| Bekas Komando TUDM Dedah PENIPUAN Undi Pos Posted: 12 Aug 2011 02:56 PM PDT
Saya petik:
[HD] BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.
P/s: Apa kata BN dan SPR? |
| Bagai Kena Histeria Blog UMCO Tuduh AZAN Tidak Boleh Berkumandang Kuat di PP, Walhal.... Posted: 12 Aug 2011 07:50 AM PDT  | | PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam- BH. | FATWA negeri mengarahkan pembacaan alQuran pada waktu subuh tidak menggunakan pembesar suara. Pematuhan kepada fatwa pula ini bergantung pada pertimbangan pentadbiran masjid dan surau. Kerajaan negeri seperti dinyatakan di bawah tidak terlibat dalam hal ini.
Saya petik:
Pembesar suara-al-Quran: Kerajaan negeri tak terlibat, kata Exco [TMI] GEORGE TOWN, 12 Ogos — Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
"Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid," katanya dipetik Bernama Online.
Sebuah akhbar tempatan hari ini memetik pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan.
"Saya hanya tahu perkara ini setelah membaca laporan sebuah akhbar tempatan, selepas itu saya menghubungi Majlis Fatwa dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.
"Mufti berada di luar negara dan akan pulang hari ini, satu sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan diadakan dalam tempoh terdekat," katanya.
Ditanya faktor yang mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Fatwa itu, beliau berkata:"Saya berpendapat keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan pemerhatian dan situasi semasa serta pandangan umum berhubung bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara".
P/s: Fikirlah secara rasional. Jangan mementingkan diri apabila hidup bermasyarakat.
Cuba lihat screenshot blog UMCO ini:  | | Jurublog ini pandai membaca atau tidak? Masa MCA membantai Islam semua menikus! |
|
| [PANAS] Drama Liwat II: SAH, Najib dan Rosmah ENGGAN Ditemu Bual! Datang Mahkamah Makan Angin! Posted: 12 Aug 2011 04:12 AM PDT
Saya petik: [TT] dua ekor laki bini rosmah dan najib hadir di mahkamah jalan duta petang ini
tetapi enggan untuk di temu siasat oleh tim peguam bela anwar ibrahim
dua ekor laki bini ini juga tak mahu jadi saksi
nampak jelas dua ekor ini datang ke mahkamah hanya nak buat sandiwara yang tipu orang kampong nak tipu mak cik felda
P/s: Apa cerita?
Kemas Kini: Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar [Mstar] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Imrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.
Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.
Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.
Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemubual mereka...
P/s: Dah agak dah!!! Jika tidak, masakan hakim beri syarat bahawa temu bual ini boleh dibuat dengan kerelaan tuan badan! |
| Demo Antimurtad Zul Kulim, Ezam, Lokman Adam. Cuba Kira... Posted: 12 Aug 2011 02:00 AM PDT  | | Sumber FB Ahmad Safwan |  | | Sumber: MK. Penonton lebih banyak daripada peserta demo! |  | | Sumber: TMI | Cuba kira berapa orang di belakang Zul Nordin, Lokman Adam, dan Ezam! Siapa tidak kenal mereka bertiga. Masing-masing ada kontroversi, masing-masing ada agenda. Orang ramai pun tahu tujuan puak katak ini membuat demo. Semata-mata mahu mengalihkan isu dan dalam masa yang sama cuba menarik sokongan Melayu kepada UMCO yang bersikap hipokrisi dalam memperjuangkan Islam. |
| Terkini] Drama Liwat II: Najib, Rosmah, dan Rodhwan Hadir di Mahkamah! untuk Ditemu Bual Posted: 12 Aug 2011 01:02 AM PDT Saya petik: [MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.
Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.
Kemas Kini: Najib dan Rosmah ditemu bual kira-kira setengah jam di Kompleks Jalan Duta petang ini. Kedua-dua mereka dilaporkan tiba di kompleks itu pada pukul 2.55 petang dan keluar kira-kira setengah jam kemudian. Laporan The Star Online menyebut Najib dan Rosmah ditemu bual oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy. |
| Walaupun Mismah Mengaku Masuk Pintu Depan, Bukan Hanya "Seorang Mismah" yang Diragui Statusnya Posted: 12 Aug 2011 12:23 AM PDT
Berita yang disiarkan oleh Sinar Harian ini menjadi modal besar UMCO dan BN untuk menyanggah penemuan nama meragukan dalam daftar pengundi SPR. Namun bukan seorang Mismah sahaja yang diragui statusnya. Ada beribu nama yang mencurigakan. Ada macam-macam hal yang meragukan dalam daftar pengundi yang dikeluarkan oleh SPR.
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR 12 OGOS : Seorang warganegara baru Mismah yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam akhirnya ditemui media.
Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya, terutama oleh pihak pembangkang.
"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.
Wanita asal Bawaen, Indonesia yang mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan 'kerakyatan pintu belakang' itu.
Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.
Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara).
Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.
"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah lokasi pinggir ibu negara.
Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu. Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah yang digambarkan sebagai ceria, bersuara lembut dan tenang berkata, beliau masuk dengan sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.
Beliau ketika itu menetap di rumah neneknya di Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke setinggan Kayu Ara di Petaling Jaya selepas berkahwin dua bulan selepas itu.
Beliau terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.
Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya dengan loghat tempatan, sesuai dengan taraf barunya itu.
Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun, 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.
Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.
Mismah, empat anaknya dan - dua lelaki dan dua perempuan termasuk ibunya yang sudah berumur 70 tahun juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.
Tiga anaknya kini merupakan penjawat awam manakala seorang lagi baru tamat belajar.
Beliau kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Mismah ditemui dua wartawan Sinar Harian. Akhbar berita tempatan berbahasa Melayu itu dikatakan sudah seminggu cuba menjejak wanita itu tetapi hanya menemuinya selepas dibantu maklumat daripada seorang pembaca.
Bagaimanapun, gambar Mismah yang disiarkan sengaja dikaburkan di bahagian mukanya manakala suaminya pila hanya diperkenalkan dengan nama Musadi (bukan nama sebenar)
|
| Desakan Minta Tsu Kon Lepaskan Kepimpinan BN PP Kini di Media Perdana, Agenda Siapa? Posted: 11 Aug 2011 07:00 PM PDT Pemimpin BN yang tewas mengejut dalam PRU12, jika anda perasan, selalu berada di sisi PM. Yang paling kerap dilihat bersama PM ialah Presiden Gerakan. Apa-apa sahaja majlis pasti kelihatan mukanya. Mungkin kerana tugasnya sebagai menteri, atau mungkin juga kerana "mencuri hati" PM. Maklumlah PRU 13 semakin hampir. Katak pembelot pun semakin kuat bersuara...ong...ong...ong! Mereka minta "ong" agar dicalonkan kembali dalam PRU13. Ironi, biarpun rapat dengan PM, desakan agar Tsu Koon melepaskan kepimpinan BN di PP semakin rancak. Kalau sebelum ini, mungkin, desakan itu dari mulut ke mulut, kini desakan yang lebih hebat disiarkan di media perdana. Jika disiarkan di media perdana, siapa yang membenarkan hal itu berlaku? Tsu Koon bukan pemimpin bawahan, dia ialah Presiden Gerakan. Jika tiada pihak yang merestuinya, mustahil berita seperti ini disiarkan di akhbar. Baca dahulu. Saya petik: Prestasi kurang memuaskan punca ditolak
[BH] BUTTERWORTH: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, berkata sentimen 'anti' terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat semakin menebal di kalangan rakyat ketika kini yang menyebabkan mereka tidak mempunyai alternatif, selain memilih pakatan pembangkang untuk terus memerintah negeri ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu, berkata rakyat negeri ini tidak menolak BN, tetapi terpaksa mengundi pakatan pembangkang seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 hanya kerana tidak sukakan Tsu Koon sebagai tanda protes.
"Malah, wakil rakyat BN yang lebih bagus prestasinya jika dibandingkan dengan wakil rakyat pakatan pembangkang, terutama daripada DAP turut 'terkorban' pada pilihan raya itu hanya kerana sentimen 'anti-Tsu Koon'...cukup sayang mereka ini yang tidak lagi boleh memberi khidmat secara berkesan.
"BN seolah-olah tidak pernah belajar daripada kesilapannya apabila melantik Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan terus mengetuai BN Pulau Pinang tanpa asas kukuh menyebabkan rakyat terutama pengundi semakin marah," kata Tee Beng yang menjadi wakil rakyat tunggal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Parlimen, ketika dihubungi.
Ahad lalu, seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris menulis wujud gelombang 'anti-Tsu Koon' di Pulau Pinang dan turut memetik kenyataan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Pin, bahawa bekas Ketua Menteri itu kini takut kembali ke negeri ini walaupun memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Kok Pin turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi kurang memuaskan Tsu Koon selama menjadi Ketua Menteri. Pada pilihan raya umum lalu, BN Pulau Pinang diketuai Tsu Koon hanya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi UMNO berbanding pakatan pembangkang dengan 29 kerusi.
Sementara itu, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, turut bersependapat dengan Tee Beng bahawa Tsu Koon sepatutnya berundur kerana jelas beliau tidak disukai dan bukannya terdiri dalam kategori 'calon boleh menang' seperti sering dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berita yang saya salin di atas disiarkan oleh BH tiga hari lalu, semalam (11/8), media yang sama turut menyiarkan berita yang mengkritik Tsu Koon. Hari ini, akhbar yang sama juga menyiarkan berita untuk mendesak Tsu Koon mengundurkan diri sebagai Pengurusi BN di PP. Tajuknya, Rakyat Tidak Mahu Tsu Koon. Dalam berita ini, anda mungkin perasan sebab musabab desakan itu dibuat. Tiga hari, tiga cerita mengkritik Tsu Koon. WOW!!!! Saya petik: Kepemimpinan BN negeri perlu dirombak jika mahu rampas Pulau Pinang
[BH] KUALA LUMPUR: Rakyat Pulau Pinang mahu perubahan daripada kerajaan DAP, tetapi tidak ada pilihan kerana mereka juga tidak mahukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus menerajui kepemimpinan negeri itu.
Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, Barisan Nasional (BN) perlu merombak kepemimpinan parti itu jika ingin merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang termasuk menggantikan Tsu Koon yang ternyata sudah ditolak rakyat sejak pilihan raya umum 2008. "Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring.
"Rakyat sedar dengan kepemimpinan Guan Eng yang dikatakan zalim, perkauman dan pembohong itu tapi mereka dalam dilema kerana yang mahu menggantikannya juga bermasalah, " katanya kepada media di sini, semalam.
Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima pelbagai kritikan kebelakangan ini kerana dianggap sebagai liabiliti kepada BN untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri.
Zahrain berkata, BN mempunyai ramai pemimpin berkebolehan serta mempunyai faktor boleh menang dan mereka seharusnya diberi ruang bagi mengelakkan Guan Eng terus kekal serta membentuk dinasti pemerintahannya.
"Saya bercakap perkara ini sebagai seorang pemerhati dan melalui maklum balas rakyat di Pulau Pinang. Bagi saya, Tsu Koon sudah tidak laku.
"Tidak kira UMNO, MCA atau MIC untuk menggantinya, pokoknya mestilah seorang seorang pemimpin yang diterima rakyat," katanya. Sebelum ini, Zahid Hamidi dan UMCO Pulau Pinang pernah menyuarakan hasrat agar UMCO mengambil alih kepimpinan BN di negeri itu. Cadangan itu ditolak MENTAH-MENTAH oleh Tsu Koon dan Gerakan. Ingat? Waktu itu, ketuanan UMCO dicabuli oleh parti komponen ini. Tiada pula NGO atau PERKASA berdemo di PP. Jika dilihat berita yang disiarkan sejak 10/8 dan peranan yang dimainkan oleh MP Katak dan geng serta bekas pemimpin Gerakan, maka berkemungkinan UMCO sekali lagi mencuba nasib untuk merampas kepimpinan BN di PP. Persoalannya, adakah ketuanan UMCO akan berjaya atau menerima nasib yang sama sebelum ini! P/s: Sebelum ini, jurublog elit UMCO meramalkan Gerakan akan dibubarkan atau digabungkan dengan MCA, manakala ahli India dan Melayu akan masuk ke parti komponen yang lain.
|
| Pelajar 13 Tahun Tidak Tahan DILIWAT Guru Lapor Polis Posted: 11 Aug 2011 06:00 PM PDT  | | Suspek. |
Saya petik: Mangsa tinggal di asrama sering diajak ke kuarters
[BH] KUALA TERENGGANU: Tidak tahan terus menjadi mangsa liwat gurunya sejak beberapa bulan lalu, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah berasrama di Batu Rakit di sini, membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit di sini, petang kelmarin.
Pelajar berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya di kuarters guru dalam kawasan sekolah untuk diliwat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pelajar itu mendakwa menjadi mangsa liwat guru yang berasal dari bandar raya ini antara Mac hingga Jun lalu.
"Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru itu antara Mac hingga Jun lalu di rumah guru itu yang terletak dalam kawasan sekolah.
"Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari.
"Kita menyiasat kemungkinan ada pelajar lain menjadi mangsa kerakusan nafsu guru itu," katanya di pejabatnya di sini, semalam. Manoharan berkata, pelajar itu yang dikatakan berasal dari bandar raya ini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377 C kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
P/s: Berahi tidak kena tempat!
|
| Warga Eaas 75 Tahun Dituduh Rogol Budak 12 Tahun. Apa Nak Jadi???? Posted: 11 Aug 2011 05:28 PM PDT [HM] KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh. Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.
"Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan. "(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai," katanya.
Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.
"Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam)," katanya. Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
P/s: Aduhai!!! |
| [Sadis&Tragis] Gadis Disamun, Dirogol, dan Disimbah Asid Posted: 11 Aug 2011 05:15 PM PDT
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.
Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi. "Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya," katanya....
P/s: Sadis dan tragis!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan