Ahad, 28 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penyanyi Ini Buat Sumbangan Sampai Satu Treler... Syabas...

Posted: 28 Aug 2011 03:47 PM PDT


JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

"Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

"Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya.

MAS Yang Bukan Lagi Emas

Posted: 28 Aug 2011 03:19 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


HATTA dicurahkan dana setinggi Gunung Everest sekalipun, sesebuah perniagaan akan mengalami keadaan hidup segan mati tak mahu sekiranya mereka yang terlibat mengendalikannya – daripada peringkat pengurusan atas sehinggalah kepada pekerja biasa – tidak berdedikasi dan menganggap segala sumber kewangan itu, bak kata peribahasa pasar, "harta bapak dia."

Jika ia sebuah entiti swasta di mana modalnya dibiayai oleh pemegang saham persendirian maka tentulah tak perlu masa begitu lama untuk ia akhirnya gulung tikar atau diisytihar muflis atau setidak-tidaknya 'tak solven' oleh mahkamah. Bukanlah sesuatu luar biasa sekiranya reincarnation atau penjelmaan semula kehidupan baru ini mengambil nama yang berbeza walaupun aset tetap asal dan sebahagian besar kakitangannya terus menjadi tubuh dan bahagian anggota entiti perniagaan berkenaan.

Ambil sahaja contoh Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1965 untuk membantu orang Melayu berniaga. Skandal 1980-an anak syarikatnya, BMF pada nada sekitar RM2.5 bilion yang menyapu bersih seluruh modal berbayarnya mengakibat bank milik kerajaan ini bertukar nama beberapa kali menerusi pengambilalihan oleh GLC lain, kemudiannya penggabungan di mana kerajaan masih memegang saham majoriti dan akhirnya penggabungan di mana kerajaan tidak lagi memegang saham majoritinya.

Kini fenomena penjelmaan semula ini nampaknya mula melanda syarikat penerbangan nasional setelah sekian lama ia seolah-olah diurus dengan berkonvensyenkan sistem pengurusan 'harta bapak dia'.

Dari penerbangan sulung Kuala-Lumpur-Pulau Pinang MAL (Malayan Airways Limited) pada 2 Februari 1947 kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963, kepada Malaysia-Singapore Airlines pada Ogos 1965 sehinggalah kepada Malaysian Airline System (MAS) pada April 1971, syarikat penerbangan yang diasosiasikan oleh dunia sebagai sesuatu dari Malaysia ini terus mencatatkan prestasi kewangan yang boleh diterima akal.

Malah penjelmaan atau penjenamaan semula hanyalah disebabkan penstrukturan semula yang tidak berdasarkan keperluan penyuntikan modal disebabkan hutang dan lainlain beban kewangan.

Pada tahun 1987 tatkala kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) sedang begitu kemaruk dengan penswastaan, syarikat penerbangan negara ini bertukar menjadi Malaysian Airlines dan untuk memenuhi impian penswastaan ini sebanyak 29.9 peratus saham syarikat ini telah dijual kepada seorang individu Bumiputra pada tahun 1994. Tidak perlu disebutkan di sini betapa individu ini ketika itu adalah merupakan anak emas kepada pemimpin tertentu Umno yang berjawatan menteri.

Di sebalik cakap-cakap perniagaan dalam media oleh individu ini serta beberapa orang pengurus kanannya yang bertanggungjawab terhadap pengurusan penjelmaan/ penjanamaan syarikat penerbangan nasional, yang bunyinya lebih hebat daripada Howard Putnam (tokoh CEO lagenda syarikat penerbangan yang telah menjadikan Southwest Airlines, sebuah syarikat penerbangan kecil berpangkalan di Dallas, Amerika Syarikat kepada sebuah syarikat pemimpin industri penerbangan di dunia dengan rekod untung selama 35 tahun berturut-turut sejak ia ditubuhkan), rupa-rupanya ia ibarat memukul tong kosong sahaja.

Pada ketika individu ini mula menerajui MAS, jumlah liabiliti syarikat itu adalah RM6.6 bilion tetapi ketika beliau menyerah kalah dan akhirnya menyedari dia bukanlah seorang seperti Howard Putnam dan menjualkan semula saham MAS kepada kerajaan pada harga asal yang dibelinya, syarikat penerbangan itu mencatatkan hutang atau jumlah lialibiliti sebanyak RM9.5 bilion.

Tidaklah diketahui sekiranya Dr Mahathir ketika itu menyedari betapa dalam sebutan Malaysia Incorporated, konsep yang disadurnya daripada Jepun, kerajaannya bukan sahaja terpaksa menanggung tambahan hutang RM3 bilion tetapi terpaksa menyerap kerugian perbezaan di antara harga saham semasa dengan harga yang harus dibayar kembali kepada individu berkenaan.

(Akhbar Utusan Malaysia, 21 Disember 2001 melaporkan: "Sementara itu, difahamkan kerajaan menggunakan wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) bagi pembelian MAS pada harga RM1,792 bilion.") Bermula saat ini, keadaan syarikat penerbangan negara terus merosot.

Kalau ia sebuah syarikat swasta, sudah lama gulung tikar. Tetapi disebabkan ia sebuah GLC, sebagaimana yang disebut, betapa super nazak sekalipun keadaan yang dialami, ia tetap dapat dihidupkan semula.

Pada tahun 2005 Dato' Idris Jala telah dilantik selaku CEO baru MAS menggantikan beberapa tokoh pengurusan tertinggi Melayu yang gagal mempamerkan sebarang prestasi bagi menunjukkan MAS sudah mula mengorak langkah pemulihan.

Idris Jala tampak hebat dengan Business Turnaround Plan (BTP) beliau yang dibentangkan pada Februari 2006 dan malah berjaya mengubah angka keuntungan MAS daripada angka dalam kurungan kepada angka tanpa kuru ngan.

Namun di sebalik sorak sorai media dengan segala puji-pujiannya, masalah MAS jauh daripada selesai. Hari ini, lima tahun selepas BTP, penyata kewangan MAS masih lagi mencerminkan pelbagai kebobrokan pengurusan.

Kerajaan tentu sekali berupaya mengekalkan status MAS sebagai sebuah syarikat kerajaan dengan profil pegangan saham 69.5 peratus dan menyuntik dana tambahan serta dalam waktu yang sama melantik tokoh yang bersedia bekerja keras untuk syarikat penerbangan itu dan bukannya sekadar seorang yang seronok datang ke pejabat dengan berkot dan menaiki penerbangan kelas pertama secara percuma ke semua destinasi.

Bagaimanapun di atas sebab yang hanya diketahui oleh kerajaan Umno-BN, 20 peratus daripada pegangan ini kini dijual kepada sebuah syarikat penerbangan lain.

Dengan jumlah liabiliti pada paras menghampiri RM4 bilion dan kerugian terkumpul sejumlah RM5.7 bilion se perti ditunjukkan oleh penyata kewangan MAS bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, tidaklah pasti sekiranya keputusan menjual saham MAS itu merupakan satu keputusan baik.

Tidak mustahil dalam masa beberapa tahun dari sekarang, pembeli 20 peratus saham MAS ini akan menjual kembali pegangannya kepada kerajaan sebagaimana yang berlaku pada individu yang disebut itu.

Jika ini berlaku, apa pula yang kerajaan Umno-BN mahu lakukan selanjutnya.

Namun bagi sesebuah entiti perniagaan milik kerajaan, kini disebut dengan istilah popular, GLC, bermaksud Government-Linked Companies, keupayaan dihidupkan semula walaupun sudah mengalami keadaan super nazak adalah sesuatu boleh berlaku berulang-ulang kali.

Syiah menular ke Melaka & Terengganu

Posted: 28 Aug 2011 03:15 PM PDT

KL TODAY



Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negeri ini.

"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan.

"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya.

Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.

"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.

Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah.

Sementara itu, gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Khazan berkata semua yang menerima bahan bacaan berkenaan perlu menyerahkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya fahaman itu tidak tersebar di negeri ini.

Beliau berkata pihak JHEAT telahpun meneliti kandungan beberapa buku yang telah diserahkan kepada mereka untuk mengetahui setakat mana pengaruh yang cuba disebarkan.

"Kita teliti dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya termasuk mengambil tindakan yang perlu," katanya katanya kepada pemberita pada majlis anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) "RTM Sepanjang Jalan 2011″ di Besut-Pasir Puteh yang merupakan sempadan Terengganu/Kelantan, di sini, Ahad.

Kumpulan Sepah sah berpecah

Posted: 28 Aug 2011 03:11 PM PDT

KL TODAY



Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.

"Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan," katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.

Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.

"Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini," katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.

Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.

Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.

Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.

Sikap PAS terhadap Isu PPSMI

Posted: 28 Aug 2011 03:09 PM PDT

Oleh Dato' Ustaz Abu Bakar Chik


Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh The Parent Action Group For Education (PAGE) yang meminta untuk bertemu dengan kabinet, supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak
mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI-Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

PAS telah mengambil perjalanan berdasarkan kepada gabungan 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang kita (PAS) telah bersama-sama dengan mereka (GMP) membuat desakan didalam satu

demostrasi yang besar dan ekoran dari itu kerajaan telah membuat peraturan (keputusan) untuk mengembalikan semula kepada dasar asal, dimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Kemudiannya, kerajaan membuat pengubahsuaian dalam erti (kata) memperteguhkan (memantapkan) Bahasa Inggeris dan memperkasakan (memartabatkan) Bahasa Melayu.

Walaupun PAS berpandangan, ia suatu keputusan yang kurang jelas, pada umumnya kita menganggap bahawa ia adalah sesuatu ubahsuai diatas keperluan yang dihajatkan oleh rakyat bagi membasmi PPSMI dan

PPSMI tidak akan diteruskan sama sekali, walaupun ada keinginan untuk perbaikkan didalam Bahasa Inggeris dalam konteks yang lain.

Tetapi apabila PAGE pada hari ini melalui Presidennya Datuk Noor Azimah (membuat kenyataan), kita menganggapkan ini satu perkara yang luarbiasa, satu perkara yang baru yang mendatang, yang menurut

kenyataannya dia mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90% ibu bapa.

Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak PAGE ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab

kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepda PPSMI.

Bagaimana beliau boleh mendakwa bahawa beliau ada bukti dan mendapat sokongan sedangkan rata-rata kajian yang dibuat PPSMI gagal untuk memajukan Bahasa Inggeris dikalangan anak-anak terutama diluar

bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik. Apatah lagi kita boleh mengatakan bahawa, keciciran (dikalangan pelajar) telah begitu banyak dan begitu meluas sekali kerana akibat daripada PPSMI ini.

Jadi saya harap kita akan dapat mengadakan pertemuan segera mereka (dan) kita mahu mendengar alasan mereka (namun begitu) dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan (PPSMI dikembalikan)

kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun. Tetapi dengan PAGE kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa (kepada kabinet) tentang perkara ini.

Saya ingat tidak kurang daripada 80 badan (NGO) yang tidak bersetuju (dengan perlaksanaan PPSMI) dan sekurang- kurangnya lebih 30 badan (NGO) yang besar yang asas telah menentang PPSMI ini diantaranya

Jawatankuasa GMP itu sendiri yang terdiri daripada Professor-profesor dalam pelbagai lapangan termasuk Pak Samad Said sebagai Sasterawan Negara, Professor Abdullah Hassan, Professor Sahril yang pakar dalam

bidang Sains dan Matematik dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang kita anggap sebagai badan yang boleh mewakili masyarakat Melayu, badan-badan seperti ABIM, JIM satuan Ulamak Malaysia (PUM).

Selain itu Perastuan Penerbit, (Pengerusinya) Puan Ainon, mereka mempersoalkan dan mereka memang menentang PPSMI termasuk Professor Linguistik, Professor Awang Sariyan dan Dr Nik Safiah Karim.Mereka

semua adalah tokoh-tokoh yang kita kenali dalam masyarakat yang berpengalaman.

Mungkin ada alasan daripada mereka (PAGE) (mungkin) dengan alasan-alasan baru itu yang kita mahu dengar dari mereka, sebab kita anggap ini bukan suatu percubaan (tetapi) ini adalah suatu perkara yang serius.

Kenyatan Media;
Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
Pngerusi Lajnah Pendidikan PAS
28 Ogos, 2011

Lanjutan bil elektrik TNB tinggi Gila Babi

Posted: 28 Aug 2011 03:07 PM PDT

Oleh: rozmal


"Lanjutan artikel saya sebelum ini berkenaan isu bil elektrik TNB yang mengGila Babi tinggi sekarang ini ketika semua harga barangan naik. Kini di Laman Web Aduan Rakyat ada yang mengadu sebelum ini bil elektriknya ialah RM70, kini bil elektriknya mencapai sehingga RM300 sebulan.

Menteri apa kisah, dia suruh sajalah kita rakyat buat aduan di TNB, macam bola jadinya kita.

Apa kan daya kita ni rakyat umpama mentimun, terima sajalah apa sekali kadar bil elektrik, tak nak bayar gunalah pelita atau lilin.

Artikel Bil elektrik kini Gila Babi di http://waghih.blogspot.com

BIL ELEKTRIK TNB TERLALU TINGGI
Aduan Rakyat , 27 Ogos 2011

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambong sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh 3 bulan ini. Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan aircond dari 7 jam sehari kepada hanya 4 jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba. Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini.

By: NORFAIZAL

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bil-elektrik-tnb-terlalu-tinggi

"

Dipukul tanpa sebab

Posted: 28 Aug 2011 03:01 PM PDT

Laporan dan foto RUDY SYAREME SHERIFFUDIN


KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.

KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.

GEORGETOWN: "Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu.

Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.


Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar.

Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


"Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang," katanya.


Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.

Cabar TV3 Minta Maaf - Fuziah Salleh beri tempoh 7 hari.

Posted: 28 Aug 2011 03:04 AM PDT

KL POS

KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini Stesen Televisyen TV3 dan wartawan Karam Singh Walia masih lagi diam membisu dan tidak membuat sebarang kenyataan balas mengenai amaran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berkenaan isu Lynas.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin mendesak pihak yang terlibat dalam menyiarkan Laporan Khas melalui Buletin Utama agar menarik semula kesemua apa yang disebut beliau 1 kenyataan penipuan terhadap rakyat tentang isu sebenar.

Jika pihak yang juga termasuklah Ketua MCA Kuantan, Ti Lian Ker enggan membuat demikian, maka beliau terpaksa mengeluarkan saman terhadap ketiga-tiga pihak terbabit.

Karam Singh telah membuat satu laporan khas mengenai Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, dimana Karam mendakwa loji berkenaan selamat dan Fuziah sengaja memutar-belit isu berkenaan untuk menimbulkan perasaan takut.

Fuziah Salleh melalui peguam beliau N Surendren telah menghantar 3 surat amaran saman terhadap TV3, Karam Singh Walia dan Ti Lian Ker secara berasingan. Tempoh diberikan selama 7 hari bermula tarikh surat tersebut bagi menuntut ketiga-tiga pihak untuk memohon maaf kepada beliau sebelum berhadapan dengan tindakan saman.

Fuziah Salleh dalam 1 kenyataan yang sama secara tegas memandang serius kenyataan yang ditujukan kepada beliau menyamakan loji nadir bumi seperti loji nuklear seperti yang didakwa. Ianya ternyata tidak benar sama sekali.



Rakyat Terengganu berpuasa,berhari raya dengan air mata

Posted: 28 Aug 2011 03:00 AM PDT

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad


SEPANJANG Ramadan dan menjelang hari raya di Terengganu disambut dengan tekanan kenaikan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, beras, gas, gula, tepung serta pelbagai keperluan harian lagi yang terlalu membebankan golongan bawahan.

Malahan ramai kalangan rakyat Terengganu mengeluh bahawa kos barang keperluan harian di negeri 'penyu bertelur' ini adalah jauh lebih ma hal dari kota-kota besar se perti Kuala Lumpur atau Georgetown ataupun Johor Bharu.

Kesan kenaikan harga barangan keperluan dan kos hidup ini lebih-lebih lagi dirasai oleh golongan miskin yang begitu ramai di negeri ini yang hidup 'kais pa gi makan pagi, kais petang ma kan petang' dengan hanya meng harap upah yang tidak seberapa.

Hari bekerja mereka akan mendapat gaji dan hari mereka tidak bekerja bermakna tiada sebarang pendapatan yang mampu di bawa pulang.

Golongan 'miskin' inilah yang merupakan golongan pertama menjadi mangsa kesan kenaikan harga barang serta kos kehidupan harian yang sedang berlaku sekarang. Risiko yang ditanggung mereka ini bertambah dengan peningkatan harga barangan keperluan harian, sedangkan jum lah pendapatan harian masih berada di tahap lama.

Ya, cuba bayangkan bagaimana dengan nasib Pak Mat di bandar Kuala Terengganu yang mengayuh beca saban hari dengan tulang empat keratnya bagi mencari re zeki halal buat mengisi perut la pan anaknya yang semuanya masih bersekolah?

Bagaimanakah pula dengan na sib Pak Dollah di pantai Chendering yang menjadi nelayan dan saban hari turun ke laut bagi mencari 'serial sehamas' (sedikit pendapatan) bagi menyuap nasi anak-anak di rumah usang di te pi pantai?

Dan bagaimana pula de ngan Mek Minah, seorang ba lu beranak lima dari Kampung Kuala Ibai Pantai yang kerjanya me nyiang ikan bagi membuat ke ropok lekor yang hidup dengan mengharapkan ihsan jiran-jiran yang simpati kepada mereka.

Seperti yang telah dijangkakan, kini kesan dari 'bahang' pe ngu rangan subsidi terhadap minyak dan beberapa barang keperluan utama yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN sedang men cengkam kehidupan rakyat awam terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Kesan negatif ini jelas menunjukkan kaitan an tara pengurangan subsidi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN de ngan kenaikan kos hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutamanya golongan miskin.

Kenaikan tersebut turut memberi kesan kepada harga ma kanan dan minuman yang di sediakan di kedai-kedai makan dan warungwarung.

Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said terus mencatatkan bajet tertinggi di seluruh Se menanjung Malaysia dengan me luluskan belanjawan berjumlah lebih dari RM1.887 bilion ba gi tahun 2011. Siapa boleh men jangkakan bahawa 'negeri ka ya rakyat miskin' ini boleh meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan.

Bajet negeri Terengganu terus mengatasi mengatasi negeri-negeri yang jauh lebih maju seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Persoalan yang selalu bermain di detik hati saya adalah, apa rele vannya perbelanjaan tahunan men cecah hampir RM2 bilion se tiap tahun kepada rakyat Terengganu sedangkan rakyat marhaen di Terengganu kini sedang menanggung bebanan kenaikan harga ba rangan keperluan harian dan dan kos hidup yang amat tinggi?

Di negeri 'Darul Iman' ini se bagai contohnya, penduduk mis kin sentiasa digula-gulakan ban tuan 'subsidi' melalui dana khas dan wang ihsan.

Malahan men jelang hari raya ini dianggar kan lebih 30,000 rakyat yang dikatakan 'golongan termiskin' akan disubsidikan dengan program 'bantuan hari raya' antara RM200-RM300 setiap seorang.

Namun, persoalan besarnya adalah sampai bila rakyat termiskin di negeri ini akan terus ter ikat dengan 'mentaliti subsidi' ini?

Bagi saya kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu ma sih jauh dari dapat diatasi.

Rak yat bawahan kini mengeluh tentang bebanan besar kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Kadar inflasi akan terus meningkat dan kuasa membeli di kalangan golongan marhaen ini terus berkurangan.Namun, ketirisan dalam bajet perbelanjaan tahunan, penye lewengan serta menipulasi 'budaya subsidi' kepada rakyat termiskin adalah punca kepada bebanan berat rakyat ini.

Golongan miskin di ugut untuk menyokong kerajaan Umno-BN sekiranya mereka mahu mendapat 'subsidi' wang ihsan da ri pihak kerajaan.

Sesetengah pimpinan politik kerajaan negeri pula terus melaksanakan 'sepak te rajang' politik secara tidak bertanggungjawab dengan mengagih 'bantuan untuk rakyat miskin' ke pada kroni yang kaya raya serta tidak layak untuk menerima bantuan.

Inilah nasib malang nasib rak yat Gganukite ini. Yang miskin akan terus menjadi 'pengemis subsidi' dan 'wang ihsan' sedangkan masa depan mereka terus gelap dan tidak dapat keluar dari cengkaman kemiskinan ini.

Ya, apakah sifat rakyat Terengganu yang terkenal bertimbang rasa dan bertolak ansur ini akan 'memberontak' dan 'menukar se lera' akibat dari kesan bebanan kenaikan kos hidup dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang?

AirAsia-MAS, sejarah kegagalan Mahathir!

Posted: 28 Aug 2011 02:53 AM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PAS menyifatkan pertukaran saham antara Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dengan AirAsia bakal mengulangi sejarah kegagalan dasar penswastaan era Tun Dr Mahathir Mohammad

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, ketika era pemerintahan Tun Mahathir, berlakunya perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli yang menyebabkan kini syarikat itu kerugian kira-kira RM8 bilion.

Ia boleh dilihat dengan kaitan isu penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang sekali gus menggambarkan kegagalan dasar bekas Perdana Menteri itu, kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Pejabat Agung PAS dekat sini 15 Ogos lalu.

Ujar Mahfuz, keduadua perkara ini (pertukaran saham dan penyelesaian saman luar mahkamah) merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan.

Ianya dilakukan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu', kata Mahfuz sinis.

Bagi Mahfuz, meskipun Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, namun rakyat masih dihambat dengan bebanan yang ditinggalkan bekas Presiden Umno itu yang menerajui negara selama 22 tahun.

Bebanan paling besar ialah dasar penswastaan yang menjahanamkan wang rakyat terutama dalam isu peralihan MAS kepada Tajudin Ramli, ujarnya.

Beliau menyimpulkan pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti AirAsia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya.

Sambil menyifatkan ianya satu keputusan yang tiada ketelusan, beliau melihat kebobrokan pada zaman Mahathir kini diteruskan malah digandakan oleh anak didiknya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mengulas hal itu, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

Beliau meminta dalam isu penjualan pembelian saham MAS -AirAsia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat tersebut.

Rakyat perlu mendapat maklumat syarikat mana yang mempunyai liabiliti lebih besar, katanya.

Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Etihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 bilion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak RM8 bilion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli ke mahkamah, katanya.

Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat, katanya lagi.

Baru-baru ini MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah perjanjian tersebut, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Tiket Bas Tambahan Kurang Dapat Sambutan Sempena Musim Perayaan

Posted: 28 Aug 2011 02:49 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Sambutan orang ramai terhadap penjualan tiket bas tambahan untuk pulang berhari raya di saat-saat akhir Ramadan tahun ini hambar berbanding musim perayaan tahun lepas.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di beberapa perhentian bas di Ibu Kota agak lengang dan menimbulkan keresahan kepada kerani kaunter tiket kerana penjualan tiket bas tambahan lembap memandangkan ramai sudah bercuti awal.

Di Pudu Sentral, kerani kaunter Syarikat Bas AB Ekspress Sdn Bhd, Rudhiah Awang, 53, berkata berbeza dengan tahun lepas, pada kali ini sambutan orang ramai untuk beli tiket bas tambahan ke Utara kurang menggalakkan.

Keadaan itu berlaku walaupun jumlah bas yang beroperasi di Puduraya telah berkurangan daripada lebih seratus kaunter tiket syarikat bas di masa dulu kepada 50 buah kaunter pada masa ini, katanya.

"Harga yang kami tawarkan tetap sama dan tiada surcaj tambahan namun hari ini suasana lengang seperti hari-hari biasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kerani kaunter Syarikat Season Ekspress Sdn Bhd, Zubaidah Baharom, 44, pula berpendapat kekurangan sambutan terhadap bas tambahan kali ini kerana orang ramai telah membeli tiket pulang berhari raya sejak awal bulan lagi.

Beliau berkata walaupun tidak mendapat sambutan, syarikat basnya tetap menyediakan bas tambahan ke Utara dan kaunter tiket akan beroperasi pada hari raya pertama nanti.

Di Hentian Duta, kerani kaunter Syarikat Bas Cosmic Mesra Rakyat Express Nurul Fatihah Abu Hassan, 17 berkata penjualan tiket yang dibuka pada awal bulan ini habis dijual namun tiket bas tambahan kurang menggalakkan.

"Kami telah menyediakan sebanyak lima buah bas bagi penumpang yang belum membeli tiket... selalunya di saat-saat akhir ini masih ramai lagi membeli tiket untuk pulang berhari raya," katanya.

Di Hentian Putra, Pegawai Operasi Syarikat Bas Sani Ekspress, Kamal Hanizan Muhammad, 30, berkata orang Pantai Timur tidak perlu risau kerana tiket bas syarikat itu untuk pulang berhari raya masih ada sehingga esok.

"Semalam penjualan tiket bas tambahan ke Pantai Timur habis terjual dan kami telah menambah lima buah bas tambahan sehingga Isnin ini," katanya.

Kerani kaunter Cepat Ekspress Hassan Ali, 43, berkata jika mendapat sambutan syarikat bas itu menyediakan sebanyak lima buah bas tambahan dan akan menurunkan harga tiket bas kepada mereka yang masih belum mendapatkan tiket pulang berhari raya pada tahun ini.

Sementara itu, di Alor Setar, Kedah, Norhayati Mohd Akhir, 28, kecewa dengan sikap penjual tiket bas tambahan yang menaikkan harga tiket dengan alasan sempena musim perayaan.

"Saya sangat kecewa dan terkejut dengan harga tiket bas Syarikat Pancaran Matahari Ekspres Sdn Bhd dari Alor Setar ke Kuala Lumpur yang naik sehingga RM45 berbanding harga biasa RM39.

"Kerani kaunter tiket itu hanya memberi alasan harga tiket bas naik sejak dua hari lepas sempena musim perayaan dan syarikat bas Transnasional Express Sdn Bhd juga telah menaikkan harga tiket sebanyak RM44 daripada harga biasa sebanyak RM39," katanya.

Fitnah: NUBE menang saman empat pegawai kesatuan dalaman Maybank

Posted: 28 Aug 2011 02:48 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menang dalam kes saman ke atas empat pemimpin kanan kesatuan dalaman bukan eksekutif Maybank dan memperoleh ganti rugi RM250,000 kelmarin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menganugerahkan ganti rugi teladan RM250,000 dan kos sebanyak RM100,000.

NUBE memfailkan saman ke atas empat pegawai kanan Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu). Mayneu merupakan kesatuan dalaman bank utama negara ditubuhkan Oktober lalu.

"Hakim Mahkamah Tinggi juga mengarahkan kesemua defendan mengeluarkan permohonan maaf dan menarik kenyataan mereka dalam dua akhbar utama," kata Solomon sambil menambah, defendan juga dilarang menerbitkan dan mengedarkan risalah-risalah berbaur fitnah.

NUBE memfailkan saman fitnah ke atas Presiden Mayneu Ahmad Nazrul Wan Nawi, Sazali Mohamed (naib presiden), Rajagopal Rakkiah (setiausaha agung) dan Jesni Mahmood (ahli jawatankuasa).

Kesatuan kebangsaan itu mendakwa empat pemimpin terbabit bersama dua yang lain iaitu Penolong Setiausaha Mayneu Norzeela Lamin dan Zayuddin Mohamed Yusop, seorang lagi ahli jawatankuasa menerbitkan risalah bersifat fitnah terteta nama Mayneu.

Kata Solomon, kes membabitkan Norzeela dan Zayuddin ditetapkan untuk didengar pada 10 dan 11 Oktober ini.

Kes membabitkan Ahmad Nazrul, Sazali, Rajagopal dan Jesni didengar akhir bulan lalu.

"Kami menyambut baik penghakiman ini. Penghakiman ini mengetepikan pelbagai bentuk dakwaan yang dilemparkan ke atas NUBE dan kepimpinan. Penghakiman ini juga dipercayai akan mengelak pihak lain daripada membuat dakwaan-dakwaan tidak berasas pada masa depan," katanya lagi.

Mayneu didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 3 Januari lalu setelah mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia.

Kedua-dua NUBE, yang berusia lebih lima dekad dan Mayneu menyasarkan pekerja-pekerja kumpulan bukan eksekutif.

Utusan dakwa Mat Sabu suara pihak mahu tulis semula Perlembagaan

Posted: 28 Aug 2011 02:46 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia mendakwa Timbalan Presiden Mohamad Sabu memberi kenyataan mengenai pejuang kemerdekaan dan komunis dalam ceramahnya baru-baru sebagai suara pihak lain untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.

Dalam ruangannya Awang Selamat berkata, pihaknya tidak terkejut kerana Mohamad atau mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula kedua-dua perlembagaan dan sejarah negara.

Sebelum ini akhbar tersebut pernah mengaitkan PAS dipergunakan oleh DAP dalam mencapai cita-cita politik mereka.

DAP dan PAS merupakan komponen Pakatan Rakyat selain turut dianggotai PKR.

Awang Selamat mendakwa strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mohamad ternyata membuahkan hasil.

"Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan.

"Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan. Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu," kata Awang Selamat dalam ruangan mingguannya.

Malah Awang Selamat juga mendakwa dia tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik.

"Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah," kata Awang Selamat mendakwa PAS mengangkat orang yang tidak berwibawa ke jawatan timbalan presiden.

"Awang simpati dengan PAS kerana mempunyai pemimpin seperti itu," kata Awang Selamat lagi sambil menambah, sebelum ini reputasi beliau selalu dipersoalkan.

"Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej PAS.

"Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya," tambah Awang Selamat.

Hari ini, Mingguan Malaysia akhbar edisi Ahad terbitan Kumpulan Utusan memperuntukan enam halaman termasuk muka depan mengecam Mat Sabu.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut didakwa menggambarkan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider hari ini, Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden Jun lalu mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan akhbar Utusan mengatakan beliau menghina pejuang kemerdekaan dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS menegaskan, beliau mahu melihat kembali rakaman video berhubung ceramah itu sebelum memberikan sebarang komen.

"Saya berucap pada 21 Ogos tapi keluar dalam Utusan Malaysia 27 Ogos, saya tidak mahu beri apa-apa komen lagi... saya nak dengar dan lihat balik rakaman video itu dulu.

"Saya tidak mahu nafi atau apa, saya nak tengok balik... saya tak tahu apa yang dilaporkan (dalam Utusan Malaysia) sama ada ia betul atau tidak," katanya.

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan

Posted: 28 Aug 2011 02:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR — Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya dipetik Bernama Online.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti.

Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu ramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

Posted: 28 Aug 2011 02:40 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.

Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Trafik di Utara semakin sesak, lancar di Selatan

Posted: 28 Aug 2011 02:38 AM PDT

NALAYSIA KINI


Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara kekal bergerak perlahan dengan penambahan jumlah kenderaan manakala trafik arah selatan bergerak lancar.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, jumlah kenderaan semakin bertambah dari Terowong Menora ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

"Jumlah kenderaan yang bertambah di laluan tersebut menyebabkan trafik bergerak perlahan. Keadaan yang sama turut berlaku di Slim River menuju ke Bidor, Perak," katanya.

Laman Twitter Plus pula melaporkan pada pukul 12.10 tengahari, jumlah kenderaan juga meningkat dari Gua Tempurung menuju ke Gopeng, Perak manakala laporannya pada pukul 12.47 tengah hari, aliran trafik dari Skudai ke arah Simpang Renggam dan Yong Peng, Johor bergerak lancar.

Sementara itu, aliran trafik di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar.- Bernama

DAP kesan lagi 'kesilapan' daftar pemilih Pulau Pinang

Posted: 28 Aug 2011 02:35 AM PDT

Susan Loone


DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.

Parti itu juga mengesan nama pengundi yang berusia 90 tahun ke atas telah dipotong, sedangkan mereka masih hidup.

ANONEDUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan) berkata pengundi dengan
nombor kad pengenalan yang sama itu dikesan dalam senarai pemilih di Kem Tun Razak, Markas 2 Divisyen di Batu Maung.

Batu Maung adalah kerusi yang diwakili ADUN PKR, Abdul Malik Abul Kassim, dan baru-baru ini kawasan tersebut didapati mempunyai pertambahan 1,400 pengundi baru.

Ng berkata tiga set pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama yang dikesan setakat ini ialah: Roziah bt Nordin dan Sujiah bt Mohd Sidek (7225477); Gustina bt Ahmad dan Zarina bt A Rahim (A1283855) dan Norazwani bt Daud dan Rohaila bt Zulkifli (A3455269)

"Selepas kami mendapati terdapat 1,400 undi pos baru didaftar di kem Batu Maung, kami menggunakan (program) Excel untuk menyemak senarai pemilih, dan mengesyaki mereka adalah pengundi hantu.

"Kami mendapati enam orang mempunyai nombor kad pengenalan baru yang berbeza, dan suami mereka yang merupakan anggota tentera, juga mempunyai nombor yang berbeza (daripada kad pengenalan sebenar mereka)," tambah saya.

"Ini menunjukkan ada yang amat tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," tambahnya.

Persatuan bekas polis buat laporan polis terhadap Mat Sabu

Posted: 28 Aug 2011 02:23 AM PDT

MALAYSIA KINI


Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya Hussin Awang Ngah berkata tindakan Mohamad menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekaligus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

"Saya hairan kenapa sekarang orang kuat nombor dua PAS itu baru menimbulkan perkara tersebut dan tidak membangkitkannya selama ini.

"Saya percaya, tujuannya tiada lain kerana beliau nak mencari populariti kerana tiada isu lain yang boleh dibangkit memandangkan pilihan raya umum telah hampir tiba," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di Besut hari ini.

Kata Hussin, beliau sedih dengan pendirian Mohamad Sabu yang sanggup memainkan apa jua isu asalkan dirinya mendapat sokongan dalam kalangan penyokongnya.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Mohamad dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. Bernama

Pembaharuan ekonomi dan MBE Najib ‘tin kosong’

Posted: 27 Aug 2011 10:24 PM PDT

Oleh SHAFRI SHAMSUDIN

Pembaharuan ekonomi dan model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak gagal diterjemahkan dengan tindakan dan ia umpama "tin kosong", kata pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob.

Kegagalan ini katanya, disebabkan Najib tidak mempunyai kekuatan me laksanakan reformasi ekonomi yang dijanjikan.

Ini kerana "pangkalan kuasa" Najib hari ini berpusat hanya kepada kaum Melayu sahaja, kerana BN pada hari ini tidak seperti dulu, di mana pengkalan kuasanya agak besar merangkumi orang Melayu dan bukan Melayu.

"Tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke-12, pengkalan kuasa BN telah menjadi sempit dalam erti kata hanya mendapat sokongan daripada orang Melayu sahaja," katanya.

Menurut Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, ini kerana BN tidak lagi mendapat sokongan orang bukan Melayu.

Sebab itulah katanya, Najib cuba memperkenalkan pembaharuan ekonomi dan MBE bertujuan untuk memulihkan pengkalan kuasa, ia bertujuan untuk menarik semula sokongan yang orang bukan Melayu terhadap BN.

Katanya, walaupun Najib telah menjadi perdana menteri lebih dua tahun pembaharuan ekonomi tidak berlaku dan MBE tidak dilaksanakan.

Turut mempengaruhi kegagalan Pembaharuan dan MBE itu adalah kerana terdapat desakan kuat daripada kaum Melayu yang masih mahukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan.

Konsep keadilan untuk semua tidak benar-benar dihayati dan Dr Rosli merasakan Perdana Menteri dipengaruhi oleh golongan pelampau Melayu di dalam dan luar Umno.

"Perdana Menteri termakan dengan dakyah presiden Per kasa, Dato' Ibrahim Ali yang menekankan tunggak pemerintahan Umno mesti berlandaskan ketuanan Melayu.

"Memikirkan Melayu pengkalan kuasanya yang utama, Najib tidak mahu ia terjejas dalam apa jua hal. Akhirnya, di sana ada ketidaksediaan untuk melaksanakan polisi-polisi yang telah dirangka dalam pembaharuan ekonomi dan MBE," jelas Dr Rosli.

Najib juga menurutnya tidak sehaluan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini samalah terjadi sebagaimana ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak sehaluan dengan timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi katanya, Mahathir lebih berani bertindak menyingkirkan timbalannya berbeza Najib tidak mempunyai kekuatan sebegitu.

Ini juga katanya, menyebabkan Najib tidak mampu untuk membuat keputusan yang bijak dan penting yang perlu beliau putuskan kerana kekurangan keberanian.

Muhyiddin juga tegasnya tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Najib dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh beliau.

Ini jugalah katanya, menyebabkan Najib menjadi perdana menteri yang lemah pada masa ini.

Banyak fakta dalam buku sejarah tidak tepat dan diselewengkan

Posted: 27 Aug 2011 10:09 PM PDT

PASPB


Beberapa penulis dan ahli akedemik berkata, kandungan fakta dalam buku teks sejarah adalah tidak tepat dan berat sebelah.

Penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi, yang menulis buku sejak 1990 dan pernah menjadi penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran, berkata, kebanyakan fakta yang terkandung dalam buku tersebut dibanjiri dengan fakta yang salah dan diputarbelitkan.

Dalam temu ramah kepada akhbar The Sun hari ini, Dr Ranjit berkata, beliau pernah cuba memaklumkan kesalahan fakta dalam kandungan buku-buku tersebut, namun telah ditolak oleh pegawai di kementerian terbabit malah mereka menuduhnya sebagai 'anti nasional'.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bahawa sukatan pelajaran sedang dikaji semula dan bakal dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2013.

Lima daripada 10 bab dalam buku teks sejarah tingkatan empat berkisar tentang sejarah Islam berbanding kepada hanya satu bab saja dalam buku teks sebelumnya yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kita kepada sejarah dunia.

"Buku teks sejarah bagi sekolah menengah digunakan untuk mempromosikan kepentingan politik, sepatutnya ia dijuruskan kepada soal ilmuwan dan tidak bermotifkan politik", kata Dr Ranjit Singh Malhi.

Ranjit seterusnya memberi contoh bagaimana sesetengah personaliti tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya, seperti Yap Ah Loy yang memainkan peranan besar memajukan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan lombong bijih, terutamanya selepas kebakaran pada 1881 lalu.

Menurutnya, hanya sebaris ayat sahaja yang terdapat dalam buku teks sejarah tingkata dua menyatakan bahawa Yap sebagai salah seorang yang bertanggungjawab membangunkan Kualal Lumpur.

Pengalaman dan kenyataan Dr Ranjit berkenaan turut dipersetujui oleh Ng How Kuen yang menulis buku sejarah untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK).

Ng melahirkan kebimbangannya bahawa seseorang pelajar itu akan terpaksa menerima sesuatu versi sejarah yang ditetapkan atau menghadapi risiko gagal dalam keputusan keseluruhan peperiksaan tersebut.

Menurut Ng, berdasarkan fakta-fakta yang salah dan diputarbelitkan itu, sudah tiba masanya kandungan fakta buku-buku teks berkenaan dikaji semula.

"Kita selalu terpaksa menerima atau mengikut kurikulum yang disediakan oleh Kementerian pelajaran dan sekali gus membolehkan parti pemerintah memiliki kelebihan dalam mentafsir sejarah kita" – Ng How Kuen

Beliau turut memberi contoh seperti sumbangan komunis dalam menuntut kemerdekaan telah diketepikan dalam fakta sejarah buku-buku teks tersebut.

Justeru, katanya lagi, buku-buku teks sejarah wajar ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan bukan guru-guru kerana ahli sejarah tidak terikat kepada kurikulum yang ditetapkan.

Ng menambah, pelajar tahu fakta sebenar, tetapi oleh kerana buku teks tersebut ditulis mengikut kurikulum yang diluluskan, mereka akhirnya mempelajari sesuatu yang telah diputarbelitkan.

Pendapat tersebut turut dipersetujui pakar sejarah daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus, Khoo Kay Khim.

"Saya rasa masalah sekarang ialah kebanyakan orang yang menulis buku teks bukan menggunakan pengetahuan berasaskan penyelidikan.

"Walaupun penulis yang diberi peluang itu bukan orang yang berpengalaman, sepatutnya tulisan mereka seharusnya dibaca dan dinilaikan oleh ahli sejarah yang mempunyai pengalaman, tapi ini tidak dilakukan, malah saya tahu banyak perkara yang penting tidak dibincangkan dalam buku teks.

"Itu saya rasa satu yang sangat membimbangkan, apa yang berasaskan dokumen dan berasaskan apa yang sudah dipastikan tidak sepatutnya ditolak oleh pegawai-pegawai yang kurang pengalaman dalam bidang sejarah itu," katanya kesal.

Rais mesti minta maaf – RTM siar berita palsu, hasutan mengenai murtad

Posted: 27 Aug 2011 10:07 PM PDT

Roletkini.com


PETALING JAYA – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim perlu meminta maaf bagi pihak TV RTM yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional kerana telah menyiarkan berita palsu dan hasutan menegnai murtad.

Berita yang disiarkan oleh TV1 pada jam 8 malam tadi telah mengaitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP, dengan sebuah laman Facebook yang dinamakan "Murtad in Malaysia & Singapore".

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Rais perlu bertanggungjawab terhadap fitnah yang amat berat itu dengan melakukan siasatan segera terhadap sikap tidak professonal TV1 dan TV3.

Katanya, mereka yang bertanggungjawab menyiarkan berita palsu dan hasutan itu perlu dipecat dari jawatan mereka.

Menurutnya, DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan stesen-stesen TV berkenaan yang telah menyiarkan laporan palsu itu yang mengaitkan pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah dengan laman Facebook tersebut.

Beliau berkata, TV1 turut mengaitkan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim yang juga Adun Kota Damansara yang cuba digambarkan kononnya membelakangi kepercayaan agamanya.

"Berita (palsu) itu sudah tentu disebarkan untuk mengapi-apikan sentiment dan kemarahan orang Melayu dan Islam di negara ini, terutamanya terhadap Pakatan Rakyat, yang mana naman-nama pemimpin mereka telah 'dijumpai' kononnya menjadi sebahagian daripada kumpulan Facebook itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menjelaskan, amat jelas sekali penyiaran berita palsu yang berniat menghasut itu oleh media milik kerajaan dan UMNO adalah sebahagian daripada kerja terkutuk yang terancang untuk memecahkan perpaduan rakyat bagi mengekalkan kuasa Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, keadaan pentadbiran Najib yang amat terdesak kerana semakin kehilangan sokongan rakyat, termasuk sokongan orang Melayu sendiri, telah memaksanya untuk berbuat apa sahaja termasuk perbuatan keji seperti menyiarkan berita palsu dan menabur fitnah.

Malah, tambah beliau, demi kuasa, BN sanggup menggunakan sentimen agama yang boleh menghancurkan negara ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, TV1, sama ada benar-benar jahil atau sengaja tidak mahu tahu fungsi Facebook, bahawa tiada siapa yang dapat menyekat pentadbir mana-mana laman Facebook untuk memasukkan sesiapa sahaja (add to group) dalam kumpulan Facebook tersebut.

Tambahnya, tidak ada syarat yang memerlukan kebenaran sesiapa sahaja yang mempunyai laman Facebook untuk dimasukkan (add) dalam mana-mana kumpulan Facebook.

"Dengan itu, mereka yang dituduh menjadi penyokong laman Facebook tersebut sebenarnya tidak sedar atau tahu nama mereka berada dalam kumpulan tersebut. TV1 telah melanggar etika dalam laporannya kerana tidak mengesahkan berita dengan mereka yang terlibat.

"Sedangkan (TV1) tahu bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat amat mudah untuk dihubungi," ujarnya.

Pua berkata TV1 patut dikenakan tindakan kerana mencipta dan menyebarkan berita palsu untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat jelata.

Beliau menambah bahawa tindakan TV1 menyiarkan berita palsu sama seperti TV3 yang menyiarkan berita palsu pada 21 Ogos lalu yang mendakwa kononnya wujud usaha memurtadkan orang Islam oleh sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur setelah mendapat aduan daripada "Surau Al-Musyrikin" yang tidak pernah wujud sama sekali.

Jelasnya, semua perbuatan jahat itu telah dirancang dengan rapi tanpa mempedulikan kesannya kepada keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara ini.

Pengurusan Pembersihan Awam Di Selangor Diambil Alih PBT

Posted: 27 Aug 2011 10:05 PM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Penduduk di Selangor yang ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan pembersihan awam di kawasan masing-masing kini perlu mengajukannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Alam Flora Sdn Bhd yang sebelum ini mengendalikan perkhidmatan pembersihan awam, dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan itu telah diambil alih sepenuhnya oleh PBT berkuat kuasa 1 Ogos.

Perkhidmatan tersebut mencakupi antara lain pembersihan longkang, menyapu jalan, pembersihan taman permainan, pemotongan rumput, kutipan sampah kebun, kutipan sampah pukal, pembersihan sampah haram dan pelupusan bangkai haiwan.

"Bagaimanapun perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti kutipan sampah domestik di setiap rumah di Selangor masih lagi dikendalikan Alam Flora," kata kenyataan itu.

PAS: Jual Esso kepada firma Filipina bukti BN terus gagal

Posted: 27 Aug 2011 10:03 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — PAS memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation — sebuah syarikat Filipina — dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara.

Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia ialah anak syarikat ExxonMobil International.

San Miguel berkata syarikat itu juga merancang membuat penawaran pengambilalihan mandatori untuk memperoleh baki saham yang tidak dimiliki oleh syarikat selepas cadangan pengambilalihan itu.

Serentak dengan tawaran pengambilalihan Esso Malaysia, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan ExxonMobil International untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo pada paras AS$403.979 (RM1.2 billion) juta.

Cadangan pengambilan alihan itu akan menyediakan San Miguel dengan peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran minyak di luar Filipina.

Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara.

"Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," kata Hadi lagi.

Hadi menambah, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China atas kepentingan strategik.

"Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

"Sekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara," katanya.

Kata Hadi, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

"Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex.

"Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih Esso sekali gus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus," katanya.

Beliau menambah PAS percaya bahawa masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambil alih Esso.

"PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula penstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

"Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis," katanya lagi.

Malah kata beliau, PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar.

Gani Patail nafi dakwaan RPK disogok Ho Hup baiki rumah isteri

Posted: 27 Aug 2011 10:01 PM PDT




KUALA LUMPUR — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.

Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

"Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: "Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan."

"Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal," kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.

Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

Editor Malaysia Today itu juga menyiarkan foto di blognya invois-invois yang dijana daripada komputer, bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama "AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa", satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah "AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa" bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.

Lye dan Low yang masing-masing mempunyai pegangan 28 dan 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.

Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac ini.

Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun lalu.

Murtad: Dakwa Pakatan dengan Facebook, DAP gesa Rais ‘hukum’ TV1

Posted: 27 Aug 2011 09:57 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.

Kandungan laporan itu mendakwa pemimpin-pemimpin itu sebagai anggota kumpulan tersebut.

Laporan itu memetik Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Jurit Ramli berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera kononnya memurtadkan Muslim sebagai ancaman yang sebenar.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memastikan mereka yang bertanggungjawab menyiarkan bahan itu dipecat dengan segera.

"TV1 sangat tidak beretika dalam menyiarkan laporan itu tanpa memastikan kesahihan maklumat dengan pihak-pihak relevan yang dikaitkan oleh laman Facebook terbabit, memandangkan mereka merupakan pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh dihubungi dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pua berkata, TV1 kelihatan jahil ataupun enggan mengetahui bahawa fungsi 'add to group' dalam Facebook tidak boleh menghalang pentadbir kumpulan daripada menambah anda dengan mana-mana kumpulan.

Oleh itu katanya, mereka yang didakwa sebagai penyokong laman sosial itu tidak berhasrat atau tidak tahu bahawa mereka telah menyertai kumpulan tersebut.

Ahli Parlimen itu menambah, saluran tersebut memilih untuk menyebarkan berita palsu dengan menekankan kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kumpulan berkenaan sedangkan ia sepatutnya mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab mengaitkan kepimpinan perikatan itu.

Pua juga mendakwa, media dikawal umno memilih arah aliran liputan berita sedemikian selepas langkah yang sama diambil oleh TV3 pada 21 Ogos kononnya sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama mahu memurtadkan Muslim.

Aduan dibuat oleh Surau Al-Musyrikin ke atas pusat tuisyen itu dan ia telah ditutup sejak itu.

Wakil rakyat dari Petaling Jaya Utara ini mendakwa Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyebabkan ketegangan kaum sebagai salah satu cara untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami amat mengecam tindakan stesen-stesen TV ini dan mahu Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon maaf bagi pihak stesen-stesen TV yang membuat laporan palsu dan bersifat hasutan," katanya lagi sambil menambah, Rais seharusnya mengadakan satu siasatan dengan segera berhubung sikap tidak profesionalisme TV1 dan TV3.

Tiada ulasan: