jiwo kelate |
Pilihanraya Umum 13 semakin hampir .. Najib tidak akan ‘Reform’ sistem Pilihanraya Posted: 19 Aug 2011 04:28 PM PDT Tok Guru Nik Aziz sangsi pendirian terbaru Najib Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam. Katanya, "sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?". Baca lanjut di sini Bersedialah dari sekarang, Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini. Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. "Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini. Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya. Jika diambil kenyataan PM, bermakna dekatnya pilihanraya, maka ada benarnya kenyataan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dilaporkan sebagai berkata Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih. Baca di sini, KLIK. Terbuktilah Najib pun turut beretorik juga kononya nak reform atau transform sistem pilihanraya. Takkan semudah itu Najib nak melepaskan kekuasaan BN kepada pakatan Rakyat. Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan. Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat. Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Kenyataan PM tersebut sekadar menyahut cabaran PAS dan BERSIH 2.0 untuk memperlihatkan kerajaannya kepada rakyat melayan kehendak pembangkang sedangkan apa yang dilaungkan dan dikehendaki oleh pembangkang dan BERSIH 2.0 langsung tidak diterima. Kerajaan Najib tidak akan memberi kemenangan dengan mudah kepada pembangkang. Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun. Walaupun dengan darah dan air mata sekalipun. Najib dah berikrar untuk sanggup berkecai tulang dan juga badan walaupun bercerai jasad dari nyawa akan mereka pertahankan Putrajaya dari terlucut ke tangan Pakatan Rakyat. Takkan tiba-tiba Najib bersedia untuk membuat perubahan terhadap sistem pilihanraya sedangkan sistem pilihanraya sebelum ini telah banyak berjasa kepada Barisan Nasional (BN) selama ini. Apakah jaminan jika sistem pilihanraya dirombak menjamin kemenangan BN. Najib tidak akan menggadaikan nasibnya dengan membuat perubahan sistem. Beliau akan pastikan sistem Pilihanraya kini akan memenangkannya dan JK yang dicadangkannya itu adalah semata-mata untuk pembangkang sibuk memberi cadangan, perbincangan dan akhirnya mereka hilang tumpuan kepada pilihanraya yang bakal diadakan. Makanya prosiding JK khas tersebut akan menjadi sia-sia dan membazirkan wang rakyat semata-mata. Kita akan lihatlah nanti bila PRU 13 berlangsung samada sebelum JK Pilihan Khas penambahbaikan sistem pilihanraya atau selepasnya. Tetapi apapun alasannya Najib tidak akan mengambil risiko yang kerajaannya akan hilang selepas PRU 13. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan