JEBAT_BERANI |
BILA DATO A. SAMAD SAID MENOLAK MEDIA ARUS PERDANA Posted: 21 Aug 2011 12:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri. "Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster," katanya. "Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah." Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. "Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya. Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan rejim". "Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya. "Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?" Sumber : Detikdaily Jebat_Berani : Bila para ilmuan menolak media ARUS PERDANA ianya pasti BERSEBAB dan mempunyai alasan yang KUKUH....Mereka berbuat sedemikian bukan kerana BERKEPENTINGAN tetapi atas dasar kesedaran bahawa media ARUS PERDANA hari ini sudah TIDAK RELEVAN dan menyimpang dari FAKTA dan KEBENARAN....Media ARUS PERDANA hari ini sudah menjadi KUDA TUNGGANGAN kepada parti memerintah sehinggakan mereka sanggup mengadai ETIKA KEWARTAWANAN mereka.... Justeru itu samaada kita ingin terus mengambil info dan maklumat dari media ARUS PERDANA ini atau tidak terpulang kepada kita selagi mana mampu MEMBEZAKAN akan kebenaran dan penipuan. |
PILIHANRAYA YANG TELUS BISA BIKIN UM-no/BE-end TERKUBUR TANPA NISAN Posted: 20 Aug 2011 11:04 PM PDT BUTTERWORTH, : Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam. Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus. "Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka. "Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara. "Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi. Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil. Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih. "Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi. Sumber : Harakahdaily Jebat_Berani : Rasanya semua orang pun tahu..Tak kiralah di pihak kerajaan mahupun pembangkang....Sekiranya pilinraya dijalankan secara telus dan adil UM-n0/BE-end sudah lama akan 'terkubur'....Menambahkan lagi akan 'kepincangan' pilihanraya di Malaysia ini adalah apabila SPR seumpanya menjadi 'jentera' a.k.a 'parti komponen' kepada UM-no/BE-end.... Namun siapa yang mampu bersuara dan menghalang mereka....Jika cuba bersuara sebagaimana perhimpunan BERSIH tempoh hari, maka segala kekuatan kerajaan akan digunakan bagi menghalang akan 'Suara Rakyat' ini....Samaada perbuatan mereka itu betul atau tidak dari sudut undang-undang ataupun kemanusiaan, itu tidak menjadi persoalan kepada mereka asalkan suara yang menentang mereka dilenyapkan.... Oleh itu mahu atau tidak kita kena menghadapi mereka dalam pilihanraya akan datang dalam keadaan serba kekurangan....Tapi usah kuartir dan bimbang.....Sekiranya Allah S.W.T berkehendakkan kita menang dalam pilihanraya nanti, insyaallah tidak akan ada 'kuasa' yang mampu menghalangnya...Kebathilan ini pasti akan musnah jua suatu hari nanti samaada cepat atau lambat sahaja.... |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan