Dunia Berwarna Luna Version 2 |
- Isu JAIS..Dari sudut perundangan Negara dan Negeri, Dimana rasionalnya??
- Isu JAIS..Berubahlah sebelum terlambat atau sebelum nasi menjadi bubur.!!
- Puasa hanya untuk sambut raya !!!
- MAS-AirAsia: MONOPOLISTIK atau ????
Isu JAIS..Dari sudut perundangan Negara dan Negeri, Dimana rasionalnya?? Posted: 14 Aug 2011 05:48 AM PDT Oleh Penulis Tamu: Dwen Puyau "Ummat Islam dilarang ceroboh rumah ibadat bukan Islam walau pada masa perang. BN x hormat rumah ibadat, hospital. BN nak jatuhkan imej Islam". Terperanjat aku bila membaca reaksi YB Khalid Samad melalui laman Tweeternya. Beliau merupakan adik beradik ke...pada YB Shahril Samad. Kemudian aku melihat pula video clip yang ini ; http://www.facebook.com/?ref=h Aku pun cuma mampu berkata kat post FB aku "Ehem..... ehem..... sakit lak tekak......" Itulah sebahagian persepsi kita mengenai isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya. Lihat; http://www.bharian.com.my/bhar Aku melihat ia seumpama kisah Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA- Minda Tajdid) yang ditangkap kerana mengajar agama tanpa tauliah suatu ketika dahulu. Hehehehe….Aku tidak berminat untuk membincangkannya secara politik, biarlah orang politik yang mempolitikkan isu ini. Kalau aku berbicara dengan bicara politik, nanti ada orang kata aku berpolitik. Lebih baik aku biarkan orang-orang politik sahaja yg menjadikan JAIS ini sebagai Kambing Hitam mereka untuk mendapatkan "keuntungan dan kekayaan politik" mereka. Yang aku ingin perjelaskan di sini ialah dari sudut perundangan Negara dan Negeri . Jadi, di harapkan semuanya akur terhadap Undang-Undang Negara dan Negeri.Seperti yang acap kali aku katakan tugas utama aku ialah meletakkan kedudukan agama Islam itu sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada agama lain sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan. Baca Selanjutnya..... |
Isu JAIS..Berubahlah sebelum terlambat atau sebelum nasi menjadi bubur.!! Posted: 14 Aug 2011 05:19 AM PDT Oleh: Ustaz Nor Amin Baru-baru ini umat Islam Malaysia digemparkan dengan berita JAIS serbu gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Ramai yang memberikan pandangan dan komen mengenai kes serbuan ini. Saya pun masih lagi mencari berita yang benar, sebab banyak sangat versi cerita tentang serbuan tersebut dan susah hendak tentukan yang mana benar dan yang mana tidak benar. Seperti biasa dan telah saya jangkakan, mesti ada setengah pihak yang akan manipulasikan berita yang sebenarnya demi menjaga atau mencari pablisiti murahan. Sepatutnya kita semua kena cari jalan penyelesaian bukan buat masalah ini lebih parah lagi. Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Tindakan ini dilakukan atas aduan orang ramai yang memberikan maklumat menyatakan bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis tersebut dan ia mempunyai kaitan dengan proses penyebaran Agama Kristian kepada umat Islam tersebut. (Baca Laporan Penuh Di Sini) Baca Selanjutnya..... |
Puasa hanya untuk sambut raya !!! Posted: 14 Aug 2011 03:32 AM PDT HARI ini genap dua minggu umat Islam berpuasa. Tentunya pengalaman berpuasa pada tahun ini ada bezanya dengan tahun lepas. Manakala tahun depan belum tentu kita dapat melalui pengalaman berpuasa sekali lagi. Panjang atau pendek usia kita takdir yang menentukan. Yang pasti seawal hari pertama meraikan kedatangan bulan ibadat penuh berkat ini, jualan hari raya heboh di sana-sini. Segala-galanya tentang hari raya. Perabot, langsir, kuih-muih, hiasan diri malah ada juga yang menawarkan harga runtuh untuk kereta raya. Ada juga tawaran pakai dulu bayar kemudian. Yang penting hari raya anda bermakna - selepas beraya baru mulakan ansuran, itu pun kalau poket tidak merana. Itu baru hari pertama berpuasa. Apa pula iklan yang berkumandang di radio selepas seminggu umat Islam menahan lapar dan dahaga di siang hari? Tentu ramai yang mendengar iklan di corong radio tentang keluhan seorang isteri bimbang tidak dapat beraya di kampung sendiri dan kampung suami. Jawapan si suami - jangan susah hati. Ada bank menawarkan pinjaman peribadi mencecah RM100,000 untuk balik kampung! Bukan satu iklan, ada dua atau tiga iklan nada yang sama. Baca Selanjutnya.....Maknanya, berhutanglah supaya anda boleh balik kampung. Sebab kalau tidak balik kampung bagi kebanyakan orang bukan raya namanya. Penutup iklan, si isteri dan suami gembira kerana ada bank yang boleh membantu mereka mencapai impian balik kampung berhari raya. |
MAS-AirAsia: MONOPOLISTIK atau ???? Posted: 14 Aug 2011 03:20 AM PDT Oleh: KPRU Umum sedia maklum bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines ini merupakan tunggak kepada amalan monopoli di mana sebelum kehadiran AirAsia dalam industri penerbangan di Malaysia, Malaysia Airlines mempunyai hak kepada kesemua pasaran penerbangan di Malaysia. Di samping itu, GLC yang merupakan kuasa utama dalam menjana ekonomi negara ini dijangkiti dengan campur tangan politik yang berleluasa. Akibat campur tangan politik yang tidak terkawal ini, Malaysia Airlines mengalami lebih banyak kerugian daripada merasai keuntungan. Ini berlaku akibat campurtangan politik yang membawa kepada pengurusan yang tidak cekap mahupun sistematik. Sebuah aset negara telah dipermainkan untuk menguntungkan pihak – pihak tertentu sahaja dan tidak dirasai oleh rakyat negara ini. Oleh itu, pada 9 Ogos 2011[1], dunia industri penerbangan telah dikejutkan dengan penukaran saham di antara dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia Bhd. Penukaran saham menjaminkan Tony Fernandes akan memegang 20% saham dalam Malaysia Airlines dan Khazanah, pemegang saham terbesar dalam Malaysia Airlines akan memegang saham sebanyak 10% dalam Tune Air, pemegang saham terbesar dalam AirAsia Bhd. Orang awam telah diberikan jaminan kononnya pakatan dua syarikat penerbangan ini tidak akan membawa kepada amalan monopoli akan tetapi Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) tidak diyakini dengan jaminan ini atas beberapa kekhuatiran-kekhuatiran yang akan dijelaskan di bawah. Kesan pakatan dua syarikat penerbangan ini membawa kepada kekurangan persaingan yang sihat dalam industri penerbangan dalam Malaysia. Persaingan sihat telah diketengahkan sebagai wacana baharu dalam kerangka pembangunan ekonomi melalui penggubalan Akta Persaingan 2010 yang diluluskan pada bulan Mei 2010 dan berkuatkusa pada 1 Januari 2012. Wacana di sebalik penggubalan Akta Persaingan 2010 adalah bahawa negara perlu memainkan peranan untuk menyediakan suasana persekitaran ekonomi yang menggalakkan persaingan yang sihat untuk membangunkan ekonomi negara dan bukannya menggalakkan amalan monopoli yang membantutkan semangat persaingan kompetitif yang sihat. Baca Selanjutnya..... |
You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan