DIALOG RAKYAT |
- September semakin hampir, siasatan Scorpenes merisaukan Najib
- Disebalik Isu JAIS VS DUMC
- Barang naik : Menteri Umno tipu rakyat lagi
- Tren langgar gajah
- DAKWAAN HINA AGONG, KERAJAAN: AZMIL MUNGKIN SAMAN
- BN kering idea, terpaksa tiru Pakatan Rakyat
- Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, jalin hubungan dengan Umno
- Tak perlu tunggu PSC untuk laksana pilihan raya telus – Saifuddin
- Bukti forensik dan saksi pendakwa rapuh- Anwar
- PR Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Ketidakikhlasan Najib
- Chegubard : Tidak Sedia Jadi Calon, Khairy Pengecut
- PAS: Terus beri rakyat subsidi, jangan hanya belanja projek mega
- Lapan tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel khas Parlimen
- Azizi yang saya kenali
- Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah
- Pemergian Azizi kehilangan besar buat PAS
- Akta Murtad: Pemuda PAS Perak sokong Harussani
- Kerajaan campur aduk subsidi, tanggungjawab
- Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar
- Bebas tuduhan khalwat, Raja Azmi akan buat pendedahan
- Pemuda UMNO timbang hantar pasukan khas bantu Sabah
- Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa
- BN, Pakatan perleceh Kita di Selangor
- Komsas: Penulis teraniaya
- Najib, Nazri didakwa hina Parlimen
September semakin hampir, siasatan Scorpenes merisaukan Najib Posted: 22 Aug 2011 03:13 PM PDT Oleh Chiifen Hiuby Sembilan tahun yang lalu pada tahun 2002, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Menteri Pertahanan, Malaysia telah membeli dua kapal selam serang diesel-elektrik Scorpene dari syarikat Perancis DCNS. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf angkatan tentera laut Malaysia. Ini telah mencetuskan rantaian peristiwa termasuk rasuah, pembunuhan dan seks persis plot sebuah novel terlaris dipasaran. Suatu penyiasatan dijalankan ke atas perjanjian yang berlaku pada tahun 2002 oleh seorang hakim penyiasatan yang dilantik oleh Perancis bertujuan untuk "mendapatkan kebenaran sekitar komisen", mengikut kata ahli kumpulan hak asasi manusia Suara aktivis Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong. Masa sudah semakin hampir untuk pembongkaran kes melalui penyiasatan pihak Perancis. Pada bulan September, Najib dan kerajaan akan berada di bawah penelitian terperinci bukan sahaja untuk rasuah yang dikatakan yang telah dibayar sebagai "komisen" kepada pegawai kerajaan semasa jualan tetapi lebih sensasi lagi kerana pembabitan beliau dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Semasa penjualan dua kapal selam, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai "yuran" oleh DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd, di mana pemegang saham utama syarikat itu adalah isteri rakan rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda. Altantuya, yang mempunyai hubungan sulit dengan Baginda, telah mendapat tahu tentang perkara ini dan menuntut 500,000 euro dari Baginda, satu tindakan yang membawa kepada kematian beliau. Yang lain, seperti yang kita tahu, masih lagi diselubungi misteri. Garis masaBerikut adalah garis masa ringkas untuk kejadian yang berlaku melibatkan jual beli Scorpene: Pada bulan Oktober 2006, warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu telah ditembak di kepala dan diletupkan dengan bahan letupan C4 di Shah Alam. Ini telah mencetuskan perbicaraan sensasi dan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin atasan Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan. Baginda dan dua pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, Polis Tindakan Khas Malaysia dan pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditangkap kerana membunuh.Pada bulan Jun 2008, Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpah telah mengimplikasikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya. Pada bulan Julai 2008, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam hilang sehari selepas beliau memfailkan akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya dan penglibatannya secara langsung dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya. Bala juga mendakwa bahawa Najib pernah mempunyai hubungan seks dengan mangsa, dan Baginda telah mendapatkan Altantuya sebagai kekasih dari Najib.Pada 31 Oktober 2008, Baginda telah dibebaskan daripada dakwaan bersubahat untuk membunuh penterjemah Mongolia, yang telah mempunyai hubungan sulit dengannya. Pada 3 Februari 2009, Sirul merayu kepada mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana dia adalah "kambing hitam yang dikorbankan" untuk melindungi orang-orang yang tidak boleh dinamakan.Pada bulan April 2009, dua anggota polis tindakan khas menerima hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh jelitawan Mongolia.Pada bulan Mac 2010, pegawai-pegawai undang-undang Perancis melancarkan siasatan terhadap penjualan kapal selam Scorpene pada2002 atas permintaan Suaram.Bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon yang diupah oleh Suaram, dihantar pulang dari Kuala Lumpur selepas memberi ucapan pada majlis makan malam Suaram di Pulau Pinang pada hari Khamis. Gajah di dalam bilik Dengan penyiasatan semakin hampir, siri peristiwa dan tindakan yang meragukan oleh kerajaan Malaysia, kes ini tidak lagi boleh diketepikan atau dikatakan sebagai kebetulan semata-mata. Saling pertindihan antara kematian dan Altantuyadan skandal Scorpene tidak mudah untuk dilepas pandang. Dengan banyaknya misteri yang masih menyelubungi kes ini, penting digariskan hubungan antara pembunuhan Altantuya dan skandal Scorpene, serta penglibatan Najib dan Razak dalam kedua-dua peristiwa di atas tidak kekal sebagai 'gajah di dalam bilik'.Mungkin dengan bermulanya penyiasatan ke atas " Operasi Scorpene" pada bulan September, kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya dan sejauh mana amalan rasuah dalam kerajaan kita akhirnya akan diketahui orang ramai. - Malaysia Chronicle | ||
Posted: 22 Aug 2011 03:06 PM PDT Oleh Dr. Siti Mariah Mahmud Saya baru menonton klip rakaman video pemeriksaan JAIS di majlis kesyukuran (thanksgiving) di DUMC. Tujuan klip tersebut ialah untuk mengutuk dan memburukkan PAS dengan peristiwa tersebut hanya kerana PAS tidak mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS atau menghentam DUMC. Saya tak faham kenapa PAS disalahkan didalam hal ini. Sila baca kronologi peristiwa dalam artikel YB Dr Dzulkifli dalam blognya dan juga dalam harakahdaily. DHA buat kenyataan sebagai exco agama menyokong tindakan JAIS. Kalau saya jadi dia pun saya akan percaya kepada pegawai jabatan saya. Kemudian YB KS diminta beri komen, beliau menjawab akan tunggu laporan dari DHA. Sebagai pemimpin, kita tidak boleh terus bantai atau sokong mana-mana pihak sebelum mendapat maklumat lanjut terutamanya dalam isu yang boleh menaikkan suhu kemarahan pelbagai pihak. Bergantung kepada media mana yang melaporkan, sudah ada bias dalam laporan. Mkini dan MI dgn versi mereka (pro DUMC), UM dengan versi pro JAIS. Pemimpin PAS seperti biasa mengambil sikap berhati-hati dan tidak emosi dalam membuat kenyataan akhbar, telah mengambil pendekatan untuk mendapat penjelasan drpd semua pihak. Sementara menunggu untuk berjumpa dgn DUMC dan JAIS, banyak bahan bukti telah didedahkan melalui media cetak dan maya (sedangkan JAIS belum siap dan beri laporan kpd MB). Siapakah yang membocorka bahan bukti dan apa tujuannya? Tidak lain kerana hendak melancarkan perbicaraan melalui media dan menerapkan tanggapan mengikut selera pihak tertentu. Niat PAS utk berjumpa kedua-dua pihak tidak tercapai kerana perkara tersebut telah dipolitikkan dan kedua-dua pihak menangguhkan pertemuan. Maka pada ketika itu PAS membuat pendirian meminta JAIS mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terbabit kerana hangat diperkatakan terdapat bukti-bukti kukuh. Lagi lama ditangguhkan, suhu kemarahan pelbagai pihak akan naik dan mungkin tercetus perkara yang tidak diigini. Pihak tertentu mungkin suka kekacauan tercetus supaya senang ditebar jala ISA seperti pernah berlaku dalam 1980an dahulu. Pemimpin PAS YB KS dan Mat Sabu diantara yang ditahan ISA kerana menentang satu persidangan antarabangsa kristian yang hendak diadakan di ibu kota. Bayangkan sekiranya PAS lompat masuk ke dalam "bandwagon" mengutuk DUMC yang belum dibuktikan bersalah. Dalam keadaan umat kristian Negara ini turut merasakan mereka dimangsakan dan api kemarahan mereka juga meningkat dengan rentetan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka (hendak menjadi Negara ini Negara kristian) dan umat Islam pula merasakan anak cucu mereka dalam proses untuk dimurtadkan, apa pun boleh terjadi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaungi rakyat berbilang bangsa dan agama perlu objektif dalam pertimbangan mereka. Yang hairan mana suara yang mengutuk Perdana Menteri atau pimpinan UMNO yang diam seribu bahasa? Pihak-pihak yang kutuk PAS bukan sangat nak perjuang isu murtad tapi mengambil kesempatan ini untuk memberi tanggapan yang PAS sudah tidak perjuangkan Islam seperti tertera dalam rakaman video tersebut. Semua ini pelan saraf menghadapi PR untuk memastikan orang Melayu Islam marah kepada PAS apabila fakta sebenar diselewengkan. Perasaan semua penganut agama perlu dijaga dalam negara majmuk seperti Malaysia. Bukan sahaja penganut Islam. Yang bersalah adalah segelintir penganut kristian, tapi cara pemberitaan telah memberi gambaran semua orang kristian jahat kerana hendak memurtadkan orang Islam. Seorang ahli DHPP beragama kristian katolik mengaku yang ada kumpulan evangelis yang memang berusaha menyampaikan ajaran kristian kerana dalam kitab mereka diperintahkan ajaran Christ disebarkan. Beliau tidak setuju dengan kumpulan-kumpulan tersebut kerana melanggar perlembagaan Negara ini. Malah menurut beliau mazhab katolik tidak bersetuju dengan pendirian kumpulan-kumpulan Evangelis tersebut. Hari ini (22hb Ogos), Sinar menyiarkan pengakuan bekas padri kristian yang memeluk Islam mengaku pernah memurtadkan orang Islam ke agama kristian dan dia kini berusaha untuk "memurtadkan" orang kristian ke Islam. Apakah pemberitaan sebegini tidak menghiris perasaan orang kristian? Kalau suatu masa dahulu, sebelum 2008, semasa BN mendapat sokongan kuat rakyat, berita sebegini tidak akan disiarkan. "Self censorship" para penyunting akhbar tidak akan mahu menanggung risiko permit mereka akan ditarik balik kerana sifat sensitif berita yang akan menimbulkan kegelisahan rakyat jelata. Tidak timbul PAS nak jaga undi org kristian kerana kebanyakan orang kristian adalah pengundi bandar dan PAS bertanding di kerusi-kerusi melayu majoriti iaitu diluar bandar. Di sabah dan sarawak pun PAS bertanding kawasan majoriti Islam. Kalau PAS nak jaga undi orang melayu Islam dan nak main politik dalam isu ini, PAS akan turut menghentam kristian. Pemimpin PAS tidak lah dungu sangat nak jaga undi 10% undi kristian dan hilang undi majoriti Melayu Islam. Yang jelas ada pihak yang gian sangat nak gambarkan PAS sudah tidak perjuang Islam dan nak biarkan orang Islam murtad. Rasional lah sikit. Isu murtad bukan baru. Sudah lama bahan-bahan bacaan kristian ada di tempat umum. Di hotel-hotel , bible gideon ada dalam semua bilik hotel. Bukan kerajaan tidak tahu semua ini. SB yang begitu efisien mencari maklumat pembangkang sudah pasti memberi laporan mengenai pusat-pusat pengkristianan kepada kerajaan. tapi tiada tindakan pun yang diambil. YB kulim mulanya terkenal dengan menjaja isu ini bila dia berceramah lama sebelum beliau terlibat dengan politik. Mufti perak juga membuat pendedahan tp cuba lihat balik apa respon pihak kerajaan. Diam seribu bahasa. PAS tidak mahu main politik dalam hal ini. Bila kita memerintah tahulah kita bagaimana hendak memastikan orang islam tidak mudah dimurtadkan. Kita pastikan benteng akidah dibina supaya di mana sahaja anak muslim pergi dia boleh mempertahankan akidahnya. Di Selangor, semenjak DHA menjadi exco agama kita lihat bagaimana penyuburan majlis ilmu dimasjid-masjid dan surau berlaku. Ada yang komen solat terawih di masjid negeri terasa seperti suasana di tanah suci!. Apa pun kita kena ingat murtad tidak boleh dihalang oleh undang2 semata-mata. Berdetik sahaja dalam hati mensyirikkan Allah swt kita sudah murtad. Ramai yang tak sedar tergelincir dari Islam tanpa perlu masuk kristian. Bila kita sanggah hukum Allah, kita sudah murtad. Bila kita hina hukum Allah, kita sudah murtad. Undang-undang boleh menghalang penyebaran agama lain kpd org Islam dan ianya hanya akan berjaya jika akidah muslim lemah atau orang Islam sudah hilang harga diri muslim apabila terlalu miskin dan jahil atau lemah iman (hadith yang bermaksud kefakiran hampir kepada kekufuran). Apakah akidah melayu muslim yang berpegang kepada iktiqad dan yakin yang melayu tidak boleh hidup dan maju tanpa UMNO tidak terjejas? Kenapa JAIS atau JAKIM tidak bertindak terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan hukum hudud hukum kuno, hukum hudud tidak sesuai dengan zaman dan seumpamanya. Saya minta NGO-NGO Islam yang begitu beria-ia benar mengutuk MB untuk menggali sejarah politik tanahair dan menggesa JAKIM bertindak keatas kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang menghina Islam dan "memurtadkan" umat Islam dengan memberi gambaran kepada umat Islam yang memberi rezeki kepada rakyat adalah mereka! | ||
Barang naik : Menteri Umno tipu rakyat lagi Posted: 22 Aug 2011 03:03 PM PDT Oleh Sofi Wahab Maka berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan. "Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna. "Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini," katanya dipetik Bernama Online. Kalau macam itu tak perlu jadi kerajaan kerana gagal mencari kaedah untuk mengawal atau menurunkan harga barang. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan memberikan sedekah RM19bilion kepada IPP dan RM4bilion kepada Pengusaha Lebuhraya berjumlah. Selain itu kerajaan berlepas tangan dengan ketirisan akibat rasuah dan penyelewengan sebanyak RM28bilion. Bayangkan jika RM19bilion dicampur RM4bilion dan RM28bilion bermakna RM51bilion dibazirkan oleh kerajaan. Sepatutnya wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan. Jika kerajaan BN sudah tidak mampu untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat eloklah mereka berundur dan memberikan laluan kepada PR pada PRU 13 nanti. | ||
Posted: 22 Aug 2011 04:30 AM PDT Oleh Ramly Ibrahim MATI...seekor daripada dua gajah liar mati dirempuh kereta api ekspres. KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan. Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain. "Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung," katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.
"Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai. "Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang," katanya. Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar. | ||
DAKWAAN HINA AGONG, KERAJAAN: AZMIL MUNGKIN SAMAN Posted: 22 Aug 2011 04:28 AM PDT RONTOG DAILY Saman malu. Itu tindakan yang sedang dipertimbangkan oleh Azmil Mustapha berhubung isu ceramahnya di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang yang telah menimbulkan kontroversi ekoran beberapa komen yang dibuatnya dalam ceramah tersebut. Bekas penyanyi dan pelakon 80an itu mendakwa laporan yang disiarkan oleh pihak akhbar tentang ceramahnya yang dikatakan berbau politik itu telah diambil di luar konteks. "Saya sedang menimbangkan untuk saman malu, bukan saja pada mereka yang membuat laporan tersebut bahkan pihak akhbar yang menyiarkannya kerana melaporkan tanpa memeriksa terlebih dulu betul atau tidak kejadian itu berlaku," kata Azmil ketika dihubungi Ahad. Dia mendakwa isi ceramahnya telah diputar belitkan dan laporan yang dibuat adalah di luar konteks, termasuk komennya tentang haji dan zakat yang tidak diterima Allah terhadap seorang tua yang telah bangkit meninggalkan masjid tersebut. "Saya tidak membuat teguran itu ke atas mana-mana atau sesiapa secara individu dan ayat-ayat yang saya guna dalam ceramah adalah ayat Al Quran. "Dan, saya ada sebut, kalau saya salah, maka salahlah Al Quran.Tapi kemudiannya ada laporan sebut yang saya tolak Al Quran. Banyak yang diambil diluar konteks," katanya yang kini telah bermastautin tetap setelah lima tahun berada di Syria. "Saya bagi ceramah di ratusan tempat, tetapi tidak pernah pun ada masalah. Kandungan ceramah saya serupa, hanya diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian tempat," katanya yang akan mengadakan ceramah yang sama di Kedah esok. "Lepas saya balik dari Kedah itu, baru saya fikirkan dan bincang bersama peguam saya, berdasarkan laporan polis. Setakat ini saya belum lagi melihat laporan itu," katanya yang mahu bertemu Jais minggu depan. | ||
BN kering idea, terpaksa tiru Pakatan Rakyat Posted: 22 Aug 2011 04:26 AM PDT Komentar Roketkini Dalam keadaan serba daif tanpa mempunyai peruntukan dana berbilion ringgit, Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kajian untuk membebaskan rakyat daripada belenggu ekonomi, dengan menumpukan kepada 60 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Dua minggu setelah jawatankuasa Pakatan tersebut membuat pengumuman itu, kerajaan Barisan Nasional tanpa segan-silu telah meniru pendekatan itu. Semalam, kerajaan BN mengumumkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Media melaporkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menyatakan kerajaan BN memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang. Pandai tiru, malu mengaku Walau pun BN malu untuk mengakui ia meniru cadangan pembangkang, ini tidak menjadi hal kepada Pakatan kerana ia adalah sebahagian usaha untuk mewujudkan satu budaya baru, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai. "Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang menganggotai jawatankuasa bajet alternatif Pakatan. Beliau menambah, Pakatan telah pun bersedia bersikap terbuka jika BN berhasrat untuk meniru bajet Pakatan, asalkan yang beroleh faedah ialah rakyat jelata. Liew turut berharap BN meniru idea Pakatan secara lebih meluas lagi, termasuk mengubah dasarnya kerana tumpuan masa kini terhadap kroni mereka sahaja telah menjejaskan kehidupan rakyat. Apa pun, walau pun memang baik untuk BN meniru perkara-perkara yang baik demi kebaikan rakyat, ia agak memalukan kerana BN terpaksa mencuri idea orang lain tanpa memberi pengiktirafan yang sewajarnya. Apatha lagi apabila disedari bahawa berbilion ringgit wang rakyat dan hasil negara digunakan untuk mewujudkan pelbagai entiti yang semakin sukar untuk dihafal nama-mana mereka seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan banyak lagi. Begitu juga dengan program-program ekonomi yang berbunyi seperti kedai cenderamata, contohnya kedai barang 1Malaysia di bawah Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar), yang mana ia pula diletakkan di bawah Projek-Projek Permulaan (EPP). Apa guna kedai 1Malaysia jika kroni bermaharajalela Jadi apa peranan kedai 1Malaysia jika masalah ekonomi yang berpunca daripada kemelut ekonomi cpitaan BN melalui kronisme dan salah guna kuasa terus berleluasa? Masalahnya ialah walau pun puluhan singkatan nama diwujudkan dengan belanja yang amat besar, pembaziran, salah guna sumber kewangan dan member keutamaan kepada kroni masih menjadi amalan lumrah kerajaan BN. Liew menjelaskan monopoli yang wujud sekarang menyebabkan rakyat menderita kesan kenaikan harga dan tekanan belanja keluarga, dan ini akan berterusan bagi bulan-bulan mendatang. Sayangnya, apabila rakyat berdepan dengan masalah serius ini, kerajaan BN bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Selain program-program bersifat kosmetik yang indah dengan singkatan-singkatan nama, BN seperti mana biasa apabila gagal menyelesaikan masalah rakyat, hanya mampu menyalahkan pihak luar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dipetik media sebagai berkata, kerajaan BN tidak mempunyai kuasa menentukan kenaikan harga barang kerana ia "ditentukan oleh pasaran dunia". Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN memberi monopoli padi dan beras kepada Bernas atau monopoli kartel MAS- Air Asia yang bakal menghadkan pilihan rakyat dan seterusnya menghadapi kemungkinan kenaikan tambang udara? Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN untuk memotong subsidi bagi barang dan perkhidmatan keperluan rakyat sedangkan subsidi untuk kroni-kroni dikekalkan? Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan masalah korupsi, kronisme dan salah guna kuasa kerajaan BN yang menyebabkan ekonomi terbantut? Mangsanya tetap rakyat jelata Yang telah, sedang dan akan terus menjadi mangsa jika BN kekal berkuasa ialah rakyat jelata. Malah kalangan Melayu, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah, yang menyangka UMNO dan BN adalah pelindung mereka buat selama-lamanya adalah antara yang paling teruk dilanda kesan kemelut ekonomi negara. Justeru, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, sewaktu melancarkan kempen anti-harga barang naik atau "Protes BN" semalam, telah meminta orang Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam. Beliau berharap orang Melayu meniru sikap positif kaum Cina yang berani bertegas dalam pilihan raya untuk menolak calon-calon dari parti pemerintah yang tidak menunaikan amanah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab. Beliau turut meminta orang Melayu tidak terlalu emosi dengan bergantung kepada isu perkauman dan keagamaan yang telah dipolitikkan, sebaliknya perlu lebih sensitif kepada isu-isu pembaziran dan rasuah. Sama ada BN mahu terus meniru idea Pakatan atau tidak, ia bukan persoalan utama. Isunya ialah sejauh mana rakyat sanggup menahan derita dibohongi BN, dan apabila BN terdesak, difitnah pula dengan isu-isu kaum dan agama. | ||
Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, jalin hubungan dengan Umno Posted: 22 Aug 2011 04:23 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat. Anwar berkata, Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis. Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa. "Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Anwar juga berkata, mengikut keterangan Saiful, dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Jun 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja. Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful mempunyai peluang dan sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas dengan memberi alasan takut. "Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi. Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut, Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan." "Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya. "Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari," kata Anwar. "Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi. "Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau. Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Selain itu, Saiful juga berjumpa Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. "Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya. | ||
Tak perlu tunggu PSC untuk laksana pilihan raya telus – Saifuddin Posted: 22 Aug 2011 04:22 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kerajaan tidak perlu menunggu pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini. Sebaliknya kerajaan mampu melaksanakan tuntutan Gabungan Bersih 2.0, sekiranya ikhlas berbuat demikian tanpa menunggu penubuhan jawatankuasa itu. "Keputusan segera boleh dibuat dan tidak perlu menggunakan PSC sebagai jalan penyelesaian. Contohnya penggunaan dakwat kekal yang sampai sekarang tidak mempunyai jawapan walhal dakwat tersebut telah pun dibeli tahun 2008 dulu. "Ini termasuk dengan isu pemilih dalam daftar pengundi SPR yang diragui kebersihannya," kata Saifuddin ketika dihubungi Keadilandaily.com. Beliau berkata demikian ketika memberi respon berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengegaskan pilihanraya umum akan diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan penubuhan PSC. Ahli Parlimen Machang itu berkata, pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran negara (JPN) dan pihak polis sepatutnya membantu menyelesaikan isu seperti pengundi bertindih dan pengundi hantu yang berada dalam daftar pemilih SPR. "Jadi tidak ada masalah dari pihak SPR untuk mengemaskinikan data mereka jika mereka bekerjasama dengan pihak polis serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara langsung. Ini semua tidak perlu menunggu PSC," kata beliau. Menyifatkan kerajaan tidak serius melaksanakan reformasi pilihanraya, Saifuddin juga mengkritik jawatankuasa itu dengan menyifatkan ia tidak memberi kesan, selain tindakan terdesak untuk menyedapkan hati pelbagai pihak. "Jawatankuasa seperti ini sebenarnya sudah beberapa kali ditubuhkan dalam banyak isu. Cuma masa kali ini, ianya ditubuhkan kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat tekanan Gabungan Bersih 9 Julai lalu. "Perdana Menteri mengalami masalah dari sudut reputasi dan kredibilitinya dalam melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya. Berdasarkan perkara itu, katanya, cadangan PSC itu juga tidak menunjukkan kesungguhan melaksanakan sistem pilihan raya bersih dan adil seperti dituntut banyak pihak. "Ianya hanyalah satu tindakan penyelesaian jangka pendek bagi mengendurkan kemarahan rakyat seperti menyimbah air ke dalam api," katanya. | ||
Bukti forensik dan saksi pendakwa rapuh- Anwar Posted: 22 Aug 2011 04:21 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pendakwa dalam kes fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berjaya membuktikan penemuan cecair air mani atau sperma dalam keterangan forensik yang menjadi asas kepada pendakwaan. Hakikatnya kata Anwar, tidak ada bukti DNA yang dijumpai di tempat kejadian dikatakan berlaku termasuk di dalam tandas, tempat tidur, permaidani atau di tempat lain. Anwar berkata, penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira sengaja melanggar standard operasi dan arahan pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Fong apabila lewat menghantar sampel tersebut kepada ahli kimia selama 43 jam. "Kelewatan 43 jam dihantar kepada ahli kimia bermakna sampel tersebut berusia lebih 90 jam pada waktu diperiksa ahli kimia. Tidak syak lagi, sampel tersebut telah tercemar,' ujarnya ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Sementara itu, menurut Anwar, tiada hujah praktikal dan undang-undang untuk membenarkan DSP Jude membuka bungkusan P27 yang mengandungi sampel berkenaan, yang jelas untuk mendapatkan akses kepada sampel tersebut. Anwar juga menceritakan salah seorang saksi iaitu Dr Siew Sheue Fong tidak merujuk kepada nota perubatan sewaktu pemeriksaan balas, walaupun tidak mengingati butirannya. Namun, pada ketika perbicaraan berhenti rehat, Siew dilihat mencuri-curi untuk membaca nota perubatannya. "Ini adalah perbuatan tidak jujur seorang doktor profesional yang sepatutnya berkelakuan adil dan bebas, secara terang-terang diabaikan," kata Anwar. Dalam pada itu, Dr Siew dan seorang lagi doktor dari HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim sengaja memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan penting yang dikemukakan peguam bela dan memberi keterangan meragukan. Manakala Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong menerima 12 sampel dari HKL dengan dua daripadanya ditanda dengan tarikh yang sangat berbeza. Seah mengakui tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew lantas memberi keterangan bahawa dia memberi 'manfaat keraguan' kepada Dr Siew. Menurut Anwar, pihak pembelaan mengemukakan bahawa tindakan pelanggaran peraturan asas dalam protokol makmal antarabangsa Jabatan Kimia Malaysia adalah serius. Jelas beliau, walaupun pendedahan itu dibuat secara terang-terangan dengan kegagalan penguatkuasaan peraturan yang ketat, bukti yang dibawa oleh Dr Seah masih tetap diterima, sedangkan ia sepatutnya dibuang atas sebab-sebab ketidakcekapan dan kecuaian melampau. Dalam kenyataan membela diri, Anwar turut mengkritik keputusan hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah kerana gagal memastikan keadilan berlaku dalam kes itu. | ||
PR Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Ketidakikhlasan Najib Posted: 22 Aug 2011 04:19 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang SHAH ALAM : Satu perbincangan mengenai ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Rabu ini. Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC). Katanya, ini kerana beliau berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian sambil menyuarakan kekesalan PAS. "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang. "Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. "Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut Tuan Ibrahim, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. "Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. "Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. Ujarnya lagi, PAS menegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. "Sila perbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya. | ||
Chegubard : Tidak Sedia Jadi Calon, Khairy Pengecut Posted: 22 Aug 2011 04:17 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi SHAH ALAM : Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan kesedianya menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang disifatkan sebagai tidak wajar. Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, ini kerana apa yang dilakukan Khairy adalah amalan lazim dalam parti Umno yang tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat sebenar. "Sebenarnya mereka tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat, seharusnya selaku ketua Pemuda Umno dan bertaraf Naib Presiden Umno, Khairy sepatutnya menunjukkan sikap bahawa Umno itu menghormati demokrasi akar umbi"katanya memberitahu Tv Selangor. Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Khairy sepatutunya yakin dengan kuasa akar umbi dalam menentukan dirinya kekal bertanding di kerusi Rembau dan bukannya membuat kenyataan akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan sekaligus menafikan amalan demokrasi akar umbi. "Dia (Khairy)tidak seharusnya menunjukkan sikap akur dengan teruja pada kedudukan presiden Umno dengan keadaan sedemikian rupa, sebaliknya dia harus memberi kenyataan bahawa dia yakin dengan jentera akar umbi di peringkat Rembau yang mahukan dia bertanding dengan khidmat yang dilakukan selama ini,"ujarnya. Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang. Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang. "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi, lapor Bernama Online. Mengulas lanjut perkara tersebut, Chegubard menjelaskan kenyataan seumpama itu adalah amalan lazim calon Umno dalam memastikan kedudukan mereka terus kekal walaupun menafikan hak akar umbi dalam sistem demokrasi yang sihat. "Ini hanyalah pengulangan episod-episod lama yang mana kisahnya terpulang kepada presiden, "putih bagi presiden, putihlah kepada kami", hitam bagi presiden, hitamlah bagi kami", tetapi kepada rakyat apa jadi, kepada orang bawahan Umno apa jadi? Apa yang jelas pihak tertinggi tidak akan dengar dan peduli dengan suara mereka," jelasnya. "Inilah yang pada akhirnya apabila selepas pilihanraya semua perkara adalah betul dan tidak boleh ditegur oleh akar umbi, saya lebih saya lebih suka menarik perhatian rakyat kearah itu daripada menyetuh isu polimik dalam Umno yang tidak pernah sudah da semakin meruncing sejak multakhir ini." tambahnya. | ||
PAS: Terus beri rakyat subsidi, jangan hanya belanja projek mega Posted: 22 Aug 2011 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR — PAS mahu kerajaan terus menghulurkan subsidi agar rakyat dapat berhadapan dengan kesan kenaikan harga global. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak perlu memotong subsidi sekiranya ia dapat menguruskan pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dengan baik. Katanya, membantu rakyat menerusi subsidi adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan oleh itu, tindakan mengurangkan subsidi akan menyebabkan kesan ke atas Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum nanti. "Ini tanggungjawab sosial kerajaan... subsidi kesihatan, makanan, pendidikan. Ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan seharusnya digunakan untuk subsidi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. "Meskipun harga global mengalami kenaikan, kerajaan masih boleh terus memberi subsidi jika ia pandai," katanya lagi. Mahfuz (gambar) berkata, kempen antikenaikan harga barang atau Protes BN yang dilancarkan kelmarin bertujuan mengetengahkan tindakan kerajaan yang membelanjakan sewenang-wenangnya ke atas projek mega berbanding usaha membantu rakyat. "Bagaimana anda boleh mengurangkan subsidi bagi makanan dan barang-barang keperluan lain? Subsidi adalah cara yang baik untuk mengagihkan kekayaan di kalangan rakyat. "Wang dibazirkan menerusi perbelanjaan projek keterlaluan, sebaliknya ia harus digunakan untuk subsidi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan BN tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan. "Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna. "Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini," katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN. | ||
Lapan tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel khas Parlimen Posted: 22 Aug 2011 04:10 AM PDT KUALA LUMPUR — Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan," kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan. Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih, 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada "pertubuhan bukan kerajaan sah" yang membentuk gabungan tersebut. "Tiada guna kita adakan jawatankuasa pilihan khas jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti-parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai," kata beliau. Usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet. Nazri juga berkata SPR juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada mesyuarat 7 September ini. | ||
Posted: 22 Aug 2011 04:04 AM PDT
| ||
Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah Posted: 22 Aug 2011 04:02 AM PDT
| ||
Pemergian Azizi kehilangan besar buat PAS Posted: 22 Aug 2011 03:58 AM PDT
| ||
Akta Murtad: Pemuda PAS Perak sokong Harussani Posted: 22 Aug 2011 03:57 AM PDT
| ||
Kerajaan campur aduk subsidi, tanggungjawab Posted: 22 Aug 2011 03:55 AM PDT
| ||
Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar Posted: 22 Aug 2011 03:53 AM PDT
| ||
Bebas tuduhan khalwat, Raja Azmi akan buat pendedahan Posted: 22 Aug 2011 03:51 AM PDT PETALING JAYA - Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.
- mStar | ||
Pemuda UMNO timbang hantar pasukan khas bantu Sabah Posted: 22 Aug 2011 03:50 AM PDT PARIT - Pergerakan Pemuda UMNO mungkin menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu jentera Pemuda di sana mendaftarkan anggotanya sebagai pemilih. | ||
Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa Posted: 22 Aug 2011 03:44 AM PDT MAKKAH - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti. | ||
BN, Pakatan perleceh Kita di Selangor Posted: 22 Aug 2011 03:42 AM PDT "Kita tidak sesuai bertanding di Selangor. Sepatutnya bertanding di tempat lain iaitu negeri yang sedang membangun bukannya di Selangor," katanya. PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) bukan ancaman kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN)dalam pilihan raya akan datang khususnya di Selangor, kata pemimpin kedua-dua parti itu hari ini. Pakatan Rakyat dan BN berpendapat Kita pimpinan bekas orang kuat Umno Datuk Zaid Ibrahim akan kalah teruk di Selangor. Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip menegaskan, "sukar parti baru seperti Kita untuk menang terutama dengan nama-nama calon yang tidak dikenali. "Saya tidak nampak Kita akan menjadi ancaman kepada Pakatan Rakyat," katanya. Beliau mengulas keputusan Kita yang hanya menumpukan untuk bertanding di Selangor dan Kelantan sahaja dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusan tersebut diumumkan Zaid. Menurut Rozan, Pakatan Rakyat akan terus mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. "Walaupun baru tiga tahun memerintah Selangor pelbagai projek rakyat dibuat di negeri itu. "Berbanding BN, Pakatan Rakyat lebih ke depan dalam melaksanakan projek yang telus untuk rakyat. "Satu lagi ialah penyokong Pakatan Rakyat tidak mengutamakan peribadi calon tetapi mengutamakan parti," tambahnya. Bekas Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Shahadan memberitahu, tidak nampak Kita mempunyai peluang untuk menang di Selangor. Katanya, di Selangor hanya parti politik yang besar boleh bersaing sesuai dengan status negeri maju. "Kita tidak sesuai bertanding di Selangor. Sepatutnya bertanding di tempat lain iaitu negeri yang sedang membangun bukannya di Selangor," katanya. Suhaimi berkata, saingan sebenar di Selangor ialah antara BN dan Pakatan Rakyat. | ||
Posted: 22 Aug 2011 03:38 AM PDT Mesyuarat penyelesaian isu yang kononnya dibatalkan pada saat akhir turut mengundang pelbagai persoalan. Apabila saya menulis artikel "Komsas Abai Hak Cipta?" minggu lalu, saya mengharapkan reaksi positif dan profesional daripada pihak terbabit bagi menyelesaikan masalah. Malah, saya berharap dapat menulis "berita baik" pada kali ini serta memuji sikap Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd dalam merungkai isu berkaitan hak cipta dan hak royalti penulis yang karya mereka terpilih sebagai teks Komsas. Sebaliknya pula yang berlaku di mana kelemahan dan "nanah" pelbagai pihak mula terdedah sejak seminggu lalu. "Kami tak kisah. Hantar sajalah surat apa pun. Kami ada peguam," kata Puan Julie Looi, Pengurus Penerbitan, Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd apabila dihubungi pada petang 15 Ogos 2011. Saya menelefon beliau pada jam 3:30 petang untuk bertanyakan mengenai novel 'Cempaka Putih Untukmu' karya Rohani Deraman yang menjadi isu kerana penerbit menafikan hak pengarang terhadap karya itu. Looi juga mengelak daripada menjelaskan bagaimana novel itu boleh diterbitkan syarikat lain, iaitu Nur-Ilmu Sdn Bhd, untuk tujuan Komsas. "Kami tak kisah. Hantar sajalah surat apa pun. Kami ada peguam. Penulis sudah jual manuskrip kepada kami. Jadi, semua itu hak kami. Penulis hanya perlu kirim surat memberi izin kepada Nur-Ilmu Sdn Bhd untuk edit karya itu mengikut kriteria ditetapkan Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran," katanya. Sementara itu, Haji Mohd Nor Azmi Sirat dari Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran ketika dihubungi pada tarikh sama menjelaskan bahawa kementerian berkenaan tidak ada sebarang kuasa dalam isu ini. "Kami tiada kuasa dalam soal bayaran royalti oleh penerbit kepada penulis. Kami membeli novel daripada penerbit tapi tidak ada hak campur tangan urusan antara penerbit dan penulis," kata beliau yang mengaku pernah beberapa kali dihubungi Rohani untuk membincangkan perkara sama. Katanya, Kementerian Pelajaran tidak ada kuasa mengambil tindakan terhadap penerbit walaupun terbukti penulis teraniaya, seperti dalam kes Rohani. "Lagi susah kalau melibatkan novel, walaupun ia terpilih sebagai teks Komsas. Isu ini telah dimaklumkan sendiri oleh Rohani kepada kami. Tindakan susulan telah dibuat kepada aduan yang diterima," katanya tanpa menjelaskan apakah tindakan susulan itu. Haji Mohd Nor Azmi juga mempelawa saya dan Rohani pergi bertemu beliau "untuk perbincangan dan penjelasan". Maka, saya mengirim e-mel untuk mengatur pertemuan bersama Pengarah BBT, Encik Jame @ Maikal Alip; Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan wakil Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd bagi menyelesaikan isu secara baik dan profesional. Satu lagi kes Sajak "Seorang Insan Istimewa" yang ditulisnya menggunakan nama pena Natasya Puteri termuat dalam antologi 'Apologi Kepada Alam' (Nur-Ilmu Sdn Bhd, 2010) sebelum terpilih sebagai salah satu teks Komsas Cerpennya berjudul "Budi Semangkuk Daging" termuat dalam antologi 'Budi Semangkuk Daging' (Nur-Ilmu Sdn Bhd, 2010) sebelum terpilih sebagai salah satu teks Komsas dan bakal terbit dalam antologi terbitan DBP. Sama seperti nasib Rohani, penerima Anugerah Penulis Harapan Negeri Kelantan 2005 ini dinafikan hak terhadap karyanya dan tidak mahu dibayar royalti oleh penerbit. "Sudah banyak kali saya hubungi penerbit tapi jawapan yang diberi adalah sama, iaitu mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menolong saya mendapat royalti kerana karya-karya itu bukan lagi milik saya," katanya dengan sedih mengenangkan nasib diri dan para penulis sepertinya. Rohani dan Amy sudah memberi kebenaran bertulis kepada saya untuk mewakili mereka "dalam membincangkan isu ini bersama Kementerian Pelajaran, penerbit terbabit atau mana-mana pihak yang difikirkan perlu". Pada 16 Ogos, pegawai BBT menghubungi Rohani dan Amy untuk meminta mereka menghadiri mesyuarat bersama Pengarah BBT, Ketua Pengarah DBP dan wakil Mega Setia Emas/Nur-Ilmu. Kedua-dua penulis sudah menjelaskan bahawa saya akan hadir mewakili mereka dalam perbincangan itu bagi mencari penyelesaian terbaik. Saya juga mengirim e-mel sebanyak tiga kali kepada Haji Mohd Nor Azmi untuk mengesahkan kehadiran saya. Sementara itu, agak menarik juga bahawa beberapa pihak tiba-tiba rancak mengatur mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu yang didedahkan menerusi artikel "Komsas Abai Hak Cipta?" Malah, ada pihak tertentu yang menghubungi beberapa penulis dan "menasihatkan" mereka supaya tidak "mendedahkan" apa-apa kepincangan dalam Komsas kepada saya! Hasilnya, beberapa lagi penulis menghubungi saya untuk mengadu nasib! Kata mereka: "Sebelum ini, kami mengadu dan merayu kepada mereka hampir setiap minggu tetapi mendapat jawapan yang amat mengecewakan. Kini, apabila Uthaya dan Kavyan mahu menolong, mereka cuba menghalang pula!" Hakikat amat nyata: Ada banyak kes tentang royalti karya dalam Komsas. Puncanya kerana tidak dibuat secara jujur oleh para penerbit serta kelemahan kaedah penerbitan oleh kementerian terbabit. Sebagai persiapan bagi pertemuan/mesyuarat pada 18 Ogos, saya meneliti segala maklumat dan dokumen yang diserahkan oleh para penulis; khususnya Rohani dan Amy. Saya mendalami juga Akta Hak Cipta 1987 yang secara nyata membuktikan para penulis ini teraniaya dan dinafikan hak mereka yang sah di sisi undang-undang. Pada tengah hari 18 Ogos, saya menelefon Haji Mohd Nor Azmi untuk bertanya lokasi pertemuan/mesyuarat. "Mesyuarat petang ni tak jadi. Pengarah kata batal sebab penulis tak dapat datang," jawabnya dengan nada teragak-agak. Dasar pecah dan perintah Agaknya mereka telah mengharapkan Rohani dari Johor Bahru dan Amy dari Kota Bharu meninggalkan segala urusan, lalu menaiki pesawat dan limosin untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Lalu, apabila BBT mendapat tahu bahawa hanya seorang individu yang memandu kereta MyVi akan datang sebagai wakil sah, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan! Pembatalan mesyuarat itu secara tiba-tiba membuatkan saya semakin yakin bahawa ada banyak perkara yang tidak kena dalam isu Komsas. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat jelata. Atau mungkinkah Rohani dan Amy diharapkan hadir supaya dapat dipujuk pihak tertentu dan menandatangani dokumen tertentu yang bakal membuatkan mereka hilang kuasa menuntut sebarang royalti dan hak terhadap karya mereka? Biar penerbit dapat habuan! Atau mungkinkah juga ada pihak yang cuba mengamalkan dasar pecah dan perintah? Tidak mahu penulis bergabung tenaga dan bekerjasama dalam menuntut keadilan dan hak? Mahu golongan penulis terus terpisah-pisah supaya lebih mudah diperhambakan dan dihisap darah mereka secara rakus? Biar penerbit untung besar! Tidak salah jika kita tertanya-tanya: Kalau semua pihak yang terlibat dalam penerbitan teks Komsas adalah bersih, jujur, amanah dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa (rasuah, misalnya), maka apa yang perlu ditakutkan? Pada pagi 19 Ogos, saya mendapat pengesahan daripada pegawai tertentu bahawa mesyuarat pada 18 Ogos tetap berlangsung seperti dijadualkan. Lalu, mengapa Haji Mohd Nor Azmi "menipu" saya, dan atas arahan siapa? Mustahil Putrajaya akan musnah akibat banjir, gempa bumi atau Trisula Dewa Shiva (baca: petir) semata-mata kerana saya hadir sebagai wakil sah bagi Rohani dan Amy dalam membincangkan isu berkaitan hak mereka yang sah. Dalam pada memikirkan pelbagai persoalan seperti itu, saya juga semakin banyak menerima maklumat daripada beberapa pihak yang semakin berani tampil bercerita demi "keadilan bagi golongan penulis". Agak menarik juga apabila melihat senarai puisi, cerpen dan novel Komsas serta syarikat mana yang "memegang" hak cipta kebanyakan karya berkenaan! Saya akan meneliti, mendalami dan menyaring segala maklumat itu serta mungkin perlu menulis mengenainya secara lebih menyeluruh, terperinci dan terbuka dalam masa terdekat.
Uthaya Sankar SB turut mengemas kini perkembangan isu ini di www.facebook.com/uthaya | ||
Najib, Nazri didakwa hina Parlimen Posted: 22 Aug 2011 03:36 AM PDT Mahfuz menganggap penubuhan jawatankuasa tersebut hanya semata-mata untuk kepentingan politik Barisan Nasional. KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghina Parlimen apabila tidak menghormati penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen seperti yang diputuskan jemaah menteri Rabu minggu lalu. Najib pada Jumaat lalu menegaskan pilihan raya umum (PRU) akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya. Kesal dengan kenyataan Najib itu, Mahfuz menganggap penubuhan jawatankuasa tersebut hanya semata-mata untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) dan menurunkan suhu politik terhadap tuntutan rakyat yang mahu melihat sistem pilihan raya berubah. "Beliau sepatutnya tunggu jawatankuasa tersebut selesaikan tugas mereka dan kemukakan cadangan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah yang berbangkit. "Kalau tubuh hanya nak turunkan suhu (tekanan) politik kemudiannya bubar saya rasa itu satu penghinaan kepada Parlimen oleh kuasa eksekutif," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini hari ini. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menolak kemungkinan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu akibat tekanan yang diterimanya daripada musuh politik dalamannya daripada Umno-BN sendiri. "Adakah kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet atau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang menyebabkan beliau menerima tekanan politik daripada musuh-musuh dalaman sendiri sehingga menyebabkan beliau berkata sedemikian," soal beliau. Selain itu, beliau turut menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang membuat kenyataan mengenai keputusan jawatankuasa tersebut sekaligus membelakangi kuasa Parlimen terutamanya apabila melibatkan jumlah kuota anggota yang terlibat. Nazri dalam pengumumannya minggu lalu memutuskan jawatankuasa itu dianggotai sembilan wakil Ahli Parlimen; lima daripadanya BN, Pakatan Rakyat (3) dan sorang wakil Bebas. "Sekarang ini menteri sudah mendahului Parlimen. Menteri yang jaga parlimen ni hina Parlimen kerana tak tunggu keputusan Parlimen sedangkan yang dipertikaikan selama ini adalah sistem pilihan raya kerajaan tetapi tiba-tiba kerajaan pula yang jadi pengerusinya. "Kita bimbang dengan keanggotaan ini jawatankuasa itu tak akan memberi apa-apa makna mengenai proses penambahbaikan proses perjalanan pilihan raya," katanya. Beliau menegaskan Suruhanjaya DiRaja adalah yang terbaik bagi menggantikan jawatankuasa itu kerana ia boleh melibatkan suara badan bukan kerajaan (NGO) bagi memutuskan penambahbaikan pilihan raya. "Isu pembaharuan pilihan raya bukan hanya untuk ahk ahli Parlimen sahaja tapi hak semua orang. Semua orang sepatutnya boleh berikan pendapat," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang mahu meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada PRU akan datang, Mahfuz berkata pihaknya mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim. Sambil mengakui Pakatan bukanlah satu parti yang kukuh, namun Mahfuz mengingatkan Kita supaya mencari 'kekuatan dalamannya' sendiri terlebh dahulu sebelum dilabel rakyat sebagai 'pengacau' kepada kestabilan Pakatan. "Kami tak melihat itu menjejaskan pencapaian kita.Itu hak mereka (untuk bertanding) tetapi jangan sampai rakyat mengecam mereka sebagai kacau ganggu kepada parti yang lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan