Briged Al-Akhdor LR2 |
- WASPADA: Barang Kemas Boleh Sebar Kuman Pada Makanan
- Malaysia bayar RM28.4 Juta siaran propaganda di BBC!
- PANAS ..Video isu sidang Dun Perak Ogos 2011 oleh DS Nizar
- Datuk Mustafa Ali Ada Bukti Umno Terlibat..
- PANAS!!! Video isu sidang Dun Perak Ogos 2011 oleh DS Nizar
- Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?
- Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud dikesan
- Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'
- Ujian Bagi Jazirah Arab Mengalami Puasa Ramdhan terpanjang dan terpanas Tahun ini
WASPADA: Barang Kemas Boleh Sebar Kuman Pada Makanan Posted: 18 Aug 2011 02:25 PM PDT Skudai: Peniaga Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini diingatkan supayatidak memakai barang kemas seperti cincin, jam dan gelang tangan ketika mengendalikan makanan di premis masing-masing, kerana perhiasan diri itu boleh membawa jangkitan menerusi kuman yang melekat padanya.Gambar fail Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkata, selain itu mereka jugatidak dibenar memakai selipar ketika berniaga selain wajib mendapatkan pelalian tifoid bagi mengelak mereka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit. Katanya, dalam usaha memastikan semua syarat dipatuhi, penguat kuasa pejabat itu kini melancarkan pemeriksaan dan kempen secara mengejut di kawasan bazar Ramadan sekitar bandar raya ini. "Menerusi pemeriksaan juga, semua peniaga diberi ingatan supaya mematuhi peraturan kebersihan kerana masih ada yang tidak mengambil berat termasuk gagal menutup makanan hingga mudah dicemari habuk atau lalat. "Peniaga seharusnya faham maklumat disampaikan supaya mutu makanan terjamin bagi mengelak sebarang jangkitan kuman," katanya ketika operasi kesihatan sambil mengedarkan risalah panduan pengendalian makanan ketika Ramadan di bazar dekat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, kelmarin. Jurucakap itu berkata, hasil pemantauan, masih ramai peniaga dikesan tidak mematuhi peraturan dan penjagaan mutu makanan yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual seterusnya menyebabkan pembeli menjadi mangsa. "Kesedaran peniaga bazar terhadap aspek kebersihan ketika mengendali makanan penting untuk menghindari kejadian keracunan yang sering meningkat setiap kali Ramadan," katanya yang turut disertai 12 orang petugas dalam operasi itu. -BH |
Malaysia bayar RM28.4 Juta siaran propaganda di BBC! Posted: 18 Aug 2011 07:40 AM PDT SEBELUM ini didedahkan bahawa kerajaan Rosmah Mansor membelanjakan jutaan Pound Sterling duit rakyat hanya untuk membayar siaran propaganda di BBC. Hal ini turut diakui oleh pihak BBC dan turut disiarkan di portal mereka. Bayaran jutaan Pound Sterling dibayar kepada FactBased Comunication, FBC untuk pembikinan filem dokumentari propaganda rujuk sini [Propaganda Malaysia]. Kali ini anda boleh lihat sendiri dokumen bukti yang menunjukkan bahawa sebanyak RM28.4 Juta telah diperuntukkan kepada FBC untuk siaran propaganda di BBC bagi tahun 2009. Rujuk dokumen di bawah. Bagaimanapun anda tak perlu hairan, projek propaganda ini sebenarnya ada kaitan dengan penasihat Yahudi APCO yang diupah oleh Kerajaan Rosmah Mansor sebagai penasihat media baru mereka yang bertindak melobi projek ini. Di bawah ini dilampirkan dokumen yang berkaitan sebagai bukti. Di bawah ini pula gambar Najib Tun Razak ketika ditemuramah oleh Alan Friedman Pengerusi merangkap pengasas FBC Group. sumber |
PANAS ..Video isu sidang Dun Perak Ogos 2011 oleh DS Nizar Posted: 18 Aug 2011 04:55 AM PDT Video ini dirakam pada 16/8/11 bertempat di pengkalan pegoh ipoh perak .Biarpun ketidakhadiran YB HUSAM MUSA SEDIKIT MENGECEWAKAN .Yb Nizar tetap dapat menggamatkan suasana .Kelibat beliau sebagai MB yg sah masih dirasai.Tahniah blogger bro ajijoi atas kesudiaan menyebarkan video ini .. |
Datuk Mustafa Ali Ada Bukti Umno Terlibat.. Posted: 18 Aug 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR, — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu. "Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit. "Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno. Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN). Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin. "Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau. "Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais," katanya. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan. Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais. Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan. Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.M/Insider |
PANAS!!! Video isu sidang Dun Perak Ogos 2011 oleh DS Nizar Posted: 17 Aug 2011 11:30 PM PDT VIDEO INI BARU DI RAKAM DI PENGKALAN PEGOH PERAK.nIZAR SEPERTI BIASA BERCERAMAH DGN PENUH SEMANGAT DAN MENGGAMATKAN KEADAAN BIARPUN KETIDAKHADIRAN HUSAM MUSA PADA MALAM ITU SEDIKIT MENGECEWAKAN..Gambor teman takder ker he he. Tahniah blogger bro ajijoi atas kesudiaan menyebarkan video Ini |
Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak? Posted: 17 Aug 2011 09:36 PM PDT "Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa. Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja. sumber |
Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud dikesan Posted: 17 Aug 2011 07:33 PM PDT Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam. Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud. Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'. Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad. Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud. Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuatlaporan rasmi kepada jabatan berkenaan. Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit. Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka: 1. Hasrullizam bin Halim MyKad no: 800604002563 Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament) 2. Rosmadi bin Chik MyKad no: 801111002544 Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen) 3. Shapiza binti Ghazali MyKad no: 811020002568 Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen) Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN. Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah. |
Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh' Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh' Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya. Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut. Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu. "Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang. |
Ujian Bagi Jazirah Arab Mengalami Puasa Ramdhan terpanjang dan terpanas Tahun ini Posted: 17 Aug 2011 03:32 PM PDT Jazirah Arab pada bulan Ramadhan mendatang mungkin akan menjadi sesuatu yang luar biasa di sana. Menurut seorang ahli kalender di Dubai, Muslim yang berpuasa selama Ramadhan tahun ini akan mengalami hari terpanjang bulan puasa dalam 26 tahun terakhir. "Hari pertama Ramadhan akan menjadi hari terpanjang bagi Muslim karena harus berpuasa selama 14 jam dan 50 menit," kata Ashraf Nourul Haq Ashraf, kepala Departemen Urusan Islam di Kalender dan Kegiatan Amal di Dubai. Ashraf mengatakan Muslim akan berpuasa dengan durasi terpanjang selama Ramadan ini, dalam 26 tahun terakhir. Dia mengatakan kepada Gulf News bahwa hari pertama Ramadhan ini mungkin akan jatuh pada tanggal 1 Agustus dan Subuh dimulai pada di 4:26, sementara Maghrib baru menjelang pada pukul 07:06. Hingga durasi minimum berpuasa selama bulan Ramadan ini akan berlangsung selama 14 jam. Selama beberapa hari pertama, puasa akan berlangsung sekitar 14 jam 50 menit, sedangkan beberapa hari terakhir bulan Ramadhan durasi berkurang menjadi sekitar 14 jam. 10 hari pertama bulan Ramadhan akan durasi puasa turun secara bertahap dari 14 jam 50 menit sampai 14 jam 28 menit. Ashraf menganjurkan semua orang yang berpuasa selama bulan Ramadhan untuk menghindari sinar matahari langsung dan mengambil tindakan pencegahan. Ramadhan ini juga akan menjadi salah satu bulan terpanas musim panas ini. Menurut kantor cuaca, suhu sepanjang bulan ini di arab akan berkisar antara 40 dan 45 derajat Celcius. (sa/gulfnews)-ERA MUSLIM |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan