Jumaat, 5 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


24 Oktober Puak Hacker Akan Menyerang Laman Web Yang Ada kaitan Dengan 1Malaysia

Posted: 05 Aug 2011 07:45 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAFhH30_2z8MUxlMKk7eMFP6uCrzfpmNzF4vsJXrHvn8ZyxV-V2H2ThA2nByAmZ7BTevzMfRgPdULSgdHfpslaFpDiCS0SpmZQ5NLt525t4XaSY5Ywhwzk1vAK5J5r_bW1Aoq1cPs7qY_Y/s320/images.jpg

Kumpulan penggodam "Anonymous", yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, kini kembali dengan mengancam untuk melancarkan serangan baru pada 24 Okt.

Matlamat masa ini yang didedahkan melalui klip video YouTube 5,25 minit adalah untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 24 Okt, Anonymous akan mengondam semua pelayan penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana laman web yang menyokong konsep 1Malaysia, menurut kata mereka melalu dalam satu video you tube.

"Selagi Perdana Menteri masih memerintah, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video Ini adalah amaran sahaja anda. Selamat datang ke Red Oktober 'anda "," tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.

Tok Guru Nik Aziz Tampar Muka Zahrin Biawak

Posted: 05 Aug 2011 06:41 AM PDT

Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, kata Nik Aziz


KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.

Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.

"Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu "lawak jenaka."

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.

"Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar," katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

"Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit," katanya.

biar la kami nak panggil zahrin biawak

Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali

Posted: 05 Aug 2011 05:45 AM PDT

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/person/pimpinan_ajk_PAS/hassan%20ali.jpg

Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO' DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan 'pray'.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Keputusan undian Piala Malaysia

Posted: 05 Aug 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Berikut keputusan undian Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi:

KUMPULAN A:

Kedah

Perak

Sabah

Johor

KUMPULAN B:

Terengganu

Negeri Sembilan

PKNS

Sime Darby

KUMPULAN C:

Kelantan

Johor FC

Felda United

Sarawak

KUMPULAN D:

Selangor

T-Team

Kuala Lumpur

PDRM

Bonus kakitangan awam petunjuk pilihan raya umum

Posted: 05 Aug 2011 05:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRzZExCqvpnBoWUhvWS0QfLs4oTKJUqwG-oqvVXWvMwCcqyZlMkrhK-1hGcQPhT1W64F3VRuZsmrFflqfumIaEKot0qQ_EHPuUcT7rweVR6JV3dpWB4qrv47Ib2ZcN3lYYXEczfSJ-alk/s320/putrajaya.jpg


Pentadbiran Najib berdepan satu cabaran dan peluang baharu apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut bonus dua bulan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, isu yang berpotensi besar untuk dikait dengan politik.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, isu bonus kakitangan awam yang melibatkan lebih 1 juta orang memberi impak yang besar kepada sentimen sokongan terhadap pemerintah.

Rakyat Malaysia mengalami kos hidup yang semakin meningkat ekoran peningkatan harga pelbagai barangan keperluan sejak kebelakangan ini, sehingga kos hidup dijadkan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran Najib.

Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Isu pemberian bonus juga semakin diperkatakan selepas Felda mengumumkan pemberian hadiah wang tunai kepada setiap peneroka sempena hari raya sebanyak RM400, tindakan yang dilihat untuk mengambil hati peneroka.

Felda berdepan kempen negatif daripada pakatan pembangkang, diketuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Anak pimpinan aktivis PAS, Mazlan Aliman.

Felda meningkatkan kempen penerangan yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kebelakangan ini apabila kempen Anak kelihatan semakin menerima respons positif peneroka.

Sebelum ini, perhatian kepada guru turut mencetuskan persaingan antara pemerintah dengan gabungan pembangkang, dengan Pakatan Rakyat menjanjikan ganjaran sekiranya mengambil alih pemerintahan pusat dan kerajaan memberi ganjaran untuk mengatasi janji pembangkang.

Keputusan sama ada bonus diberikan, dan jumlah ganjaran yang bakal diputuskan Putrajaya nanti dijangka mengundang reaksi segera dan meluas yang berpotensi memberi kesan kepada populariti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib, sesuatu yang akan dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentadbiran Najib dijangka mengambil kira dengan serius pemberian bonus ekoran implikasi politik yang besar tindakan ini, yang bakal menjadi pemberian terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Pelbagai pihak termasuk penyokong pemerintah kini turut mendesak pemberian bonus, ketika rakyat berdepan tekanan peningkatan kos hidup dan terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Cuepacs juga menegaskan pemberian bonus dan bukan pemberian-pemberian lain seperti sebelum ini, yang jumlahnya jauh kurang berbanding bonus seperti yang dituntut.

Isu gaji, kos sara hidup melibatkan harga perkhidmatan, tenaga dan bahan keperluan seperti makanan dan petrol menjadi kempen utama pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12, dan dijangka akan terus menguji pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/08/bonus-kakitangan-awam-petunjuk-pilihan.html

Saiz perkhidmatan awam negara yang besar dan menelan perbelanjaan banyak menjadi satu isu yang kompleks ekoran pelbagai implikasi yang mampu dicetuskan.

Perkhidmatan awam menerima kritikan sebagai tidak memenuhi potensi dari segi kecekapan dan turut mencetuskan sentimen kaum ekoran sebahagian besar kakitangan awam ialah orang Melayu.

Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai jumlah menteri kabinet yang ramai berbanding aktiviti dan jumlah rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, selain Kementerian Pelajaran, diwujudkan juga Kementerian Pelajaran Tinggi, di samping pelbagai portfolio yang kelihatan tidak jelas dan tidak diletakkan di bawah kementerian yang sewajarnya.

Profesor Dr. Anuar Ahmad Dilantik Pemangku Naib Canselor UNISEL

Posted: 05 Aug 2011 04:23 AM PDT

Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL selepas jawatan itu dikosongkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono berkuatkuasa 2 Ogos lalu.

Pelantikan Dr Anuar ini berkuatkuasa mulai hari ini sehingga Naib Canselor yang baharu dipilih.

Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah UNISEL yang diadakan di pejabat Menteri Besar, hari ini.

Dr Anuar akan menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas melancarkan pentadbiran universiti serta mengukuhkan kewangan universiti.

Dalam tempoh ini, jawatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor UNISEL yang baharu.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

Posted: 05 Aug 2011 01:32 AM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Pendedahan! Serbuan Gereja DU, rancangan Umno takutkan Melayu

Posted: 04 Aug 2011 11:53 PM PDT

http://bm.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/9417fd81633818a071fffb03f0c00d55_S.jpg

Nampaknya musim politik perkauman dan agama telah bermula. Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan kebenaran rasminya. Ini kerana partinya Umno mahu menarik sokongan para pengundi Melayu menjelang pilihanraya umum yang dijangkakan bakal berlangsung di antara bulan Oktober-November ini.

Pihak berkuasa agama dan polis di Selangor, menyerbu sebuah majlis makan malam berbilang kaum yang diadakan di bangunan Dream Centre, yang juga menempatkan Gereja Methodist Damansara Utama. Ia berasaskan kepada aduan yang samar-samar bentuknya. Bangunan tersebut mempunyai banyak acara makan malam dan bilik-bilik seminar, selain daripada hanya dewan gereja. Diketahui umum, Najib sedang berhadapan dengan tekanan yang amat berat untuk merampas semula negeri Selangor.

Menurut laporan berita, kira-kira 30 orang pegawai penguatkuasa JAIS menyerbu masuk tanpa amaran ke gereja tersebut pada jam 10 malam tadi. Kebiadapan tingkah laku mereka yang bertentangan dengan undang-undang mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila mereka membaca berita tersebut pada pagi hari Khamis ini.

"Tindakan terburu-buru sebegitu tidak dialu-alukan dan sepatutnya sekarang ini semua orang telah tahu perkara ini. Hakikatnya, rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri tidak diberikan nasihat terhadap isu ini kerana dia baru saja pulang dari Vatican. Pastinya, para penganut Kristian di Malaysia mahu tahu, setelah menjalinkan hubungan dengan Gereja Vatican, apakah pula status para penganut Kristian di sini? Dan ianya merupakan suatu hal yang hanya dapat diberitahu Najib kepada semua," bekas presiden Transparency International, Ramon Navaratnam memberitahu Malaysia Chronicle.

Banyak lagi usaha buat Melayu ketakutan dan paranoia

Tetapi Najib ialah ketua Umno Selangor dan dia telah berikrar untuk merampas kembali kerajaan negeri dengan apa jua cara sekalipun. Maklum balas tertumpu tentang kenapa penganut Kristian yang menjadi sasaran. Namun, ramai penganalisis politik percaya Najib juga perlu melihat dengan teliti, jika terdapat sebarang maklum balas daripada umat Islam.

"Kelihatannya seperti serangan terhadap penganut Kristian tetapi barangkali niat sebenarnya untuk mendapatkan sokongan penganut Islam di Selangor untuk menyetujui tindakan sebegini. Jika penganut Islam Selangor menyokong tindakan kasar ini, maka Najib merasakan ianya wajar meskipun tindakan sebegini yang meniupkan kebencian terhadap agama lain adalah berdosa. Jika para penganut Islam bosan dengan segala tingkah laku gilanya. Ia akan menjadi seperti serampang dua mata yang memakan dirinya sendiri," jelas pemimpin PAS Hatta Ramli kepada Malaysia Chronicle.

Menurut paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama Dr. Daniel HO, sebuah NGO bernama Komuniti Harapan telah menganjurkan acara kesyukuran makan malam tahunan di bangunan gereja tersebut, yang menyaksikan kehadiran kira-kira 100 ke 120 orang tetamu berbilang kaum.

"Sebahagian besar tetamu merupakan penganut Kristian...terdapat kira-kira 15 orang Melayu. Pihak polis datang dengan alasan terdapat aduan dan memberitahu ada orang membuat aduan," kata Ho sepertimana dilaporkan sebuah laman berita. Menurut Ho lagi, tidak dinyatakan pula apakah kandungan aduan tersebut.

Banyak lagi

Para pemimpin Pakatan Rakyat mengutuk tindakan keras tersebut, namun mereka menjangkakan akan lebih banyak lagi kejadian seperti ini yang akan terjadi, menjelang tarikh pilihanraya umum yang semakin hampir. Barangkali pada 11 November, yang dikatakan sebagai nombor pilihan atau nombor ber'tuah' Najib.

"Ia lebih daripada sekadar hanya menjadi keterlaluan. Ini adalah permulaan suatu usaha terancang untuk menjadikan orang-orang Melayu terkejut, paranoid dan takut kepada orang-orang Cina, Yahudi dan Kristian. Apa yang Umno mahukan adalah undi orang-orang Melayu dan India. Jadi mereka akan mainkan muslihat kebencian ini, kita tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi tetapi saya fikir kita semua mesti bersedia dan berhati-hati," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

- Malaysia Chronicle

Menteri Besar Minta Nasihat DYMM Sultan Selangor Dalam Penyelesaian Isu Serbuan Gereja

Posted: 04 Aug 2011 11:10 PM PDT

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/50414_38012338900_6913_n.jpg

Kerajaan Negeri peka dengan laporan media berkenaan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam 3 Ogos 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS yang juga akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor.

"Sebaik menerima laporan JAIS saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Menteri Besar

Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.

"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi.

Beliau juga menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

kerabu bersuara: jika benar apa yang dinyatakan memang terjadi, kami meminta pihak kerajaan selangor mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba menggugat agama islam yang suci ini. sila ambil tindakan tegas! jangan cepat menghukum yb hassan ali.

Gambar Bukti Ayat Al Quran Di Hina Oleh Majlis Perbandaran Dungun!

Posted: 04 Aug 2011 09:00 PM PDT






sungguh memalukan tindakan ini

mana pegawai yang menjalankan tugas?

jahil?

buta?

sumber

Pesanan Terkini Dari TG Haron Din Selepas Keluar Dari IJN

Posted: 04 Aug 2011 08:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKBQwvL9JL9afW3r5U3Lc4VgQGzimMzWTgddCh1l4xcZntdiFSje-tNvmJOhEkjVkrMMV7pG_5alw8Ow5I0KHdjOgygL6KxTWrbss7fB-qCYWDuGnBcb31bmVI5B29M2TGNSIrTlsrSAI/s1600/TuanGuru_UtzHaronDin1.jpg

Assalamualaikum

Saya sudah keluar dari IJN dan pulang ke rumah. Selama ditahan di CCU IJN, saya telah melalui tiga prosedur rawatan;

1) angiogram, 2) ultrasound angiogram, 3) MRI.

Laporan pemeriksaan masih bawah penelitian doktor. Saya dibenarkan pulang untuk berehat dan akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN. Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari.

Pulang dari IJN dan berehat di rumah, saya sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa'. Saya juga membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa'. Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan/puan-puan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya.

Haron Din. 4 Ogos 2011
__

Doa untuk Tuan Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.

Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas Ahli Keluarga dan para Sahabat Baginda kesemuanya.

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Kami bermohon kepada Allah Yang Maha Agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami, Ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Amin.

CUEPACS Perlu Tukar Presidennya, Omar Osman

Posted: 04 Aug 2011 07:22 PM PDT

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/Omar-CUEPACS.jpg

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya.

berapa kalai mau bising?

najib takan layan bunyi bising kamu

suara penjawat awam najib tidak akan layan

hanya najib tahu penjawat awam tolong dia

benda ni osman sudah tahu

mahu hantar berapa kali permohonan bantuan dari najib?

kenapa osman perlu hantar banyak kali sedangkan apabila najib minta portolongan hanya sekali minta jer?

penjawat awam bukan makan pasir dan batu!

kos semakin mahal tapi duit kerajaan dok habiskan kat anak bini PM!

osman kena sedar, jangan jadi pak turut sahaja.

presiden kena berani!

Gambar: Himpunan Anak Muda Ramadan Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Kota Bharu

Posted: 04 Aug 2011 04:40 PM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184171_245567615464087_204276899593159_852305_3800801_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284127_245567842130731_204276899593159_852306_2800362_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/206012_245568028797379_204276899593159_852308_3985286_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/226103_245569088797273_204276899593159_852314_1624946_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/223635_245594498794732_204276899593159_852403_1397859_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284470_245594395461409_204276899593159_852402_4519845_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/250332_245568312130684_204276899593159_852310_563556_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250315_245593972128118_204276899593159_852398_3897027_n.jpg

dihadiri lebih kurang 5 ribu jemaah lelaki dan wanita.

Allahukhbar!

Khairi Jalaluddin Wajar dihantar Pulang

Posted: 04 Aug 2011 03:18 PM PDT

Tiada ulasan: