan kerajaan lebih sedkad yang lalu ketika ia bergelut untuk melakukan impak |
Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara Posted: 08 Aug 2011 04:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib. Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. -- BERNAMA |
Betulkah pemastautin diberi hak mengundi? Posted: 08 Aug 2011 03:37 AM PDT Isu besar yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu pendatang asing yang menjadi pemastautin telah diberikan kerakyatan dan terus diberikan hak mengundi. Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menghantar surat hari ini untuk mendesak persidangan Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu seramai 1600 orang pemastautin tetap yang dikatakan diberikan kerakyatan penuh untuk memudahkan mereka menjadi pengundi semasa pilihanraya umum yang akan datang. Jika isu ini benar ia merupakan isu yang sangat besar dan merbahayakan negara serta Sistem Raja Berpelembagaan Negara kita. Kita sedang menghadapi masalah besar di Sabah tentang isu ini dan kita masih lagi tidak mahu belajar dari kesilapan ini semata-mata kerana ingin mempertahankan kuasa yang kita anggap sudah samapi ketepian itu. Isu pendatang asing menjadi pengundi ini memang telah lama kita dengar malahan ada di antara rakan saya sendiri pernah di tahan kerana dituduh mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk kegunaan dalam pilihanraya. Jika apa yang dituduh ini benar ianya serupalah seperti memanggilorang luar untuk membantu memerangi bangsa dan rakyat kita sendiri. Saya tidak pasti kebenaran tuduhan ini tetapi jika benar maka sesiapa yang mempunyai pemikiran seperti ini adalah rakyat yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak ada kata-kata untuk diberikan terhadap mereka ini. Tindakan itu adalah satu tindakan yang sehina-hinanya yang tidak ada tolok bandingnya. Tetapi jika ada ahli-ahli Parlimen meminta supaya dipanggil persidangan tergempar untuk membincangkan isu ini maka ianya merupakan satu perkara dan isu yang sangat besar yang pada jangka masa panjangnya akan merbahayakan keselamatan negara kita ini. Membincangkan isu ini di Dewan Parlimen merupakan jalan yang terbaik supaya tidak ada pihak-pihak yang akan menuduh kita melakukan tindakan jalanan untuk membuat tuntutan terhadap sesuatu isu itu. Jika boleh kita tuntut juga supaya persidangan itu di adakan secara langsung bagi rakyat melihat dan membuat penilaian terhadap isu ini. Jika benar perkara ini di lakukan oleh pihak pemerintah sebagai cara untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya nanti, maka ianya memberikan lagi bukti yang pemerintah sekarang sendiri tahu yang mereka sedang ditolak oleh rakyat. Mereka terpaksa menggunakan rakyat negara lain untuk memberikan undi kepada mereka bagi meneruskan pemerintahan cara yang sama-sama kita lihat pada hari ini. Kita berharap tuduhan ini tidak benar kerana jika benar ianya merupakan signal jelas kepada kita yang parti yang menggunakan pendatang asing untuk dijadikan pengundi secara kilat ini adalah parti yang tidak lagi patut mendapat sokongan rakyat tempatan yang asal. Tindakan ini jika ada kebenarannya walaupun sedikit akan akhirnya menjadikan politik negara ini sebagai medan pertembungan di antara rakyat asal dan rakyat pendatang. Jangan pula nanti pilihanraya nanti akan menjadi pilihanraya di antara pendatang asing yang di sokong oleh BN dan rakyat asal negara yang disokong oleh Pakatan Rakyat. Walau bagaimana pun elok kita tunggu persidangan tergempar ini berlalu terlebih dahulu. Nazri Aziz yang telah menerima surat dari ahli-ahli Parlimen pagi tadi menyatakan tidak ada masalah untuk mengadakan persidangan tergempar itu. Surat itu akan di berikan kepada Dato' Seri Najib selepas berbuka puasa petang nanti. Marilah kita berdoa supaya negara kita tidak akan menghadapi malapetaka seperti yang dihadapi oleh banyak negara kerana pendatang asing ini. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/08/betulkah-pemastautin-diberi-hak.html |
Royalti: Rayuan Kelantan ditolak, Putrajaya kekal pencelah Posted: 08 Aug 2011 03:33 AM PDT PUTRAJAYA, 8 Ogos – Kerajaan pusat kekal sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas kerana melanggar kontrak berhubung royalti minyak. Saman itu juga dikekalkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahamah Komersial Baru (NCC) di mana saman itu difailkan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini menolak permohonan kerajaan Kelantan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Mei tahun ini yang menolak dua daripada rayuan-rayuannya, lapor Bernama Online. Dua rayuan itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dalam saman itu dan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil daripada Mahkamah Komersial, yang mana saman itu pada asalnya difailkan. Dalam menolak rayuan terakhir oleh kerajaan negeri, Hakim Zulkefli yang bersidang berhubung rayuan itu bersama dengan Hakim Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar juga memerintahkan kerajaan negeri Kelantan membayar RM20,000 sebagai kos kepada kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak. Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum. Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan negeri Kelantan berhujah bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh dijadikan sebagai satu pihak kepada saman itu kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap kerajaan. Katanya, selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah, kerajaan telah memfailkan pernyataan pembelaan yang menyatakan bahawa tiada tuntutan terhadap mereka dan bahawa kerajaan telah tersalah diletakkan sebagai defendan kedua dalam saman itu. Peguam kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili kerajaan persekutuan mempertikai bahawa kerajaan persekutuan perlu dijadikan sebagai satu pihak kepada saman itu kerana petroleum dalam pentas benua itu adalah milik kerajaan Persekutuan. Petronas diwakili Tan Sri Cecil Abraham dan Rishwant Singh. |
(Panas) Akhirnya Terbongkar Rahsia Hajjah Sitt Al-Wuzara Posted: 07 Aug 2011 10:45 PM PDT Alhamdulillah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. http://www.blogger.com/img/blank.gif Dia merupakan active member of: Malaysian Apostate FB Group Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic Friendlyatheist.com Setiap kali dia online dia akan menggunakan proxy agar tidak mendedahkan nombor IP-nya yang sebenar, dan terdapat satu gambar beliau bersama-sama dengan Marina Mahathir. Banyak lagi bukti mengenainya yang uols boleh baca kat laman GaySec mereka menyediakan slideshow yang lengkap dengan segala bukti yang ada. Namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Hajjah Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di facebook Gaysec [UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni. so kalau uols lah, apa uols nak buat setelah tahu siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara ni? dan terima kasih sekali lagi kepada pihak GaySec link : laman web gaysec link : facebook fanpage gaysec Sumber |
Gambar TG Nik Aziz Memberi Sumbangan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Posted: 07 Aug 2011 08:12 PM PDT YAB Tuan Guru Menteri Besar menyampaikan cek penghargaan kepada bekas pemain bola sepak Kelantan, Indera Petra Mahayuddin petang kelmarin di atas kejayaan membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia tahun lepas. Turut menerima penghargaan ialah dua lagi bekas pemain Nur Farhan dan Azizi Mat Ros. Pemain-pemain lain telah menerima sumbangan awal tahun ini. Gambar oleh : Salmah Husain. |
Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi Posted: 07 Aug 2011 06:30 PM PDT Oleh AZIZ MUDA Pakatan Rakyat yakin kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat negara ini pada hari ini adalah akibat dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mewujudkan sistem monopoli dan ketinggalan zaman. Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat juga mendakwa harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah. Menurut beliau, Malaysia dilaporkan masih menggunakan sehingga 70 peratus daripada minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses menjadi petrol dan diesel bagi kegunaan domestik. Katanya, oleh kerana harga minyak mentah adalah komponen kos yang paling utama, sebarang usaha untuk menukar minyak mentah kepada gred yang lebih murah akan secara langsung menurunkan harga petrol dan diesel di Malaysia. "Pakatan Rakyat yakin bahawa harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera. Salah satu caranya melalui perancangan guna tenaga yang lebih munasabah," katanya pada sidang media di Pejabat S e t i a u s a h a Ke r a j a a n Selangor (SUK), dekat sini, 2 Ogos lalu. Sebelum itu di tempat yang sama, Pa k a t a n Rakyat, menurutnya, telah mengadakan Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama dengan ahli ekonomi, penganalisis pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan persatuan pengguna. Katanya, rundingan t e r s e b u t a n t a r a l a i n membincangkan secara terperinci langkah-langkah segera yang boleh dilakukan untuk mengawal inflasi dan membantu jutaan isi rumah Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup mutakhir ini. "Rundingan tersebut adalah yang pertama daripada beberapa siri selepas ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk digarap di dalam Belajawan 2011 yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam bulan Oktober ini. "Setiap rundingan a k a n me m f o k u s k a n kepada persoalan dasar ekonomi negara yang utama, termasuklah dasardasar pertumbuhan dan persaingan ekonomi, menurunkan kos sara hidup rakyat dan reformasi sistem pendidikan supaya selari dengan keperluan modal insan negara," katanya. Pe luang yang di perolehi oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil daripada pelbagai sektor penting ekonomi negara itu, katanya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin, apabila pandangan-pandangan itu akan digarabkan di dalam Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat. "Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan BN, sekiranya Pakatan Rakyat yang berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang," katanya. Turut hadir pada rundingan dan sidang media itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad serta pemimpin DAP. |
Tujuh Maut,Dua Parah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Posted: 07 Aug 2011 06:16 PM PDT CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos – Tujuh termasuk empat wanita maut,manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli SungaiRuil di Brinchang, di sini petang semalam. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50,Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, danYusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang,39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun lapor Bernama. "Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasankejadian," kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita, di sini. Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi. Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untukbedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil. "Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian,"katanya. Beliau berkata kesemua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisikosudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di sini. Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin diperkampungan berbukit berkenaan. Sementara itu, di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi didapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan dibawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands. Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis. Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan