Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Ulama Arab Cium Tangan TG Nik Aziz. Tingginya Martabat Pewaris Nabi
- SimplySiti Jawab Isu Tuduhan & Spekulasi Berus Kosmetik SimplySiti dari Babi
- Adakah Kita Peduli Dengan Aqidah Umat Islam, Atau Diam Membisu ?
- Negara sudah hilang kepimpinan - Ada jalan lain untuk membinanya
- Pembantu Rumah Didaftar Dalam Sistem Biometrik Apabila Majikan Perbaharui Permit
- Cerita Sebenar Mangsa Serbuan JAIS Di Gereja. Adakah Ia Betul?
- Hiburan: Ini Ke Gambar Khairul Fahmi Che Mat Berpegangan Tangan Dengan Dahlia Teck?
- Umno Selangor Sedang Bermimpi, Tolong Kejutkan Mereka!
Gambar Ulama Arab Cium Tangan TG Nik Aziz. Tingginya Martabat Pewaris Nabi Posted: 06 Aug 2011 09:51 AM PDT orang berilmu agama sungguh bernilai dan tinggi darjat. perjuangan menegakan agama allah sesungguhnya tinggi nilai di sisi Allah |
SimplySiti Jawab Isu Tuduhan & Spekulasi Berus Kosmetik SimplySiti dari Babi Posted: 06 Aug 2011 06:30 AM PDT Seperti yang diketahui, berita mengenai SimplySiti kini sedang tersebar luas tentang produk SimplySiti yang mempunyai berus yang tidak Halal. Untuk mengelakkan berita ini dari terus menjadi tanda tanya, Dato' Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan SimplySiti ingin memberikan informasi kepada semua melalui kenyataan seperti di bawah. Pihak SimplySiti harap ini dapat membantu untuk menjawab soalan yang kini sedang ditujukan mengenai kesahihan sijil Halal produk SimplySiti. Pihak SimplySiti juga sangat berharap pihak media dan wartawan yang tidak putus menyokong SimplySiti selama ini dapat turut membantu untuk berkongsi kenyataan beliau kepada semua. SimplySiti logo KENYATAAN DARIPADA SIMPLYSITI Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi. Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut. Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif. Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran. SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami. |
Adakah Kita Peduli Dengan Aqidah Umat Islam, Atau Diam Membisu ? Posted: 06 Aug 2011 04:00 AM PDT JANGAN PULAK KITA MENGALAH! Jangan ikut yang ini melatah tanpa usul periksa: Kenapa tidak jawab untuk menyelidiki dahulu sebelum melatah? Bukankah kalau ini benar, ianya suatu kesalahan? Perlembagaan Persekutuan Artikel 11.4 Tahniah Hassan Ali! Mereka pula mengambil peluang untuk mengapi-api sesama mereka: Church raid: MCA chides DAP leaders for being silent Akhirnya mereka semua sama-sama hentam kita: Church raid: Hasan's defence of Jais an act of breaking ranks, says DAP Dan mereka boleh kutuk kita lagi! |
Negara sudah hilang kepimpinan - Ada jalan lain untuk membinanya Posted: 06 Aug 2011 03:00 AM PDT Satu kehairanan yang pada pandangan saya ialah kita tidak serius dalam membentuk serta menyediakan kepimpinan melalui UMNO di setiap peringkat. Saya bukan orang pandai tetapi oleh kerana saya menumpukan pemikiran saya tentang isu ini ditambah pula dengan segelumit pengalaman saya amat takut dengan nasib kepimpinan Melayu pada hari ini. Saya telah menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana saya merasakan ianya merupakan isu yang begitu kritikal maka saya di desak oleh perasaan yang ada di dalam diri saya ini untuk menulisnya lagi. Saya berharap kepada sesiapa yang mengambil serius tentang isu penting ini elok bersama-sama memikirkannya dengan serius. Saya berharap kepada sesiapa yang hanya memikirkan politicking berpuak-puak elok berdiam diri sahaja dan terus berfikir dari masuk campur yang hanya menambahkan konflik kepimpinan tanpa henti. Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum tetapi telah di fahami dan di terima oleh semua kaum yang politik kita dipimpin oleh orang Melayu. Tidak payah kita mengulangi cerita lama ini kerana semuanya telah terkandung di dalam perlembagaan negara. Jangan kita menghina dan mengambil segala-galanya dengan menghentam peribadi seperti sekarang ini. Hormati pandangan masing-masing dan mari kita berbahas secara ilmiah yang penuh dengan tata susila. Tentu semua di antara kita telah pergi ke sekolah dan mempunyai sedikit pelajaran. Seseorang yang tinggi pelajarannya sepatutnya lebih berhemah dan beretika apabila memberikan pandangan untuk membahaskan apa-apa yang kita tidak bersetuju. Melayu merupakan bangsa yang menerajui politik dan kepimpinan negara selama ini, sehinggakan semua pihak telah bersetuju untuk memilih seorang Perdana Menteri secara 'convention' iaitu sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO secara 'automatic' menjadi PM negara pada hal cara yang sebenarnya yang di maktubkan oleh perlembagaan kita ialah sesiapa yang mendapat keyakinan walaupun dengan simple majoriti akan menjadi Perdana Menteri. Semasa sistem pemilihan PM ini di lakukan ianya tentulah berdasarkan kepada keyakinan bangsa-bangsa lain yang Melayu (UMNO) itu mempunyai kepimpinan yang tinggi tanpa menghadapi persoalan yang banyak dari mereka (Bukan Melayu). Bagi sesiapa yang serius berfikir sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan mengarakan sokongan mereka kemana-mana sekali pun persetujuan mereka (bangsa asing) untuk memberikan laluan mudah ini merupakan pengorbanan yang besar kepada negara khususnya kepada orang Melayu itu sendiri. Semangat ini telah menjadi amalam siasah negara kita dan telah berjalan dengan baik sehinggakan semua pihak mampu untuk menerima dasar baru yang dinamakan DEB pada tahun 1970 dahulu. Sebagai rakyat Melayu yang telah di hormati kewujudannya sebagai tunjang kepada siasah negara kita kita sepatutnya lebih berhati-hati dan bersyukur kerana kita telah mendapat pemimpin yang sangat di terima oleh semua kaum dan mampu menyakinkan bangsa lain untuk berkorban terus-terusan untuk kita yang sudah hilang hidayah dan kurang bersyukur itu.. Tetapi malangnya kepimpinan Melayu kita telah beransur-ansur kehilangan sanjungan tinggi bukan sahaja dari kaum lain tetapi di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Melayu telah hilang kepimpinan yang kuat dan istimewa seperti apa yang telah kita alami dahulu. Kepimpinan kita sudah tidak di hormati lagi kerana sejak 3 dekad yang lalu pimpinan kita di setiap peringkat telah di hinggapi oleh elemen-elemen yang telah melemahkan daya kepimpinan Melayu (UMNO) itu dengan terbentuknya budaya baru seperti budaya rasuah dan salah guna kuasa serta menghancurkan semua institusi demokrasi yang ada kepada kita. Tidak payah kita sebut dan ulangi lagi tentang keruntuhan institusi-institusi ini kerana kesuntukan masa dan ruang. Apabila runtuhnya kepimpinan Melayu maka runtuhlah kepimpinan negara. Budaya dan sikap yang telah merosakan kepimpinan kita boleh kita katakan dengan tegas yang ianya tidak mungkin kebah dan kembali lagi ke tahad dahulu lagi kerana hampir kesemua kepimpinan kita telah terjebak dengan kepimpinan yang telah roboh ini. Hinanya besi kerana karatnya, hinanya negara kerana kepimpinannya. Orang Melayu kini sedang dalam delima yang tidak dapat penyelesaiannya jika masih bersama pimpinan seperti ini. Maka ramai yang serius tentang masalah kepimpinan ini telah memilih untuk bersatu diluar UMNO . Ramai cendiakawan, kecuali yang ditonjolkan di dalam TV oleh kerajaan telah memilih untuk menyertai PAS. PAS telah dilihat sebagai parti yang begitu serius dalam pembinaan kepimpinan mereka. PAS merupakan parti yang secara relatifnya adalah parti yang mempunyai disiplin yang tinggi dan ini mungkin terbentuk kerana himpitan yang kuat oleh pihak pemerintah dan media massa yang tidak bersimpati dengannya. DAP merupaka satu lagi parti yang telah bangun dengan memberikan contoh yang baik dan memberangsangkan jika kita lihat dari kualiti manusia yang memimpinnya. Kejayaan DAP menjadi kerajaan yang baik dan telus telah membuktikan kepada rakyat yang parti itu seperti juga PAS telah mampu mentadbir dengan baik walaupun telah di himpit dengan tekanan-tekanan yang tidak demokratik dari BN yang memerintah kerajaan pusat. Kejayaan DAP dan PAS ini tidak di sukai oleh BN khususnya UMNO dan pihak pusat telah memberikan tekanan yang kuat terhadap negeri-negeri tadbiran PR untuk menonjolkan kelemahan mereka supaya rakyat kembali memberi sokongan terhadap mereka (UMNO). DAP kini telah dan sedang menyelesaikan masalah yang sudah lama di hadapi oleh parti itu, iaitu momokan pihak parti pemerintah yang parti itu adalah parti Cina, komunis, dan segala-galanya yang tidak baik sedangkan parti itu telah berusaha untuk menunjukan bukti yang parti itu merupakan parti berbilang kaum yang ingin melihat sebuah kerajaan yang descent dan mempunyai nilai kemanusiaan yang bermoral dan beretika dalam kepimpinan. DAP setakat ini telah menjaga moral kepimpinannya dengan mentadbir tanpa mengambil kira bangsa dan agama. Malahan sikap terbuka DAP itu telah membuat MCA rasa cemburu dengan menuduh DAP telah memberikan keutamaan kepada orang Melayu di dalam pembahagian kontrak-kontrak baru-baru ini. Tan Cheng Liang, ketua wanita MCA telah membidas kerana kerajaan negeri itu telh memberikan banyak kontrak kepada orang Melayu. UMNO pula menuduh telah mengenepikan kepentingan orang Melayu bagi menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap parti yang sedang berusaha melakukan perbezaan dari apa yang di lakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. Lim Guan Eng telah menjawab bahawa pembahagian kontrak itu adalah berdasarkan kepada kredibiliti syarikat-syarikat yang menawarkan kerja-kerja itu tanpa mengira kaum. Berbalik kepada kepimpinan Melayu tadi saya dan ramai berpendapat bahawa Melayu sepatutnya menyertai parti yang serius di dalam membentuk kepimpinan yang bertanggungjawab samada DAP atau pun PAS tanpa menyanyikan lagu-lagu lama rasis yang amat menjemukan. Apabila DAP serius untuk menunjukan yang parti itu bukan main-main di dalam usaha menjadikan parti itu sebagai parti yang berbilang kaum maka UMNO telah menuduh DAP sedang berusaha menggunakan orang Melayu untuk mendapat undi. DAP yang saya hampiri akhir-akhir ini acapkali memberitahu saya dan orang ramai yang DAP bukan parti untuk menjadi Perdana Menteri kerana DAP tidak pun menurunkan calon yang secukupnya untuk menguasai Dewan Legislatif Parlimen. DAP hanya mahu melihat kerajaan yang telus dan terbuka dan jauh dari rasuah dan salah guna kuasa. DAP akui yang DAP tidak mungkin menjadi PM tetapi isu inilah yang dimainkan oleh BN khususnya UMNO untuk menakutkan orang Melayu untuk menghampiri dan memberikan sokongan kepada parti yang serius ini. Saya bersetuju dengan pendapat yang orang Melayu boleh mengasah kepimpinan melalui dua buah parti ini, iaitu PAS dan DAP. Di sini UMNO telah gagal seratus peratus kerana sejak hampir 30 puluh tahun yang lalu UMNO hanya mampu membina pengampu dan pembodek yang besar kerana kepentingan ekonomi yang besar sehinggakan manusia yang berkempimpinan telah secara beransur-ansur hilang dari barisan kepimpinan di setiap peringkat. UMNO telah membina dengan besarnya komuniti kepimpinan yang hanya berpolitiking dan tidak berpolitik. Setelah menunggu sebegitu lama untuk UMNO membina kepimpinan maka ramai orang Melayu sudah memulakan langkah untuk membina kepimpinan melalui parti DAP selain dari PAS. Menyertai DAP merupakan langkah yang baik untuk orang Melayu bagi mengimbangkan komposisi kaum untuk membuktikan yang parti itu adalah benar-benar sebuah parti berbilang kaum dan agama. PAS yang juga parti berbilang kaum yang di dominasi oleh orang Melayu jika bekerjasama dengan DAP yang juga parti yang berbilang kaum akan menambah kepimpinan Melayu di dalam siasah negara. Saya amat merasakan yang keadaan dan kerjasama di antara PAS dan DAP itu akan memberikan impak besar terhadap usaha untuk melenyapkan permainan isu rasis dengan terbuka di hari muka. Orang Melayu yang ingin melihat kepimpinan orang Melayu berkembang meninggalkan parti parti yang berunsurkan rasis wajar dilakukan dengan kadar yang segera. Puluhan tahun UMNO memainkan isu rasis tetapi Melayu tidak juga terbela. Dibelakang pemimpin yang memainkan isu rasis Melayu berkumandang mendendangkan isu ini adalah terdiri dari taukeh-taukeh Cina juga. Mereka pecahkan kita dengan bangsa lain tetapi mereka mendapat habuan besar dari taukeh-taukeh Cina juga. Berdekad-dekad kita diperdaya oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri. Ramai di antara orang Melayu UMNO sendiri jemu dengan perpecahan di kalangan pimpinan tertinggi parti. Walaupun mereka menafikan keadaan itu berlaku kita tahu perkara itu benar. Najib sendiri kalau bergantung kepada sokongan dalaman UMNO akan meletakan diri beliau dalam kedudukan seperti telor di hujung tanduk. Bagi saya UMNO sudah hilang segala kemungkinan akan menjadi parti yang diyakini rakyat lagi kerana sudah kehilangan kepimpinan untuk menjaga generasi kita yang akan datang. Sokongan semakin hari semakin menirus, ibarat tali gasing; lagi kehujung lagi halus. Jika kita harapkan UMNO untuk membina kepimpinan Melayu ianya ibarat menunggu buah yang tidak jatuh. Bagi mereka yang serius tentang isu ini elok bermula dengan menghampiri parti-parti yang berkepimpinan. Yang ada dalam UMNO hanya lah mereka yang tidak berani menggorak langkah untuk keluar dari kepompong pimpinan yang jumud dan tidak mempunyai haluan dan tujuan. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/08/negara-sudah-hilang-kepimpinan-ada.html |
Pembantu Rumah Didaftar Dalam Sistem Biometrik Apabila Majikan Perbaharui Permit Posted: 06 Aug 2011 02:43 AM PDT BUTTERWORTH: Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah. "Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang. "Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di sini Sabtu. Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini. Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan. Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu. "Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya. Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi. - BERNAMA |
Cerita Sebenar Mangsa Serbuan JAIS Di Gereja. Adakah Ia Betul? Posted: 05 Aug 2011 09:00 PM PDT Gambar Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu. (Dalam perkara ini,siapa yg nak dipersalahkan,apa yg berlaku kpd ibu2 tunggal ini??Dimana Jais,Jakim,Persatuan Ibu Tunggal dan NGO-NGO Islam?? Kpd NGO-NGO Islam,tak payah pergi lah jauh sangat,sampai menyabong nyawa utk membantu penduduk2 Pelestine disana.Disini (Malaysia) byk yg perlu dibantu.Kpd pendakwah dan penceramah Islam,bantu lah mereka ini,luangkan lah masa utk berdakwah kpd mereka,jgn lah pandang pd wang ringgit,lakukan lah secara sukarela). pihak kami mendapat email dari orang yang tidak dikenali dan menceritakan perkara tersebut. cerita ini pun sudah pun tersiar kat blog-blog lawan. kami menyiarkan cerita ini sebagai rujukan sama ada betul atau tidak. kami mahu berada di pihak yang benar, kesucian agama islam tidak boleh dipermainkan. pihak berkuasa harus siasat perkara tersebut. musuh akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan islam. |
Hiburan: Ini Ke Gambar Khairul Fahmi Che Mat Berpegangan Tangan Dengan Dahlia Teck? Posted: 05 Aug 2011 06:41 PM PDT salam ramadan. pihak admin membenarkan kami untuk menyiarkan perkara berkaitan gosip-gosip tanahair pada pagi ni. sebagai benda hiburan dihujung minggu. semoga kita bersangka baik :) |
Umno Selangor Sedang Bermimpi, Tolong Kejutkan Mereka! Posted: 05 Aug 2011 06:30 PM PDT lembu tengah kencing di selangor. pakai songkok tapo bodoh! PRU-13: Umno dakwa BN boleh menang besar di Selangor Oleh Clara Chooi KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat. Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu. Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun. Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang. Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008. "Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu. Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif. "Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar. "Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia)," kata beliau dengan senyuman. Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat. Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai "kawasan hitam", yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi. Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan. Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi "kawasan hitam" tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi. Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok. Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno. The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu. Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu. Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC. Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat. Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka. "Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas," katanya lagi. Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu. bermimpi di siang hari. mereka akan mengatakan bermacam-macam untuk menyedapkan hasi sang najib dan rosmah. rakyat selangor akan tolak najib jauh-jauh! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan