Jumaat, 26 Ogos 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik

Posted: 26 Aug 2011 09:16 AM PDT

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

dr brian mcdonald sodomy llMenyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

'Ikut gereja untuk hidup'

Posted: 25 Aug 2011 02:28 PM PDT

Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEDr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.

"Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

"Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, gereja tidak memaksa supaya murtad tetapi pendekatannya "amat mempengaruhi".

Dr Asri bagaimanapun tidak mendedahkan nama gereja terbabit dan sama ada sebelas lagi yang ditahan dalam majlis di DUMC tergolong daripada pihak yang dikatakan murtad itu.
azlanMenurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," katanya.

Justeru, Dr Asri menggesa sistem pembayaran zakat dipermudah dan kaedah yang menyukarkan dan "bagaikan peminta sedekah" hendaklah dihentikan.

"Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam.

"Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!" kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Tiada ulasan: