Ahad, 21 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Lagi Foto Majlis Iftar PERSADA 20 Ramadhan 1432

Posted: 20 Aug 2011 07:30 PM PDT

Foto oleh Mohd Arman dan Zarina Nawawi

yeah…happy..happy dapat banyaaak sumbangan dr koperat (Mr Dave) & individu.. dapat duit RM100 sorang, dapat my-eiman (sumbangan Kamal Koh), dapat goodie bag….

Ahli Parlimen Tumpat menyampaikan ucapan kepada hadirin

Rai Anak Yatim Berbuka Puasa

Antara Penderma yang hadir

Foto oleh Mohd Arman (Chempaka)


Foto Sekitar Majlis Iftar PERSADA 20 Ramadhan 1432

Posted: 20 Aug 2011 07:02 PM PDT

YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bergambar bersama anak yatim PPR Puchong

Wakil Kelate.Net antara yang mendaftar

Wakil Peguam (antara 10 peguam Anak Kelate) yang hadir

Blogger Ustaz Wan Ji bersama Haji Zulaimi (Timbalan Presiden PERSADA – berjubah) dan Razali Mat Ail (Setiausaha Agung PERSADA) antara yang hadir awal

Foto-foto diatas dikirim oleh Kak Wae dan Mohd Arman (Chempaka)


Kegembiraan terpancar pada wajah 20 Anak yatim dan 9 Ar Malah

Posted: 20 Aug 2011 09:58 AM PDT

Hari ni amat terasa gembira, bagaimana nak gambarkan kegembiraan apabila Majlis Iftar PERSADA bersama 20 Anak Yatim dan 9 Orang Ar Malah dari PPR Puchong berlangsung dengan jayanya. Dengan kehadiran dianggarkan 250 orang, walaupun perancangan asal hanya 200 orang sahaja yang dijangka hadir. (Foto-foto Wan Mohd Khairuddin).

Hari ini kita menerima dua kegembiraan. Pertama Kegembiraan kerana dapat berbuka puasa bersama Anak Yatim dan Armalah dan keduanya kegembiraan dapat membantu memberi sedikit sumbangan kepada mereka (Anak Yatim dan Ar malah) untuk menyambut Hari Mulia, Hari Raya Aidil Fitri yang akan kunjung tidak berapa hari lagi.

Turut hadir berkongsi kegembiraan adalah YB Dato Kamarudin Jaffar (Ahli Parlimen Tumpat), YB Siti Zailah Mohd Yusuf (Ahli Parlimen Rantau Panjang yang bergegas hadir selepas Majlis Pelancaran Kelab Protes BN di Kg Baru), Dr Wan Suhaimi, Hj Arifin Hasan (Perunding Motivasi). Program ini sepatutnya dihadiri oleh YB Dato Husam Musa, tetapi di saat akhir beliau tidak dapat hadir kerana beberapa urusan penting yang tidak dapat dielakkan di Kota Bharu.

Juga hadir 10 Orang Peguam muda yang kesemua anak Kelantan perantauan yang diketuai Arif Azami, Nik Anuar dan sahabat peguam yang lain (maaf tak dapat disebutkan nama) akan sentiasa bersedia memberi khidmat guaman kepada anak-anak Kelantan. Jawatankuasa Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan (Kelate.net) turut juga memeriahkan majlis.

Ustaz Wan Ji, Ustaz Muda yang penuh dengan ilmu walaupun susuk tubuhnya (fizikalnya) kecil tetapi berjiwa besar yang turut menyampaikan Tazkirah setiap kali program PERSADA. Beliau memetik surah Al Baqarah mengenai kisah sahabat nabi yang mendermakan sebahagian dari hartanya (ladang kurma) untuk perjuangan Rasulullah serta Individu-individu yang prihatin dengan Program PERSADA.

Tidak ketinggalan juga seorang Non-Muslim (saya panggil Mr Dave) yang diperkenalkan oleh Alex Ong yang banyak membantu PERSADA bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada kepada 20 anak yatim dan 9 ar-malah yang bagi mereka tidak ternilai harganya tak mampu dibalas oleh mereka ini. Kata mereka (Ar Malah dan anak Yatim), hanya doa mengiringi mereka supaya dimurahkan reseki dan dipermudahkan segala urusan peribadi dan perniagaan.

Tak lupa juga Sdr Kamal Koh, walaupun beliau seorang Cina dan bukan Anak Kelantan, beliau pun turut membantu menyumbang ‘Education Kids’ (dalam bahasa Arab – saya lupa jenamanya) kepada 20 anak Yatim. Terima kasih Sdr Kamal Koh.

Kepada Jawatankuasa PERSADA daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa sekalian, serta wartawan Harakah, JASAMU TETAP DIKENANG. Jika kita bertolong menolong secara ikhlas antara kita nescaya Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita, Insya Allah.

Terima kasih semua semoga Allah membalas jasamu sekalian.

NOTA: FOTO-FOTO AKAN DI KEMASKINI KEMUDIAN.


Tiada ulasan: