Ingat Kes Wanita Dikerat 15? 2 Lelaki Warga Asing Didakwa Posted: 26 Aug 2011 08:30 AM PDT
Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR 26 Ogos - Dua lelaki warga Bangladesh hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat dan anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, bulan lalu.
Tertuduh, Abd Razak Tofazzalhossain, 29, didakwa membunuh Siti Sando, 35, di no 40, Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang, di sini, pada jam 11 pagi dan 5 petang 29 Julai lalu.
Abd Razak turut didakwa bersama-sama Mmd Ripin Mondal Krndaboss, 28, membunuh anak mangsa, Mohd Shukri, pada masa dan tempat yang sama.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sejurus dibacakan pertuduhan dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mereka menafikan tuduhan tersebut namun Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani berkata, mahkamah hanya mahukan jawapan faham atau tidak daripada tertuduh.
Mereka kemudian menjawab, "faham" dalam Bahasa Malaysia tanpa mahkamah merekodkan sebarang pengakuan.
Sementara itu, tertuduh ketiga Mosharof Hossain, 23, pada awal prosidng mengaku salah terhadap pertuduhan melupuskan mayat kedua-dua anak beranak itu, namun selepas dijelaskan mengenai hukuman bagi kesalahan itu, tertuduh dilihat mulai ragu-ragu menyebabkan Wan Karimah bertanya beberapa kali kepada tertuduh sama ada memerlukan bantuan jurubahasa Bangladesh.Tertuduh akhirnya mengaku tidak memahami pertuduhan tersebut dan pengakuan salahnya sebelum itu tidak diterima.
Mosharof didakwa melupuskan kedua-dua mayat itu untuk melindungi pesalah dari tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di tempat yang sama, pada 29 Julai lalu jam 11.20 tengah hari dan 3 Ogos 2011 jam 11 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum, untuk satu tarikh singkat iaitu pada 29 September ini untuk mendapatkan jurubahasa Bangladesh.
Akhbar pada 4 Ogos lalu melaporkan penemuan menggemparkan mayat seorang wanita yang dikerat 15 dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalaman dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Kosas di sini.
Manakala mayat anak lelakinya turut ditemui dalam plastik di rumah yang sama dengan kedua-duanya berbau busuk dan reput dipercayai dibunuh seminggu sebelumnya.
|
Drama Liwat II: Memalukan...Pakar Bingung Calitan ANUS Saiful Masih Baik Selepas 100 Jam Posted: 26 Aug 2011 08:00 AM PDT
Saya petik:
| Dr Brian McDonald. | [MK] Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?
Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.
Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".
"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .
Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.
Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.
Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.
P/s: Hanya di Malaysia! |
Drama Liwat II: Anwar Berjaya MENJERAT Musuhnya, Bagaimana? Posted: 26 Aug 2011 07:30 AM PDT Saya petik: [Peguam Pas] Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.
Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.
Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil. Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.
Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut. Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?
Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa, undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.
Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah (yang boleh disoal balas) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah (yang tidak boleh disoal balas) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.
Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.
Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar. Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.
Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.
Jika perbicaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi-saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.
Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.
Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.
Tindakan pelik saksi-saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi-saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar. . Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara (baca kecut untuk bersuara).
Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan . Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.
Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya.
Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor-aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar! - Mohd Hanipa Maidin
|
Gadis Malaysia Ikut Lelaki Nepal Beraya di Kathmandu Posted: 26 Aug 2011 06:54 AM PDT [Bernama] PADANG SERAI: Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.
Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.
Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.
Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.
Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu.
P/s: Alahai! Ada lagi perempuan yang tidak serik-serik! |
Adegan yang Ingin Kita Tengok: Jurublog Kebanggaan UMCO dan Pencacai Posted: 26 Aug 2011 05:00 AM PDT | Sumber: Perisik Rakyat | Aduhai, jurublog ini kalau menulis, merekalah pejuang agama, bangsa nombor 1 di Malaysia, kalau menulis merekalah terlebih Islam daripada orang lain, kalau menulis merekalah insan yang paling mulia di sisi Allah.
Realitinya...tengok betul-betul gambar di atas. |
[Paling PANAS] Dr Brian McDonald: Sperma Sayfool di dalam ANUS Sendiri!!! Posted: 25 Aug 2011 08:25 PM PDT Ada beberapa tweet yang memaparkan perkara yang sama. Saya salin tweet Yusmadi.
Kalau ada perasan, sebelum ini heboh diperkatakan bahawa terdapat lebih daripada satu DNA yang ditemukan di dalam anus Sayfool, namun orang Jabatan Kimia meminggirkannya dan hanya mahu menyentuh tentang DNA yang dikatakan milik DSAI. P/s: Macam mana sekalipun perancangan manusia, Allah itu Maha Besar! Kemas Kini:[KD] KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri. Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.
Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel 'epithelial' pada pecahan (sperma).
Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.
Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.
Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.
Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). |
Ingat Kes Budak Mati Selepas Berbuka Puasa? Puncanya Telah Dikenal Pasti Posted: 25 Aug 2011 07:30 PM PDT
Saya petik: [Bernama] PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ujian dilakukan ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai di Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
"Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan. Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan," katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini Khamis.
Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama.
Liow menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom keracunan makanan.
"Jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keracunan makanan. Kita mempunyai pakar dan kalau mendapatkan rawatan awal, kita boleh selamatkan," katanya.
|
Lelaki Ikat Anak dengan Tali Rafia Sebelum Merogolnya Kena 20 Tahun Penjara Posted: 25 Aug 2011 06:30 PM PDT
Saya petik: Buruh mengaku salah laku perbuatan keji, ikat mangsa dipenjara 20 tahun
[BH] TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu. Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh berusia 45 tahun dari Tanjung Malim, Perak, selepas mendengar hujah dan fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar serta rayuan tertuduh.
Dalam rayuannya, tertuduh berharap mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka juga miskin.
Bagaimanapun, Mohammad Suffian memohon mahkamah supaya tidak menimbang rayuan itu kerana perbuatan tertuduh disifatkan lebih buruk daripada haiwan.
"Mahkamah harus menjatuhkan hukuman berat dan setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak kandung sendiri.
"Hukuman berat ini perlu dijadikan pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah kepada masyarakat pada umumnya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya dan bukannya melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikkan seperti ini," katanya.
Dia didakwa merogol anaknya itu di dalam sebuah bilik di rumahnya, kira-kira jam 9 malam pada 20 Julai lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian hanya tertuduh dan anaknya yang berada di dalam rumah dan tertuduh mengajak mangsa ke dalam bilik tidur. Tanpa syak mangsa mengikut arahan dan sebaik masuk ke dalam bilik, tertuduh terus menerkam mangsa sambil meraba-raba seluruh badan mangsa.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan bapanya itu meronta dan cuba melepaskan diri, namun mangsa takut selepas diugut akan dicederakan.
Selepas membogelkan mangsa, tertuduh kemudian bertindak mengikat tangan serta kaki anaknya itu dengan tali rafia sebelum merogolnya.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas pulang daripada kerja sebelum membuat laporan di Balai Polis Tanjung Malim. Tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian itu.
P/s: Lahanat!
|
Drama Liwat II: Blog Pro-UMCO Palsukan Sijil ASCLD Posted: 25 Aug 2011 05:45 PM PDT
Saya petik: [Islam Inside] Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.
Diatas adalah gambar yang aku ambil dari dalam blog-blog pro umno yang kononnya menunjukkan Sijil yang diperolehi oleh Jabatan Kimia Malaysia. Kalau kita lihat di sesetengah blog gambar tersebut menggunakan program PDF. Kenapa menggunakan PDF sebab ..............Hu hu hu ?
Aku akan bongkarkan kenapa gambar ini gambar photoshop. Tapi perkara ini hanya dapat dilihat apabila kita membuka gambar asal yang dipaparkan di sesetengah blog pro umno yang menggunakan program PDF sahaja. Aku akan gambarkan melalui print screen seperti dibawah.
| Ini adalah seperti gambar yg tertera apabila kita membuka menggunakan PDF |
Kalau kita lihat secara mata kasar kita tak akan dapat tahu yang sijil ini adalah sijil photoshop....kalau pun ada perbezaannya adalah dari sudut format tulisan. Kita terus ke langkah seterusnya. Naikkan mouse ke atas ( bahagian antara nama & logo). Klik kan disitu dan paparan akan menunjukkan tanda kotak. Ini menunjukkan teknik tampalan.
| Selepas di klik akan keluar seperti ini. |
|
Seterusnya klik pula dibahagian tandatangan....di sini tandatangan terbahagi kepada dua bahagian. Ini menunjukkan bahagian tandatangan ditampal 2 kali...
Dan yang terakhir sekali shiftkan semua bahagian.....
Hu hu hu wahai blog-blog penjilat umno.....agak kurang bijak bila convertkan sesuatu program itu kepada sesuatu program yang lain kerana ia tidak akan mengubah dasar program yang asal cuma ia hanya mengubah paparan sahaja. Aku tak pastilah program apa yang digunapakai untuk membuat sijil ini sebelum di convertkan ke program PDF tetapi convert file tidak akan merubah dasar sesuatu file tu. Jika ianya gambar dan diconvertkan ia tak akan terpecah kepada beberapa bahagian dan bila ia terpecah-pecah ini menunjukkan sijil diatas ini dibuat bukanlah gambar atau sijil yang asal.....
|
Haram Bekal, Jual Bebola Agar-agar (Tanaman), Mengapa? Posted: 25 Aug 2011 05:22 PM PDT
Saya petik: Budak anggap sebagai makanan
[BH] PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah. Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan 'laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan. Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.
"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
|
Drama Liwat II: Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam, Bagaimana Selepas Lebih 56 Jam? Posted: 25 Aug 2011 03:31 PM PDT
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.
Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.
Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.
"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.
"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.
Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.
Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.
Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.
"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.
Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.
Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.
Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.
Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.
Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.
Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.
P/s:Terburai habis! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan