Ahad, 7 Ogos 2011

Era Pasca

Era Pasca


Kenapa Hanya Rosmah sahaja berbuka puasa dengan AGONG tanpa Najib??

Posted: 07 Aug 2011 02:52 AM PDT

Ada kelihatan PM yang di sayangi ramai kita dalam gambar ini?? Atau hanya kelihatan 1st Lady Umno dan 1st Lady Malaysia sedang berborak... Persoalannya kini di mana Najib ketika majlis berbuka puasa ini?

baca berita Hairan ini dulu..

KUALA LUMPUR 3 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Baca kan siapa yang hadir... Jika Najib Razak tak dapat hadir atas apa-apa sebab bolehkah beliau menghantar wakil?? Jika wakil yang di hantar adakah wakil keluarga ataupun wakil kerjanya?? Muhyidin kan wakil Perdana Menteri.. Rosmah?? wakil 1 Malaysia atau wakil 1st lady?? kikiki

Nak tau kenapa Najib takdatang teruskan bacaan Berita Hairan ini,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri, Abu Zahar Ujang.
Takpe lagi... yang aku kesian ialah dekat Muhyidin Yassin tu.. kikiki takde power langsung... hahaha Muhyidin terkebelakang pasai die TPM jer.. PM plak MC, Bini PM plak 1st Lady.. hahahaha


[N/C-1]
[N/C-2]
[N/C-3]

Hinanya UMNO/BN, Matlamat Haram Menghalakan Cara.. Gerombolan Wajib Di Humban Ke Bakulsampah Muzium Negara.. kah kah kah kah

Posted: 07 Aug 2011 12:40 AM PDT

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.
ITU LAH UMNO APCO
kah kah kah kah kah kah

Semangat Bersih 2.0 tidak terhenti pada 9 Julai. Ia akan terus disemarakkan sehingga lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang DiPertuan Agong dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini yang ditegaskan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan (gambar) yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor. Ikuti butiran lanjut mengenai perkara ini sebagaimana dinyatakan dalam wawancara Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan NYZA AYOB pada 28 Julai lalu.

Momentum Bersih 2.0 akan mati jika PAS tidak "memanaskannya" dalam bentuk pelbagai aktiviti di semua peringkat. Bagaimana PAS dapat mobilisasi perkara ini?

MOHD SANY HAMZAN: Mungkin saya boleh tekankan di peringkat Jabatan Pilihan Raya dan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Di peringkat PAS Selangor, kita minta di semua Pusat Khidmat Masyarakat, Adun atau Penyelaras Dun, Ahli Majlis serta penjawat awam di Selangor sekiranya ingin mengedarkan kad ucapan Hari Raya, lapan tuntutan Bersih itu dimasukkan dalam kad ucapan tersebut.
Begitu juga sekiranya pihak berkenaan menyediakan sampul duit raya. Lapan tuntutan Bersih itu mesti dicetak di sampul duit raya tersebut. Selain itu kita juga berharap risalah berkenaan tuntutan tersebut diedarkan di masjid-masjid dan surau di Selangor. Ia boleh dimanfaatkan di bulan Ramadan ini kerana ramai mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan ini.

Tentang kempen "Kuningkan Sabtu". Kenapa tidak Pemuda PAS sahaja yang mempelopori kempen ini dengan memperkenalkan pelbagai program pada setiap Sabtu?

Memang kami ada mengeluarkan arahan kepada Pemuda PAS di setiap negeri dan kawasan. Sebenarnya Pemuda PAS di negeri dan kawasan cuba untuk melaksanakan program untuk menghidupkan Bersih ini. Cuma kita nampak sekarang ini Umno dan BN menggunakan polis untuk memerangi momentum Bersih ini. Apabila ada kalangan Pemuda PAS atau Pakatan Rakyat memakai baju Bersih, mereka akan dicekup. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang menyebabkan polis bertindak demikian.

Apakah yang menyebabkan mereka takut dengan baju kuning dan lapan tuntutan kita itu? Tuntutan kita adalah tuntutan munasabah. Kita bukan hendak merusuh atau melakukan revolusi atau ingin menumbangkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi di jalan raya. Lapan tuntutan seperti celup dakwat, tempoh berkempen 100 hari dan akses kepada media merupakan tuntutan yang kita kira munasabah.

Tetapi apabila kita hendak menghidupkan 'Kuningkan Sabtu', BN menggunakan polis untuk menghalang setiap program yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, kita tetap akan teruskan dengan pelbagai program pada setiap Sabtu tetapi dengan program-program seperti yang kita nyatakan di atas sempena Ramadan ini. Kita juga boleh menyatakan sokongan kita dengan menyemarakkan 'semangat kuning' ini dengan mengenakan tema kuning pada Aidilfitri nanti. Itu sebagai tanda sokongan yang penuh simbolik.

Apa langkah Pemuda PAS untuk menyedarkan masyarakat di luar bandar khususnya di kalangan orang Melayu yang tidak mendapat maklumat benar tentang Bersih 2.0 ini?

Kita juga meminta Pemuda PAS dan Jawatankuasa PAS kawasan mempergiatkan aktiviti memberi penerangan kepada masyarakat mengenai apa yang kita tuntut kepada SPR pada 9 Julai lalu supaya dapat dijelaskan kepada masyarakat luar bandar. Saya kira masyarakat luar bandar dan pinggir bandar yang mempunyai akses kepada media dan internet mungkin sudah mengetahui dan memahami tentang lapan tuntutan Bersih ini.

Mungkin masalah tentang memahami perkara ini timbul di kalangan masyarakat luar bandar. Kami akan menerbitkan poster dan kalendar 2012 yang menerangkan mengenai lapan tuntutan Bersih ini. Kami juga telah mengeluarkan arahan kepada PAS kawasan menjual kalendar Bersih ini dengan harga yang amat murah. Dan kita minta kalendar ini dibingkaikan dan ditampal di rumah masing-masing. Maknanya setiap rumah ahli atau penyokong PAS ini mesti mempunyai poster dan kalendar Bersih dan digantung di tempat yang menjadi tumpuan tetamu. Sekurang-kurangnya tetamu yang datang itu, jika dia belum memahami atau langsung tidak mengetahui apa itu tuntutan Bersih, akan bertanya kepada tuan rumah.

Ini cara untuk menterjemahkan Bersih?

Lapan tuntutan ini sebenarnya boleh diterjemahkan. Selain itu kita juga meminta kerjasama Lajnah Penerangan dan Lajnah Tarbiah supaya semua ustaz-ustaz menggunakan sedikit waktu apabila memberi tazkirah atau kuliah agama tentang mengapa perlunya untuk mengembalikan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama dalam sistem demokrasi di negara ini.

Di peringkat Pemuda PAS Pusat, Lajnah IT sedang menyiapkan cakera padat (CD) yang akan kita edarkan kepada 1.2 juta warga kota yang akan balik bercuti sempena hari raya nanti. Itu antara perancangan kita bagi mobilisasi kelangsungan aktiviti Bersih 2.0 ini. Kita tidak mahu ia mati pada 9 Julai.

Ramai yang beranggapan tuntutan Bersih 2.0 ini hanya untuk kepentingan politik. Bagaimana Pemuda PAS hendak menangkis dakwaan ini?

Ini bukan politik. Kami kira tuntutan Bersih 2.0 ini bukan hanya melibatkan golongan pembangkang. Sebagaimana yang kita lihat pada Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. Dalam ceramah-ceramah kita yang menyentuh mengenai Bersih 2.0 ini, kita sanggup kalah seribu tahun lagi selagi sistem pilihan raya kita tidak adil.

Selepas Debat 'Apa Selepas 9 Julai?', tidak nampak ada banyak diskusi dianjur tentang Bersih seperti forum dan seminar. Kenapa kesuraman ini berlaku?

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat, melalui jabatan pilihan raya, kita telah mengumpul data-data dan bukti pertindihan seorang pengundi yang boleh mengundi dua kawasan parlimen. Ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Sebab itu saya tidak mahu menguarkannya dahulu. Baru-baru ini sewaktu kami membuat laporan polis mengenai perkara ini, kita cuma mendedahkan empat dan lima nama sahaja. Kami dapati kad pengenalan lama dia betul tapi my kad dia empat angka terakhir diubah. Sebagai contoh dalam kad pengenalan asal namanya Mohd tapi dalam mykad diubah kepada Muhd. Yang perempuan pula contohnya ejaan Binti ditukar kepada Bt. Jadi dia boleh mengundi di lokasi yang berbeza.

Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan pengerusi SPR mengatakan data ini sudah dibersihkan...

Insya-Allah perkara ini kami akan dedahkan secara besar-besaran. Di Selangor, kami dapat dedahkan hampir 17,000 pengundi yang bertindan yang dapat mengundi di kawasan parlimen yang berbeza dalam satu-satu pilihan raya. Jabatan Pilihan Raya di setiap PAS negeri juga tengah mengumpulkan bukti. Pada 4 Ogos nanti bertempat di Hotel De Palma, Ampang, kita akan mengadakan forum bagi menjawab semula jawapan diberikan SPR dalam Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru- baru ini. Kita akan menjawab semula segala jawapan yang diberikan SPR berdasarkan buku yang diedarkan badan tersebut. Kita juga akan menjawab segala persoalan kenapa relevan lapan tuntutan tersebut.


 
ANTARA PENYUMBANG KEMENANGAN UMNO DI SELANGOR..
kah kah kah kah

LOGIK AKAL..
17 RIBU PENGUNDI HANTU PENDATANG TANPA IZIN DI SELANGOR TIDAKLAH RAMAI MANA PUN JIKA NAK DI BANDINKAN DGN JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA..
TETAPI KITA TAHU.. WALAU 1 UNDI ITU BEGITU BERMAKNA UTK MENENTUKAN SIAPAKAH YG AKAN MENANG.. JELAS PARTI PANDI KUTTI TIDAK PEDULIKAN
JIKA NEGARA TERGADAI...

UMNO SI PETUALANG AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
HUMBAN GEROMBOLAN LEMBU LEMBU INI ADALAH TUGAS YG SUNGGUH MULIA..

INI PESAN GUA BEB.. SANGAT BAHAYA UNTUK LU ANAK MUDA..
BERPESAN PESAN LER PADA KEBENARAN..
JGN DI BIARKAN PEROMPAK TERUS MEMERINTAH NEGARA..
PEROMPAK MEROMPAK NEGARA..
PEROMPAK MENJUAL NEGARA..
PEROMPAK MENGGADAI MARUAH NEGARA..

UMNO WAJIB DI TUMBANGKAN..
SEBAGAI PENYELAMAT UMAT MALAYSIA..
DARI TERUS DI BOHONGI DAN DI BOHONGI..
DARI TERUS DI TIPU DAN DI KHIANATI

SEDARLAH.. MALAYSIA INI MILIK TUHAN SEMESTA ALAM..
ANAK MUDA... SEDAR LAH, BAHAWA MALAYSIA INI MILIK LU..
BUKAN MILIK GEROMBOLAN UMNO SI PEROMPAK WANG RAKYAT..

GEROMBOLAN HANYA MEMILIKI HASIL ROMPAK WANG RAKYAT UTK BERKUASA..
GEROMBOLAN ADALAH IBLIS BERTOPENGKAN SYAITAN..
SYAITAN YG MENYERUPAI MANUSIA YG ZALIM..
MANUSIA YG SEPATUTNYA ANAK MUDA ANGGAPKAN SAMPAH MASYARAKAT..

JGN LUPA..
JIKA PEMIMPIN2 UMNO APCO MAMPOS..
KENCINGKAN KUBORNYA
KERANA BANYAK SANGAT RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA..
KERANA ITU LEBIH BAIK UTK KEZALIMAN YG MEREKA LAKUKAN..
JGN HORMAT PADANYA..
ATAU LUDAH KAN MUKANYA JIKA DIA MASIH HIDUP..
ATAU TAPAK KASUTKAN MUKA DIA..

kah kah kah kah kah..

UMNO <--- United Munafiqun No Otak..
JPN<------ Jabatan Pembohong Negara...
SPR<---- Suruhpurapura Penipu Rakyat..
BN<--- Babi Negara...

kah kah kah kah kah kah







[N/C-1]
[N/C-2]
[N/C-3]

(VIDEO) KEKEJAMAN BIOMETRIK...

Posted: 07 Aug 2011 12:28 AM PDT

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.

Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Ini yang membuatkan kita (Pakatan Rakyat) khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik"katanya.

"Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian." katanya pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini.

Katanya, selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, Pakatan Rakyat juga mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'.

"Setakat ini pihak kami dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini memerlukan satu peruntukan yang besar, persoalannya siapa yang akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah yang digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek."soalnya.

Justeru, Tian menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa.

"Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada saya ada tiga keping kad pengenalan atau saya telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini"

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu.

"Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak,"katanya.

"SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk membuktikan kepda semua yang ia tidak boleh dimanipulasi" tambahnya. -tvsnews





[N/C-1]
[N/C-2]
[N/C-3]

PAJERI NENAS

Posted: 06 Aug 2011 09:12 PM PDT


Bahan-bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:

Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).

DQ: Tak susah tak senang buat pajeri nenas En ABBS oi... hehehe


[N/C-1]
[N/C-2]
[N/C-3]

Tiada ulasan: