BRIGED MP SEGAMBUT |
- Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful
- Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh
- Perkuat jentera PAS dekati masyarakat
- TENTANG KHAIRY PULAK: UHUIII
Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful Posted: 22 Aug 2011 01:49 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. "Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian," kata Anwar. Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam. Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian. "Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," kata Anwar. Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela. Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya. Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Mohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal. Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa. - Bernama |
Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh Posted: 21 Aug 2011 08:45 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok). Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa. Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. |
Perkuat jentera PAS dekati masyarakat Posted: 21 Aug 2011 03:29 PM PDT ALOR GAJAH, 21 Ogos: PAS perlu memperkuatkan jenteranya melalui pendekatan turun padang untuk bertemu masyarakat di samping aktiviti mesra rakyat. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari memberitahu, pihaknya meneruskan program turun padang ke kawasan-kawasan pada bulan Ramadhan ini. Katanya, selepas PAS negeri membentuk jentera yang merupakan asas kekuatan parti, aktiviti mendekati masyarakat diteruskan termasuk mendaftar pemilih dan menjawab tohmohan pihak lawan. Baginya, masyarakat di negeri ini boleh bersama dengan PAS melalui pendedahan pemimpin parti di semua peringkat. Justeru, ujarnya, PAS negeri berusaha untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat bagi menyampaikan mesej perjuangan parti. "Ini merupakan tanggungjawab kita untuk dekat dengan masyarakat dan mereka boleh menerima kita, mereka mahu kita mesra dengan mereka," ujarnya ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat tarawih di Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal, malam tadi. Sebelum itu, majlis berbuka puasa diadakan di pekarangan sekolah itu yang disertai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Hadir sama malam tadi ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Mohd Noor Omar, Sofi Wahab, Setiausaha Perhubungan, Asri Shaik Abd Aziz, Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Imran Abd Rahman. Justeru, beliau menambah, pemimpin PAS setempat perlu lebih peka terhadap permasalah yang dihadapi penduduk dan seterusnya bertindak menyelesaikannya mengikut kemampuan masing-masing. "Apabila kita berjaya selesai masalah masyarakat, maka mereka rasa PAS dekat dengan mereka dan ini dapat memecahkan tembok yang mengatakan PAS tak boleh mendekati masyarakat," katanya lagi. Mengenai pengukuhan jentera pilihan raya parti, beliau berkata, sehingga malam tadi, jentera PAS negeri telah turun ke kawasan Masjid Tanah, Kota Melaka, Tangga Batu, Jasin dan Alor Gajah. "Lawatan ini adalah untuk melaksanakan misi pilihan raya bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada petugas," ujarnya. |
Posted: 21 Aug 2011 09:38 AM PDT Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang. Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang. "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi. Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa. Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. "Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," kata Khairy. Menurutnya, mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat. "Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan