Rabu, 24 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Aduhai, BERAHI di atas BAS! Lelaki Raba dan Cuba Rogol Mangsa depan Penumpang!

Posted: 24 Aug 2011 06:33 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai 'gila seks' bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang.

Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.

Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis....

P/s: Berita HM ini tidak lengkap....potong....!


Berita sebelum ini:
[Bernama] SANDAKAN: Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali, berkata ketika kejadian 4 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.

Katanya, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.

"Beberapa penumpang lain di dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4," katanya di sini hari ini.

Fadzil berkata, lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 


P/s: Orang macam ini wajar dibelasah dahulu sebelum diserahkan kepada polis!


Awas, Lelaki Didakwa Merogol 19 Wanita Aktif Semula!

Posted: 24 Aug 2011 05:10 PM PDT





Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.

Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.

"Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.

"Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.

"Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya," katanya.


Pemuda Bunuh Bapa Didakwa

Posted: 24 Aug 2011 03:06 PM PDT



Saya petik;

[Kosmo] ALOR SETAR - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 60 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Mohd. Adli Saman, 33, hanya mengangguk kepala tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Adli didakwa membunuh Saman Sirun di rumah mangsa yang tidak bernombor di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang antara pukul 7 petang hingga pukul 7.30 petang pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Adli.

Kes akan disebut semula pada 26 September ini di Mahkamah Majistret Kuala Nerang.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 13 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan tindakan seorang penoreh getah yang menetak bapanya sehingga warga emas itu maut dengan sebelah kaki kanannya putus dari atas buku lali dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang.

Turut menjadi mangsa, ibunya, Hasnah Abdul Majid, 58, yang ditetak di kepala dan menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang.

Suspek dikatakan bertindak demikian selepas naik angin hanya kerana marahkan seekor kucing.

Sejurus selepas kejadian, suspek melarikan diri di kawasan hutan berdekatan rumahnya dan dia diberkas tiga hari kemudian ketika sedang menonton televisyen di rumahnya.

Suspek dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit mental namun dia pernah beberapa kali mendapatkan rawatan secara tradisional kerana didakwa mengalami masalah tekanan jiwa.


Wanita BELASAH, BOTAKKAN Kekasih Gelap Suami

Posted: 24 Aug 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:

Suspek minta RM50,000 bebas mangsa

[BH] KUALA LUMPUR: Akibat menjalin hubungan cinta dengan suami orang, seorang wanita menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila diculik sebelum dikurung dan diseksa selama lima hari oleh isteri teman lelakinya dalam sebuah rumah di Taman Saga, Ampang di sini, sejak Jumaat lalu.

Mangsa berusia 31 tahun, dilarikan wanita berkenaan serta adik lelakinya selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan cinta dengan suaminya sebelum mangsa dikurung dan diseksa dengan kedua-dua tangannya diikat, manakala rambutnya dipotong pendek.

Malah, suspek wanita berusia 36 tahun itu turut menunjukkan gambar wanita berkenaan dalam keadaan diseksa sebelum meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya sendiri jika mahu 'kekasih gelap' lelaki terbabit dibebaskan.

Difahamkan, bimbang dengan keselamatan teman wanitanya, suami suspek kemudian membuat laporan polis sebelum seorang pegawai penyiasat menghubungi suspek memintanya menyerah diri dan membebaskan mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata suspek yang menyedari mereka menjadi buruan polis, kemudian membebaskan mangsa yang dalam keadaan lemah serta lebam di seluruh muka di sekitar ibu negara, pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, polis yang menjalankan tindakan susulan berjaya menahannya bersama seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Subang Mewah, sebelum adik lelakinya ditahan di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan, semalam.

"Pemeriksaan di rumah itu menemui beg serta barangan milik mangsa dan siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang juga pasangan suami isteri, dipercayai mengurung mangsa di sebuah rumah di Taman Saga," katanya semalam.
 
Abdul Rahim berkata, semua suspek berusia 27 hingga 36 tahun termasuk seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.

 P/s: Pengajaran!


[Wajib Baca] Drama Liwat II: Keterangan Pakar dan Percanggahan Dakwaan Sayfool Semakin Mendedahkan Kepincangan Kes Fitnah 2

Posted: 24 Aug 2011 01:20 AM PDT


Saya petik:

Jarang-jarang boleh temui sperma 'aktif' selepas 65 jam seks, kata pakar

[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

"Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

"Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan," kata beliau menjawab Yusof. 
[TVS] ....Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.

David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.

Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.

Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.

David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.

Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.

Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.

"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.


P/s: Aduhai! Siapalah yang rancang skrip drama liwat ini? Skripnya tidak selari dengan fakta sains! Habis terburai!








Editor Kanan TV3 Hadapi Siasatan Lakukan Gangguan SEKSUAL kepada Wartawan dan Pembaca Berita, Siapa?

Posted: 23 Aug 2011 08:50 PM PDT


Saya petik:
[TVS] DAMANSARA 24 OGOS: Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

"Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu dihantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

"Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan.

P/s: Mengapa tidak laporkan jenayah ini kepada polis!

[Gambar] Rosmah Baca al-Quran TANPA Menutup AURAT dengan Sempurna, Tiada Sesiapa pun Tegur!!!

Posted: 23 Aug 2011 06:53 PM PDT


Berita Bernama (23/8) melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana. Berita di TV3 semalam pun memaparkan berita yang sama. 

Yang hairannya, tiada sesiapapun yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab menegur Rosmah agar menutup aurat dengan sempurna ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Walhal dalam majlis yang sama kelihatan Dr Mashitah Ibrahim dan mungkin beberapa tokoh agama yang lain. Apa sudah jadi? Takut atau segan dengan Rosmah?

Perbuatan Rosmah ini jelas melanggar adab membaca al-Quran dan kejahilannya ini ditonton oleh rakyat Malaysia. Kita bimbang ada orang Islam yang jahil mencontoh perbuatannya.

Di mana mufti? Di mana ulama muda UMCO? Di mana ustaz UMCO?  Di mana PERKASA? Di mana NGO Islam? Orang ini menyalak hebat apabila ADUN DAP masuk ke masjid, namun menikus apabila berhadapan dengan isu ini.


Foto: Bernama
Perbuatan Rosmah membaca al-Quran tanpa menutup aurat dengan sempurna ini bukanlah pertama kali. Sebelum ini pun pernah tersebar gambar Rosmah membaca al-Quran tanpa menutup aurat dengan sempurna. Tiada sesiapa pun (pihak kerajaan) yang menegur Rosmah.








Ingat Kes Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pemuda Rusia di Britain? Mahkamah telah Menjatuhkan Hukuman...

Posted: 23 Aug 2011 05:30 PM PDT


Berita awal tentang empat lahanat ini boleh dibaca di sini.

Semalam Mahkamah Woolwich Crown menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun kepada keempat-empat keparat ini atas kesalahan merogol pelajar Malaysia dan merakamkan aksi jijik mereka itu dengan menggunakan iPhone, lapor DM.

Lebih terperinci, ketua empat pemuda golongan berada Rusia ini, iaitu Norayr Davtyan, 22, dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Andreev Melnikov dikenakan penjara 9 tahun, manakala  Oleg Inavov dan Armen Simonyan dikenakan hukuman penjara 8 tahun.

Menurut hakim, keempat-empat lahanat ini bersorak ketika merogol mangsa seperti "pemain bola sepak meraikan jaringan gol". 

Mereka juga telah menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan kolej tempat mereka menuntut di Britain. Mangsa turut menuntut di kolej yang sama. Keparat-keparat ini turut mendakwa akan menunjukkan rakaman yang memaparkan aksi jijik itu kepada rakan-rakan di Moscow.




Tiada ulasan: