Jumaat, 5 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Polis Pelatih Dipaksa Makan Cili, Kemaluan Disapu Cili

Posted: 05 Aug 2011 07:09 AM PDT




Lapan orang jurulatih polis Filipina ditahan selepas video yang memaparkan polis pelatih dipaksa makan cili manakala kemaluan mereka disapu cili. Video yanbg tidak bertarikh itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Manusia Filipina baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, pelatih yang dipaksa makan cili dan kemaluan mereka disapu dengan cili menjerit serta menangis menahan kesakitan.

Namun, kekejaman yang dilakukan oleh jurulatih ini mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap mereka. Jika bersalah, kesemua mereka hanya dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan menurut undang-undang antipenderaan tahun 2009.


P/s: Tidak setimpal!

Anwar Dakwa 200 Ribu Warga Indonesia Didaftarkan Sebagai Pengundi

Posted: 05 Aug 2011 02:05 AM PDT

Awek Perkasa yang diimport dari Seberang.
 
Saya petik:
[KD] MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

"Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan," kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

"Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong," kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

"Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding," ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.

Malaysia Beli 2 Buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, VIetnam Bakal Beli 6 Buah Kapal Selam RM6 Bilion

Posted: 05 Aug 2011 12:02 AM PDT

Kelas Kilo (Rusia)

Kelas Scorpene (Perancis)
Berita di beberapa portal antarabangsa melaporkan bahawa Vietnam dalam tempoh beberapa tahun akan membeli enam buah kapal selam berserta jet pejuang. Semuanya gara-gara China meningkatkan kemampuan tentera lautnya sehingga menimbulkan kebimbangan negara serantau.

Itu bukan poinnya.

Yang mahu ditonjolkan ialah media Russia melaporkan pada Disember 2009 Vietnam bersetuju membeli enam kapal selam elektrik-diesel dengan harga AS$2 billion (RM6 bilion). Hal ini tidak diulas oleh Hanoi pada waktu itu.

Namun, Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh semalam mendedahkan hal itu kepada media apabila menyatakan kebimbangan terhadap China.

 "Dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, kita akan mempunyai briged kapal selam enam Kilo 636 Class," kata Thanh seperti dipetik dalam kenyataan akhbar kerajaan, Tuoi Tre, semalam.

Saya tidak tahu sama ada speksifikasi kapal selam kelas Kilo dan Scorpene secara terperinci sama atau jauh berbeza sehingga harga kedua-duanya amat berbeza. Namun daripada maklumat di Wiki, saiz dan kemampuan kedua-dua kapal selam ini secara kasar hampir sama. Kedua-duanya menggunakan enjin elektrik-diesel, tetapi kapal selam kelas Kilo lebih panjang sedikit daripada Scorpene.

Sekadar serkap jarang.


Kelas Kilo:
Class overview
Builders: Central Design Bureau for Marine Engineering "Rubin" Shipyard 199 "Krasnoe Sormovo", Nizhniy Novgorod (Gorkiy)
Shipyard 112,"imeni Leninskogo Komsomola", Komsoloľsk na Amure
Shipyard "Leningradskoe Admiralteyskoe Obedinenie" (Admiralteyskie Verfi), Saint Petersburg (Leningrad)
Shipyard "Severnoe Mašinostroiteľnoe Predprijatie", Severodvinsk
Operators:  Soviet Navy
 Russian Navy
 Indian Navy
 Islamic Republic of Iran Navy
 Indonesian Navy
 Polish Navy
 Romanian Naval Forces
 Algerian National Navy
 People's Liberation Army Navy
 Vietnamese People's Navy
Preceded by: Tango class submarine
Succeeded by: Lada class submarine
In commission: April 1982
Building: 9
Completed: 49
Active: 42
Laid up: 5
Retired: 2
General characteristics
Displacement: Surfaced: 2,300-2,350 tons
Submerged:3,000-3,950 tons full load
Length: 70.0-74.0 meters
Draft: 6.5 m
Depth of hold: Operational: 240 meters
Maximum: 300 meters
Installed power: Diesel-electric
Propulsion: Diesel-electric propulsion
2 x 1000 kW Diesel generators
1 x 5,500-6,800 shp Propulsion motor
1 x fixed-pitch 6 or 7 bladed Propeller (6BL project 877) (7BL project 636)
Speed: Surfaced: 10-12 knots
Submerged: 17-25 knots
Range: With snorkel: 6,000-7,500 miles at 7 knots
Submerged: 400 miles at 3 knots
Full run: 12.7 miles at 21 knots
Endurance: 45 days
Test depth: 300 m
Complement: 52
Armament: 6/553 mm torpedo tubes
18 torpedoes
24 mines
8 SA-N-8 Gremlin or 8 SA-N-10 Gimlet Surface-to-air missiles (export submarines may not be equipped with air defense weapons)



Kelas Scorpene
Class overview
Name: Scorpène
Builders: DCNS
Navantia
Mazagon Dock Limited
Brazilian Navy Shipyard
Operators:  Chilean Navy
 Indian Navy
 Royal Malaysian Navy
 Brazilian Navy (planned to 2015)
Preceded by: Agosta-class submarine
Succeeded by: Marlin-class submarine
Subclasses: CA-2000
CM-2000
AM-2000
S-BR
Cost: $450 million
Building: 2
Planned: 19
Completed: 4
Cancelled: 4
Active: 3
General characteristics
Type: submarine
Displacement: 1,565 tons (CM-2000)
1,870 tons (AM-2000)
2,000 tons (S-BR)[1]
Length: 61.7m (CM-2000)
70m (AM-2000)
75m (S-BR)[1]
Beam: 6.2 m
Draft: 5.8 m
Propulsion: Diesel-Electric, Batteries, and AIP
Speed: 20 knots (37 km/h) (submerged)
12 kn (22 km/h) (surfaced)
Range: 6,500 nautical miles (12,000 km) at 8 knots (surfaced)
550 nmi (1,020 km) at 5 knots (submerged)
Endurance: 40 days (compact)
50 days (normal)
50+21 days (AIP)
Test depth: >300 meters
Complement: 31
Armament: 6 x 533-mm torpedo tubes for 18 Whitehead Alenia Sistemi Subacquei Black Shark heavyweight torpedoes or SM.39 Exocet anti-ship missiles, 30 mines in place of torpedoes
Notes: Ships in class include: O'Higgins
Carrera

Susulan Kes Pelajar Diliwat, Didera, Dipaksa Seks Oral. Mangsa Dakwa Pelajar Senior Kencing di dalam Mulutnya

Posted: 04 Aug 2011 08:45 PM PDT

Saya petik:

[HM] SUNGAI PETANI: "Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa."

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, dekat sini, pada bulan lalu.

Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

Din mendakwa dia bukan sahaja diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, malah dipukul dengan pelbagai objek selain diugut tidak menceritakan segala kejadian kepada sesiapa.

Menurutnya, perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas.

"Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.

"Saya tak boleh menjerit kerana mereka menutup mulut. Perbuatan itu berlaku beberapa minit sahaja dan sebelum keluar, mereka memberi amaran dan mengugut akan melakukan perbuatan lebih teruk jika diketahui orang lain," katanya.

Selain diliwat, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya.

Menurut Din, dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.

"Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu.

"Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan.

"Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya.

Menurutnya, pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.

"Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang.

"Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan," katanya.

 P/s: Gila! Apa pendapat Muhyiddin? Masih kemaruk dengan isu pelajar obes?


Berkaitan:
3 Murid Ditahan

[HM] ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid sebuah sekolah tahfiz di Kuala Pegang, Baling kerana disyaki memukul, mendera dan meliwat tiga murid junior sekolah berkenaan sejak sebulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, berkata semua suspek ditahan di surau sekolah tahfiz berkenaan kira-kira jam 2 pagi, Selasa lalu.

"Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa pada 30 Julai lalu, kami menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek terbabit di surau tahfiz itu.

"Kami menahan mereka berikutan aduan bapa mangsa berhubung anaknya berusia sembilan tahun dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun.

"Berikutan itu, murid berkenaan terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan ketika menjalankan aktiviti keagamaan di sekolah tahfiz berkenaan, tetapi mereka dibebaskan sementara dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii," katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang bapa kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

Ibu Terkejut Mat Indon Tidur Bersama Anak Berusia 14 Tahun, Lagi Mengejutkan Apabila...

Posted: 04 Aug 2011 07:45 PM PDT



...mengetahui anaknya sudah "ditebuk" oleh Mat Indon tersebut.


Saya petik:
[HM] KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

"Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

"Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa," katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. "Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

"Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat," katanya.

P/s: 14 tahun beb. Habis lunyai ditebuk Mat Indon. Peringatan kepada ibu bapa yang selalu mengganggap anak anda umpama malaikat.

Kepala Bayi Putus Ditarik Ibu

Posted: 04 Aug 2011 06:45 PM PDT

Saya petik:

[HM] MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

"Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis," katanya.

P/s: Gila!!!!


.

Isteri Enggan "Disentuh" Lari Selepas 2 Minggu Kahwin

Posted: 04 Aug 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:


SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.
SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.

[HM] KUALA LUMPUR: "Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!" Demikian tegas seorang isteri yang membuat 'kejutan malam pertama' kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.

Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.

"Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai," katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.






P/s: Macam-macam!

Pelajar Ponteng Cedera Tertoreh Pisau di Tangan Ustaz, Cuba Perhatikan Situasinya

Posted: 04 Aug 2011 04:15 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.

Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.


P/s:  Orang yang melihat isu ini secara sepintas lalu pasti akan menuding jari kepada ustaz yang terlibat dalam kes ini. Silapnya, sewaktu cuba memastikan pelajar di atas kembali ke kelasnya, si ustaz ini memegang pisau kecil. Tidak diketahui pula bagaimana dan mengapa si ustaz ini memegang pisau tersebut.

NAMUN, adakah peristiwa ini akan berlaku jika pelajar yang ditatang oleh ibunya ini patuh kepada arahan ustaz itu? Adakah kepalanya akan tercedera jika dia tidak melawan/meronta sewaktu ustaz tersebut menariknya ke kelas? Sudah pasti tidak bukan? Dalam berita di atas, tidak dinyatakan berlaku pergelutan antara ustaz ini dengan pelajar tersebut, namun senigat saya berita di TV pencacai semalam ada menyatakan perkara tersebut. Mengapa berlaku pergelutan, melainkan si pelajar ini bersikap degil dan tidak mematuhi arahan.

Dalam berita di TV semalam, si ibu dengan jelas meminta pihak sekolah menukarkan ustaz terbabit kononnya tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada pelajar yang lain. Dia tidak langsung melihat sebab dan punca  peristiwa ini berlaku. Sebenarnya, sikap dan pendirian yang sama turut diamal dan dipegang oleh kebanyakan ibu bapa hari ini. Jadi tidak hairanlah banyak ibu bapa menyerang sekolah kerana mempertahankan anak masing-masing.


P/s: Kalau dahulu penceramah dipanggil ke sekolah untuk memberikan motivasi, hari ini pelajar bermasalah terpaksa di hantar ke penjara untuk menyedarkan mereka. Di rumah mereka umpama ustaz/ustazah, di luar rumah mereka umpama samseng/ja****. Bayangkan betapa teruknya moral dan disiplin sesetengah pelajar hari ini!


Tiada ulasan: