Isnin, 15 Ogos 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 09 : Rumah di Atas Bukit Bhgn 03

Posted: 14 Aug 2011 08:39 PM PDT

Tangga itu berbunyi sedikit apabila Rahman memijaknya.Mungkin kayu yang digunakan sudah semakin reput,fikir Rahman.Agak jauh juga jarak tangga itu kerana Rahman boleh merasakan sedikit kepenatan menuruni tangga tersebut.

Perlahan-lahan Rahman mula mendekati penghujung tangga itu.Ada cahaya suram di hujungnya.Kedengaran bunyi orang sedang bekerja seolah-olah bunyi di dapur.Kling klang kling klang,bunyi besi bertemu dengan besi. Rahman dengan berhati-hati menyelinap ke tepi dinding lalu menghulurkan kepalanya untuk melihat ke arah mana bunyi itu datang.

Dilihatnya ada seorang perempuan sedang memotong sesuatu menggunakan pisau.Dalam cahaya yang samar-samar itu, Rahman dapat melihat wanita berambut panjang itu memakai baju blouse berwarna biru muda yang agak lusuh dan kotor warnanya.Wanita itu tekun memotong sesuatu di tepi sinki. Rambutnya kemas disanggulkan di belakang.

Rahman jadi fobia.Tak ingin lagi hatinya meneruskan penyiasatan itu kerana dah terbukti ada orang yang duduk di rumah itu.Tidak ada lagi misteri.Dia hanya mahu pulang. Senyap-senyap dia kembali memanjat tangga yang baru saja dituruninya sebentar tadi.

Ekkkk.....

Salah satu tangga itu berbunyi kuat apabila dipijak Rahman. Serentak dengan itu, bunyi perempuan itu bekerja terhenti.Rahman panik.

Pantas Rahman memanjat tangga itu selaju mungkin.Rahman menoleh ke belakang. Dia nampak wanita itu sedang berdiri di hujung tangga tersebut memandang tepat ke arahnya.

"Kau mahu apa lagi? Kau mahu apa lagi?" bisik wanita itu perlahan tapi jelas didengari Rahman.Serentak dengan itu Rahman tidak lagi menoleh ke belakang.Kakinya laju digerakkan.Dia hanya mahu cabut dari situ.

"Kau mahu apa?" tanya wanita itu sambil kakinya melangkah setapak memanjat anak tangga.

Menggelabah Rahman melangkah pantas dan apabila sampai ke ruang tamu itu matanya ligat mencari tingkap yang digunakan untuk masuk pada awal tadi.Rahman sudah tidak peduli sakit atau cedera,dia terus menerbangkan badannya ke luar.

.............................


Joe rasa bersalah kerana membiarkan kawannya berseorangan.

Dia melangkah kembali ke depan pintu rumah itu."Try aje lah ketuk,mana tau memang ada orang duduk.." fikir Joe.Pintu depan itu diketuk.Cahaya suram daripada mentol itu berbuai-buai apabila mentol ditiup angin. Joe menunggu seketika mana tau Rahman yang akan membukanya.Tombol pintu dipusing dari dalam. Seorang wanita muda membuka pintu. Joe jadi terpesona."Mak aih,cantiknya...," dalam hati Joe berfikir.

"Cik...cik...ada tak orang datang sini tadi? Dia kawan saya...tapi saya tak tau pulak dia kat mana.Kunci motor ada kat dia...saya nak balik pun tak boleh ni.." tanya Joe, benar-benar jujur,entah kenapa.Terpersona betul Joe.

"Oho..abang tu kawan Cik abang?Dia ada ni kat dalam..." kata gadis itu."Masuklah..."

Joe melangkah ke dalam.Pintu ditutup dengan perlahan."Sekejap ya,saya nak bukak lampu, karang terlanggar perhiasan-perhiasan ni..mak saya suka kumpul perhiasan antik.." sambung gadis itu.

"Oh ya..saya Munirah.." gadis itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Johan.." Joe segan-segan.

Munirah memandang tepat ke arah mata Joe. Munirah kemudian melangkah mencari suis lampu.Apabila dipetiknya suis lampu dan cahaya menerangi ruang tamu itu,Joe memandang sekeliling."Eh,tadi masa aku masuk mana ada perhiasan-perhiasan mewah ni...bukan macam dah lama kena tinggal ke rumah ni tadi?" fikir Joe mula bergoncang hatinya.Hendak ditanya takut pula sebab tuan rumah ada di depan mata.

Munirah memandang ke belakang."Kenapa Johan?Lapar ya?Jom kita pegi makan malam dulu...."Munirah menghulurkan tangannya ingin memimpin Joe.

Joe menghulurkan tangannya,seolah-olah kanak-kanak kecil dipanggil ibunya. "Mari kita makan dulu ya?Kejap lagi kawan awak akan makan sekali dengan kita.." pujuk Munirah,manja.

Joe melangkah perlahan menuruni tangga.

Tiada ulasan: