Rabu, 31 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakai purdah sembunyi syabu

Posted: 31 Aug 2011 05:48 AM PDT


NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.

SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.

Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.

"Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka," kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).

Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.

Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.

"Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.

"Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita," kata beliau.

Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.

Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.

Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.

"Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita," kata beliau.

Merdeka!

Posted: 31 Aug 2011 05:42 AM PDT

Oleh Aishah


Merdeka berasal dari bahasa Sanskrit, Maharddhika iaitu "kaya, makmur dan berkuasa".

Di Kepulauan Melayu, istilah ini berarti seorang hamba yang dibebaskan. Istilah ini ketara semasa gerakan anti-kolonial dan pro-kemerdekaan di jajahan Indonesia, Malaya, dan Singapura.

Ia menjadi laungan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan rakyat dari pentadbiran kolonial Belanda dan British. Maharlika iaitu istilah Filipina juga bermaksud "yang kaya, makmur, dinaikkan", mempunyai asal-usul sama dengan Sanskrit sebagai Melayu Merdeka.

Kemerdekaan di wilayah ini ditandakan dengan bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat 12 malam 31 Ogos 1957. Dan diganti dengan satu bendera kebangsaan yang mana 40 tahun kemudian dinamakan Jalur Gemilang. Ia ciptaan Allahyarham Mohamed Hamzah, sepuluh tahun lebih awal, pada 1947.

Panji-panji Sang Saka Merah Putih di bawah semangat Melayu Raya hanya kekal sebagai latar bendera UMNO dan bendera kebangsaan Singapura, dan tentunya panji-panji Republik Indonesia merdeka.

Di Stadium Merdeka 54 tahun lalu, Tunku Abdul Rahman gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester. 'God Save The Queen' berkumandang. Turut hadir Raja-raja Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan, antaranya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran Merdeka! Merdeka! Merdeka! bersama-sama rakyat lainnya. Bangsa 31 Ogos 1957 menyaksikan segalanya di depan mata, hujan renyai turun bermesra dengan air mata.

Stadium Merdeka pada detik keramat itu dibanjiri mereka yang datang dari setiap pelusuk negeri. Menjadi saksi, satu peristiwa tersemat dalam hati sampai mati. Merdeka telah kita miliki. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itu lima puluh empat tahun lepas. Pilihan raya umum pertama pada 1955 menaikkan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC, menjatuhkan parti-parti lain, antaranya parti di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, yang keluar UMNO kerana hasratnya menjadikan parti itu berbilang bangsa telah ditolak.

Hasrat Dato' Onn bin Jaafar melampaui zamannya, beliau mampu melihat perlunya parti tidak berasaskan kaum. Tetapi itu tidak sempat diaktualisasikan.

Kerajaan kemudiannya dibentuk dengan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama.

Lalu apakah hadiah untuk kemerdekaan kali ini, pada pilihan raya akan datang? Menyambung wasiat yang telah lama di simpan di dalam laci, dalam robok usang atau membiarkan niat murni dijamah anai-anai.

Ia mengambil masa agak lama,untuk kita menyaksikan keadaan yang hampir serupa, tetapi di luar stadium Merdeka, dengan pekikan menuntut agar rakyat dibebaskan daripada autokrasi.

Pemerintah masih pekak, tuli dan bisu dengan suara rakyat. Maka hadir Bersih 2.0. Tenggelam timbul dalam lautan manusia yang hadir tanggal 9 Julai 2011.


Syurga?

Apakah aku memiliki syurga?

Ataukah aku hanya diizinkan memasuki syurga orang lain?

Apakah kaum perempuan memiliki syurga?

Apakah arti syurga bagiku?

Jawapannya sangat sederhana

Tak ada keraguan yang aku katakan

Syurga adalah tempat di mana aku dan setiap orang

Bebas dari seluruh penghambaan duniawi

~Fatima Mernisi & Riffat Hassan

Ya, bebas dari seluruh penghambaan duniawi itu ialah syurga setiap orang. Sebaliknya, neraka.

Bagaimana dengan keadaan di Malaysia ini? Penentunya di tangan kita dan semua. Sic transit gloria mundi! Yang tetap hanya perubahan. Merdeka! – Roketkini.com

Kelab Putera 1Malaysia mahu bawa balik 11 anak yatim Somalia

Posted: 31 Aug 2011 05:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

MOGADISHU – Kelab Putera 1Malaysia sedang berusaha untuk membawa balik 11 kanak-kanak Somalia yang kehilangan ibubapa akibat kemarau dan kebuluran untuk dijadikan anak angkat di Rumah Permata kelolaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Untuk tujuan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Kesihatan dan Menteri Pendaftaran Somalia.

"Kerajaan di sini tiada masalah; yang masalah ialah proses dokumentasi supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak berhadapan dengan kesukaran di Malaysia," katanya dipetik Bernama Online.

Katanya, sekiranya proses dokumentasi berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana cuti musim perayaan yang panjang, lawatan kedua ke Somalia akan dilaksanakan bagi membawa mereka pulang.

Abdul Azeez ditemui selepas menyampaikan bantuan pakaian dan makanan kepada 300 keluarga yang menjadi pelarian akibat bencana kemarau, di perkarangan Hospital Darul-Al Shifa di sini.

Selain itu, 18 doktor sukarelawan yang mengikuti misi berkenaan turut membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa kebuluran.

Antara penyakit yang dikesan menjangkiti kanak-kanak berkenaan termasuk pelbagai jenis penyakit kulit.

Abdul Azeez mengetuai misi bantuan yang dianggotai 55 sukarelawan dan anggota media serta 26 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.

Misi berkenaan menyediakan 250 tan bekalan bahan makanan dan ubat-ubatan bagi keperluan 45,000 keluarga di Somalia yang menderita akibat bencana kemarau.

Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih

Posted: 31 Aug 2011 05:37 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.

"Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya.

Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu.

"Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya.

Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya.

Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya.

Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Hospital Tung Shin: Saksi enggan kerjasama dlm siasatan

Posted: 31 Aug 2011 05:35 AM PDT


PUTRAJAYA - Keengganan saksi untuk bekerjasama telah menyebabkan kelewatan melengkapkan siasatan dakwaan bahawa gas pemedih telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu di sini semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata saksi terdiri daripada doktor, jururawat dan pesakit di hospital berkenaan enggan tampil untuk membantu dalam siasatan insiden tersebut.

Katanya beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa supaya mempercepatkan siasatan.

Bagaimanapun, saya dimaklumkan beberapa saksi gagal hadir semasa siasatan, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Aidilfitri di Seri Perdana, di sini Selasa.

Liow berkata laporan siasatan itu akan dikemukakan kepada Kabinet.

Katanya dua pasukan, satu dari kementeriannya dan satu dari pihak polis, ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terhadap pasukan polis atas kejadian itu.

- mStar

Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit

Posted: 31 Aug 2011 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

"Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.

Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.

"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?

"Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang," kata beliau.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

"Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?" soal beliau.

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

"Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.

Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?" tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

"Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero," terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya "menghalau penjajah" – namun apa yang pasti, "menghalau penjajah" merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

"Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis," tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era.

"Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah," kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

"Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini," nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.- Harakah Daily

Tiada rancangan tubuh sebuah lagi parti komponen - Taib

Posted: 31 Aug 2011 05:29 AM PDT


KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik lebih-lebih apabila satu daripada parti komponennya mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya negeri pada April lepas, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata kaum Cina di Sarawak perlu memelihara perpaduan di kalangan mereka agar kepentingan mereka terbela.

Kenyataan beliau itu secara tidak langsung merujuk kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti kedua terbesar di Sarawak, yang mengalami kekalahan di 13 daripada 19 kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya negeri pada 16 April lepas.

"SUPP harus bertanya kepada diri sendiri apa yang mereka boleh lakukan untuk kaum Cina," kata Taib yang juga Pengerusi BN negeri.

Terdahulu beliau menerima kunjungan kira-kira 1,000 anggota Persekutuan Persatuan Chiang Chuan Sarawak dan Persekutuan Persatuan Tujuh Keluarga pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Ketika ditanya sama ada penubuhan persatuan keluarga di kalangan masyarakat Cina akan membantu mengembalikan keyakinan mereka terhadap BN, beliau berkata langkah itu ada kaitan dengan fabrik sosial dan keperluan untuk kembali kepada asas.- mStar

Presiden PKR: Hindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah

Posted: 31 Aug 2011 05:26 AM PDT

Wan Azizah Wan Ismail


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!..... Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan nikmat dan keizinanNYA dapat kita semua menyambut ketibaan 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Hari ini, kita diberikan lagi suatu nikmat untuk bergembira bersama keluarga, sanak saudara dan teman-teman. Namun kita juga berasa sedih dengan meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan kesedaran rohani.

Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat.

Dalam kita bergembira dalam menyambut kehadiran Syawal, harus kita teladani apa yang sedang melanda dunia dan Malaysia khususnya. Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya yang semakin hampir. Seharusnya satu mekanisme kawalselia harga ini diperketatkan dan dipantau agar keperluan rakyat dapat dipenuhi tanpa mengenepikan hak peniaga.

Kemenangan Ramadhan pastinya terhasil daripada pentarbiyahan sepanjang Ramadhan yang kemuncaknya disambut dengan sinar Syawal yang juga merupakan hari pendamaian. Justeru, kehadiran Syawal ini mengembalikan kita ke asas dan fikrah manusia yang bersih selepas menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan. Maka dengan berkat dan fitrah kemenangan inilah yang bakal menjadi bekalan kita agar Insya Allah kita akan bertemu kembali di Ramadhan yang akan datang. Semoga peningkatan iman ini berterusan hingga ke Ramadahan yang akan datang.

Rasulullah SAW menegaskan agar kita mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam fitnah, seperti sabda Baginda yang bermaksud;-

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Justeru KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran, keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah. Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati.

Semoga selamat dalam perjalanan kembali ke kampung halaman dan berhati-hati selalu. Maaf zahir dan batin. Eid Mubarak!

*Perutusan Khas Hari Raya Eidul Fitr 1432 Hijrah oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden PKR.

Semua 15 kematian babitkan motorsikal

Posted: 31 Aug 2011 05:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sejumlah 15 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, berbanding 17 kematian pada hari ketujuh Isnin lalu.

Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, semua kemalangan maut jalan raya semalam yang mencatatkan 15 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Jadi tiada rekod yang dicatatkan bagi lain-lain jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Jumlah kemalangan di seluruh negara pada hari kelapan semalam adalah sebanyak 980 kes," katanya.

Sebanyak 4,291 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan saman Ops Sikap-24 kepada 14,445.- Bernama

Mahkamah Australia halang pelarian dihantar ke M'sia

Posted: 31 Aug 2011 05:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


Mahkamah Tinggi Australia memutuskan bahawa perjanjian pertukaran pemohon suaka antara kerajaan Australia dan Malaysia adalah menyalahi undang-undang.

Mahkamah dengan anggota penuh itu mengumumkan keputusan bahawa dasar itu menyalahi undang-undang pada tengah hari Rabu, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingKetua Hakim Robert French berkata mahkamah itu memerintahkan Menteri Imigresen Chris Bowen dan jabatannya disekat daripada menghantar pemohon-pemohon suaka ke Malaysia.

"Deklarasi yang diumumkan... telah dilakukan tanpa kuasa dan ia tidak sah," kata Hakim French.

Perintah mahkamah berkenaan satu tamparan kepada kerajaan Australia, yang berharap pertukaran pelarian dengan Malaysia akan menjadi satu tindakan pencegahan bagi menghentikan kemasukkan kapal-kapal yang membawa pemohon suaka ke Australia.

Jika kerajaan menghentikan rancangan pertukaran suaka itu, ia masih terikat dengan perjanjian untuk menerima 4,000 pelarian dari Malaysia namun tidak boleh menghantar 800 pemohon suaka sebagai yang dipersetujui dalam perjanjian pertukaran suaka itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada Rabu itu mengekalkan satu injunksi yang dikeluarkan pada tiga minggu lalu kepada 41 pemohon suaka yang mengemukakan rayuan terhadap penghantaran secara paksa ke Kuala Lumpur dari Christmas Island, demikian menurut laporan akhbar The Australian.

NONEMereka merupakan kumpulan pertama pemohon suaka yang akan dipindahkan ke Malaysia selepas kerajaan Australia secara rasmi menandatangani perjanjian pada Julai untuk menghantar 800 orang hanyut ke Malaysia, sebagai pertukaran kepada penerimaan 4,000 pelarian.

Mahkamah Tinggi juga mendapati pemohon suaka yang berusia bawah 18 tahun tidak boleh dibawa keluar Australia secara sah daripada segi undang-undang tanpa kebenaran bertulis menteri.

Mahkamah itu mendapati tidak dapat memproses secara sah pemohon-pemohon suaka ke negara ketiga kecuali negara itu terikat di bawah undang-undang untuk menyediakan perlindungan secara berkesan kepada mereka sementara proses menentukan kesahihan status pelarian dilakukan.

Mahkamah itu turut mendapati bahawa negara pemproses berkenaan mestilah menyediakan pemohon suaka dengan "prosedur efektif bagi menilai keperluan mereka untuk mendapatkan perlindungan", dan menyediakan perlindungan bagi pelarian yang disahkan sementara menunggu penempatan semula mereka atau kembali ke negara asal.

Mengenai fakta-fakta yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan, mahkamah menganggap Malaysia tidak terikat kepada undang-undang untuk menyediakan akses dan perlindungan di bawah Akta Imigresen sebagai satu deklarasi yang sah," menurut mahkamah dalam satu kenyataan.

NONE"Malaysia bukanlah satu pihak yang tertakluk kepada Konvensyen Pelarian atau protokolnya. Dalam persetujuan yang ditandangani menteri dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 25 Julai, 2011 dengan jelas menunjukkan ia tidak terikat kepada undang-undang secara sah.

"Pihak-pihak berkenaan bersetuju bahawa Malaysia tidak terikat secara sah dengan undang-undang itu dan tidak mengiktiraf status pelarian dalam undang-undang dalam negerinya."

Debbie Mortimer SC, yang mewakili kumpulan pemohon suaka berkenaan, berhujah bahawa dasar kerajaan tidak sah daripada segi undang-undang kerana Malaysia bukan penandatangan kepada Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang demikian tidak menyediakan perlindungan perundangan dengan secukupnya.

'Sejarah tak rasmi' kemerdekaan Malaysia

Posted: 31 Aug 2011 05:16 AM PDT

Kua Kia Soong


ULASAN Walapun Malaysia mencapai kemerdekaannya lebih 50 tahun lalu, namun sehingga hari ini, rakyat sering kali diingatkan oleh pemimpin-pemimpin Umno berhubung apa yang dipanggil sebagai 'Kontrak Sosial'.

Perjanjian itu dikatakan telah dipersetujui oleh "tiga bangsa utama Malaysia" dan ditimbulkan setiap kali kaum bukan bumiputera menuntut hak kebebasan sivil mereka dan desakan supaya diskriminasi ke atas mereka ditamatkan.

kua kia soong book patriots and pretenders storyBuku terbaru saya 'Patriots & Pretenders' bertujuan untuk memaparkan fakta-fakta sejarah dalam perspektif supaya generasi baru rakyat Malaysia memahami sistem kelas yang diwujudkan dalam perjuangan anti-kolonial dan mengenali siapa sebenarnya pejuang anti-penjajah.

Penerbitan buku ini bertepatan dengan pengumuman baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan bahawa sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan SPM. Ini menimbulkan bantahan lantang daripada beberapa sektor yang mendapati 'sejarah rasmi' di negara ini sebenarnya amat mencurigakan.

Sejak peristiwa berdarah 13 Mei dan penyebarluas Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sejarah Malaysia telah ditulis mengikut sudut pandangan parti pemerintah Umno dan selaras dengan ideologi 'populis-centric' Melayu.

'Sejarah rasmi' ini digunakan untuk memperkukuh satu kumpulan etnik tertentu dan membelakangkan kaum-kaum lain dalam usaha untuk pecah dan perintah. Akibatnya, banyak masyarakat atau kaum tertentu yang telah dinafikan tempat mereka dalam sejarah Malaysia yang sah.

'Patriots & Pretenders' cuba untuk memaparkan rekod berkenaan dengan menyediakan analisis kelas semasa perjuangan. Buku ini juga mengakui sumbangan patriotik dalam semua masyarakat dan etnik dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan negara.

'Sejarah Rakyat' ini adalah berasaskan penyelidikan oleh tokoh akademik yang dihormati, yang membongkar semula sejarah rasmi Malaysia yang sebenar. Dengan mengkajinya, kita boleh memahami punca polarisasi kaum di negara ini dan meletakkan asas bagi penyelesaian bukan-perkauman berhubung cabaran negara ini.


KUA KIA SOONG, adalah bekas ahli parlimen. Beliau adalah pengetua Kolej New Era di Kajang. Beliau juga merupakan pengarah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram. Bukunya,, 'Patriots & Pretenders' boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara pada pertengahan September ini.

Pejuang bahasa Hassan Ahmad meninggal dunia

Posted: 31 Aug 2011 05:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada jam 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

gmp protest 310108 dr hassan ahmadAnak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi.

Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, pagi esok sebelum Zohor.

Hassan meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.

Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.

Naik setakuk

Allahyarham Hassan, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.

gmp ppsmi pc dr hassan ahmad 060309 03Hassan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pontian, Johor pada 1962, namun meninggalkan bidang itu dan menyertai DBP sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963.

Sepanjang 13 tahun di DBP, beliau naik setakuk demi setakuk iaitu dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah, pengarah dan akhirnya ketua pengarah.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

Bidang terjemahan

Beliau bukan sahaja menumpukan terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan.

Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).

Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.

dr hassan ahmad and gmp 100 thousand protest anti english language 080109Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959.

Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962.- Bernama

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Posted: 31 Aug 2011 05:10 AM PDT

MALAYSIA KINI


Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: "kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".

NONE"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya," tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

bn candidates announcement pbb hq 030411 george chanKaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat."

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

NONE"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini."

Lagi anak Taib Mahmud di Kota Samarahan?

Posted: 30 Aug 2011 04:39 PM PDT

MALAYSIA KINI


Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dijangka akan menggantikan adiknya Datuk Seri Sulaiman Taib bagi kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

NONEMahmud (kiri), yang juga Timbalan Pengerusi Cahya Mata Sarawak, berkata bapa beliau, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB sudahpun mempunyai calon bagi kawasan itu tetapi belum mendedahkan identitinya.

"Ya, saya memang berminat dalam bidang politik tetapi Ketua Menteri belum memberikan apa-apa isyarat kepada saya setakat ini," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran Taib di Pusat Persidangan Borneo di Kuching.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menyahut cabaran sedemikian, Mahmud berkata, beliau sudahpun menganggotai PPB cawangan Kuching sejak berumur 19 tahun.

Minggu lalu, naib presiden kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata Sulaiman merupakan antara anggota parlimen yang tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONEBeliau berkata Sulaiman, yang dicalonkan di Kota Samarahan pada pilihan raya ke-12 pada tahun 2008 untuk menggantikan Taib, telah memberikan gambaran bahawa beliau tidak akan meminta untuk dicalonkan semula.

Sementara itu, Taib yang ditanya pemberita pada majlis itu berkata BN negeri akan melakukan yang terbaik pada pilihan raya itu.

Menurut beliau, jentera pilihan raya BN bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa memandangkan ia baru sahaja menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2008 yang hanya melibatkan kawasan parlimen di Sarawak, BN negeri memenangi 30 daripada 31 kerusi.

Bagaimanapun, jumlah itu berkurangan kepada 29 ketika ini apabila Richard Wong Ho Leng daripada DAP memenangi kerusi parlimen Sibu dalam satu pilihan raya kecil tahun lalu. Bernama

Kementerian Kesihatan Pohon RM45 Juta, Ganti Kelengkapan Perubatan HKL

Posted: 30 Aug 2011 04:38 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menggantikan kelengkapan perubatan yang usang di beberapa unit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja permohonan peruntukan RM45 juta diluluskan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata antara unit terbabit ialah Unit Rawatan Rapi dan Unit Penjagaan Koronari.

Permohonan peruntukan itu sudah dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan, katanya kepada pemberita selepas melawat warga HKL sempena sambutan Aidilfitri, di sini Selasa.

Selain itu, Liow berkata HKL kini dalam proses naik taraf meliputi antaranya pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan blok baru bernilai RM600 juta bagi Hospital Ibu dan Anak.

"Blok baru Hospital Ibu dan Anak ini akan dibina tahun depan. Sekarang ini kita dah ambil tender...kita juga akan tempatkan 400 buah katil tambahan untuk blok ini," katanya.

Selain itu, HKL juga bakal mempunyai pusat jagaan harian iaitu Ambulatory Care Centre (ACC) bernilai kira-kira RM90 juta yang menempatkan semua pakarnya bagi pesakit mendapatkan rawatan harian, rujukan dan susulan.

Bangunan lima tingkat itu yang dibina berhadapan Hotel Grand Season dijangka siap akhir tahun ini.

Mengulas isu berlainan, Liow berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan mengenai mutasi wabak selsema burung H5N1 yang dilaporkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) berlaku di Vietnam dan China.

"Kita akan siasat...FAO akan khabarkan jika berlaku mutasi. Jika ada mutasi kita akan ambil langkah berjaga-jaga kerana wabak H5N1 ini tahap keparahannya amat tinggi iaitu 65 peratus dan tahap survivalnya amat rendah," katanya.

Semalam FAO melaporkan tentang kebangkitan selesema burung di Vietnam dan China serta kemungkinan mutasi yang berlaku pada virus berkenaan menyebabkan vaksin sedia ada tidak mampu untuk melawannya.

FAO turut melaporkan penularan virus itu di Vietnam menimbulkan ancaman langsung kepada Kemboja, Thailand dan Malaysia. -BERNAMA

Ramalan Cuaca Baik Pada Hari Raya Kedua Di Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

Posted: 30 Aug 2011 04:36 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Negeri di utara, pantai timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik melainkan beberapa kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diramalkan hujan pada waktu pagi.

Jurucakap Jabatan Metereologi ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa perubahan dalam ramalan sebelumnya iaitu pada keseluruhannya cuaca dijangka baik sehingga Rabu.

Laman sesawang jabatan tersebut turut melaporkan ribut petir dijangka melanda dua negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Pahang dan Johor Timur dan juga di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang.

Sementara itu, hujan sementara pada waktu petang pula dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sarawak kecuali Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang serta bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat dan pedalaman Sabah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di negeri-negeri lain di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah diramalkan baik pada waktu petang.

Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, selatan Terengganu, Kelantan dan Sandakan, Sabah. - BERNAMA

17 Kematian Dicatatkan Pada Hari Ketujuh Ops Sikap

Posted: 30 Aug 2011 04:35 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kematian dicatatkan pada hari ketujuh Ops Sikap-24 semalam dengan penunggang motosikal terus menjadi penyumbang utama kepada statistik berkenaan, menjadikan jumlah angka kematian 134 orang.

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya, statistik menunjukkan terdapat 10 kematian membabitkan penunggang motosikal, enam kematian membabitkan motokar dan satu kematian membabitkan pejalan kaki.

Menurut kenyataan itu, 17 kematian itu dicatatkan dalam lima kemalangan maut di jalan persekutuan, satu kemalangan maut di jalan bandaran dan sepuluh kemalangan maut di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Sementara itu, sebanyak 1,060 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan saman kepada 10,154.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin minggu lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan yang akan berakhir 6 September ini. - BERNAMA

BAJAU ASLI BUKAN JERUNG LAGI?

Posted: 30 Aug 2011 04:33 PM PDT

Oleh : LAND OF TAPIOCA


MASIHKAH bangsaku Bajau mengekalkan identiti atau masih mencari diri yang semakin jauh hanyut oleh ledakan globalisasi? Bajau yang dahulunya golongan pejuang, pengembara, pedagang, pendekar, penyebar ajaran Islam dan peneroka samudera; kini menjadi hamba abdi dan hilang identiti.

Hari Raya Aidilfitri tidak lagi bererti kerana masyarakat Bajau meminta-minta dan bukan lagi penderma seperti dahulu. Kenapa semakin tinggi bilangan Pemimpin Bajau mendominasi politik, semakin rendah pula martabat masyarakat Bajau yang dipancing dengan janji dan dijual secara pukal dengan budi?

Masyarakat Bajau tidak lagi menjadi golongan yang digeruni, malah diperlekeh dan dihina dengan nilai RM50 untuk satu undi; sehingga tergadai negeri.

Perayaan berkembar Aidilfitri dan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara masih mengabdikan Sabah sebagai sebuah negeri yang dilucutkan hak 'kenegaraan' dan Perjanjian Malaysia dilacurkan untuk kepentingan peribadi pemimpin politik Bajau.

Bilakah Bajau akan merdeka ekonomi ketika laluan politik membadai bak Tsunami tetapi tenggelam di arus perhambaan yang tidak bertepi? Ekonomi Bajau semakin jauh tercicir dari Dasar Ekonomi Baru kini terpinggir dari kancah Dasar Pembangunan Nasional walaupun Menteri Bajau mengemudi NKRA.

Bajau masih menjadi nelayan sara diri atau Pelaut yang makan gaji kerana yang empunya kapal tunda didominasi oleh 'Lannang' dan kroni Menteri. Yang dapat subsidi taukeh 'Lannang' dan proksi; sementara Nelayan Bajau hanya mendapat angpau RM200 sebagai elaun sara diri.

Lautan dan benua yang sebelum ini menjadi supermarket kepada Nelayan kini adalah tirai besi yang dibayangi oleh pelbagai akta yang mengikat dan menghalang Nelayan daripada mencari rezeki. Bak kata seorang Nelayan, "dulu hari-hari kami menangkap ikan, tetapi kini kami ditangkap macam ikan."

Jika masyarakat Murut yang sebelum ini terpenjara di belantara yang diwartakan sebagai hutan simpan oleh Jabatan Perhutanan; kini bebas mengusahakan Tanah Adat (NCR) dengan penuh bangga.

Tetapi apakan daya kerana masyarakat Bajau langsung tidak mempunyai hak ke atas pesisir pantai yang menjadi tanah adat mereka kerana hampir kesemua kampung dan tanah di pesisir pantai telah diwariskan Kerajaan Negeri kepada 'Lannang' celaka.

Bilakah Kerajaan Malaysia akan memberikan kedaulatan kelautan melalui Ordinan atau Akta Laut kepada bangsa Bajau yang menjadi pewaris sejak zaman-berzaman; setaraf dengan Ordinan Tanah bagi Tanah Adat (NCR); sehingga agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menjadi Lanun Samudera merompak hak bangsa Baja?

Sampai bilakah Pemimpin negara yang berjubahkan bangsa Bajau terus mendewakan bangsa Palauh (Bajau Laut-Sea Gypsy atau Badwi Laut) dan meminggirkan Bajau asli Sabah yang bagaikan 'Sucking Fish' yang melekat di badan Jerung; sedangkan Bajau patut menjadi Jerung di lautan?

Pelbagai zon ekonomi termasuklah zon ekonomi eksklusif dan Taman Marin diwartakan untuk Nelayan, tetapi yang merompak di kawasan berkenaan adalah Taukeh 'Lannang' yang menjadi kroni Menteri. Nelayan atau Pewaris Taman Marin dihalau atau dilarang mengamalkan ekonomi sara diri di kawasan yang diwartakan untuk mereka.

Maka jadilah mereka pelarian di negeri sendiri dan lautan tidak lagi memberi erti. Maka naiklah mereka ke daratan memenuhi warung kopi dan pejabat Menteri; menjadi peminta sedekah kerana tidak ada lagi daya untuk mencari nafkah, kerana PATI yang melaungkan Ketuanan Melayu telah menjadikan mereka hamba abdi yang kononnya merdeka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, rasanya masyarakat Bajau tidak perlu meminta maaf kerana Bajau dilayan sebegini rupa.

ISU BAZAR RAMADHAN, AHLI MPS AKUI DIANIAYA

Posted: 30 Aug 2011 04:30 PM PDT

WAWANCARA.....Kelihatan Hamjat sedang diwawancara oeh Sabahkini.net mengenai kes Bazar Ramadhan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI


AHLI Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hamjat Ali Yunus yang ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bersama tiga lagi pegawai MPS berhubung penyalagunaan kuasa kerana menyewakan lot gerai Bazar Ramadan antara RM500.00 hingga RM1,500.

Beliau menjelaskan mengenai sewaan Lot Gerai Bazar Ramadan antara RM500.00 hingga RM1,500 ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sandakan melalui mesyuarat khas yang diputuskan oleh 25 orang ahli majlis terbabit.

"Saya sebagai Ahli Majlis sebenarnya tiada kuasa langsung untuk bertindak atau sesukahati mengenakan sewaan tersebut sekiranya perkara ini tidak diputuskan oleh 25 orang ahli Majlis Perbandaran," kata Hamjat yang kesal menjadi mangsa keadaan terkejut apabila SPRM memanggil beliau untuk disoal siasat selama 8 jam.

Hamjat yang diwawancara oleh Sabahkini.net kelmarin selanjutnya menjelaskan, terpulanglah kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, kerana saya sebagai Ahli Majlis tidak mempunyai locus standi untuk berbuat sedemikian; melainkan setelah diluluskan MPS sejak Mei lagi.

"Saya adalah seorang bumiputera dalam kelompok Ahli Majlis yang menentang dan marah kenapa perkara ini perlu ditender dan sistem ini memang sudah lama dijalankan semasa Yeo Boon Hai menjadi Presiden MPS dahulu lagi," jelas Hamjat lagi.

Kata Hamjat, beliau tahu siapa yang melaporkan kes ini kepada SPRM orang ini adalah golongan peniaga yang kecewa tidak dapat tender tersebut; lagipun harga tender gerai berkenaan RM1,500 telah disubkan kepada orang lain dengan harga yang tinggi.

"Saya rela menerima hukuman sekiranya saya didapati bersalah, tetapi ingat jika saya terlepas dan tidak bersalah dalam hal ini, maka saya tiada pilihan lain melainkan saya menyaman mereka yang membuat laporan palsu kepada pihak yang berkenaan," kata Hamjat lagi.

MERAYAKAN MERDEKA ATAU MEMERDEKAKAN RAYA?

Posted: 30 Aug 2011 04:26 PM PDT

Oleh : MUTALIB M.D

HARI ini diistiharkan Hari Raya Aidilfitri dan cuti umum di seluruh Malaysia, tetapi bukan cuti bagi para blogger yang terpaksa 'bertugas secara sukarela' sekalipun di malam Lailatul Qadar atau malam Takbir; sama seperti Mungkar dan Nakir yang tidak pernah bercuti.

Esok kita akan menyambut ulang tahun yang entah keberapa Kemerdekaan Malaysia (?). Maaf saya tidak dapat menentusahkan angka yang tepat kerana pelbagai teori tarikh Kemerdekaan Malaysia dan rasanya tidak wajar menyambut kemerdekaan Malaya; sekalipun saya dilahirkan di Mukim Lanai, Baling, Kedah pada 1962, setahun sebelum Malaysia diistiharkan.

Mungkin tidak wajar bagi saya menyambut hari raya dengan gembira kerana banyak masalah negara yang gagal diselesaikan Kerajaan Persekutuan sekalipun dititah dan diperintah oleh 'Bapa Transformer' tetapi belum berjaya melakukan 'Transformasi Total' di Malaysia.

Apatah lagi, kerajaan yang diketuai oleh 'Bapa Transformer' tidak mempunyai suara lebih dua pertiga di Dewan Rakyat sehingga kelulusan Akta atau rang-undang dibuat melalui undi belah bahagian ahli yang hadir di dalam dewan dan bukannya 'Dua Pertiga' daripada Keseluruah Ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Isu Krisis Identiti yang melanda Sabah sejak 1970-an dan telah saya perjuangkan sejak 1997 sehingga kini masih belum menampakkan cahaya di hujung terowong; walaupun telah melalui perjuangan berliku, termasuk menulis empat buah buku; IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir; malah telah menemui dan menyerahkan Memorandum ke bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong dan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti.

Kerajaan Persekutuan yang digantungkan harapan oleh rakyat Sabah untuk menyelesaikan isu PATI dan seangkatan dengannya; turut membuatkan rakyat Sabah trauma dengan mimpi ngeri melalui pemberian kerakyatan secara tidak sah kepada lebih 1.7 juta PATI sejak 1970-an sehingga kini.

Ketiadaan pemimpin Sabah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat dan masa hadapan Sabah, menyebabkan perjuangan saya dan rakan tidak menemui titik temu; malah hampir sia-sia kerana 99.99% pemimpin yang bersuara mengenai isu ini hanya memperjuangkan kepentingan politik mereka dan langsung tidak mempunyai kekuatan untuk menentang kehendak Kerajaan Persekutuan melalui saluran dan kuasa politik.

Ketakutan mereka terhadap ISA dan bimbang tidak dipilih oleh pengundi yang kebanyakannya PATI, menyebabkan mereka seperti 'Kambing yang dikembiri' (kambing jantan yang dibuang telur atau testis); sehingga tidak ada 'Political Will' mendasari perjuangan nasionalisme mempertahankan Sabah daripada dominasi PATI dan wilayah baru menternak pengundi untuk mempertahankan Simpanan Tetap yang tidak mungkin tergugat.

Perjuangan mendapatkan 'Autonomi' untuk Sabah bagaikan meminta ikan daripada kucing; sehingga tidak ada kesinambungan untuk meneruskan perjuangan belum selesai yang ditinggalkan pemimpin terdahulu; apatah lagi terpaksa menjaga periuk nasi masing-masing; bagi mengelak daripada dicantas pemimpin Persekutuan yang selama ini memegang tali teraju politik Sabah.

Ujian demi ujian dilakukan sehingga Kerajaan Persekutuan melalui Task Force (sebuah entiti Adhoc yang diwujudkan secara haram) menubuhkan Makmal PATI, tetapi hasilnya PATI bertambah ramai di Sabah; termasuklah formula penyelesaian mutakhir melalui Sistem Biometrik.

Sistem Biometrik yang dibuat ala kadar ini gagal menjadi radar untuk memantau pergerakan warga asing kerana majoriti kemasukan PATI melalui 'Pintu Belakang' atau 'Laluan Nyamuk' dan bukannya melalui Pos Imigresen; apatah lagi kebanyakan PATI yang bermastautin di negara ini telah mempunyai koloni di kawasan setinggan, sehingga ramai daripada generasi PATI menjadi Ketua Anak Negeri, Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Anggota Rela, Polis, Kastam dan Penolong Pegawai Daerah.

Jika di Filipina, Kerajaan boleh mengesan kedudukan penculik dalam masa 20 saat berdasarkan sim kad telefon bimbit; namun di Malaysia walaupun diwajibkan para pemegang telefon mendaftar identiti mereka, namun agensi penguatkuasa gagal mengesan organisasi haram mereka termasuk pemerdagangan orang dan penyeludupan; saling tak tumpah seperti kerana mendapat bunga.

Pengenalan Sistem Biometrik yang saya cadangkan sejak 2000 hanya ditertawakan oleh Task Force dan Jabatan Imigresen; namun setelah 11 tahun berlalu, barulah mereka sedar bahawa Sistem Biometrik paling ampuh untuk menangani keganasan dan memantau pergerakan PATI.

Tetapi pelaksanaan ala kadar dan enggan melakukan Misi X-Files seperti yang pernah dilakukan Dato' Seri Megat Junid Megat Ayub dalam 'Projek Ops Gembleng' menyebabkan sistem ini sia-sia.

Jika rakyat Malaysia dipaksa membawa cip 64kb di dalam MyKad mereka, kenapa Kerajaan enggan bertindak menanam cip dalam tubuh PATI (Lengan, Gigi atau Kuku) bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa?

Bukankah sejak dari kecil menanam cacar adalah satu kewajiban bagi setiap rakyat Komanwel? Bagi rakyat Sabah, kesan menanam cacar pada kulit adalah bulat, tetapi bagi PATI mereka mempunyai kesan menanam cacar yang memanjang. Formula ini juga boleh digunakan untuk membasmi PATI; melainkan kerajaan berniat serong untuk menternak PATI sebagai pengundi untuk disewa?

Oleh itu, Sistem Biometrik (sama ada melalui cap jari atau iridologi @ anak mata) yang digunapakai di Malaysia hanya membazirkan wang rakyat; sama seperti KPT (Kad Pengenalan Bermutu Tinggi @ Bunga Raya) dan MyKad yang kononnya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan berharga ribuan ringgit setiap satu; tetapi begitu mudah dipalsukan oleh Sindiket MyKad.

Ramai PATI yang berpeluang lahir dua kali, satu kali di negara asal mereka dan kali kedua di bawah pokok pisang atau di bawah tangga pejabat JPN; kini menjadi individu yang hebat dan ternama sehingga ada yang menjadi ADUN, PKR, Pegawai Kanan Kerajaan; malah menjadi isteri Ahli Parlimen.

Apa hebatnya Sistem Biometrik, selain untuk memperkayakan kroni dan proksi menteri? Masalah PATI di Sabah tidak mungkin dapat diselesaikan secara tuntas kerana terlalu banyak 'Cocoon' yang menjadi sebuah koloni besar untuk melindungi PATI yang baru tiba melalui pantai yang tidak dikawal; malah di Pelabuhan Tawau, PATI bebas keluar masuk melalui pintu imigresen, asal ada wang tunjuk atau RASUAH!

Beranikah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan JPN memadamkan rekod PATI yang memperolehi MyKad atau kad pengenalan biru sebelum ini?

Mampukah Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali kuasa Imigresen Sabah (20 Perkara) yang dirampas secara tidak sah oleh Kerajaan Persekutuan sedangkan berbilion ringgit dipungut dalam bentuk levi dan bayaran pasport daripada PATI yang didaftarkan melalui pelbagai operasi selama ini?

Jika isu kedaulatan Sabah menjadi bahan dagangan Kerajaan Persekutuan, bagaimana isu berantai, PATI, yang menjadi 'Ibu Segala Masalah' dapat diselesaikan secara bijaksana oleh Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf Sabah sebagai sebuah negara di dalam Persekutuan?

Sempena Hariraya Aidil Fitri dan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan, saya bagi pihak krew Sabahkini.net di seluruh Sabah dan luar negara menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terpaksa menegur Kerajaan dan Pemimpin Negeri yang membudayakan rasuah dan menyalahguna kuasa.

Sabahkini.net ditubuhkan bukan untuk memuji kerajaan atau pembangkang, sebaliknya sebagai medan kepada rakyat untuk menyuarakan apa juga pandangan mereka; hatta sekadar mengutuk Sistem Pemerintahan 'Ala Yahudi' yang membelakangkan kepentingan rakyat demi mempertahankan kapitalis di sebuah bukan negara sosialis; tetapi menjadikan Demokrasi Berparlimen sebagai belati untuk menyembelih leher rakyat yang tidak berdosa; terutama dalam isu tanah adat dan agehan kek ekonomi yang tidak seimbang.

Sebagai Media Baru, Sabahkini.net yang memegang prinsip 'Dasar Langit Terbuka' tegas dengan pendirian menyokong Bil 7 (Bill of Guarantee) iaitu tidak akan menyunting Internet; mengamalkan kebebasan 100 % kepada para pembaca atau pengomennya.

Mungkin kelantangan ini disalahertikan oleh sesetengah pihak sehingga mendakwa Sabahkini.net menjadi 'Alat Pembangkang' untuk menumbangkan Kerajaan atau menyebarkan propaganda pembangkang.

Sehubungan itu, dikesempatan ini, saya mengalu-alukan sumbangan berita dan dana daripada semua pihak bagi memperkasa media tanah air, khususnya Sabah dan Sarawak, dengan satu sasaran yang jelas menjadi MEDIA RAKYAT YANG MERDEKA!

5 tahun dikurung berbogel

Posted: 30 Aug 2011 04:23 PM PDT

SINAR HARIAN



LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.

Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

"Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

"Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital" katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan 'sakit' sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

"Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan" kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

49 laporan terhadap Mohamad Sabu

Posted: 30 Aug 2011 04:22 PM PDT

SINAR HARIAN



SUNGAI BULOH – Polis menerima 49 laporan, terhadap Mohamad Sabu yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu didakwa menyatakan, mereka menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga dalam tragedi itu sebagai hero sebenar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat dan ia menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong. Kita akan siasat semua laporan diterima secara menyeluruh.

"Saya rasa dia kurang baca buku sejarah atau bertanya kepada mereka yang tahu sejarah berhubung tragedi itu. Cuba lawat kawasan itu dan lihat sendiri keadaan di sana," katanya selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor, di sini, semalam.

Khalid berkata, pihaknya akan mengambil keterangan Mat Sabu dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan.

Kelmarin, Khalid menyatakan kepada Sinar Harian, bahawa polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu dan pihaknya sedang mengkaji tindakan sewajarnya terhadap Timbalan Presiden Pas itu.

Menurutnya, Mat Sabu perlu memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan dangkalnya itu akan menyinggung perasaan waris anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah itu.

Unit Selamat Akidah sentiasa bersedia

Posted: 30 Aug 2011 04:19 PM PDT

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Unit Selamat Akidah sentiasa peka terhadap aduan dan sedia membantu penganut Islam bagi menyelamatkan akidah dan maruah daripada tergadai.

Buktinya, beberapa pegawai unit itu, melayan dengan baik dan mengangkat panggilan telefon serta tidak lokek berkongsi maklumat ketika dihubungi Sinar Harian, walaupun ketika itu mereka telah kembali ke kampung halaman masing-masing.

Mereka juga agak terkejut dengan penyamaran dilakukan wartawan Sinar Harian, bagi menguji tahap keberkesanan unit yang ditubuhkan di bawah portfolio Exco Selangor, Datuk Hasan Muhammed Ali itu.

Pegawai Unit Selamat Akidah, Al-Hafiz Abdul Wahab berkata, pihaknya sentiasa bersedia bertindak, sekiranya mendapat maklumat mengenai isu murtad.

"Kami di Unit Selamat Akidah akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar mengalami kesempitan hidup. Objektif utama unit ini ditubuhkan ialah untuk mencegah murtad dan perkara yang menjurus ke arah itu.

"Kami bertindak mengikut arahan Datuk Hasan, pada saya, apa yang diketengahkan beliau adalah paling tepat dan ini adalah, inisiatif bersesuaian dengan keadaan dialami umat Islam kini," katanya.

Seorang lagi pegawai unit berkenaan, Wildanul Syukri berkata, mungkin terlalu awal untuk memberikan maklum balas yang diterima mengenai unit ini dan meminta Sinar Harian menunggu tempoh yang sesuai dan mendapatkan ulasan daripada Hasan sendiri.

Mat Sabu Bukan Pengkhianat

Posted: 30 Aug 2011 04:14 PM PDT

DETIK DAILY

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar.

Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Pudu Sentral tambah jejas populariti Najib

Posted: 30 Aug 2011 04:06 PM PDT

SIASAH DAILY


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mengumumkan nama baharu perhentian bas bersejarah negara, Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral.

Pengumuman itu dibuat ketika stesen bas penting ibu negara itu mencapai puncak operasinya ketika bulan Ramadhan, dan menjelang sambutan kemerdekaan ke-54.

Alasan diberikan Najib ialah nama baharu itu (yang katanya dicadang oleh seorang di Twitter) mencerminkan kualiti dan pembaharuan stesen bas itu.

Najib secara mudah telah mengaitkan kemodenan dan peningkatan kualiti dengan nama yang diceduk daripada bahasa Inggeris, sekaligus melanjutkan lagi pandangan singkat bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kemodenan, yang mencerminkan segala yang lebih baik.

Pengumuman yang dilihat mengabaikan bahasa Melayu itu kini mencetuskan satu kritikan meluas terhadap Najib yang kini berdepan ujian populariti yang mencabar, ketika pemerintah terjejas akibat dasar bahasa Inggeris dalam pembelajaran di sekolah dan Najib menanggung kesan negatif kempen 1 Malaysia beliau.

Dalam hal ini, Najib telah melupakan dimensi sejarah stesen itu, yang telah tercatat dalam sejarah negara, terutama sejarah popular melibatkan ramai rakyat Malaysia dari luar Kuala Lumpur.

Tindakan Najib mengubah nama itu, yang diumumkan secara muktamad tanpa sebarang debat nasional, merupakan tindakan menamatkan sejarah lama tempat bersejarah itu dan memaksakan satu sejarah baharu yang artifisial.

Hal itu menunjukkan pemikiran tidak mendalam Najib dalam hal melibatkan bahasa dan identiti, serta memberi gambaran pemikiran penasihat-penasihat beliau dalam hal tersebut.

Penukaran nama itu juga merupakan sesuatu yang tidak perlu, superfisial dan dari segi praktikal mampu mencetuskan kekeliruan, terutama dalam jangka masa pendek.

Tindakan Najib yang tidak sensitif terhadap bahasa dan identiti yang berkepentingan sejarah itu menjejaskan lagi populariti beliau dalam hal melibatkan isu Melayu.

Isu ini, yang turut dikaitkan dengan orang sokongan beliau di posisi strategik yang mengabaikan isu Melayu semakin menjadi beban kepadanya, dan menambahkan kepercayaan dan sokongan ramai terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disebut-sebut sedang memulakan usaha mencabar kepimpinannya, dengan isu kepentingan Melayu menjadi fokus utama.

Tiada ulasan: