Jumaat, 5 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Ramadhan Ya Ramadhan

Posted: 04 Aug 2011 10:51 AM PDT

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan, setelah 4 hari Ramadhan

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atau sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa”. – Al Baqarah 183

Kehadiranmu dirindui, Ahlan wa sahlan Ya Ramdhan, Bulan Tarbiyyah Penuh Kerahmatan dan Keberkatan,

Lailatul Qadr dan Ketaqwaan menjadi sasaran,
Qiamullail menjadi wasilah tenteram jiwa perjuangan, segala amalan berat menjadi ringan,
Insya Allah dirahmati Dunia dan akhirat menjadi idaman.

Kedatangan Ramadhan menjadi ketandaan bersyukurnya kita atas nikmat kurniaNYA yang tidak terhingga. Umat Islam akan mendidik hawa nafsu ammarah, melatih bersusah payah, mendidik jiwa supaya bersifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah dan tidak bernasib baik.

Ramadhan juga mendidik Umat membersih diri daripada sifat sifat keji, mendidik jiwa bersifat sabar, berdaya tahan menanggung kesusahan dan memperoleh kecerdasan akal dan fikiran.

Semoga Ramadhan berjaya mendidik umatnya bermurah hati, bertolak ansur, menghormati yang lemah dan daif, dan seterus berjaya tingkat ketaqwaan samada secara terang atau sembunyi.

Semoga Tarbiyyah Ramadhan berjaya menjadi benteng keimanan.


Tiada ulasan: