DIALOG RAKYAT |
- TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN
- 'Ali Setan' didakwa hasut kariah
- SPR temui BERSIH bincang 3 isu pembaharuan
- Asyik hingga hilang 4 jari
- Pilihan Raya Umum pada Bila-bila Masa - Najib.
- Dr M bimbang umat Islam di M'sia berpecah tiga
- Pasukan petugas siasat cubaan bakar HQ DAP
- 'Skrip bersumpah' PATI: KDN minta bukti jelas
- PM: K'jaan senarai 1,100 syarikat bumi untuk dibantu
- SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%
- Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas
- Siapa yang benar: Klip video JAIS-DUMC menular di laman blog pro-Umno
- Kelantan berjaya wujud pakej pelancongan Islam
- Isu FBC Media: Penyelewengan wang rakyat untuk politik
- Umno halang rakyat faham al-Quran
- 'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'
- Anuar tiada kaitan dengan ‘Sokong Anuar Tahir’
- Pakai baju kuning raya tahun ini
- Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang
- Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian
- Muhyiddin: Tiada kegiatan murtadkan murid di sekolah
- PKAUM kata laporan Utusan petik ketuanya palsu, VC UM juga nafi
- Jangan libatkan Sultan dalam isu Jais, kata PAS
- Pemuda PAS: Kami tak gunakan bekas tentera, dakwaan mereka ikhlas
- Pakar perlembagaan: Jangan tafsir kritik Jais persoal institusi raja
TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN Posted: 19 Aug 2011 03:19 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara. Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu. Baca di sini. Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3. Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful; - Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa? - Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali? - Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian? - Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda? - Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita? - Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap? - Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik? - Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya? Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !! /wfauzdin.blogspot.com | |||
'Ali Setan' didakwa hasut kariah Posted: 19 Aug 2011 03:15 PM PDT Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah Mokhtar | |||
SPR temui BERSIH bincang 3 isu pembaharuan Posted: 19 Aug 2011 03:01 PM PDT BERITA HARIAN PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menemui BERSIH 2.0 bagi membincangkan tiga isu baru berkaitan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara tetapi menegaskan tidak akan sekali-kali tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengugut atau mencabarnya bagi melakukan reformasi pilihan raya. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada BERSIH mengenai pertemuan itu dan ia akan diadakan apabila suruhanjaya bersedia, namun persetujuan itu tidak bermakna SPR menerima pakai segala cadangan. "BERSIH mahu membincangkan tiga perkara baru berkaitan reformasi pilihan raya tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kerana tidak adil kepada mereka. Kita sudah terima surat daripada BERSIH dan akan tetapkan tarikh sesuai. "Bukan senang menguruskan 12.4 juta pengundi dan saya akui kesilapan memang boleh berlaku tetapi janganlah terus menghentam SPR saja, sebaliknya kerjasama dengan kita untuk bersihkan daftar pemilih," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), di sini semalam. Hadir sama pada mesyuarat lebih dua jam itu Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan delegasi empat anggota daripada PROGAM, diketuai Tan Sri Ramon Navaratnam. Tiga lagi anggotanya, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof Datuk Hamdan Adnan; Datuk N Siva Subramaniam dan Datuk Dr Denison Jayasooria. Abdul Aziz berkata, hasil perbincangan dengan PROHAM akan dibawa kepada panel SPR bagi mempertimbangkan sama ada apa yang disyorkan itu boleh dijadikan sebahagian daripada undang-undang atau diterima pakai sebagai dasar baru. Antara isu dibincangkan, katanya, adalah kebebasan SPR, pemantauan pilihan raya menggunakan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal, kemungkinan memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik, pembabitan badan bebas memantau operasi SPR, tempoh kempen lebih munasabah dan kekangan terhadap SPR dari segi kewangan serta kakitangan. PROHAM adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama menemui SPR selepas perhimpunan haram anjuran BERSIH pada 9 Julai lalu, turut menyerahkan memorandum bertajuk 'Hak Asasi Manusia dan Reformasi Pilihan Raya' meliputi hasil perbincangan sebuah forum umum dianjurkannya bulan lalu. Mengenai teguran dan kritikan pelbagai pihak terhadap SPR untuk membersihkan daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan media, Abdul Aziz, berkata orang ramai perlu mengetahui hakikat sebenar sebelum terburu-buru mengemukakan pendapat. "Pembersihan daftar pemilih dilakukan setiap hari berdasarkan maklumat harian rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (ALIS) antara kedua badan ini. Memang ada kesilapan dalam daftar pemilih tapi jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus daripada 12.4 juta pengundi berdaftar," katanya. | |||
Posted: 19 Aug 2011 02:58 PM PDT Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli HANCUR...Ngah menunjukkan tangannya dibalut selepas pembedahan. KUALA TERENGGANU: "Itulah detik paling menakutkan sepanjang hidup saya apabila melihat empat jari tangan kanan perlahan-lahan dimamah mesin tebu sehingga darah memercik ke serata tempat," kata penjual air tebu, Ngah Ismail, 69, ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Kejadian yang berlaku di gerai air tebu milik mangsa pada jam 6.30 petang, 10 Ogos lalu itu menyebabkan empat jari tangan kanannya hancur dan dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan. Ngah yang menetap di Kampung Paloh Sungai Kiat, di sini, berkata, sebelum kejadian dia memulakan operasi perniagaannya di hadapan rumahnya pada jam 4.30 petang.
| |||
Pilihan Raya Umum pada Bila-bila Masa - Najib. Posted: 19 Aug 2011 02:57 PM PDT KL POS
KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ianya tidak terikat sama sekali walaupun tertubuhnya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menyatakan pendirian menyokong penubuhan Jawatankuasa tersebut sebagai langkah positif menambahbaik Sistem Pilihan Raya. Malah Najib turut menyebut ianya mesej yang terbaik buat Pembangkang yang turut menyertai Jawatankuasa tersebut agar tidak timbul lagi sebarang syak wasangka selepas ini. Beberapa pemimpin Pakatan menyatakan ketidakpuasan hati sebelum ini kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan rata-rata dari kalangan mereka berkemungkinan akan memboikot penubuhan tersebut sebagai langkah protes.
| |||
Dr M bimbang umat Islam di M'sia berpecah tiga Posted: 19 Aug 2011 03:47 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini. Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah. "Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union. "Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat Jerlun malam semalam. Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ahli Parlimen Jerlun. Dr Mahathir berkata, banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran. "Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam. Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu," katanya. Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing. "Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita," katanya. Bernama | |||
Pasukan petugas siasat cubaan bakar HQ DAP Posted: 19 Aug 2011 03:45 AM PDT Susan Loone Polis akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat insiden cubaan membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang semalam, kata Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaacob hari ini. Katanya, polis memandang serius perkara itu dan akan meningkatkan him personally to discuss the matter.langkah-langkah keselamatan di dalam kawasan berkenaan, seperti memasang TV litar tutup untuk mengelak kejadian itu berulang. Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sendiri telah melahirkan kebimbangannya berhubung insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam. Malah, katanya, Hishammuddin telah menghubunginya dan meminta pihak polis memberi perhatian khas terhadap perkara tersebut, termasuk insiden lain yang mungkin ada kaitan dengannya. Bercakap dalam satu sidang media bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di premis DAP di Jalan Talipon hari ini, Ayub berkata polis sedang menjalankan siasatan dan berharap dapat menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya tidak lama lagi. Beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membakar ibu pejabat parti itu. | |||
'Skrip bersumpah' PATI: KDN minta bukti jelas Posted: 19 Aug 2011 03:40 AM PDT MALAYSIA KINI Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN. | |||
PM: K'jaan senarai 1,100 syarikat bumi untuk dibantu Posted: 19 Aug 2011 03:38 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata konsep meritokrasi akan diamalkan dalam agenda membantu usahawan Bumiputera dan untuk itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera yang berkemampuan untuk berjaya di bursa saham. "Kerajaan akan membantu syarikat-syarikat, yang senarainya akan diumumkan dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi," katanya di majlis perasmian konvensyen dua hari - Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera - anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Universiti Teknologi MARA, bermula hari ini. Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar. "Jika perolehannya RM100,000 tahun ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang, ia akan meningkat kepada RM1 juta, dan kalau sekarang ini hanya beroperasi di dalam negara, syarikat-syarikat itu nanti akan berkembang ke peringkat antarabangsa. "Insya-Allah program ini merupakan satu pendekatan baharu yang berdasarkan meritokrasi dalam kalangan bumiputera... tak ada lagi soal kroni... tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang kita bantu," katanya. Beliau berkata perubahan pendekatan dalam membantu usahawan Bumiputera berdasarkan meritokrasi ini dilihat lebih baik memandangkan kaedah dahulu seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham-saham itu dijual kembali ke pasaran. Najib berkata: "Saya nak beritahu tuan-tuan, puan-puan jangan terkejut, 60 bilion saham yang kita agihkan kepada bumiputera pada masa dulu menerusi IPO, kuota hari ini tinggal 2 bilion. Kenapa?" Beliau berkata pegangan saham bumiputera berkurangan disebabkan sesetengah pelabur bumiputera tidak berkemampuan untuk memegang saham-saham berkenaan. Memang ada dalam kalangan mereka menjual saham kerana harga saham yang meningkat, namun beliau mempersoalkan ke manakah perginya keuntungan yang diperoleh itu. Najib berkata: "Kalau kita nak tolong syarikat-syarikat bumiputera, syarikat-syarikat itu mesti terbukti kewibawaannnya sebagai pengusaha yang komited dan rajin. Saya kata pada mereka ia bukan soal siapa mereka, bukan siapa mereka kenal tetapi pengetahuan mereka." Justeru, kerajaan akan mengenal pasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham, namun memerlukan sedikit bantuan bagi memenuhi kriteria Suruhanjaya Sekuriti agar mereka boleh disenaraikan, katanya. Najib yang turut mengimbau kembali sewaktu beliau menjadi menteri besar Pahang, berkata ramai usahawan bumiputera yang berjumpanya minta tandatangan untuk mendapatkan projek. Namun setelah diselidik, mereka ini hanya mahukan keuntungan atau "berniaga atas angin" kerana orang yang di belakang mereka bukan usahawan bumiputera, kata Najib. Beliau berkata jika usahawan Bumiputera tidak mengubah sikap dan nilai kerja mereka, usahawan Bumiputera tidak akan maju dalam perniagaan meskipun beberapa konvensyen seperti ini dianjurkan. "Apa yang kita hendak ialah orang yang komited dan sanggup berjihad untuk berjaya, sesuai dengan tema konvensyen hari ini... maknanya bukan sahaja kerajaan bantu, tuan-tuan dan puan-puan mesti membantu diri sendiri untuk berjaya," katanya. Najib berkata ada antara vendor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Telekom Malaysia Bhd dan Petroliam Nasional Bhd, yang selesa menjadi vendor dan tidak mahu keluar daripada status berkenaan untuk berdiri atas kaki sendiri. Sepatutnya, jika mereka telah menjadi syarikat vendor selama lima tahun, mereka berdikari dan memberi peluang kepada syarikat lain untuk menjadi vendor pula, kata Perdana Menteri. Najib juga berkata selain syarikat vendor bumiputera, kontraktor Bumiputera Kelas F juga sepatutnya keluar dari kelas itu dan berdikari untuk menjadi kontaktor yang memiliki kelas lebih tinggi. Perdana Menteri bagaimanapun berkata ada syarikat bumiputera yang berjaya, dan baru-baru ini terdapat syarikat bumiputera membeli sebuah syarikat Australia yang terlibat dalam bidang minyak dan gas "Apa yang saya nak lihat ialah bumiputera yang sudah berjaya dan mempunyai syarikat yang disenarai, perlu mempunyai program pembangunan vendor bagi membantu syarikat Bumiputera. "Bukan sahaja setakat memberi bantuan kebajikan, malah membantu melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera yang boleh membantu syarikat lain," katanya. Najib meminta usahawan Bumiputera supaya tidak takut terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan global, sebaliknya berusaha menangani perubahan ekonomi dunia yang kini menyaksikan kemunculan dua kuasa baru - China dan India. Najib berkata beliau mahu masyarakat Bumiputera bersikap positif dalam melakukan perubahan supaya apabila negara mencapai status negara maju pada 1 Januari 2020, orang Melayu dan bumiputera juga diiktiraf sebagai bangsa yang maju dan berjaya. | |||
SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001% Posted: 19 Aug 2011 03:32 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. "Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini. Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud. "Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil." Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai "kesilapan kecil". "Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)? "Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil," kata Abdul Aziz. | |||
Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas Posted: 19 Aug 2011 03:22 AM PDT S Pathmawathy Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 - dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk "keutamaan negara yang lebih mendesak". Sehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu. "Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut. "Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini. Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.Tidak sihat Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009. Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi. Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja. "Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia," katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di Kuala Lumpur hari ini. Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. "Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad. "Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat," katanya. Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin. Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu. | |||
Siapa yang benar: Klip video JAIS-DUMC menular di laman blog pro-Umno Posted: 19 Aug 2011 03:16 AM PDT Melissa Lee, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Sebuah klip video kontroversi yang diedit dengan banyak menunjukkan serbuan JAIS pada satu acara makan malam AIDS di bangunan Damansara Utama Methodist Church sedang membuat pusingan di kalangan warga Muslim di negara ini, dan boleh dijangka akan sangat dikutuk oleh orang-orang Kristian. Klip 6 minit yang berpunca daripada blog pro-UMNO menunjukkan satu siri adegan yang dikaitkan bersama dan disertakan dengan ulasan yang ditulis oleh blogger. Tujuan klip adalah untuk menggambarkan pegawai-pegawai JAIS sebagai wajar dalam mendakwa berlaku pengubahan agama bagi 12 tetamu Islam oleh para hadirin Kristian yang lain. Sesungguhnya klip berakhir dengan kata-kata oleh salah satu hadirin bersalah untuk mengubah agama apabila dia mengakui dia menjemput "saudara baru" kepada acara itu. Dakwaan ganjil kerana "saudara" ertinya kawan dan ramai rakyat Malaysia suka dipanggil Saudara dan bukannya Encik, Cik, Encik, Cik atau Puan. Klip itu juga dipendekkan dan penjelasan yang diberikan adalah bahawa blogger tidak mahu untuk "mempolitikkan" perkara itu. Tetapi sejauh mana keikhlasan blogger dan sejauh mana dia benar-benar memanipulasi pita masih belum dapat dilihat. Dengan perkembangan terbaru, ia adalah jelas rakyat Malaysia hanya akan tahu perkara sebenar apabila rakaman penuh ditambah dengan laporan JAIS yang diperintahkan oleh Menterif Besar Selangor Khalid Ibrahim akhirnya didedahkan. Pada masa ini, JAIS kelihatan masih melengah-lengahkannya, manakala Khalid cuba untuk memberi tekanan untukmendedahkan maklumat selepas Aidil Fitri yang akan berlangsung pada akhir bulan ini. Apa yang ditunjukkan pita dan "saudara baru" Pita bermula dengan rakaman menunjukkan pegawai JAIS yang berjalan di sepanjang koridor ke arah Dewan 3, di mana tanda yang dinyatakan Majlis Makan Malam Kesyukuran dan tarikh 3 Ogos. Ia kemudian diedit kepada babak di mana seorang lelaki Muslim berkaca mata sedang bercakap, nampaknya berkongsi mengenai zaman kanak-kanaknya dan kehidupan keluarganya dengan penonton. "... belajar terjemahan dan apa Al-Quran benar-benar katakan dalam BM adalah sesuatu yang kita tidak faham, jadi saya baca secara membuta tuli tanpa benar-benar mengetahui apa maknanya.Saya dibesarkan oleh ayah saya dan kami adik-beradik saya dan seluruh keluarga - telah dibesarkan untuk menjadi Muslim yang sangat berdisiplin. Jadi, kita lakukan semua perkara, solat 5 kali, solat tambahan, doa tambahan, semua tambahan. Itulah tentang keluarga saya ...".. Babak itu berakhir secara tiba-tiba dan slaid seterusnya yang ditunjukkan adalah bertajuk "Inilah dalang nya" . Babak seterus nya menunjukkan seorang wanita yang tinggi yang memakai tanda nama 'Sophia " kamera itu menunjukkan pegawai JAIS menyoal Sophia dan wanita lain yang berkelompok di sekelilingnya, yang kelihatan seperti penyelaras acara itu. Pegawai JAIS boleh didengar bertanya mereka mahu "menyiasat acara" dan bertanya jika terdapat "mana-mana Muslim?". Sophia kedengaran menjawab "ia satu acara kesyukuran" dan "errr ... ia satu acara yang terbuka". Babak itu dihentikan dan jawapan penuh tidak didengari. Perlu di nyatakan bahawa dia tidak menafikan terdapat warga Muslim yang hadir walaupun ia tidak boleh disahkan bahawa dia tidak mengatakannya kerana pita itu tiba-tiba berakhir. Tetapi erti jawapannya "satu acara yang terbuka" adalah jelas. Babak seterusnya menunjukkan seorang lagi pegawai JAIS yang melambai beberapa kertas yang nampaknya yang mengandungi lirik lagu dengan perkataan "Allah". Pegawai JAIS boleh didengar bertanya jika mereka tahu apa perkataan yang bermakna dan Sophia dapat untuk memberitahu mereka. Pegawai JAIS kemudian berkata ia "sangat sensitif" dan seorang wanita yang berdiri di sebelah Sophia kedengaran berkata "tetapi kerajaan tidak mengharamkan perkataan ini ...". Babak terakhir yang telah ditunjukkan adalah seorang wanita memakai pakaian hitam yang membawa tas tangan. Ia adalah jelas beliau cuba untuk membantu Sophia yang sedang dipanggang oleh pegawai-pegawai JAIS di koridor. Apabila dia sendiri telah diminta oleh pegawai JAIS, wanita berpakaian hitam berkata dia tidak tahu jika terdapat Muslim di dalam dewan fungsi, tetapi Sophia boleh dilihat cuba campur tangan dan menjelaskan bahawa wanita berpakainan hitam itu adalah tetamu semata-mata Slaid akhir membawa tuduhan berat bahawa ia adalah jelas pengubahan agama. Malaysia Chronicle telah cuba menghubungi DUMC dan Harapan Kommuniti untuk ceritanya, tetapi tidak berjaya setakat ini. Imbasan klip lain yang berkaitan UMNO Seluruh klip telah mengingatkan mengenai klip video Kristiandi mana babak pastor Kristian yang berjabat tangan berkumpul bersama diambil yang membawa makna bahawa mereka berdoa dan merancang untuk agama Kristian untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi. Ia juga mengingatkan klip video seks Datuk T di mana tembakan yang menunjukkan seorang lelaki yang sangat berkulit putih dan berisi yang mempunyai hubungan seks dengan pelacur didakwa menjadi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Tetapi hanya klip yang menunjukkan sudut yang menyerupai Anwar telah ditunjukkan, tetapi tidak adegan lain di mana fizikal penuh lelaki itu dapat membuktikan bahawa ia bukan Anwar. Dalam erti kata lain, klip JAIS-DUMC penuh insinuasi. Ia juga menakutkan untuk sedar bahawa sesiapa yang ada di belakang klip memiliki racun yang besar terhadap orang-orang Kristian dan agama Kristian secara umum. Pengkritik UMNO berkata klip video itu adalah gaya biasa blogger. Pita membawa perkataan "screwkuat69.blogspot.com" dan ia tidak boleh luput dari perhatian bahawa adegan dengan kamera zoom ke arah payudara wanita sengaja dipilih dan dipanjangkan. Memberi UMNO permulaan dalam permainan psikologi-perang Klip video JAIS-DUMC nampaknya bertujuan untuk memberi UMNO satu permulaan dalam permainan psi-perang terhadap Pakatan Rakyat. Ia bertujuan untuk meyakinkan orang Melayu dan orang Islam bahawa JAIS adalah wajar dalam membuat serbuan. Tetapi hakikatnya, pengubahan agama dan sejauh mana ianya hadir, jika ada, tidak dapat ditentukan di dalam klip. Malah, ucapan lelaki Melayu tidak dalam apa jua cara menunjukkan beliau sedang memeluk agama Kristian atau sudah memeluk. Ia akan menarik jika ucapan penuh beliau ditayangkan. Apa yang jelas ialah campur tangan UMNO dalam perkara itu. Sebagai Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah menunjukkan, serbuan yang telah dijalankan tanpa waran telah dijalankan tanpa pengetahuan ahli majlis eksekutif negeri dan pengarah JAIS, yang sangat luar biasa jika dilihat kesensitifan latihan itu. Cara nama Sultan telah digunakan untuk menghalang MB Khalid dari menuntut pembebasan rakaman video penuh adalah satu lagi tanda penting. "Saya mesti mendedahkan maklumat itu kerana terdapat banyak spekulasi mengenai serbuan itu. Biasanya, Selangor Menteri Besar, Exco negeri dan Pengarah JAIS akan bertanggungjawab untuk tindakan jabatan tetapi ketiga-tiganya hanya dimaklumkan selepas serbuan itu dijalankan. Tujuannya adalah untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Selangor dan perpecahan di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, "Mustafa berkata. Ahli jawatankuasa JAIS sepatutnya melaporkan kepada pentadbiran negeri tetapi ramai yang menjadi pengikut UMNO seperti setiausaha negeri Khusrin Munawi, yang merupakan bekas pengarah JAIS. Ia adalah mudah untuk membangkitkan kekacauan tanpa disedari oleh pegawai lebih tinggi dalam kerajaan negeri yang diberikan kawalan UMNO mempunyai lebih pelbagai negeri dan jentera persekutuan. | |||
Kelantan berjaya wujud pakej pelancongan Islam Posted: 19 Aug 2011 03:14 AM PDT
| |||
Isu FBC Media: Penyelewengan wang rakyat untuk politik Posted: 19 Aug 2011 03:07 AM PDT
| |||
Umno halang rakyat faham al-Quran Posted: 19 Aug 2011 03:05 AM PDT
| |||
'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA' Posted: 19 Aug 2011 03:03 AM PDT
| |||
Anuar tiada kaitan dengan ‘Sokong Anuar Tahir’ Posted: 19 Aug 2011 03:00 AM PDT
| |||
Pakai baju kuning raya tahun ini Posted: 19 Aug 2011 02:58 AM PDT | |||
Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang Posted: 19 Aug 2011 02:57 AM PDT
| |||
Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian Posted: 19 Aug 2011 02:53 AM PDT
| |||
Muhyiddin: Tiada kegiatan murtadkan murid di sekolah Posted: 19 Aug 2011 02:40 AM PDT KUALA LUMPUR — Tuduhan berhubung percubaan memurtadkan murid sekolah rendah beragama Islam kepada Kristian mungkin berlaku semasa kelas tuisyen selepas sesi sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya dimaklumkan kes ini bukan berlaku di sekolah, dikatakan berlaku di luar sekolah di mana ibu bapa mungkin telah mengambil guru-guru untuk beri tuisyen kepada anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini. Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa perlu memantau dan memastikan anak-anak mereka tidak terdedah dengan kegiatan murtad. Katanya, pihak berkuasa termasuk agensi penguatkuasaan agama juga perlu memantau kesahihan perkara itu. "Apa pun kita akan pantau perkara ini dan lebih penting supaya ibu bapa yang berkenaan memantau perkara ini kerana laporan telah disampaikan oleh anak mereka. "Perkara ini kena disiasat supaya kita dapat tahu perkara yang sebenar, saya percaya ia berlaku di luar sekolah," katanya. Semalam editor Utusan Malaysia berkata murid sekolah rendah telah diajar ajaran agama Kristian secara halus yang mana ia bertentangan dengan undang-undang negara. Datuk Zaini Hasan, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, akhbar milik Umno, menulis dalam ruangnya bahawa anak-anak Melayu yang miskin di Jalan Klang Lama diajar menyanyikan lagu "Yes, I know Jesus loves me" dan lagu "Hari Ini Ku Rasa Bahagia". Katanya, seorang guru sekolah berbangsa India dikenali sebagai Cikgu S mendakwa bahawa murid-murid Melayu diberikan kelas tambahan Bahasa Inggeris oleh penganut Kristian pada setiap Ahad. Zaini menambah sekolah itu telah menghantar satu laporan kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan selanjutnya. Utusan Malaysia juga mendakwa berlaku ketegangan antara kumpulan Kristian dan kumpulan Islam berhubung pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis makan malam mubibah di Gereja Methodist Damansara Utama. Awal tahun ini akhbar harian itu menuduh DAP terlibat dalam konspirasi dengan pihak gereja untuk menukar Malaysia kepada negara Kristian dan melantik perdana menteri dari penganut agama itu. Dakwaan itu yang tidak berasas itu dihangatkan lagi dengan kumpulan-kumpulan Kristian mahu menggunakan kalimah "Allah." Kerajaan juga terpaksa melepaskan 35,100 kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang dirampas pihak Kastam. | |||
PKAUM kata laporan Utusan petik ketuanya palsu, VC UM juga nafi Posted: 19 Aug 2011 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Sharom menafikan sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini kononnya beliau mendakwa seramai 146 staf akademik telah meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. Sebaliknya tegas Azmi, pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu kepada akhbar milik Umno berkenaan. Jasmon juga menafikan kandungan laporan itu. Jelas Azmi, apa yang berlaku beberapa ahli PKAUM datang menemuinya untuk meluahkan perasaan tentang pentadbiran UM. "Ada beberapa ahli jumpa saya untuk meluahkan perasaan dan saya kata boleh, tapi apa yang keluar dalam Utusan Malaysia itu adalah tidak benar kerana ia bukan pendirian PKUAM tapi kenyataan daripada ahli. "Terdapat beberapa ahli yang kata A, B, C dan D itu sahaja, apa yang keluar (dalam Utusan Malaysia) itu bukan daripada saya, tapi mereka... bukan saya yang cakap tapi orang lain," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu. Jelas Azmi, beliau hanya hadir majlis itu sebagai tanda sokongan dan untuk melindungi hak ahli PKAUM. "Saya sendiri tidak pernah tengok angka itu, saya pun tidak tahu daripada mereka dapat angka itu... saya hanya berada di majlis itu selama 10 minit dan saya tidak kata apa-apa pun. "Saya tidak pernah kata sedemikian dan saya nafikan, saya cuma bagi sokongan kepada ahli... itu sahaja," katanya. Berikutan laporan itu, Azmi memberitahu telah menghantar e-mel kepada Utusan Malaysia memohon agar ia ditarik balik. Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini mengatakan UM mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan seramai 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Jasmon. Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu. Azmi dalam laporan itu berkata antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan. Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama. Azmi mendakwa Jasmon turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam Bahasa Malaysia. Jasmon dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 untuk menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim. Sementara itu, Jasmon ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, laporan Utusan Malaysia tidak betul dan beliau telah dimaklumkan Azmi mengenai perkara yang sebenar melalui e-mel. "Tidak betul, memang tidak betul... saya nafikan, esok saya akan beri angka sebenar," katanya. | |||
Jangan libatkan Sultan dalam isu Jais, kata PAS Posted: 19 Aug 2011 02:31 AM PDT KUALA LUMPUR– PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatana Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu. Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan. Menjawab pendirian Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. "Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai... satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas. "Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan... apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan," katanya kepada The Malaysian Insider. Tegas beliau, PAS tidak akan berkompromi sekiranya benar wujud kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di Gereja Methodist Damansara Utama (gambar). "Kalau betul ada usaha untuk memurtadkan umat Islam, kita akan sokong (tindakan). "Apa salahnya kalau kita mahukan penjelasan, kita bukan pertikai, cuma nak jawapan mengenai apa yang berlaku... sebab itu kita bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama," katanya sambil menambah, kontroversi semasa ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan Sultan Selangor. Tambah Abdul Rani: "Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor." Pagi ini, The Malaysian Insider membawa laporan, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri. Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor. "Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais. "Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran," katanya. Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan yang timbul berikutan dokumen-dokumen sulit berkaitan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama terbongkar. Tegas beliau, sepatutnya dokumen-dokumen sulit itu termasuk rakaman video tidak didedahkan sehingga hasil siasatan selesai. "Saya lihat tiada siapa yang pertikai tindakan Jais, apa yang menjadi tanda tanya adalah siasatan masih belum selesai, tetapi bukti-bukti dan dokumen sudah tersebar di blog-blog. "Sepatutnya ia menjadi rahsia dan bila ini terjadi timbul tanda tanya siapa yang keluarkan bahan bukti ini... kalau timbul persoalan ini, kita tidak boleh salahkan rakyat," katanya. Jelas Tuan Ibrahim, walaupun Jais terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor tetapi agensi itu masih terikat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. "Jais juga terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri termasuk di bawah Exco. "Tindakan Jais ini melibatkan kepentingan orang ramai, kita bukan pertikai bidang kuasa tapi penguatkuasaan itu kadang-kadang timbul tanda tanya. Apa yang dipertikaikan penguatkuasaan Jais bukan kuasa Sultan Selangor dan kalau kita lihat tindakan yang diambil (Jais) itu kadang-kadang juga berat sebelah," katanya. Tambah beliau, semua pihak sedar Jais terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan ia tidak pernah dipertikaikan. "Rakyat juga tidak pertikai Sultan Selangor, tidak timbul soal pertikai Sultan Selangor... kita memahami bidang kuasa Sultan Selangor. "Tapi kita tidak boleh membuat tindakan yang kemudian diletakkan di bawah Sultan Selangor," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, apa yang dipertikaikan bukan tindak Jais, tapi penglibatan Umno dalam pemeriksaan ke atas premis gereja seperti mana yang didakwa Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. "Siapa yang pertikai Jais? Kita kata kalau ada bukti memurtadkan umat Islam ambil tindakan dan kita bimbang pemeriksaan itu dibuat tidak ikut peraturan semata-mata untuk penuhi kepentingan politik Umno. "Apa yang kita persoalkan penglibatan Umno dalam mencaturkan tindakan Jais itu," katanya. Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Beliau turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin. | |||
Pemuda PAS: Kami tak gunakan bekas tentera, dakwaan mereka ikhlas Posted: 19 Aug 2011 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk mendedahkan mengenai kepincangan undi pos yang dinafikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam. Sebaliknya Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat, Mohd Adram Musa berkata, keempat-empat bekas anggota tentera yang mendedahkan perkara itu tidak pernah dipaksa. "Saya merasa terkejut dengan kenyataan Penglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos. "Kesemua bekas anggota tentera ini hanya menerangkan pengalaman berhubung dengan undi pos, tapi Tan Sri Zulkifeli juga telah menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Tegas beliau, mustahil bagi pihaknya untuk mempergunakan bekas anggota tentera demi kepentingan politik. Tambah Mohd Adram, tindakan Zulkifeli mengeluarkan kenyataan sedemikian menghina keempat-empat bekas anggota tentera itu. "Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan mereka untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. "Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut," katanya. Semalam, Zulkifeli menyangkal dakwaan empat bekas tentera bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera. Beliau berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini. Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM. Kelmarin empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan. Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, kesemua mereka mengaku telah diarah mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera. Menurut Mohd Adram, pihaknya yakin lebih ramai bekas anggota tentera akan tampil membuat pendedahan berhubung manipulasi undi pos. "Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. "Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat," katanya. | |||
Pakar perlembagaan: Jangan tafsir kritik Jais persoal institusi raja Posted: 19 Aug 2011 02:26 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kenyataan-kenyataan mengkritik tindakan dan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak seharusnya dianggap sebagai tindakan mempersoalkan institusi diraja, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari. Sehubungan itu kata beliau, agensi-agensi agama negeri tidak wajar menggunakan nama istana untuk melindungi pengurusan dan penguatkuasaan bidang kuasa masing-masing. "Kritik Jais tidak semestinya kutuk Sultan. Sepatutnya (Majlis Agama Islam Selangor) Mais sebagai penasihat Sultan sebagai ketua agama beri nasihat yang betul kepada baginda. Bukan gunakan nama baginda untuk memberi perlindungan kepada Mais atau Jais," kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. Justeru kata penganalisis politik ini, Mais dan Jais sepatutnya faham konsep dan implikasi akauntabiliti. "Agama selain Islam dan penganut mereka ada hak dan ini perlu dilindungi. Ini semua dikandung oleh Perlembagaan khususnya Perkara 11. Apa yang berlaku menimbulkan keraguan tentang perlindungan itu. Mais dan Jais patut faham dan bukan menyeret Sultan," kata beliau lagi. Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri. Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor. "Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais. "Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran," katanya. Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak. Semalam, PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas gereja tersebut, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu. Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan. Menjawab pendirian Mais, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan