DIALOG RAKYAT |
- BN sasar tawan Pulau Pinang, usaha desak Tsu Koon undur juga meningkat
- ‘Sejahtera dikekal, pincang diranap’ gelombang baru Kedah
- UMNO - Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya
- Umno Tidak Mahu SPR Yang Bebas
- PANAS!!! UMNO guna katak serang Tsu Koon, terliur nak perintah Pulau Pinang
- Bukti Umno terlibat manipulasi pilihan raya- Suhaizan
- Mana laporan KPI menteri kabinet?
- ‘Gula-gula’ Aidilfitri dari Najib
- SPR Akui Kesilapan, Tapi Tak Pernah Berubah, Kata Pemuda PAS
- Kontoversi Tapak Kuil Hindu Kuil Hindu Maha Mariaman, Tokong Tow Boo Keong Selesai
- Jangan Samakan Bersih 2.0 Dengan Program Umno-BN-Mahfuz Omar
- Jangan Politikkan Isu Larangan Bacaan Ayat Suci Al-Quran
- Pakatan Malaysia Airlines dan AirAsia: Berbau monopolistik atau selamatkan ekonomi negara?
- Liwat 11: Orang gaji 'hilang' boleh lewatkan kes
- Adilkah tindakan PTPTN?
- P Pinang sambut baik tuan rumah 60 tahun PAS
- Jais serah laporan awal isu gereja kepada MB Selangor
- Umno: Kami juga ada ‘buah tangan Aidilfitri’ lawan strategi Pakatan
- Isu mikrofon: Jakim sedia jumpa Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang
- Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilancar Selasa ini
- 24 NGO Islam gesa Jais dakwa jika ada bukti murtadkan Muslim
- Berundur: Tolonglah faham, akhbar Umno gesa Tsu Koon
- Pentadbiran Muhyiddin 2012 sudah ada dalam Facebook. Najib, sila ketepi!
- PRU 13 : PR ada harapan cerah perintah Malaysia
- Ali Kamaruddin (Mamat Exist) Hantu Dadah
BN sasar tawan Pulau Pinang, usaha desak Tsu Koon undur juga meningkat Posted: 14 Aug 2011 12:58 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhadapan dengan nasib dialami oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjelang pilihan raya negeri baru-baru ini, ekoran kritikan dan kecaman agar berundur daripada menerajui Gerakan. Rata-rata pandangan umum di Putrajaya ialah ketua Gerakan lemah lembut ini seharusnya berundur sebelum pilihan raya umum ke-13 jika perikatan tersebut mahu merampas balik Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Sementara Koh tidak dihimpit dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana dialami Taib, beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak tegas dan simbol kepimpinan BN membawa kepada keputusan pengundi menolak pada 2008. Difahamkan, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN telah pun mengadakan perbincangan di sebalik tabir tentang keperluan menyegarkan Gerakan dengan kepimpinan muda yang berbakat dan sedar bahawa parti-parti komponen BN memerlukan bakat-bakar baru jika mahu kukuh kembali di Pulau Pinang, di mana Lim Guan Eng dari DAP merupakan pemimpin mengerunkan. Dalam edisi terbaru 13 Ogos, majalah mingguan antarabangsa The Economist menggambarkan Pulau Pinang sebagai "bandar raya globalisasi ditempah khas" dan memberikan kredit kepada Lim kerana mempromosikan bandar raya pelabuhan itu dengan memperkenalkan dasar ekonomi bercirikan layanan istimewa bagi mewujudkan lebih banyak peluang penyertaan, yang menarik pelabur-pelabur asing. "Beliau menjadi ketua menteri pertama di Malaysia yang membuka kesemua tender kerajaan kepada persaingan. Ini telah mengetepikan layanan-layanan istimewa bagi kaum Melayu yang menopang di bawah kerajaan BN sejak 1970-an," kata majalah berpengaruh dalam bidang ekonomi dan hal ehwal antarabangsa mengenai Lim dan pembaharuan ekonominya. Pujian antarabangsa ke atas Lim itu menunjukkan indikmen terhadap kepimpinan Koh di Pulau Pinang, yang makmur ketika diterajui oleh mentonya mendiang Tun Lim Chong Eu. Koh, graduan dari Princeton mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1990 dan menyandangnya sehingga 2008. Hari ini, Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu. "Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat. Awang Selamat menulis bahawa Koh tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri." Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya. Taib menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN Rabu lalu tetapi sumber memberitahu bahawa beliau kelihatan sangat diam. Bertolak daripada perkembangan sejak April lalu, seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu The Malaysian Insider: "Hubungannya dengan Perdana Menteri tidak begitu baik beliau merasakan beliau telah dijadikan kambing hitam bagi pilihan raya negeri Sarawak dan kecewa SPRM juga digunakan oleh kerajaannya sendiri untuk memburukannya." Najib dilihat perlu mengukuhkan hubungan dengan Taib sebab Sarawak akan menyediakan 31 kerusi Parlimen dan negeri itu dilihat sebagai simpanan hayat bagi BN untuk terus kekal berkuasa. | ||
‘Sejahtera dikekal, pincang diranap’ gelombang baru Kedah Posted: 14 Aug 2011 12:54 AM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gelombang Bersepadu PAS Kedah dalam satu program khas yang diadakan di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini. Gerakan Gelombang Bersepadu adalah misi menggerakkan gelombang sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta gelombang penolakan terhadap BN dilakukan secara menggabungkan kesemua kekuatan dalam PAS. Gelombang bermaksud gerakan alunan yang kuat bergerak secara serentak dan berkembang berupaya menyentuhi segala yang ditempuhi. Dalam konteks program yang dirancang ia bermaksud merangsang hati nurani rakyat dengan penuh kesungguhan agar mereka bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Pusat dalam pilihanraya umum ke 12 sambil mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah Kedah. Gerakan Gelombang Bersepadu dirancang berasaskan teori psikologi bahawa manusia akan merasa selamat untuk bersama dengan kelompok yang kuat dan merasa selesa untuk bersama dengan kelompok yang teramai. Sedar atau tidak, sokongan terhadap BN selama separuh abad adalah kerana gerakan gelombang yang dicipta setiap kali menjelang pilihanraya. Kelebihan mereka ialah kerana mempunyai medium penyebar maklumat yang berkesan iaitu radio, televisyen serta semua media utama bercetak. Himpunan rakyat secara terbuka dengan kehadiran seorang pemimpin untuk diraikan adalah di antara agenda bertindak penyerakan gelombang. Pembangkang mungkin tidak merasakan bahawa 'himpunan ramai manusia' seperti itu penting kerana mereka sudah dibiasakan dengan tekanan pemerintah untuk menyulitkan acara-acara besar politik seperti itu. Bagi BN selaku pemerintah mereka bebas mengadakan himpunan besar di mana-mana atas platform kerajaan yang disalahgunakan. Pakatan Rakyat kena sedar bahawa apa yang dilakukan oleh BN itu sangat berkesan dalam membina gelombang sokongan. PR biasa mengadakan ceramah umum yang besar di waktu malam, menghimpunkan ribuan manusia tetapi ia kurang efisien menggerakkan dalam gelombang kerana agak eksklusif dari masyarakat awam yang banyak berinteraksi pada waktu siang. Di Malaysia rapat umum politik diharamkan sama sekali teapi dalam negara di mana demokrasinya subur, bersih lagi adil; semua parti politik berlumba-lumba memilih mengadakan rapat umum. Walaupun seorang pemimpin bercakap seorang diri di studio tetap boleh didengari oleh berjuta rakyat tetapi ia hanya berupaya membentuk gelombang frekuensi radio bukan gelombang kesatuan pemikiran rakyat. Hanya himpunan besar umpama rapat umum yang berkesan membina gelombang. Jangan nafikan bahawa Himpunan Bersih 2.0 menjadi penyumbang yang sangat besar terhadap gelombang kebangkitan dalam PR sendiri yang sekian lama dirundung duka nestapa dengan serangan bertubi-tubi BN. Pasca Bersih 2.0 tiba-tiba alam maya Malaysia menjadi meriah dengan kehadiran reaksioner maya yang aktif berkali ganda dari sebelumnya. Begitu juga kehadiran aktivis bawahan PR ke program anjuran parti masing-masing tambah bersemangat dari biasa. PR mempunyai empat buat negeri di mana sebahagian besar tanahnya adalah di bawah penguasaan negeri. Jadikan negeri-negeri ini sebagai tapak mula melancarkan gelombang. Tidak semestinya perhimpunan tidak berlesen yang mencabar pihak berkuasa, gunakan perhimpunan halal. Tidak semestinya himpunan politik tetapi himpunan yang asal saja tampak imej kerajaan negeri dan pemimpin politik pihak yang memerintah negeri. Sebelum ini pun himpunan seperti itu sudah biasa diadakan, tetapi sekarang ia perlu diperkasakan berkali ganda bagi membantu pergerakan gelombang. Contohnya kalau rumah terbuka Aidil Fitri Menteri Besar tahun lalu berjaya menghimpunkan 50 ribu orang, tahun ini rancang supaya kehadirannya 100 ribu. Biar sesak satu bandar, biar rakyat menjaja di mana-mana ramainya orang berkunjung ke rumah Menteri Besar. Bak kata Ahmad Shabery Cheek sewaktu memberi taklimat dalaman parti semasa dalam pembangkang dulu; naluri manusia akan memilih restoran yang ramai pengunjung berbanding yang lengang dari pengunjung, justeru parti politik yang mahu mendapat sokongan rakyat mesti membina persepsi di kalangan rakyat bahawa 'partinya disokong ramai orang'. Satu lagi gerakan gelombang yang berkesan ialah 'cakap-cakap di kali lima'. Gelombang yang tidak dirancang ini pernah berlaku di kalangan rakyat terutamanya orang Melayu menjelang pilihanraya umum 1999. Isunya Anwar dizalimi. Hasilnya pembangkang Melayu bertambah kuat menyapu 27 kerusi Parlimen di samping PAS menang di negeri dominan Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu. Soalnya bagaimana mengerakkan gelombang bawahan supaya rakyat boleh bercakap mengikut alunan gelombang. Parti perlu mengurus gerakan gelombang ini. 'Sejahtera dikekal, pincang diranap' menjadi tema gerakan gelombang bersepadu di Kedah. Maksudnya cukup mudah iaitu mengekalkan kerajaan PR Kedah yang membawa misi Kedah Sejahtera di samping meroboh dan meranapkan kerajaan BN Pusat yang memerintah penuh dengan kepincangan. Gelombang perlu digerakkan di semua negeri, bukan Kedah sahaja kerana PR bercita-cita menawan Putrajaya. http://warta-utara.blogspot.com | ||
UMNO - Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya Posted: 14 Aug 2011 12:53 AM PDT Oleh Aspan Alias Proses kemusnahan sesebuah sistem politik negara itu selalunya tidak di sedari oleh mana-mana pemimpin yang tidak memberikan fokus kepada menilai kepimpinan masing-masing. Kehilangan fokus ini selalunya adalah di sebabkan campur aduk politik peribadi dengan di saluti oleh elemen-elemen yang lain seperti keinginan untuk memperkayakan diri dan keluarga dan lebih mementingkan usaha untuk memupuk 'legendary' masing-masing. Di dalam keghairahan untuk mementingkan keuntungan peribadi ini maka segala nilai-nilai murni dalam sesuatu sistem politik itu akan secara beransur-ansur luntur dan akan wujud krisis keyakinan yang merbahayakan negara dan rakyat. Najib sedang menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah mewarisi pusaka kepimpinan yang sudah tersedia lemah dan ternoda. Najib sendiri merupakan seorang 'untested leader' kerana beliau naik ketahap tertinggi parti dan negara kerana permainan 'play save' dan tidak pernah bertanding di dalam mana-mana jawatan yang beliau pegang. Lagi pun beliau adalah pemimpin yang wujud melalui pengaruh keluarga sebagai anak bekas Perdana Menteri. Sehingga beliau duduk di kerusi PM ini beliau tidak pernah di cabar dan tercabar dan beliau hanya mendapat segala-galanya melalui pengaruh Tun Razak itu sahaja. Itulah sebabnya beliau hanya menyelesaikan masalah politik negara dengan sentimen tanpa 'idea' yang bernas untuk menyelesaikan masalah secara politik yang baik dan 'conclusive'. Beliau menyelesaikan masalah dengan membeli sokongan tetapi beliau membelinya dengan premis politik yang salah. Palanivel dilantik menjadi ahli jemaah Kabinet semata-mata kerana hendak memujuk kaum India bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tindakan Najib hanya menumpukan untuk undi pilihanraya tanpa memikirkan consequence yang akan timbul dari tindakan beliau itu. Najib adalah seorang 'elected representative' tetapi beliau di kerumuni oleh 'rejected representative'.. Dengan perlantikan Palanivel di dalam Kabinet Najib telah menambah seorang lagi Menteri yang mewakili 'rejected rep' ini. Sharizat Jalil dilantik di dalam Kabinet walaupun beliau dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar dan Koh Tsu Koon yang tertewas dengan majoriti yang besar di Batu Kawan telah dilantik ke dalam Kabinet. Melantik Palanivel itu ialah untuk mendapatkan sokongan kaum India yang telah berpecah mengambil tempat di dalam parti-parti lain samada dalam parti Kerajaan atau parti pembangkang. Wakil mereka di Parlimen sudah ramai walaupun kaum India hanya kaum yang kecil di dalam negara ini. Kaum India merupakan kaum yang saya hormati di dalam politik kerana mereka membina kepimpinan mereka di dalam banyak parti. Tetapi MCA yang sekarang ini masih mempunyai 15 ahli Parlimen tidak pula diwakili dalam Kabinet oleh Presidennya Chua Soi Lek. Raja Nong Chik dan beberapa orang yang lain yang tidak pernah dipilih oleh rakyat dijadikan Menteri Kabinet. Jawatan Menteri itu di jadikan sebagai umpan untuk mendapat sokongan dari pihak dan kumpulan tertentu dan perlantikan mereka bukan di dasarkan kepada kebolehan dan disokong rakyat yang ramai. Kita sudah tidak terkejut jika ada lagi individu yang di anggap penting untuk menampal yang koyak dan menyambung yang putus akan dilantik menjadi Menteri. Janji Najib untuk mengecilkan saiz kabinet setelah Pak Lah melantik 32 orang ahli jemaah kabinet dahulu hanya tinggal janji. Akhirnya beliau telah melantik 41 orang ahli kabinet (termasuk duta yang bertaraf Menteri) dan ini merupakan rekod dalam sejarah negara sebagai barisan kabinet yang paling besar. Amerika Syarikat yang merupakan 52 kali ganda besar keluasan negaranya dari Semenanjung Malaysia dan 12 kali ganda jumlah penduduknya hanya mempunyai 21 orang ahli kabinet mereka.Perlu diingat Amerika Syarikat adalah negara demokrasi dan ekonomi terbesar dunia dan negara itu tidak memerlukan 40 orang Jemaah Kabinet. Sebagai sebuah kerajaan kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terlalu rendah sahsiahnya. Sahsiah seseorang itu selalunya terbentuk dari didikan yang diterima mereka dari guru-guru dan ibu bapa mereka. Sekarang kita hari-hari mendengar kata-kata yang tidak bermoral dan sahsiah dari penyokong-penyokong kerajaan dengan menggunakan kata-kata kesat apabila ada pihak yang berpandangan politik tidak sehaluan. Bagi mereka, UMNO sahaja parti yang semua umat mesti sokong. Jika tidak mereka (penyokong UMNO) tidak gemar dengan orang lain mereka akan menggunakan istilah kotor seperti anjing, babi celaka dan sebagainya. Bagi mereka ini tidak mahu mendengar perkara yang tidak sedap. Mereka hanya mahukan pujian dan dukungan tetapi mereka tidak menjaga sahsiah diri dan politik mereka. Kelaukuan mereka memalukan dan diperhatikan oleh rakyat secara terangan. Kalau dikaji dari sejarah yang lampau jika pihak yang berkuasa dan penyokongnya sudah mengambil jalan singkat untuk menistakan orang lain secara peribadi, selalunya itu merupakan tanda-tanda pemerintah atau ulil amri itu akan tumbang dan dimamah sejarah akhirnya. Dalam pada parti pemerintah sedang bergelut untuk 'survival'nya penyokong-penyokongnya pula begitu ghairah memaki hamun dan menghina pihak lain yang juga mempunyai komitmen untuk mencari kebenaran. Masing-masing sekarang sedang dalam proses pencarian dan masing-masing ada hak untuk menentukan sikap dan pendirian masing-masing. Kebenaran kepada kita tidak semestinya benar bagi orang lain. Sikap ini menjadikan rakyat dan orang ramai menjadi jemu dan bosan dengan maki hamun seperti ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah tidak lagi menjadi relevan kepada banyak pihak. Orang ramai sudah tidak lagi percaya kepada usaha memomokan pihak lain dengan menghangatkan isu rasis yang akan merbahayakan negara. Anak-anak muda yang berbilang kaum yang sudh mendapat pendedahan kehidupan sudah tidak meminati mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman yang menebal. Kebanyakan dari penyokong pihak parti pemerintah tidak mampu membahaskan isu secara realistik maka mereka memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka seolah-olah memaksa semua orang mengikuti mereka tetapi mereka tidak menunjukan sahsiah yang boleh diikuti. Rakyat mahu hidup aman damai dan tidak mahu mengikut mereka yang mencemuh dan mempunyai mentaliti samseng yang tidak mempunyai sifat malu. Orang ramai ini bukannya sekumpulan haiwan tambatan yang boleh di arah kehulur kehilir mengikut kehendak nafsu mereka yang sedang kufur dengan nikmati kuasa yang ada di tangan mereka. Pihak yang berkuasa dengan sesedap hati sahaja mencemuh mereka yang berfikir. Mereka tidak sedar yang sesiapa yang mempunyai kemampuan berfikir sudah menganggap UMNO sebagai parti parasit dari sebuah parti perjuangan untuk bangsa dan rakyat negara amnya. Setiap rakyat ada hak untuk menentukan sikap dan perjuangan mereka. Pucuk pimpinan tetap dengan sikap tidak sensitifnya dan segala perkara yang diragui rakyat tetap di lakukan oleh kerajaan pada hari ini. Mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat selama ini tidak dapat dihentikan oleh pimpinan hari ini. Transaksi MAS dan Air Asia contohnya berlaku dihadapan mata kepala rakyat yang melambangkan betapa tidak kisahnya pucuk pimpinan sehinggakan manipulasi korporat berlaku tanpa malu dan segan dan sesiapa yang memahami isu ini tidak akan dapat mengampunkan pihak yang melakukannya. Budaya menenggekkan GLCs yang wujudnya di atas matlamat memegang kepenting bagi pihak rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang dibiarkan sahaja oleh pucuk pimpinan kita. Arahan kerajaan kepada semua GLC untuk menarik balik segala pertuduhan terhadap Tajuddin Ramli merupakan kemuncak kepada ketidak jujuran pihak yang berkuasa. Jika perkara ini terus juga berlaku ianya memberi makna yang kerajaan yang berjanji untuk mentadbir negara secara transparen adalah satu lagi janji kosong dan ianya membuktikan kepada kita pimpinan kita sudah tidak boleh diyakini samasekali. Segala-gala yang dilakukan tidak menunjukkan sedikit pun nilai amanah seperti yang dijuarai oleh Najib selama ini. Kata-kata yang manis itu sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sementara kita sedar yang itu hanyalah menanam tebu di tepi bibir sahaja. Kalau diselidik dan di kaji serta dibuat penilaian serius, segalanya ini tidak akan ada kesudahannya. Rakyat dan hartanya akan tetap dimanupulasi terus terusan. Hanya membesarakan mereka sahaja yang boleh memberhentikan penyelewengan politik dan ekonomi negara ini. Kesabaran rakyat sudah tidak terbendung lagi. Segala hijab dan hidayah sudah tertutup rapat. Tidak mungkin lagi kita akan berada di dalam kehidupan bermakna di dalam negara yang amat kita cintai ini. UMNO sudah tidak lagi sebagai parti yang membangunkan bangsanya tetapi hanya tinggal sebagai parti yang hanya memberi masalah bukan sahaja kepada orang Melayu, UMNO dan ahlinya sendiri tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya. Segala-gala sudah musnah. Untuk mengubahnya kita perlu berubah. http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Umno Tidak Mahu SPR Yang Bebas Posted: 14 Aug 2011 12:46 AM PDT Oleh Subky Latif AHLI Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifudin Abdullah bercakap betul tentang kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang. Penyakitnya ia menghadapi krisis kepercayaan yang teruk. Apa jua sistem pilihan raya yang digunakannya baik biometrik mahu pun dakwat kekal, ia tidak mendapat keyakinan umum.Disarannya supaya SPR itu dipulihkan bagi menjadi sebuah suruhanjaya yang betul-betul bebas. Para pembesar Umno yang menjadi pembesar negara termasuk Perdana Menteri Najib Razak berkata, unjuk rasa sehari Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa kesan dan faedah, tetapi Saifudin mendapati SPR menerima tamparan yang parah dan gara-gara tindakan Bersih itu imej dan kebebasan SPR telah hancur luluh dan lusuh. Saifudin saja antara segelintir pemimpin Umno yang masih ada maruah politik dan ada integriti bercakap SPR dan lain-lain isu. Semua mahu sebuah SPR yang bebas. Itulah semangat yang perlembagaan beri kepadanya. Dengan semangat itulah Yang di-Pertuan Agong perkenan membentuknya. Bukan SPR tidak mahu kebebasan itu. Saifudin kena faham yang tidak mahu SPR itu bebas ialah Umno. Sir Malcolm McDonald, semasa menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara tertarik dengan saranan Sukarno menjadi Asia Tenggara sebuah rantau berkecuali. Sir Malcolm dalam bukunya Titan and Others menyebut dia pergi ke Washington membincangkan cadangan Sukarno itu dengan John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika di zaman Eisenhower. Reaksi Dulles ialah Amerika tidak mahu sebuah Asia Tenggara yang berkecuali tetapi dia mahu sebuah Asia Tenggara yang pro Amerika atau pro Barat. Pada dunia Asia Tenggara yang berkecuali itu baik untuk keamanan tetapi Asia Tenggara yang berkecuali merugikan kepentingan Amerika. Semua mahu sebuah SPR yang bebas kerana ia baik dan sihat bagi demokrasi dan bagi negara dan rakyat. Tetapi Umno tidak mahu SPR yang bebas tetapi ia mahu SPR yang menjadi hamba Umno. Dengan kuasa yang ada pada Umno, maka Umno menghantar hamba-hamba bertugas di situ di samping menjadikan orang-orang yang ada di situ sebagai hambanya. Selepas D. Mahathir Mohamad memimpin Umno seluruh yang berkhidmat di situ menjadi hambanya dan mereka pun seronok menjadi hamba. Mana-mana yang tidak sedia menjadi hamba meminggir diri daripadanya. Kita kata hamba itu hina tetapi ada orang yang selesa menjadi hamba. Pada zaman Firaun sekalian bani Israil dilahirkan untuk menjadi hamba. Apabila datang Nabi Musa a.s. membebaskan mereka, ada bani Israil tidak seronok jadi orang merdeka dan mereka tidak tahu bagaimana hendak hidup sebagai orang merdeka. Mereka mahu dikembalikan untuk menjadi hamba kepada bangsa Khibti justeru sudah sentiasa menjadi hamba dan mahu terus menjadi hamba. Pemilik hamba tidak pernah memuliakan hamba. Pernah Umno sebagai pemilik hamba berpecah kerana berebut kuasa. Penguasa hamba yang menang menyingkirkan ketua hamba kerana ketua hamba itu datang dari negeri yang sama dengan pencabar penguasa hamba yang menang itu. Sekalipun ketua hamba itu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada tuannya, tetapi begitulah tidak teragak-agak menjual hambanya bila dirasanya hamba itu boleh menyusahkannya. Hamba itu boleh dijual apabila ia tidak diperlukan lagi dan boleh dibeli semula bila diperlukan. Masalah yang dihadapi oleh para pelanggan SPR ialah bercakap dengan hamba yang tidak berhajat untuk menjadi orang merdeka. Hamba zaman dulu tidak bercakap dengan orang lain yang merdeka. Apa yang dikehendaki dari hamba mesti dibuat melalui tuannya. Tetapi hamba hari ini diberi mandat oleh tuannya mendengar masalah dari orang lain yang merdeka. Sebagai hamba dia boleh bercakap macam tuan. Dia boleh menjawab apa yang diadu dan boleh juga mewakili tuannya menyalahkan orang yang mengadu. Sebagai hamba dia mendengar aduan dan rayuan tetapk ia tidak ada kuasa untuk memenuhi permintaan dan cadangan. Semuanya tetap di tangan tuan hamba. Sejak berpuluh tahun parti-parti politik sebagai pelanggan utama SPR turun naik tangga dan lif SPR. Membincang itu dan ini, merayu itu dan ini. Kelemahan undi pos, kewujuan undi hantu, penggunaan dakwat kekal dan macam-macam lagi telah disampaikan kepada SPR daripada satu pengerusi ke satu pengerusi. Entah sudah berapa ramai pengerusinya silih berganti. Tidak banyak hasil yang diperolehi. Pelanggan seolah-olah bercakap dengan orang yang pekak. Apa yang dapat mengadu kepada yang tidak kasih? Membuang masa dan merugikan tenaga. Sebagai pelanggan tidak pernah ia melihat SPR sebagai musuh. Kalau boleh ia perlu didekati. Kalau perlu mahu tidur sebantal dengannya. Tetapi SPR melihat pembangkang sebagai pelanggan kelas rendah. Sekali pun Umno itu juga adalah pelanggannya, ia tidak pernah melihat Umno sebagai pelanggan kerana ia adalah hamba yang merasa hidupnya kerana adanya Umno yang menjadi kerajaan. Tiada cara ia mudah didekati dan tiada cara ia mudah dirundingi oleh pembangkang. Unjuk rasa Bersih adalah tindakan akhir bagi menyedarkan SPR adalah hamba Umno yang perlu dibebas dan dimerdekakan. Pertama adalah untuk memberitahu dunia SPR adalah hamba Umno. Kedua mahu menyedarkan SPR bahawa ia adalah hamba dan perlulah ia keluar dari kepompong tempurung hamba itu bagi menjadi orang yang merdeka dan mulia. Pemilik hamba tidak pernah membebaskan hamba. Islam menawarkan pahala yang besar bagi sesiapa yang dapat membebaskan hambanya dan pahala yang sama besar bagi sesiapa yang dapat membebaskan hamba itu dari tuannya. Sayidina Abu Bakar as-Siddiq membeli Bilal bin Rabbah dengan harga yang tinggi daripada tuannya dan membebaskannya bagi menjadi orang yang merdeka. Bilal menjadi sahabat Rasulullah s.aw. dan dimuliakan dengan menjadi ahli azan yang pertama. Unjuk rasa Bersih adalah untuk membebaskan hamba. Besar pahala bagi orang Islam membebaskan hamba. Bagi yang bukan Islam adalah kebaikannya di dunia. Sebagai hamba SPR dibela oleh hamba-hamba Umno yang lain. Ada hamba bernama polis, ada hamba bernama hakim dan ada hamba berbaju jabatan peguam negara dan berbaju media perdana. Tetapi suasana pasca unjuk rasa Bersih 9 Julai memberikan tandatanda kesedaran betapa hinanya menjadi hamba. Ada di tengah-tengah masyarakat mewacana kejadian 9 Julai itu. Moga-moga terbuka mata semua tentang kewujudan hamba di era teknologi biometrik. Saifudin keluar dengan kenyataan SPR perlu mengatasi krisis keyakinan yang melandanya. Perlu bebas daripada alam perhambaan kiranya mahu dipercayai. Ada cadangan supaya dimasukkan wakil parti-parti politik dalam penentu dasarnya, dan SPR mempelawa supaya setiap pelanggan jangan lihat ia sebagai musuh. Ada percubaan untuk membawa SPR ke tengah masyarakat seperti Sinar Harian semukakan SPR dengan Bersih di depan khalayak umum. Tujuannya ialah supaya orang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pelanggan SPR yang jadi nelayan dan pesawah yang tidak sempat ke wacana itu menunggu apa yang terjadi dalam wacana itu. Apa orang kata tentang SPR di wacana itu hanya diketahui oleh orang yang datang. Yang ada komen para penel dan saksi di luar wacana rasmi. Malah SPR bercadang untuk turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya SPR itu. Bersih dipercayai menunggu di mana saja SPR pergi dan akan bersemuka lagi. SPR mula sedar ia adalah hamba dan adakah Umno masih tidak merasa malu menjadi pemilik hamba di zaman hamba sudah dimansuhkan? | ||
PANAS!!! UMNO guna katak serang Tsu Koon, terliur nak perintah Pulau Pinang Posted: 14 Aug 2011 12:42 AM PDT PASPB Alasannya mudah, GERAKAN sudah tidak lagi relevan dengan politik semasa negeri itu di kala khabar angin pilihanraya umum ke 13 terus bertiup kencang akan diadakan beberapa bulan lagi. Umno-APCO sebenarnya sudah tahu GERAKAN tidak akan bangkit semula, manakala MCA juga masih ditolak majoriti masyarakat Cina negeri itu. Dan Umno-APCO kini mengambil kesempatan di atas kelemahan kedua-dua parti kompenennya untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Najis negeri, seterusnya jawatan Ketua Menteri sekiranya kembali berkuasa kelak. Dalam pilihanraya umum lalu, GERAKAN tewas kesemua 15 kerusi yang ditandinginya kepada DAP dan PKR manakala Umno-APCO menang 11 kerusi yang membolehkan Azhar Hashim (Penaga) dilantik ketua pembangkang, menghampiri sasaran Umno-APCO sendiri untuk terus merampas jawatan ketua menteri. Lihat! Bagaimana Umno-APCO langsung tidak mahu membantu kedua-dua parti komponennya yang sedang nazak, bahkan terus membuli dan menekan lagi sehingga separuh mampus. Kesian Tsu Koon, bertandinglah di Segambut atau Batu, lupakan Batu Kawan atau Tanjong buat selama-lamanya. JALAN PULANG Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu. "Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini. Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri." Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Koh juga adalah Pengerusi BN Pulau Pinang. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya. Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini. "Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis. "Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju," katanya. Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan. "Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. "Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir," kata Awang Selamat sambil menambah, "setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan." Sebaliknya kata Awang Selamat, Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media. "Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. "Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang," kata Awang Selamat lagi. Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang. | ||
Bukti Umno terlibat manipulasi pilihan raya- Suhaizan Posted: 14 Aug 2011 12:39 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Susulan pendedahan mengenai pengundi klon, Pemuda Pas mendapati beberapa lagi pengundi bertindih yang terdapat dalam daftar pemilih SPR dan dipercayai merupakan ahli Umno. Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizan Kaiat mendedahkan tiga lagi pengundi klon yang mempunyai identiti berganda dalam laman web SPR. Semakan mendapati identiti ketiga-tiga individu itu mempunyai nama, alamat dan kawasan pilihan raya yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza. Semakan dengan laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyemak status dokumen pengenalan diri mereka mendapati satu daripada MyKad mereka tidak sah. Ketiga-tiga kes baru ini berbeza dengan kes-kes sebelum ini yang dilaporkan portal Malaysiakini, yang kemudiannya dibuang oleh SPR dari senarai pemilih. Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format berbeza. Menurut Suhaizan, tiga pengundi itu bernama Mohd Bahar Bin Omar, Faten Diana Binti Hassan dan Sharina Binti Mat Arif. Mohd Bahar merupakan ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah, Faten Diana ialah ahli puteri Umno Tumpat, Kelantan dan Sharina pula adalah ahli puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis. Menurut Suhaizan, Pemuda Umno dan Puteri Umno tersebut berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan kaedah- kaedah berikut:. 1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau; 3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ; Suhaizan berkata, ia seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini. Justeru, tegasnya, Pemuda Pas Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut. "Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya. Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku. "Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang juga Ketua Pemuda Pas Johor. | ||
Mana laporan KPI menteri kabinet? Posted: 14 Aug 2011 12:38 AM PDT Perdana Menteri, di awal pengambilalihan pemerintahan, pernah mengatakan semua menteri kabinetnya tertakluk kepada KPI dan siapa yang gagal berpotensi disingkirkan. PETALING JAYA: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang segera laporan Indeks Prestasi Utama (KPI) kesemua menteri kabinet beliau. Menurut Badrul Hisham, di awal pengambilalihan pemerintahan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib dengan gah mengatakan semua menteri kabinetnya tertakluk kepada KPI (Key Performance Index) dan siapa yang gagal berpotensi disingkirkan daripada kabinet. Pada ketika itu rakyat melihat Najib akan mewarisi ketokohan ayahnya Abdul Razak Hussein yang tegas dan berjaya memacu negara dengan meninggalkan legasi yang tak dilupakan. Najib diperlihatkan kononnya akan membawa Malaysia keluar dari zaman lemah ketika dikemudi Abdullah. "Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon diambil menyertai kabinet sebagai penyelia pencapaian walaupun pencapaian Tsu Koon sendiri sebelum itu menjadi penyumbang besar tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang. "Tsu Koon seharusnya menjaga program-program seperti KPI dan NKRA yang dicetus Najib. Ternyata Najib memperakui Tsu Koon gagal kerana Najib membawa masuk Idris Jala dari dunia korporat ke dalam kabinet sebagai pembantu Tsu Koon. Menjaga hati Gerakan "Penjelasan yang munasabah ialah perlantikan Tsu Koon hanya untuk menjaga hati Gerakan dan Najib harap dapat menambat hati orang Cina dengan mengekalkan 'kuota' menteri berbangsa Cina. Apakah kedudukan seorang menteri datang dengan begitu mewah dan segala peruntukan dan kemudahan lebur hanya untuk percaturan politik perkauman Najib?," tanya Badrul Hisham. Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard memberitahu bahawa saiz kabinet Malaysia cukup besar kerana mahu menampung keperluan politik seperti memasukkan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil dan kini Presiden MIC G Palanivel. "Adakah yang memenangi kerusi parlimen BN tidak layak untuk menduduki kabinet atau Najib tidak mengiktiraf pilihan rakyat yang mengangkat ahli parlimen melalui pilihanraya? "Memang kabinet kita besar. United Kingdom dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri; Perancis 66 juta penduduk ada 23 menteri; Amerika Syarikat 312 juta penduduk ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta penduduk ada tujuh menteri. "Kita dengan 28 juta penduduk, mempunyai 30 menteri. Adakah ini berbaloi?," soal Chegu Bard. Idris Jala telah pun membentangkan laporan NKRA beberapa kali dan hampir setiap kali beliau membentangkan laporan itu, beliau seolah terlupa janji Najib yang akan membentangkan KPI menteri dan pegawai tinggi. "Yang berkumandang hanya kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai. Itupun sejauh mana kebenaran belum diketahui lagi kerana setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. "Yang pasti negara seperti negara polis apabila tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam. Tidak cukup dengan itu, ada kawasan kejiranan yang terpaksa mengutip duit penduduk untuk upah pengawal di pintu masuk kawasan mereka," jelas Chegu Bard. Idris dilihat hanya sebagai alat untuk memberikan sedikit wajah segar kepada kabinet Najib yang lemah dan jauh sekali dengan iltizam transformasi yang dijanjikan oleh beliau sebelum ini. | ||
‘Gula-gula’ Aidilfitri dari Najib Posted: 14 Aug 2011 12:23 AM PDT Pemberian RM200-RM400 kepada para peneroka Felda tidak memadai dengan kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit. TELOK KEMANG: Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas menyifatkan pemberian duit Hari Raya Aidilfitri kepada para peneroka oleh Felda sebagai 'gula-gula.' Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian RM400 untuk peneroka bersama Felda dan RM200 untuk peneroka yang tidak bersama Felda. Kamarul berkata, "amaun ini tidak memadai dan mencukupi jika dibandingkan dengan kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka. "Peneroka sebenarnya berhak memperoleh sehingga RM458,000.00 yang boleh dituntut hasil kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal. "Kes ini telah pun dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan dengan tuntutan RM2 juta dan 964 peneroka di Felda Jengka dengan tuntutan RM458,000. Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh peneroka melebihi RM200 – RM400 seperti yang diumumkan Najib", kata Kamarul. Kamarul menjelaskan peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda sebanyak RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang dan setiap peneroka mempunyai 10 ekar. "Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenarkan pokok getah dijual dengan harga tersebut. "Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00 untuk setiap 10 ekar. Ini menyebabkan setiap peneroka kerugian sehingga RM50,000.00 yang boleh menjadi wang saku tambahan mereka," jelas Kamarul lagi. Kamarul turut membidas Najib dan Felda dalam isu penanaman semula apabila jika ada peneroka memilih untuk menanam semula, maka Felda hendaklah mengembalikan dana dari Tabung Penanaman Semula sejumlah RM17,000.00 kepada setiap peneroka. "Namun sehingga hari ini Felda gagal menjelaskan isu dan pembayaran ini. Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memerintahkan Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Kelantan sejumlah RM1.2 juta dari dana Tabung Penanaman Semula ini. "Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan berlakunya penipuan oleh Felda terhadap peneroka. Maka wang Hari Raya sekadar RM200 – RM400 kepada peneroka Felda jelas tidak dapat menutup pembohongan "Akhirnya Felda terpaksa meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk membiayai kos tanam semula. "Tetapi bagaimana pula dengan dana asal Tabung Penanaman Semula yang dicarum oleh peneroka untuk proses tanaman semula? Kemanakah hasil tabungan tersebut?," soal beliau. "Felda harus menjelaskan perkara ini secara terperinci," desak Kamarul. Kamarul menegaskan jika ini yang berlaku, tidak mustahil peneroka akan terus menerus menyaman Felda akibat salah urus tadbir dan korupsi yang berlaku. Kamarul menggesa agar pentadbiran Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan urus tadbir yang baik dan merakyatkan ekonomi. "Hak peneroka Felda selaku rakyat yang sah dalam negara kita serta diiktiraf oleh Perlembagaan harus dihormati oleh pihak Felda," tegasnya. Justeru 'gula-gula' wang hari raya yang tidak setimpal seumpama ini harus diperbetulkan dengan dikembalikan semula hak serta wang pampasan yang secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung oleh peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri. | ||
SPR Akui Kesilapan, Tapi Tak Pernah Berubah, Kata Pemuda PAS Posted: 14 Aug 2011 12:20 AM PDT Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad SHAH ALAM : Dengan sejumlah pendedahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk PAS membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami satu krisis integriti yang begitu parah, hilang kepercayaan rakyat dan tidak lagi boleh dipercayai. "SPR telah mengakui kesilapan yang ada. Cumanya malangnya pengakuan SPR adalah pengakuan yang standard iaitu "Ini adalah kesilapan manusia'. | ||
Kontoversi Tapak Kuil Hindu Kuil Hindu Maha Mariaman, Tokong Tow Boo Keong Selesai Posted: 14 Aug 2011 12:19 AM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad PETALING JAYA : Isu berhubung Kuil Hindu Maha Mariaman dan Tokong Tow Boo Keong di sini menemui jalan penyelesaian apabila pihak pemaju Selangor Dredging Berhad (SDB) bersetuju untuk menyediakan tapak bagi kedua-dua rumah ibadat tersebut. "Pihak pemaju telah memberikan mesej selepas berbincang dengan ahli lembaga, mereka kini bersetuju untuk menempatkan 10,000 kaki persegi untuk setiap satu rumah ibadat, satu mesyuarat akan diaturkan bersama ahli jawatankuasa secepat mungkin,"katanya kepada pemberita semalam. Mereka mendakwa tindakan diambil pemaju itu menafikan hak mereka sebagai penganut agama di mana rumah ibadat yang dibina itu mendapat kelulusan dan diakui oleh MBPJ. | ||
Jangan Samakan Bersih 2.0 Dengan Program Umno-BN-Mahfuz Omar Posted: 14 Aug 2011 12:18 AM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad SHAH ALAM : Kenyataan dangkal Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berhubung upah RM50 kepada peserta himpunan Bersih 2.0 diselar ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. "Apapun dia (Rais) mengatakan punca demonstrasi tu menunjukkan bahawa dia perlu mengakui bahawa rakyat negara kita ini berhadapan dengan masalah yang besar. Kalau dia kata tekanan hidup, bermakna rakyat tertekan dengan kos hidup kerana ketidakadilan dalam pelaksanaan pemerintah negara kita ini,"katanya. | ||
Jangan Politikkan Isu Larangan Bacaan Ayat Suci Al-Quran Posted: 14 Aug 2011 12:16 AM PDT Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad KUALA LUMPUR : Larangan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di masjid dan surau di Pulau Pinang pada awal pagi tidak harus dijadikan isu politik memandangkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Beliau melahirkan kekesalannya apabila ada pihak yang memperbesar-besarkan perkara ini dan mengelirukan umat Islam yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar. "Ini adalah satu daripada keindahan Islam sebenarnya. Yang kurang disedari oleh kebanyakan umat Islam, mereka menyangka itu sebahagian daripada ibadah. "Walhal ada nas dari pada hadis nabi yang meminta supaya kita tidak meninggikan suara ketika membaca al-Quran dan menggangu orang-orang lain,"jelasnya lagi. Terdahulu mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas pemegang jawatan itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan persetujuan di atas keputusan yang diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) melarang bacaan ayat suci al-Quran dipasang menggunakan pembesar suara pada waktu pagi di masjid dan surau. Menurut Dr Juanda, amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. "Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini. Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. "Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang. "Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh,"katanya. Dalam perkembangan terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu. "Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita semalam. | ||
Pakatan Malaysia Airlines dan AirAsia: Berbau monopolistik atau selamatkan ekonomi negara? Posted: 14 Aug 2011 12:06 AM PDT Umum sedia maklum bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines ini merupakan tunggak kepada amalan monopoli di mana sebelum kehadiran AirAsia dalam industri penerbangan di Malaysia, Malaysia Airlines mempunyai hak kepada kesemua pasaran penerbangan di Malaysia. Di samping itu, GLC yang merupakan kuasa utama dalam menjana ekonomi negara ini dijangkiti dengan campur tangan politik yang berleluasa. Akibat campur tangan politik yang tidak terkawal ini, Malaysia Airlines mengalami lebih banyak kerugian daripada merasai keuntungan. Ini berlaku akibat campur tangan politik yang membawa kepada pengurusan yang tidak cekap mahupun sistematik. Sebuah aset negara telah dipermainkan untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja dan tidak dirasai oleh rakyat negara ini. Pengguna juga mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah dengan pilihan yang banyak. Persekitaran kompetitif ini menggalakkan pembangunan produk yang baru dengan kualiti yang tinggi. Tanpa persaingan yang sihat, peniaga tidak akan menitikberatkan hak memilih para pengguna. Sebaliknya, dalam kes ini, kuasa monopoli berkemungkinan besar membawa kepada kenaikan harga, penurunan kualiti produk, pengurangan laluan penerbangan dan penurunan perkhidmatan penerbangan dua syarikat penerbangan ini dalam jangka masa panjang. Apa yang bakal disaksikan dalam jangka masa pendek tidak dapat menjamin perubahan dan hala tuju yang mungkin menguntungkan pihak tertentu tetapi merugikan rakyat dalam jangka masa panjang. *Disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. **Pembetulan: KPRU menggunakan istilah "penggabungan" dalam teks asal, diperbetulkan kepada "pakatan" setelah menyedari kesilapan itu. Kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. | ||
Liwat 11: Orang gaji 'hilang' boleh lewatkan kes Posted: 14 Aug 2011 12:04 AM PDT Hafiz Yatim Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid. Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka. "Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut. "Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara. Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas). Bantah kehadiran Anwar Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual. Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM). Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu, termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful. Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual. Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi. | ||
Posted: 14 Aug 2011 12:00 AM PDT
| ||
P Pinang sambut baik tuan rumah 60 tahun PAS Posted: 13 Aug 2011 11:57 PM PDT
| ||
Jais serah laporan awal isu gereja kepada MB Selangor Posted: 13 Aug 2011 11:55 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah menyerahkan laporan awal berhubung tindakan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Laporan itu mengandungi maklumat mengenai bagaimana pemeriksaan, menurut Jais, telah dilakukan dan mereka yang berada di dalam gereja tersebut. Gereja Methodist Damansara Utama masih mempertahankan premis itu diserbu oleh Jais. Mingguan Malaysia melaporkan laporan itu diserahkan kepada Khalid (gambar) minggu lalu. "Laporan yang dihantar kepada Menteri Besar hanya laporan awal dan laporan lengkap sedang disiapkan. "Selepas siap kita akan hantar laporan itu kepada pihak berkenaan," kata sumber itu dipetik akhbar tersebut. Rabu lalu, Khalid berkata kerajaan negeri masih menunggu laporan lengkap Jais berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Jelas Menteri Besar, pihaknya telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai serbuan ke atas ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu. Tambah beliau, laporan terperinci itu termasuk hasil siasatan ke atas kesemua 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan. "Kerajaan negeri Selangor telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. "Laporan terperinci yang diminta termasuklah hasil siasatan dan soal jawab 12 orang Islam yang dikatakan terlibat serta salinan barang kes yang telah diperolehi hasil dari pemerikasaan," katanya. Menurut Khalid, beliau difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan 12 individu itu yang tidak hadir membantu siasatan. "Kami difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 orang tersebut kerana beberapa undang-undang yang telah diketengahkan oleh peguam-peguam mereka. "Malah pejabat Menteri Besar juga telah menerima surat daripada firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 dari 12 orang Islam yang terlibat," katanya menambah akan menyerahkan perkara itu kepada pakar undang-undan Jais untuk memberikan khidmat nasihat | ||
Umno: Kami juga ada ‘buah tangan Aidilfitri’ lawan strategi Pakatan Posted: 13 Aug 2011 11:53 PM PDT KUALA LUMPUR — Umno mengambil pendirian tegas mengetepikan strategi kempen prapilihan raya Pakatan Rakyat dengan melahirkan keyakinan bahawa kekuatan akar umbi mereka sudah cukup untuk mengekang pendekatan pesaingnya yang mahu mempengaruhi rakyat ketika musim perayaan Aidilfitri kali ini. Pemimpin-pemimpin Umno kekal tidak tertarik dengan pendekatan Pakatan Rakyat, sebaliknya akan melancarkan kempen balas untuk menghadapi sebarang dakwaan yang bakal dibawa perikatan tiga parti itu. Spekulasi terbaru menunjukkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat selepas sambutan Aidilfitri, yang jatuh akhir Ogos dan awal September. Malah menurut pemimpin-pemimpin Umno, strategi prapilihan raya Pakatan Rakyat juga bukan sesuatu yang baru dan Umno sudah pun menggunakan taktik kempen yang sama pada masa-masa lalu. "Beza antara Pakatan dan Umno ialah mereka baru sahaja merancang kempen mereka. Kami sudah pun mendampingi akar umbi sepanjang tahun. "Kebimbangan besar kami, maklumat yang diberikan oleh Pakatan mengenai isu-isu semasa seperti Bersih dan ekonomi adalah sesuatu yang mengelirukan," kata Ahli Parlimen Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider. Oleh itu kata beliau, "kami ada sistem rangkaian sendiri yang telah diwujudkan dan sudah sedia untuk bergerak," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Kota Belud ini berkata, kelebihan Umno berbanding Pakatan Rakyat ialah ia mempunyai jentera di seluruh negara membabitkan 20,000 cawangan kecuali di Sarawak. "Umno mempunyai sistem rangkaian yang baik sama ada ada ketika pilihan raya ataupun tidak. Kami ada 20,000 cawangan di seluruh negara termasuk di kawasan-kawasan di mana Ahli Parlimen adalah dari MCA atau MIC. "Malah di kawasan kuat Pakatan Rakyat seperti Jelutong, kami ada cawangan-cawangan sendiri untuk menyampaikan maklumat dan menjamin kempen yang lancar," kata beliau lagi. Menerusi satu laporan The Malaysian Insider bulan lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini bakal memperlihatkan kelainan berbanding tahun lalu. Para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat akan dibekalkan dengan kit maklumat khas yang membawa bersama strategi perikatan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. Misi mereka tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan semangat perhimpunan Bersih 2.0 berterusan dan Pakatan Rakyat melancarkan kempen prapilihan raya umum tidak formal mereka. Pakatan Rakyat mengambil langkah - program Balik Kampung - ketika perikatan tiga parti itu mendakwa pengundi terus berhadapan dengan masalah akses kepada maklumat mereka sediakan. Jadi, ia mahu menggunakan pendekatan mudah itu untuk mendampingi rakyat di kawasan luar bandar dan memikat sokongan mereka menjelang pilihan raya umum ke-13. "Ramadan bukan satu alasan bagi kami untuk duduk dan relaks. Ia bulan penting bagi Muslim dan orang Melayu di Malaysia, di samping doa dan solat yang lazim dikerjakan, kami harus menggunakan peluang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kami ketika balik kampung, membawa bersama isu-isu ini, risalah, untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada The Malaysian Insider. Azmin, Ahli Parlimen Gombak berkata, PKR sudah pun menyediakan kit maklumat khusus yang terdiri daripada penerangan mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan menggariskan kandungan janji Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga. Abdul Rahman, pemimpin Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) ini berkata, Umno menunaikan manifesto menerusi program-program setempat seperti gotong-royong, malah kelas-kelas masak yang dianjurkan oleh parti Melayu itu. "Kami ada helaian fakta dan perangkaan dan juga CD. Apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat bukan sains roket... Azmin sendiri merupakan orang Umno dulu, kebanyakan strategi Pakatan merupakan penemuan kami (Umno)," kata Abdul Rahman. Dalam pada itu, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Harun memberitahu The Malaysian Insider, akar umbi parti akan memfokus ke atas ceramah dan pertemuan sosial ketika Ramadan sekarang untuk menyenaraikan pelbagai masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat — daripada isu-isu kerajaan negeri sehinggalah video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu. "Kami akan membuat penjelasan dan akan membangkitkan kesilapan-kesilapan Pakatan Rakyat dan bagaimana mereka betul-betul hanya oportunis yang menggunakan isu-isu seperti Bersih dan kenaikan harga barang untuk mendapatkan sokongan pengundi. "Umno perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa pembangkang tidak bertanggungjawab, bagaimana mereka sanggup untuk menjejaskan keselamatan nasional menerusi protes untuk mendapatkan undi," kata Ahli Parlimen Tangga Batu ini. Idris mengaku bahawa Umno mengambil sikap terlalu "berpuas hati" dengan strategi kempen sebelum 2008 sehingga menyebabkan ia kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. "Kami tidak akan berada dalam keadaan selesa. Setiap undi bernilai," katanya lagi. | ||
Isu mikrofon: Jakim sedia jumpa Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Posted: 13 Aug 2011 11:51 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi menangani isu salah faham fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum waktu subuh di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu. "Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya dipetik Bernama Online. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, Gurun. Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini. "Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya. Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat. Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza. "Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum. "Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya. | ||
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilancar Selasa ini Posted: 13 Aug 2011 11:48 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SEBUYAU — Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi kira-kira 20 jenis barangan Selasa ini, yang dijangka mampu mengatasi masalah kenaikan mendadak barangan tertentu di musim perayaan. Timbalannya Datuk Rohani Karim berkata skim yang diperkenalkan adalah bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi semasa musim perayaan untuk menaikkan harga barang yang tidak berada dalam senarai barangan kawalan sebelum ini. Jenis barangan kawalan itu tidak dinyatakan tetapi Bernama difahamkan ia termasuk daging import dan tempatan, telor, ayam dan cili merah, lapor Bernama Online. Rohani berkata skim itu dibuat bagi memastikan pengguna tidak ditindas peniaga yang mahu mengambil kesempatan atas pemintaan tinggi ketika perayaan. Di bawah skim tersebut kementerian menetapkan tempoh selama dua minggu iaitu seminggu sebelum dan selepas perayaan untuk mengawal harga barang yang telah disenaraikan, katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Menurutnya skim tersebut tidak hanya akan diaktifkan ketika Aidilfitri malah juga perayaan-perayaan utama lain yang disambut di negara ini. Dalam pada itu, Rohani mengingatkan pengguna agar bijak dalam membuat pilihan ketika berbelanja dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran jualan murah ketika musim perayaan. Katanya ketika ini kementerian bukan hanya memberi tumpuan kepada usaha untuk mengawal harga barangan agar tidak membebankan rakyat, malah juga mahu mendidik pengguna agar bijak berbelanja. "Ada banyak pilihan kedai dan produk di pasaran, kita mahu pengguna bijak dalam menentukan apa pilihan mereka dan tidak hanya terkongkong kepada sesebuah kedai ataupun sesuatu jenama sahaja," katanya. Dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan itu, beberapa harga barangan kawalan akan diwartakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk dikuatkuasa seminggu sebelum dan selepas perayaan. Sebelum itu, Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM15,000 iaitu wang zakat perniagaan daripada Bank Rakyat kepada kira-kira 100 penduduk kampung dan beberapa masjid serta surau sekitar Sebuyau. | ||
24 NGO Islam gesa Jais dakwa jika ada bukti murtadkan Muslim Posted: 13 Aug 2011 11:46 PM PDT KUALA LUMPUR — Sebanyak 24 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang mengadakan sidang meja bulat semalam, menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa membuat pendakwaan segera jika benar ada usaha untuk memurtadkan umat Islam. Sidang meja bulat itu diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, 10 hari selepas Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya. Kenyataan yang dikeluarkan hari ini tidak menyatakan dengan khusus kes membabitkan Jais dan gereja itu, tetapi difahamkan perbincangan memfokus ke arah isu berkenaan. Khamis lalu, Jais mendakwa ia hanya membuat pemeriksaan ke atas gereja itu, bukannya serbuan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak, atas alasan menerima aduan wujudnya usaha-usaha mahu memurtadkan umat Islam. Bagaimanapun pengurusan gereja pula menafikan dakwaan adanya usaha memurtadkan umat Islam di premis mereka dan menegaskan Jais memang mengambil tindakan serbuan ketika diadakan satu majlis makan malam muhibah pada 3 Ogos lalu. Semalam, PAS juga membuat pendirian rasmi meminta Jais segera mengambil tindakan jika ada bukti yang menunjukkan terdapat usaha memurtadkan Muslim ketika sesetengah pihak mendakwa parti Islam berbelah bahagi pendirian dalam isu tersebut. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, "kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan." Pertubuhan-pertubuhan itu mengadakan sidang meja bulat di bawah tajuk "Isu Akidah Ummah: Apa Sikap dan Peranan Kita?" Selain itu kata beliau, pihaknya bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad. Malah kata beliau, pihaknya mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat. "Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin," kata beliau. Tambahan kata beliau, pihaknya mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputar belit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam. "Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub," kata beliau. Fuad menambah, pihaknya menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati. "Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa," katanya lagi. Selain Ilmuan, pertubuhan-pertubuhan yang mengambil bahagian dalam sidang meja bulat semalam terdiri daripada Pimpinan, Ilmam, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, Pro-Guam, Perubatan Islam Darus Syifa, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Intelek, Belia Islam Ampang (Bisa), Ikatan Padu Rakyat Malaysia (Ikatan), Pertubuhan Muslim Professional (Improf), Ikatan Khidmat Muslim (Khidmat), Majlis Perundingan Melayu, Gagasan, Front Bertindak Anti Murtad (Forkad), Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Usrah Kebajikan Profesional (IKP), Gagasan. | ||
Berundur: Tolonglah faham, akhbar Umno gesa Tsu Koon Posted: 13 Aug 2011 11:44 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu. "Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini. Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri." Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya. Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini. "Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis. "Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju," katanya. Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan. "Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. "Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir," kata Awang Selamat sambil menambah, "setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan." Sebaliknya kata Awang Selamat, yYang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media. "Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. "Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang," kata Awang Selamat lagi. Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang. | ||
Pentadbiran Muhyiddin 2012 sudah ada dalam Facebook. Najib, sila ketepi! Posted: 13 Aug 2011 04:09 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE Dimanakah letaknya suara rakyat sekarang? Di kedai-kedai kopi ataupun di laman sosial seperti Twitter dan Facebook? Apapun jawapan anda, nampaknya telah ada persefahaman di antara yang tua dan muda bahawa Muhyiddin Yassin akan mengambil alih tempat boss nombor satu, Najib Tun Razak! Mungkin ia suatu gurauan untuk menakut-nakutkan PM dan isterinya Rosmah Mansor, tetapi "Kabinet Muhyiddin" telah pun mempunyai lama facebook sendiri. Dalam laman yang bertajuk "Pentadbiran Muhyiddin 2012", Hishamuddin Hussein, sepupu Najib dinamakan sebagai timbalannya. Apa yang menarik adalah Mukhriz Mahathir pula diangkat sebagai Menteri Kewangan II, dengan Portfolio utama dipegang oleh NAjib sendiri Sebelum menganalisa senarai itu, kita harus sedari bahawa apa jua keputusan pemilihan Presiden UMNO, sesiapa pun yang menang tidak semestinya menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim memenangi Pilihanraya Umum yang akan datang. Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada awal Disember setiap tahun, tetapi pemilihan parti kemungkinan akan diadakan pada 2012. Pergi Jalanlah! Senarai nama itu mengandungi campuran antara muka baru dan lama. Antara yang hangat ialah Ibrahim Ali, ketua Perkasa turut disenaraikan, begitu juga Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Nampaknya silaplah Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik yang meramalkan bahawa kerjaya politik Ibrahim Ali akan berakhir. Chin Huat yakin bahawa Ibrahim akan kalah kerusi Pasir Mas kerana menjadi bahan tawa rakyat apabila beliau dengan berani membuat kenyataan bahawa beliau akan menyekang Perhimpuanan Bersih 2.0 tetapi tidak nampak batang hidung pun pada hari tersebut. "Siapa dia? Bagaimana dia tahu saya akan kalah? Pergi jalanlah! " Ibrahim dipetik oleh Malaysiakini sebagai bertindak balas terhadap ramalan Chin Huat. Sekarang barulah rakyat tahu kenapa Ibrahim Ali begitu yakin akan kemenangan beliau kerana beliau sudah ada sesuatu yang dijanjikan kepadanya. Tawar-menawar besar-besaran Pentadbiran Muhyiddin 2012 tidak menyenaraikan Presiden MIC, G Palanivel tetapi Subramaniam pula mendapat portfolio Menteri Kerjaraya. Yang lain nya adalah orang-orang kuat BN seperti Nazri Aziz, Jamil Bahrom, Khaled Nordin, Mustapa Mohamed, Rais Yatim, Ng Yen Yen and Liow Tiong Lai Antara muka-muka yang sukar diterima adalah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, pengadu liwat Saiful Bukhari Azlan, Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay; trio vedio seks Datuk T. Walaupun mungkin ia suatu bahan gurauan, buang sahaja muka-muka yang pelik itu, dan kemungkinan senarai kabinet Muhyiddin adalah sesuatu yang benar. Ia menggambarkan cakap-cakap dikalangan rakyat dan antara ahli-ahli politik UMNO sendiri. Untuk mengetahui kebenaran "Pentadbiran Muhyiddin 2012"-tanpa wajah-wajah pelik itu, kita terpaksa menunggu PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada Oktober/November. Beberapa orang pemimpin Pakatan percaya bahawa Najib telah Berjaya meyakinkan bekas PM Mahathir Mohamad untuk bersetuju dengan tarikh akhir tahun 2012 itu. Ada juga yang percaya bahawa perjanjian MAS-AirAsia sebenarnya adalah sebahagian daripada tawar-menawar ini. | ||
PRU 13 : PR ada harapan cerah perintah Malaysia Posted: 13 Aug 2011 04:04 PM PDT PASPB Selepas perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan cara kotor Perdana Menteri Najib Razak cuba untuk mematahkannya serta cara tadbir urus Negara yang tidak betul, semakin ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum nanti. Namun, ada juga yang tidak percaya ramalan oleh Wong Chin Huat, tokoh akademik yang yakin Pakatan akan memenangi 100 kerusi, lebih 18 kerusi berbanding pilihanraya yang lalu. Pada masa itu, Barisan Nasional telah memenangi 140 kerusi dari 222 yang dipertandingkan, sekaligus hilang dua pertiga majoriti undi. Wong percaya bahawa Bersih 2.0 pada 9 Julai akan menaikkan jumlah kerusi pakatan rakyat dari 75 pada tahun 2008 kepada 100 kerusi. Ini bermakna 12 kerusi lagi untuk PR. Apa kata rakyat biasa… William Kee, seorang pekerja IT merasakan agar sukar bagi PR untuk mengambil alih kerajaan pada pilihanraya yang akan datang. " Sarawak adalah negeri yang berbeza. Kemenangan 15 kerusi yang lalu oleh PR tidak bermakna kemenangan akan menjadi mudah nanti. Agak sukar untuk menembusi kawasan pengundi Melayu dan pengundi Dayak yang merupakan penentu tidak tahu akan kuasa yang ada pada mereka. Walaupun pengundi Cina akan membuat perubahan, namun ia tidak akan terlalu ketara. Jadi, 100 kerusi harus dimenangi tanpa pertolongan dari Sarawak," katanya. Buat masa ini, Sarawak mempunyai dua kerusi parlimen iaitu Bandar Kuching dan Bandar Sibu(yang telah dimenangi pilihanraya yang lepas). Kata Kee, jika dilihat pada keadaan ekonomi dunia, pilihanraya mungkin akan diadakan pada bulan November. Najib tahu jika dia menundakan pilihanraya, memenangi kerusi pada pilihanraya akan menjadi sukar kerana pada masa akan datang, rakyat akan merasakan tekanan hidup akibat ekonomi yang merundum. Sukar untuk mendapat undi pada masa itu. Bagi Ralph Jewat yang berbangsa Iban pula, kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk PR di Sarawak. "Kebanyakkan orang Dayak masih percaya kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini walau apa pun yang dikatakan oleh pihak pembangkang. Ramai orang Dayak yang sudah tua berpemikiran, adalah salah untuk tidak setia kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, dia sendiri akan mengundi pihak pembangkang kerana telah berpindah ke bandar 15 tahun yang lalu dan menyaksikan sendiri bagaimana orang-orangnya telah dipergunakan. Dia pernah memujuk orang tuanya untuk mengundi pembangkang tetapi gagal. Orang BN turut mengundi PR Ling HL yang merupakan ahli parti BN yakin PR akan mengambil alih kerajaan pada kali ini. Memandangkan kekusutan yang sedang melanda partinya, Ling mengakui ramai rakan-rakan seperjuangannya mahukan perubahan. "Terlalu banyak perkara yang tidak betul di dalam kerajaan. Akhirnya, rakyat akan menderita tetapi mereka yang memerintah hanya bercakap dan menipu untuk diundi semula." Katanya sambil merasa jijik terhadap perbuatan menipu dalam pilihanraya yang lalu. Salah seorang rakannya, Joyce yang berada di dalam komiti parti yang sama menyatakan bahawa kehidupan sudah semakin sukar bagi rakyat biasa akibat daripada kerajaan yang membutakan mata terhadap isu-isu kritikal di dalam Negara. "Terlalu banyak mainan politik di dalam parti. Semua mahukan kuasa dan kedudukan tapi, tiada yang mahu bekerja. Jadi, bagaimana kami tidak kecewa? Kebanyakkan ahli telah mengundi PR pada pilihanraya yang lalu," katanya lagi. Wakil rakyat bagi kawasan Pending, Violet Yong mendakwa, agak sukar menembusi kawasan pengundi kaum Dayak dan Melayu. "Walaupun DAP telah mentransformasikan diri sebagai parti berbilang bangsa, PKR yang sememangnya parti berbilang bangsa dan PAS, keadaan masih nampak sukar. Walau bagaimanapun, kita tetap akan bekerja keras untuk memastikan hak rakyat dilindungi. Kita kena memastikan hak rakyat dilindungi dibawah kerajaan yang bersih dan adil tidak seperti yang sedia memerintah sekarang," katanya lagi. Yong berkata, perhimpunan bersih telah memberi banyak kesedaran kepada rakyat di bandar tetapi, kepada penduduk luar bandar, kebanyakkannya masih tidak tahu apa itu Bersih. Dapat dapat rasa Ahli perlimen Kuching, Chong Chieng Jen memberitahu bahawa di dapat merasakan yang PR akan mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya akan datang. Dia menjelaskan bahawa, Sabah dan Sarawak bukanlah lagi deposit tetap untuk BN. " Pada pilihanraya DUN yang lepas, PR telah memenangi 15 kerusi. Kita mungkin akan menang 10 ke 15 kerusi lagi pada pilihanraya yang akan datang. Chong juga berkata, ramai orang Dayak sudah bekerja di Bandar. Kesedaran pada orang Dayak akan menjana perubahan pada kerajaan. Sudah terlalu lama mereka ditekan, tanah mereka dirompak, natijahnya, mereka menderita bersama rakyat lain tetapi pemimpin yang berada di atas hidup dengan penuh kemewahan. Dia menjangkakan pilihanraya akan berlaku pada bulan November kerana percaya Najib sudah tidak boleh memegang tampuk kepimpinan akibat daripada konflik dalaman UMNO dan kemerosotan ekonomi dunia. Najib, katanya, akan mempertahankan diri dengan membariskan orang-orangnya di dalam kabinet yang sememangnya kabinet diwarisi UMNO. Pakatan meramal 110 ke 112 kerusi Ahli parlimen Zuraida Kamaruddin berkata, PR bersedia untuk mengambil alih kerajaan pada kali ini. "Kita sangat yakin pada pilihanraya kali ini berdasarkan anggaran kami. Kami boleh memperolehi 110-112 kerusi. Saya rasa, Sabah dan Sarawak boleh memberi kami 15 kerusi. Ia boleh dicapai. Zuraida berkata, 15 kerusi yang dimenangi PR di dalam pilihanraya negeri telah memberikan mereka banyak harapan. Kita sedang membuat progres di Johor, Kedah, Malacca, Negri Sembilan dan Pahang. Rakyat disini bosan dengan kehidupan yang sukar ditambah lagi dengan kerajaan yang tidak prihatin. Setelah menemui rakyat, dia memerhatikan yang keadaan miskin dan merempat adalah sesuatu yang biasa di negara ini. Mereka yang duduk di kawasan flat sebenarnya seperti tinggal didalam kotak. Kehidupan mereka sengsara dan BN tidak pernah cuba untuk mengubah kehidupan mereka. Bila saya melawat ke kawasan luar bandar, keadaan mereka juga sama. Melayu, Dayak, Orang Asli, semuanya hidup cuma seadanya. Keadaan ini mesti berubah. Kata Zuraida, Wanita PKR telah melancarkan program 'Wajah' yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada mereka berkaitan hak mereka. "Mereka yang miskin di luar bandar ini mesti menjadi agen perubahan untuk diri mereka sendiri dan bukan hanya hidup dalam ketakutan dengan menunggu gula-gula dari kerajaan untuk memancing undi mereka." - Malaysia Chronicle | ||
Ali Kamaruddin (Mamat Exist) Hantu Dadah Posted: 13 Aug 2011 03:56 PM PDT KELAB GREENBOC Johor Bharu: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lalu. Mamat, 33, yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu pada tahun 90-an didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang. Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat. Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak. Ulasan GB Dulu-dulu lagu "Oh Ibu" nyanyian Mamat ni jadi pujaan ramai. Tak kurang yang mengimpikan jadikan Mamat model contoh bagi anak muda... Mamat disanjung, ramai nak jadikan Mamat teman hidup kerana Mamat "anak soleh" yang mengingatkan orang tentang jasa ibu. Roh para ibu tenteram dan "damai di sana" seperti dendangan lagu mamat itu. Ibu bapa ketika itu tak kurang yang inginkan anak sebaik Mamat. Makcik-makcik pun ramai berkenan nak jadikan Mamat menantu. Rupa-rupanya kini Mamat dah jadi hantu. Hantu dadah... Mamat tidak bersyukur dengan pemberianNya, tetapi kufur nikmat. Roh ibu sudah tidak lagi damai di sana apabila Mamat sudah jadi hantu dadah. Semuga Mamat benar-benar insaf dan berubah. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan