BRIGED MP SEGAMBUT |
PAS S'gor tuntut penjelasan Hasan Ali Posted: 05 Aug 2011 08:46 AM PDT PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu. "Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi. "Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini. JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Setakat ini, "kecuali satu" pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid. Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun. "Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia," katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam. Tindakan tak beretika Bagaimanapun, tegasnya, tindakan "masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran" ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum. "(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain," katanya. "Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati," katanya. Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah. "Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut," kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam. Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan. "Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin," katanya. |
Dr Hasan: Ada bukti agama lain disebar pada umat Islam Posted: 04 Aug 2011 10:24 AM PDT Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. "Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. "Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan," kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media. Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur. "Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai," katanya. Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu. "Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti. Larikan diri "Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang," katanya. Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut. Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan