DIALOG RAKYAT |
- Mengapa PAS bersahabat dengan DAP?
- Laporkan kes Mat Sabu kepada SPRM!
- Aziz dan Wan Ahmad perlu letak jawatan!
- [Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO
- PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng
- Pemuda PAS doakan keselamatan untuk penumpang bas
- Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman
- Kutipan tol LATAR bermula 1 September
- PSM: Teliti konteks ceramah Mat Sabu
- Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri
- Kes tertunggak mahkamah turun secara drastik
- PAS cadang referendum bagi tentukan kilang Lynas
- Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS
- Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini
- Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM
- PPSMI: PAS mahu jumpa Page
- DAP: pecat mereka yang siar laporan 'murtad' di RTM1
- Dr M: Salahkan pemimpinnya, bukan sistem BN
- MERCUN BEBAS DIJUAL DI LAHAD DATU?
- Maut disengat tebuan
- Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad
Mengapa PAS bersahabat dengan DAP? Posted: 29 Aug 2011 03:37 AM PDT Roketkini.com Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau. Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka. Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis. Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini. Hubungan PAS-DAP Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri. Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif. Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma. Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab. "Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP. Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi," jelasnya. Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. "Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini? Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa." Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara. "Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan. Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia," sambungnya. Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu. "Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung… Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu… "Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal. Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan," katanya. Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua. Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia. Budaya "Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain," katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia. Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS. Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan. "Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia. "Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen," katanya sebelum menyambung menghirup kopi. Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini. "(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia? Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang. "Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama," jelasnya sedikit tegas. Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik. "Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita," katanya. Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya. "DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain," jelasnya. Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan. "Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini," katanya. Media "Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru. Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam," jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat. Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri. "Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka. Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu. "Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu. Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu. Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah," ujarnya. Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria. "Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi. Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah. "Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika. Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar. "Jadi, begitulah juga kita di Malaysia," jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut. Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah. "Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, 'Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.' Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak. "Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini." Melayu dan DAP Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP. Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang. "Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ. "Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS," jawabnya mudah. Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP. Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri. Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu. "Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran," katanya. Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina. "Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan. Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa. "Tapi kita kena kerja lebih kuat," tambahnya. PAS pikul beban DAP? "Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis. "Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni," katanya. Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu. Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. "Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan. "Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka. "Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan," katanya. Kelemahan Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan. Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain. "Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan. "Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya. "Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian," katanya. Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah. "Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja. "Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil," jelasnya. Agama Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO. Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang "menyokong" serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu. Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar. "Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)" ujarnya. Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan "begitu begini" tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya. Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah. "Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan. "Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua." Kisah dua sahabat Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana. "Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right. Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan. "Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu. Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain. "Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak," katanya sambil ketawa. Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini. Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya. "Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan," katanya. Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya. Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali. "Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam. Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan. "Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong," jawabnya. Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam. "Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak. "Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus. Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising," katanya. Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk memberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi. "Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN. "Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang. "Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini. Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan," jelasnya mengakhiri perbualan kami. | ||
Laporkan kes Mat Sabu kepada SPRM! Posted: 29 Aug 2011 03:36 AM PDT Oleh Penarik Beca Dalam berita bertajuk "Didakwa hina pejuang, Mat Sabu mahu teliti rakaman ceramah," The Malaysian Insider hari ini melaporkan: Bagaimanapun dalam rakaman video ceramah itu, The Malaysian Insider mendapati Mohamad langsung tidak menyebut apa-apa tentang Goh sebaliknya hanya menegaskan Muhhammad Indera adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya. "Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup. "Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British," katanya. Tambah beliau: "Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung." Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British. "Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka. "Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan," katanya. Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong. "British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman. "Yang lawan British jadi pengganas," katanya. Kalau setakat itu saja yang Mat Sabu kata, tak dan dengar lagi saya dah sokong dah. Kalau Umno pandai sangat sejarah dan tak buta sejarah, tolong bagi tau ada dak orang Umno yang dipenjarakan oleh penjajah British kerana memperjuangkan kemerdekaan? Untuk makluman, soalan itu pernah ditanya dalam Dewan Rakyat, sekoq Umno pun tak berani jawab. Konon Umno pejuang kemerdekaan! Nak termuntah aku dengar! Cakap macam bagus sangat, menipu tak habis-habis! Siapa terima kemerdekaan bersyarat? Parti pengkhianat mana yang terima dasar jus soli? Dulu kerana nak sangat pintas orang lain supaya bukan orang lain yang mendapatkan kemerdekaan, sanggup khianati bangsa dan terima jus soli. Sekarang, kerana nak terus perintah dan boleh terus merembat harta negara, sanggup kutip pendatang asing sebagai pengundi. Memang dasar pengkhianat bangsa dan negara yang sangat kurang ajar. Sebelum hampa cakap bab bangsa, negara atau sejarah, baik aku carut hampa siap-siap! Dalam berita bertajuk "Explain Mat Sabu's claim, CM told" pula, NST 27/8/11 melaporkan: KEPALA BATAS: The state government has been urged to explain why Pas deputy president Mohamad Sabu, better known as Mat Sabu, made a medical claim from Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) for an injury he sustained during last month's Bersih 2.0 demonstration. Umno information chief Datuk Seri Reezal Merican said yesterday they had evidence that Mat Sabu had claimed RM8,434.05 for his medical bills. "The amount needs to be investigated as the actual bill only amounted to RM5,060.54 for his three-day stay at KPJ Selangor Specialist Hospital. "But PBAPP reimbursed Mat Sabu the amount he had claimed. As PBAPP chairman, Lim Guan Eng should explain what the additional RM3,373.50 was for." Mat Sabu had met with a motorcycle accident during the demonstration. He was subsequently admitted to KPJ Specialist Hospital for three days from July 15 to 18 where he had surgery on his right knee. Biasanya saya tak ambik pot sangat apa Reezal kata. Saya banyak dengar cerita fasal dia dari saudara mara dia sendiri. Sebab itu saya tak ambik pot apa dia buat dan apa dia kata sebab saya langsung tak hormat dan tak percaya kat dia. Tapi oleh kerana apa yang Reezal bangkitkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap beliau atau mana-mana Umno laporkan kepada SPRM. Walaupun Umno biasanya jahat dan khianat, tetapi kalau dia lawan benda tak betul dan laporkan pula kepada SPRM, saya sokong dia lawan benda tak betul. Macam jugak bila Umno lawan kes murtad. Saya sokong. Tak kisahlah kalau saya anggap Umno sama ja taraf dia dengan puak ajaran bukan Islam yang kononnya dia nak lawan tu. Bab macam mana saya pandang Umno, tak kira la saya pandang Umno sama ja macam Zionis ka, apa menatang ka, itu bab lain. Tapi kalau dia lawan murtad, walaupun berlakon lawan murtad, itu saya sokong. Kurang-kurang pun, nak juga dia berlakon lawan murtad. Begitulah jugak bila Umno menentang apa yang dia kata amalan korup, takkan kita nak lawan. Tak kisahlah walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menganugerahkan Umno dengan gelaran parti perasuah. Si perasuah tidak gugur kelayakannya nak lawan amalan korup. Tunggu apa lagi Reezal? Pi la lapor kat SPRM! Harap-harap Mat Sabu atau Lim Guan Eng bersedia mati ditolak jatuh dari bangunan. http://penarikbeca.blogspot.com | ||
Aziz dan Wan Ahmad perlu letak jawatan! Posted: 29 Aug 2011 03:18 AM PDT DETIK DAILY Wawancara Pelbagai usaha dilakukan PAS dan Pakatan Rakyat serta NGO lain bagi memastikan pilihan raya negara ini benar-benar bersih dan adil. Terbaru pada 13 Ogos lalu PAS merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersih kan daftar yang didakwa telah bercelaru sejak kebelakangan ini. Menjawab persoalan tersebut, Wartawan , ROY RASUL mengutip pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli . Setiap kali timbul isu mengenai perjalanan pilihan raya yang berat sebelah, pastinya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tambil menyatakan pihaknya bertindak dengan telus, adil dan melayan semua parti politik secara sama rata, sejauh mana benar dakwaan ini? DR HATTA: Ya! amatlah tidak adil bagi seorang pengadil yang sepatutnya mengendalikan urusan yang melibatkan dua pihak yang berlawanan untuk mengambil kedudukan mana-mana pihak di samping menghentam pihak yang satu lagi. Ia lebih ketara jika dilihat dengan kenyataan terbaru (dalam isu SPR tiada kuasa lakukan perubahan) Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah bercakap mewakili lawan bagi Pakatan Rakyat (Barisan Nasional). Ini akan menjadikan rakyat semakin hilang keyakinan kepada SPR terutama menjelang pilihan raya nanti.Beberapa perubahan yang sepatutnya boleh diselesaikan atau diperbaiki tidak mendapat perhatian SPR antaranya isu media yang berat sebelah. SPR lebih banyak memberi muka kepada sebelah pihak dan menafikan pihak pembangkang daripada berpeluang menggunakan media ini secara adil.Kalau itu masalahnya kerana tidak ada kuasa , SPR harus mencari jalan untuk memperbaiki dan mendapat kuasa supaya bertindak dengan adil mengendalikan media. Jadi selagi itu tidak berlaku maka kita tidak dapat memberikan sepenuh keyakinan kepada SPR sebagai orang tengah ataupun pengadil dalam pilihan raya. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf mengakui bahawa tidak ada sebuah negara pun yang boleh menjamin sesebuah pilihan raya itu bersih, apa pandangan Dr? Sebelum ini mereka mendabik dada menyatakan pilihan raya sudah bersih. Tidak ada apa-apa masalah. Cuma pembangkang sengaja membuat cerita dan sebagainya. Tetapi apabila dikemukakan bukti akhirnya beliau mengaku, lalu cuba untuk meremehkan kelemahan itu dengan mengatakan tidak ada mana-mana daftar pemilih yang bersih.Saya rasa kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab itu kepada suasana lain yang tidak ada kaitan dengan kita. Apa kaitan kita dengan negara-negara lain ataupun daftar pemilih negara kita? Dalam urusan negara kita, kita mahukan sesuatu yang terbaik. Jadi dengan tuduhan ini bermakna menjelaskan apa yang kita sebut selama ini benar.Kita melihat, sikap SPR ini apabila kita mendedahkan satu nama misalnya maka mereka (SPR) akan meremehkannya dan mengatakan pihak mereka akan betulkan. Kemudian esok kita kemukakan lagi satu contoh lain, mereka mengatakan mereka (SPR) boleh betulkan. Ertinya SPR hanya reaktif terhadap apa yang kita dedahkan, sebaliknya apabila kita (Selangor) mengemukakan 100 nama yang kita bantah kerana pelbagai masalah maka mereka kata terima kasih nanti kita akan betulkan. Jadi apakah usaha mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah kalau pihak kami yang tidak ada teknologi, tidak ada kemudahan untuk menelitikan data-data tersebut boleh mengemukakan pelbagai kesilapan. Kenapa mereka sendiri tidak berusaha untuk membersihkannya sebelum kita jumpa maklumat tersebut. Kalau kita boleh jumpa 500 nama dengan cara yang agak canggih, mereka yang dakwa memiliki peralatan canggih sepatutnya boleh kesan. Awal-awal lagi tidak akan timbul apa-apa yang kita bangkit itu.SPR tidak lebih hanya mahu memperolokkan pembangkang sahaja. Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta campur tangan daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam isu SPR ini.Apa rasionalnya PAS berbuat demikian? Dalam hal ini, SPR sebenarnya lantikkan Pengerusinya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Baginda yang mempunyai kuasa. Kita sudah kemukakan banyak bukti, kita sudah keluar di jalan raya Bersih mengendalikan bantahan ini tetapi nampaknya reaksi daripada kerajaan sendiri suam-suam sahaja dan SPR pun tidak serius untuk menerima segala cadangan kita itu. Mereka harus menerima cadangan kita itu tetapi mereka tidak buat jadi siapa lagi yang kita hendak bergantung. SPR tidak ambil berat dan kerajaan sendiri pun memang pihak yang berkepentingan. Oleh itu, langkah ini yang wajar dan terakhir. Saya amat bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) bahawa Yang di-Pertuan Agong sendiri diminta memberikan pandangan dan membetulkan kesilapan. Tetapi sebenarnya ini memalukan SPR, memalukan Barisan Nasional (BN) kalau mereka tidak boleh mengendali isu sekecil ini dan kita harus rujuk kepada Agong . Ia menggambarkan hilangnya keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya SPR dan BN. Sekiranya daftar pemilih yang merupakan salah satu yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat tidak diendah oleh SPR adakah PAS ada cara lain untuk bertindak atau PAS sendiri akan memboikot pilihan raya sebagaimana dilakukan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam beberapa tahun lalu? PAS akan terus mendedah kepincangan-kepincangan pilihan raya termasuk nama-nama pengundi yang amat dipertikaikan kesahihannya sebagai pengundi. Saya rasa dengan sistem tercanggih berlaku banyak masalah. Jadi kita cuba betulkan dan boikot itu sebagai bukan satu jalan.Di negara lain, tindakan memboikot akan menyebabkan pilihan raya itu tidak berjalan kerana ia dilihat sebagai tiada integriti. Namun di Malaysia ini, jika pilihan raya diboikot, ianya akan memberi kelegaan kepada Umno-BN malah suatu laluan mudah kepada BN untuk membolot semua 222 kerusi. Mereka (BN) tidak ada maruah dan tidak ada rasa malu sekalipun dengan memboikot, jadi kita terpaksa berlawan dalam keadaan memprotes. Kita lihat selepas Pengerusi SPR Tan Sri Harun Hashim bersara, kebanyakan pengerusi SPR memihak kepada BN. Jadi, tidak adakah usaha-usaha PAS untuk menggerakkan gelombang rakyat supaya jawatan tersebut diputuskan oleh parlimen. Kita sedang memerhatikan tindak-tanduk pengerusi, timbalan Pengerusi SPR yang jelas memihak kepada BN. Sekiranya sikap ini berterusan dan tidak ada perubahan, kita tidak menolak dan tengoklah suasananya. Kita pernah membantah lanjutan umur Pengerusi SPR sebelum ini, Tan Sri Rashid Abdul Rahman sehingga menyebabkan kami ditangkap (dalam himpunan aman) di Parlimen dan sebagainya. Jadi perkara tersebut akan cuba dibuat dan kalau keadaan itu berterusan saya tidak menolak bantahan akan lebih besar. Perlu atau tidak mereka (Tan Sri Aziz dan Wan Ahmad) meletak jawatan kerana permasalahan yang berlaku hari ini? Kalau mereka tidak bersedia berubah, malah terus menunjukkan sikap menyebelahi pihak BN, kita akan meminta mereka meletakkan jawatan.Tetapi kita masih lagi memberi ruang supaya mereka menunjukkan sikap neutral. Namun jika mereka terus berada dalam keadaan begitu (memihak) mereka perlu dipecat. Rakyat sendiri tidak yakin terhadap SPR dan menganggap mereka sebagai kuda tunggangan Umno.Sejauh mana kebenarannya? Berdasarkan daripada tindakan- tindakan, pe ngakuanpengakuan, ucapan-ucapan pengerusi, timbalannya, banyak bukti yang nyata dan sahih ketika ini mereka memihak kepada BN. Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa BN sendiri akan mengadakan pertemuan dengan SPR untuk membincang isu pilihan raya bersih.Katanya bagi memastikan pilihan raya bersih bukan saja hanya dimonopoli pihak lain (pembangkang) tetapi BN juga mahu pilihan raya bersih, apa komen Dr? Bagi saya apa tujuan mereka hendak berjumpa SPR itu. Saya khuatir perjumpaan itu hanya untuk menambahkan kawalan mereka ke atas kerja-kerja dalam SPR. | ||
[Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO Posted: 29 Aug 2011 03:16 AM PDT KELAB GREENBOC Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta? Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. "Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu. Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. "Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA KOMENTAR TUKAR TIUB Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Onn Jaafar, ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin. Apa yang Mat Sabu sampaikan?
Ulasan GB Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran. Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini. TAHNIAH MAT SABU! | ||
PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng Posted: 28 Aug 2011 10:56 PM PDT
| ||
Pemuda PAS doakan keselamatan untuk penumpang bas Posted: 28 Aug 2011 10:53 PM PDT
| ||
Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman Posted: 28 Aug 2011 10:51 PM PDT
| ||
Kutipan tol LATAR bermula 1 September Posted: 28 Aug 2011 10:44 PM PDT KUALA LUMPUR - Kutipan tol bagi pengguna Lebuhraya LATAR akan bermula pada 12.01 tengah malam 1 September ini.
- Berita Harian | ||
Posted: 28 Aug 2011 10:41 PM PDT Hasan Ali: Pejuang PAS yang tulen mesti sokong usaha mantap akidahMalaysia ChronicleSHAH ALAM - Pejuang Pas yang tulen akan menyokong segala usaha ke arah memantapkan akidah umat Islam seperti usaha penubuhan Unit Selamat Akidah oleh Exco Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. | ||
PSM: Teliti konteks ceramah Mat Sabu Posted: 28 Aug 2011 10:35 PM PDT
PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Mohamad Sabu (gambar bawah) - Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu. | ||
Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri Posted: 28 Aug 2011 10:31 PM PDT Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir. KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu. Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir. Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya. Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok. Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu. Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam. Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang. Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik. Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my.- Bernama | ||
Kes tertunggak mahkamah turun secara drastik Posted: 28 Aug 2011 10:21 PM PDT MALAYSIA KINI Hanya kira-kira dua tahun, bilangan kes sivil yang tertunggak di Mahkamah Tinggi dapat dikurangkan daripada 44,873 kes pada tahun 2009 kepada hanya 5,309 kes. Hakikat ini membuatkan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berasa lega dan berpuas hati untuk melepaskan jawatan tersebut pada usia persaraan 66 tahun pada 12 Sept ini. Namun semasa wawancara di pejabatnya di Istana Kehakiman baru-baru ini, Zaki enggan menerima pujian atas kejayaan itu, sebaliknya beliau menegaskan ia adalah atas usaha gigih semua pihak iaitu para hakim dan juga kakitangan mahkamah dalam melaksanakan misi tersebut. Menurutnya kejayaan menurunkan kes-kes tertunggak dengan drastik telah menjadikan Malaysia sebagai contoh ikutan kepada negara-negara Common Law lain untuk belajar cara melakukannya. Zaki berkata kejayaan Malaysia mengurangkan kes tertunggak itu dijangka turut terkandung dalam laporan Bank Dunia yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Katanya kejayaan mengurangkan kes tertunggak sebenarnya membawa keadilan kepada pihak yang terlibat, malah kalangan peguam juga mendapat keuntungan besar daripada langkah itu. Sejak tahun 1990, katanya, kes-kes tertunggak mencecah angka puluhan ribu dan ia mengambil masa empat hingga 15 tahun untuk diselesaikan. "Ini tidak baik untuk peniaga-peniaga dan juga mana-mana pihak yang datang ke mahkamah. Bila saya ambil alih jawatan ini target yang pertama adalah untuk menurunkan kes-kes tertunggak. Beberapa cara yang kita cuba ambil, satu daripadanya adalah menambah jumlah hakim Mahkamah Tinggi," katanya. Beliau berkata kerajaan juga telah menyediakan alat-alat rakaman kes di mahkamah yang mempercepatkan perbicaraan di mahkamah, selain memperkenalkan prosedur atau aturcara yang boleh mempercepatkan lagi perbicaraan kes. Menurut Zaki, usaha mengurangkan kes tertunggak bermula pada 2009 apabila pihaknya telah membilang dan membuka setiap fail mahkamah bagi mengetahui status kes tersebut. "Pada hujung tahun 2009, sebanyak 44,873 fail (kes sivil) di Mahkamah Tinggi (di seluruh negara), pada tahun 2010, angka itu turun kepada 9,734 kes. Sekarang ini (sehingga 1 Julai 2011) fail-fail yang ada hanya 5,309. Banyak bertanya bagaimana kita boleh turun daripada 44,000 kepada 9,000, banyak tidak percaya," katanya. Beliau berkata sebenarnya jumlah 44,000 itu adalah fail yang tidak bergerak atau pihak-pihak yang tidak berminat hendak teruskan kes atau pun ada yang sudah meninggal dunia. Zaki berkata bila fail dikeluarkan satu persatu-satu maka didapati banyak kes yang sudah selesai. Katanya kes sivil di Mahkamah Sesyen pula turun 61,659 kes pada 2009 kepada 10,947 kes pada tahun 2010 dan 2,039 sehingga Julai 2011; di peringkat Mahkamah Majistret daripada 71,000 dikurangkan kepada 1,100 pada tahun 2010 dan tahun ini, tinggal 309 sahaja. Katanya kes baru yang didaftar di Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 berjumlah 23,900 dan dalam tempoh setahun, banyak kes diselesaikan dan hanya tinggal 6,838 kes sahaja. Zaki juga menjelaskan mengenai kejayaan Mahkamah Tinggi Dagang Baru yang dilaksanakan pada 1 Sept 2009, bertujuan melupuskan kes dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh difailkan. "Kes-kes NCC dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan. Anda daftar hari ini, dan dalam masa sembilan bulan, 90 peratus daripada akan dilupuskan. NCC lebih pantas daripada mana-mana tempat di dunia," katanya. Beliau berkata dengan kejayaan itu, NCC turut diperkenalkan di Shah Alam, Selangor, Johor Baharu, Pulau Pinang, sebelum dikembangkan ke negeri-negeri lain. Mengenai penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk mahkamah, Zaki berkata pada mulanya KPI telah disalah takrif oleh peguam yang bertanggapan bahawa hakim-hakim hendak selesaikan kes dengan cepat semata-mata untuk mencapai sasaran KPI. Bagaimanapun, kata Zaki pihak peguam kini sudah faham niat mahkamah dan mereka turut bekerjasama membantu supaya tidak banyak kes ditangguhkan. Ditanya mengenai tahap keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman negara, Zaki berkata perkara itu adalah cabaran paling sukar dilaksanakan, tetapi menurutnya, tohmahan dan surat aduan mengenai tingkah laku hakim misalnya sudah banyak berkurangan. Zaki juga menasihati hakim supaya jangan mengambil masa terlalu lama untuk menulis alasan penghakiman, selain mengesyorkan supaya memendekkan alasan penghakiman. "Tetapi saya tidak melarang mana-mana hakim jika sekiranya dia nak tulis alasan panjang-panjang. Cuma, jangan mengambil masa untuk menulis alasan penghakiman," katanya. Ditanya apakah kriteria seorang hakim yang baik, Zaki berkata seorang hakim yang baik bukan sahaja boleh dinilai daripada penghakimannya tetapi meliputi semua aspek. "Seorang hakim dia mesti adil, mesti sabar, tapi bukan sabar sehingga kes tak jalan. Dia mesti mengendali kes di hadapannya dengan betul, adil. Buat keputusan yang baik," katanya. "Dia menulis penghakimannya dengan baik dan dia turut menguruskan kesnya dengan baik. Itulah kualiti seorang hakim. Setengah hakim tulis penghakiman yang cantik tapi berbulan-bulan tak siap pasal dia nak buat penghakiman yang sempurna," katanya.- Bernama | ||
PAS cadang referendum bagi tentukan kilang Lynas Posted: 28 Aug 2011 10:19 PM PDT MALAYSIA KINI PAS hari ini mencadangkan satu pungutan suara atau referendum awam diadakan bagi kerajaan menentukan sama ada projek kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas, milik syarikat Australia di Gebeng, Kuantan yang menjadi kontroversi negara perlu diteruskan atau dibatalkan. Ini kerana menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, apa jua keputusan yang dilakukan berhubung projek bernilai RM700 juta itu mempunyai kesan langsung kepada penduduk dan syarikat berkenaan. "Andainya Lynas dan kerajaan mengambil sikap memekakkan telinga dengan bantahan rakyat, kita yakin bantahan in akan berterusan dan tidak mustahil golongan yang membantah akan membuat injuksi mahkamah. "Melalui referendum awam, ia boleh dijadikan landasan utama kepada kerajaan bagi meneruskan atau membatalkan projek ini. Ditambah pula, dengan cara ini, apa-apa keputusan yang diambil boleh kelihatan lebih adil kepada semua pihak," katanya dalam satu kenyataan. Hadapi masalah Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhajaya PAS Pahang, jika referendum awam menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan projek berkenaan, maka syarikat Lynas dan kerajaan tidak akan menghadapi masalah lagi. "Kumpulan yang menyokong telah menggunakan kekuatan media perdana, dialog terus dengan penduduk dan NGO serta pelbagai promosi bagi meyakinkan penduduk ia adalah projek yang selamat dan tidak perlu dibimbangi," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, isu Lynas, yang menjadi kontroversi kini bertambah hangat apabila ahli parlimen Hulu Langat PAS, Dr Che Rosli Che Mat, yang merupakan pakar nuklear mengeluarkan kenyataan bahawa kilang Lynas adalah sebuah kilang yang selamat untuk beroperasi di negara ini. Katanya, rakyat, khususnya penduduk di sekitar Kuantan, tidak perlu bimbang dengan kewujudkan kilang pemprosesan nadir bumi itu. Selain Che Rosli, golongan yang menyokong projek Lynas ini terdiri daripada beberapa pakar tempatan dan luar negara termasuk pemantau antarabangsa dan juga kerajaan negeri. Justeru, kata Tuan Ibrahim, jalan penyelesaian paling baik adalah dengan mengadakan referendum awam. | ||
Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS Posted: 28 Aug 2011 10:11 PM PDT Abdul Rahim Sabri Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini. Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar. Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya."Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya. | ||
Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini Posted: 28 Aug 2011 04:46 PM PDT
| ||
Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM Posted: 28 Aug 2011 04:45 PM PDT
| ||
Posted: 28 Aug 2011 04:42 PM PDT
| ||
DAP: pecat mereka yang siar laporan 'murtad' di RTM1 Posted: 28 Aug 2011 04:40 PM PDT MALAYSIA KINI DAP mengecam satu laporan RTM1 yang mengaitkan pemimpin pembangkang dengan kumpulan Facebook "Murtad di Malaysia & Singapura". Ia disiarkan dalam berita perdana di RTM1 jam 8 malam tadi. Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua berkata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim mesti bertanggungjawab terhadap apa yang didakwanya "laporan paling keji" dan mahu mereka yang bertanggungjawb dipecat serta-merta. RTM1 telah menekankan dakwaan kaitan pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Boo Cheng Hau, Ean Yong Hian Wah dengan kumpulan tersebut. Dalam satu kenyataan hari ini, Pua menganggapnya sebagai "keji dan menjijikkan". Malah, kata ahli parlimen PJ Utara itu, RTM1 meletakkan tumpuan kepada pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, seolah-olah beliau mengkhianati agamanya sendiri. Pua berkata, laporan tersebut jelas untuk membakar sentimen dan kemarahan di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini, terutama terhadap Pakatan Rakyat, dengan "mengaitkan" pemimpinnya sebagai sebahagian daripada kumpulan tersebut. | ||
Dr M: Salahkan pemimpinnya, bukan sistem BN Posted: 28 Aug 2011 04:38 PM PDT S Pathmawathy Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan. Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti. Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. "Di bawah sistem kerajaan campuran, kita hidup makmur selama hampir 50 tahun," tambah Dr Mahathir. Menurutnya, "sistem BN" adalah baik, tetapi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, dasar-dasar yang dilaksanakan juga bertukar. Kadang-kadang, tegasnya, perubahan itu adalah untuk kebaikan dan ia memperbaiki keadaan, tetapi Kadang-kadang perubahan itu untuk sebab yang salah dan negara tidak akan makmur. Menurutnya, apabila beliau bersara, dasar-dasar negara mengalami perubahan 190 darjah, menyebabkan ekonomi, malah hubungan kaum, merosot. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, beliau terus membatalkan projek-projek mega pentadbiran sebelumnya - jambatan bengkok Malaysia-Singapura dan projek landasan berkembar. Abdullah juga cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan, seperti IPCMC, sebelum berdepan dengan tekanan dari dalam parti tersebut, yang memaksannya berundur dan digantikan oleh timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. | ||
MERCUN BEBAS DIJUAL DI LAHAD DATU? Posted: 28 Aug 2011 04:30 PM PDT SABAH KINI KENDATIPUN penjualan bahan letupan termasuk mercun diharamkan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara tidak lebih tiga tahun; namun bahan larangan ini dijual secara bebas di Lahad Datu. Pembakaran mercun diharamkan selaras dengan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Mercun telah diharamkan di Malaysia sejak tahun 1991, selepas terjadinya kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh. Mengikut Seksyen 42, Akta Bahan Letupan 1957, jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun mercun yang dijual secara terbuka di Lahad Datu, terutama di belakang Pasar Ikan dan Pasar Rakyat serta kakilima, dalam jumlah yang kecil tetapi ramai penjual didapati dengan mudah daripada Filipina dan dibawa masuk oleh PATI ke Lahad Datu melalui Bongao dan Sitangkai. "Harganya yang murah dan boleh ditawar. Mula-mula takur juga mahu beli, tetapi bila Nampak polispun beli, maka kamipun beli. Lagipun dijual secara terbuka. Saya fikir tidak salah kerana tidak ditangkap," ujar Kamsani Ujani, kakitangan syarikat perladangan terkemuka di Lahad Datu. Menurut Kamsani, wujudnya PATI dan rakyat tempatan yang menjual mercun ini memudahkan mereka melepaskan gian bermain mercun semasa kanak-kanak; terutama roket yang boleh ditembak jauh ke udara dan tidak membahayakan. "Kita tahu memang bahaya untuk kanak-kanak terutama mercun dan bunga api kerana tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan, tetapi setakat ini mercun yang kami beli tidak mendatangkan sebarang kecederaan," kata Kamsani yang mengakui hanya memperuntukkan RM100 untuk membeli mercun dan bunga api untuk beliau dan anak-anaknya bermain di kampung mereka di Semporna. Dalam pada itu, seorang penjual mercun, Jakilan Tambangi, 35, memberitahu bahawa mereka hanya mencari wang poket untuk hari raya dengan menjual mercun dan bunga api yang mereka beli daripada Taukeh Ching dan Alex. "Memang ada juga yang mereka bawa dari Filipina dan ada juga dari China. Kami tidak tahu macam mana boleh masuk. Tapi kami hanya jual sahaja dan semua kami beli daripada dua taukeh ini. Tidak ada tangkap, jadi kami juallah," kata Jakilan yang mengakui tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tetapi telah menetap di Lahad Datu sejak 10 tahun lalu. | ||
Posted: 28 Aug 2011 04:26 PM PDT SINAR HARIAN BANDAR BENTONG – Seorang peniaga maut selepas disengat tebuan di bahagian muka ketika cuba membaiki bahagian tangki air yang bocor di kediamannya di Taman Bukit Indah, dekat sini. Mangsa, Chan Keong Sang, 45, dimasukkan ke Hospital Bentong kira-kira jam 3 petang Rabu lalu dan disahkan meninggal dunia jam 4 petang Khamis. Anak mangsa yang dikenali sebagai Ah Leong, 14, berkata, dia turut sama membantu ayahnya ketika kejadian itu berlaku. Menurutnya, dia memegang tangga untuk membolehkan ayahnya naik ke atas membaiki tangki air yang rosak kira-kira jam 1.30 petang Rabu lalu. "Tiba-tiba ayah meminta saya lari dan dalam masa sama, saya terdengar dia menjerit kesakitan akibat diserang tebuan. "Apabila turun, saya dapati muka ayah terdapat beberapa kesan sengatan," katanya. Ah Leong berkata, selepas kejadian itu, ibunya menguruskan ayahnya. Menurutnya, ibu membawa ayahnya ke hospital kira-kira jam 3 petang untuk mendapatkan rawatan. "Ayah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di Hospital Bentong selepas tidak sedarkan diri. "Bapa akan disemadikan pada hari ini (Ahad) dan kami sedih di atas kejadian ini," katanya. | ||
Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad Posted: 28 Aug 2011 04:21 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan