Briged Al-Akhdor LR2 |
- Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
- Kalau tak nipu Bukan namanya umno..Bukti bLOGGER UMNO Menipu...
- Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO...
- SPR semakin celaru demi pertahankan BN...
- Kg Baru Bakal Tergadai :Siapa Pengkhianat Melayu?
Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih Posted: 27 Aug 2011 07:11 AM PDT Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan. Hasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara. Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru. Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai. Semakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap. Malaysiakini telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu. Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti. Sebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal". Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan. Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu. Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi. JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada | |||||||||||||
Kalau tak nipu Bukan namanya umno..Bukti bLOGGER UMNO Menipu... Posted: 27 Aug 2011 05:00 AM PDT
| |||||||||||||
Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO... Posted: 26 Aug 2011 11:43 PM PDT Baru-baru ini Berita Harian cuba mengapi-apikan isu agama yang kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang disekat dan dinafikan hak untuk menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Berita tersebut disertakan juga wawancara dengan Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. Mengikut Ahmad Zahid, "Perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam". Cara yang sama digunakan MCA, Gerakan... Dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia Mimpi hari kemerdekaan saya... | |||||||||||||
SPR semakin celaru demi pertahankan BN... Posted: 26 Aug 2011 07:24 PM PDT DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan. Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini. Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua. "Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan. "Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi. "Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini. Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR. "Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi. Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam. Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan di dokumen berkenaan. Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi. Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka. "Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama. "Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya. "(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi. Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR. Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinynatakan di borang berkenaan. Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod.
| |||||||||||||
Kg Baru Bakal Tergadai :Siapa Pengkhianat Melayu? Posted: 26 Aug 2011 02:19 PM PDT Orang melayu di KG.Baru semakin tertekan akibat arahan dari menteri wilayah raja nong chik yan g ingin membangunkan tanah tersebut sebagai kawasan komersial .Sudah tentu terdapat taikon-taikon besar dibelakang beliau sudah tentu ada arahan dari pihak berkepentingan yang merupakan orang yang amat berpengaruh di Tahukah anda berapa nilai tanah di kawasan Kg.Baru tersebut.Nilai tanah semasa bagi keluasan satu kaki persegi ialah rm2500 ..banyakkan dan dijangka kawasan tersebut jika Berjaya dikomersialkan keseluruhan nilai tanah boleh mencecah trillion nilainya.Jadi tidak hairan pemimpin2 umno ini sekarang begitu teruja untuk membangunkan Kg baru maka jika itu berlaku penduduk kg perlu dipindahkan .Ingatkah anda lagi dengan kg Abdullah hukum yang hanya tinggal sebuah jer rumah kg di situ ,kg kerinchi yang penduduknya dipindahkan di rumah kos rendah yang amat kecil dan tidak selesasekarang kg melayu di kuala lumpur satu persatu telah dilenyapkan . Ini lah wajah pemimpin2 melayu yang berkobar2 berucap hak melayu serta ketuanan melayu tapi hakikatnya mereka lah pengkhianat yang duduk di banglo2 mewah atas kerja menjadi broker tanah buat taikon2 besar.. UMNO bermuka –muka kononnya membela melayu TAPI hakikatnya mereka lah PENGKHIANAT Orang melayu di KG.Baru semakin tertekan akibat arahan dari menteri wilayah raja nong chik yan g ingin membangunkan tanah tersebut sebagai kawasan komersial .Sudah tentu terdapat taikon-taikon besar dibelakang beliau sudah tentu ada arahan dari pihak berkepentingan yang merupakan orang yang amat berpengaruh di Tahukah anda berapa nilai tanah di kawasan Kg.Baru tersebut.Nilai tanah semasa bagi keluasan satu kaki persegi ialah rm2500 ..banyakkan dan dijangka kawasan tersebut jika Berjaya dikomersialkan keseluruhan nilai tanah boleh mencecah trillion nilainya.Jadi tidak hairan pemimpin2 umno ini sekarang begitu teruja untuk membangunkan Kg baru maka jika itu berlaku penduduk kg perlu dipindahkan .Ingatkah anda lagi dengan kg Abdullah hukum yang hanya tinggal sebuah jer rumah kg di situ ,kg kerinchi yang penduduknya dipindahkan di rumah kos rendah yang amat kecil dan tidak selesa sekarang kg melayu di kuala lumpur satu persatu telah dilenyapkan . Ini lah wajah pemimpin2 melayu yang berkobar2 berucap hak melayu serta ketuanan melayu tapi hakikatnya mereka lah pengkhianat yang duduk di banglo2 mewah atas kerja menjadi broker tanah buat taikon2 besar.. UMNO bermuka –muka kononnya membela melayu TAPI hakikatnya mereka lah PENGKHIANAT |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan