Briged Al-Akhdor LR2 |
- Umno tak malu: Selepas 51, baru sekarang Umno perkenal ‘BN Menang, Kedah Senang’
- Apa Ker Jadahnya ..Malam Nuzul Quran TV3 Disambut Dengan Temubual Ekslusif Saiful Bukhari Azlan
- Imam Abu Hanifa
- Bukti.. PATI DISURUH BERSUMPAH TAAT SETIA KEPADA UMNO DAN MENGUNDI UMNO.
- Dikala masih ramai orang asnaf di malaysia SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?
- Wang Zakat Pun Nak Disatu Malaysiakan ker
- CIMB bayar Nazir Razak RM12 juta tahun lalu
Umno tak malu: Selepas 51, baru sekarang Umno perkenal ‘BN Menang, Kedah Senang’ Posted: 17 Aug 2011 07:00 AM PDT PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema 'BN Menang, Kedah Senang' yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan. "Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema 'BN Menang, Kedah Senang'. Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan 'BN Menang, Kedah Senang' maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,"bidasnya. Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah. Tetapi katanya, di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah hingga dana negeri kekurangan RM50 juta setahun, tetapi menampungnya dengan memperolehi hasil yang banyak dari cukai balak. Menurut Ustaz Hadi, kemampuan kerajaan membolehkan cukai ke atas rakyat dikurang atau dihapuskan sepertimana juga penghapusan cukai kediaman yang pernah dilaksanakan PAS semasa mentadbir Terengganu. Terang beliau, kaedah digunapakai adalah dengan menaikkan cukai dari kalangan mereka yang berada, sedang golongan miskin tidak dibebankan. "Mereka yang kaya tak marah naikkan cukai kerana mereka bayar rasuah semasa BN lebih banyak lagi. Inilah rahsianya," ujar Tuan Guru. Mengulas mengenai isu akta hiburan yang disensasikan awal bulan lalu, beliau membidas Umno sebagai tidak tahu beramal sedangkan akta itu dibuat oleh mereka semasa memerintah Kedah. "Kita membuat pindaan, hiburan dibenarkan orang bukan Islam, hak dia nak berhibur. Yang diizinkan oleh agamanya untuk minum arak, untuk makan babi, itu hak dia yang tidak boleh dihalang dalam pemerintahan Islam. Ini bukan (peraturan) PAS buat, tapi diajar oleh Nabi s.a.w. "Dalam masa sama, orang Islam tidak boleh masuk ke tempat ini. Kalau orang Islam masuk, kita boleh ambil tindakan kepada premis ini. Adapun yang Umno buat hari ini, orang Islam boleh masuk juga, inilah yang menyebabkan orang Islam tidak boleh jadi contoh. "Pusat judi terbesar di Asia Tenggara adalah di Genting Highland di bawah Kementerian Kewangan, Umno yang menguasainya. Tidak ada sekatan untuk orang Islam masuk. "Demikian itu, perkara yang dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka ia dibenarkan kepada orang bukan Islam. Sedang, orang Islam mesti menunaikan tanggung jawabnya me ninggalkan perkara haram yang termaktub sama sebagai amanah pemerintah. Malangnya, sempadan itu yang tidak diamalkan Umno," tempelaknya. –Warta Utara |
Apa Ker Jadahnya ..Malam Nuzul Quran TV3 Disambut Dengan Temubual Ekslusif Saiful Bukhari Azlan Posted: 17 Aug 2011 05:00 AM PDT Melalui Buletin Utama TV3 sebentar tadi, TV3 menyambut Nuzul Quran dengan temubual Ekslusif Saiful Bukhari Azlan berkaitan kes liwat. Dengan muzik yang begitu syahdu dan dengan rasa mengharapkan simpati pendengar Saiful menceritakan jerit perihnya menghadapi masyarakat setelah diliwat dan setelah bersumpah. Dia dituduh pelbagai perkara kononnya telah dimakan sumpah. Kenapa dibuat temubual ekslusif berkenaan. Mungkin mengharapkan simpati dengan keputusan liwat yang akan dibuat dan mungkin nak menggambarkan dia dipihak yang benar setelah sumpahnya tak dipercayai orang. Pentingnya humban Anwar semahu-mahunya. Malam esok siri kedua temubual ekslusif berkenaan. Selamat menyambut nuzul Quran untuk semua umat Islam. http://www.ekele.net/2011/08/malam-nuzul-quran-tv3-disambut-dengan.html |
Posted: 17 Aug 2011 02:33 AM PDT Imam Abu Hanifah adalah pengasas Mazhab Hanafi.Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah(699 Masihi) di sebuah perkampungan bernama Anbar di sekitar bandar Kufah,Iraq.Beliau.Hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, Khalifah Bani Umaiyah yang kelima. Nama asalnya Nu'man bin Sabit bin Zautha bin Mah. Sejak Kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdasan akal fikiran yang mengkagumkan. Nu'man kemudiannya dikenali dengan panggilan Abu Hanifah(Hanif erti cenderung/condong kepada agama) kerana ketekunannya beribadah.Imam Abu Hanifah dikatakan banyak belajar pelbagai Ilmu feqah,tafsir,Hadis dan Tauhid dari para ulama yang alim.Diantara Ulama yang menjadi gurunya selain daripada Imam Hammad ialah Umar bin Zar,Atha bin Abi Rabih,Imam Nafi bin Umar dan Muhammad Al Baqir. Beliau juga berkesempatan menimba ilmu dari beberapa orang sahabat Nabi SAW yang masih hidup,seperti Abdullah bin Mas'ud,Abdullah bin Abi Aufa dan Sahal bin Saad. Imam Abu Hanifah juga dekenali dengan sifatnya yang sangat mengasihi guru-gurunya.Beliau berkata bahawa beliau tidak akan pernah melupakan mendoakan guru-guru dalam setiap doa yang dipohonkan kepada Allah AWT. Para ulama besar yang menjadi gurunya tidak kurang daripada 200 orang. Bila salah seorang daripada mereka itu meninggal dunia,Imam Abu Hanifah dilantik untuk mengantikannya.Banyak majlis ilmu yang dipimpin oleh beliau.Sejak itulah nama dan peranan beliau semakin dikenali sehingalah beliau menjadi ulama besar.Beliau juga dihormati dan dikasihi oleh orang ramai kerana kewibawaannya,kewarakan dan ketaqwaannya. Imam Abu Hanifah wafat dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah(767 Masihi) dalam usia 70 tahun iaitu semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al Mansur,Khalifah Abbasiyah yang kedua. Jenazah ulama agung ini di maqamkan dengan penuh penghormatan oleh puluhan ribu umat Islam di tanah perkuburan Al Khaizaran di kota Baghdad. Sufian As Sauri pernah ditanya kenapa dia sangat menghormati dan memuliakan Imam Abu Hanifah.Beliau menjawab:" Orang itu sangat alim, dalam ilmu agama.Selain menghormati ilmu agamanya,saya menghormati umurnya.Selain menghormati umurnya,saya menghormati ilmu fiqihnya yang amat luas dan juga sifat warak dan taqwanya" Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu'man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi. Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab: 1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah. 2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah. 3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah. Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah. Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau. Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat. Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya. Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya. Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: "Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan." Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya. Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor. Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, "Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan." Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara. Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan. Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. "Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti." Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah. Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan. Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: "Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?" Dijawab oleh Imam Hanafi "Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya." Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa. Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, "Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?" Dijawab oleh Imam Hanafi: "Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu." Baginda berkata lagi: "Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu." Dijawab oleh Imam Hanafi: "Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya." Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut. Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan. Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri. Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat. Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun. Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan. |
Bukti.. PATI DISURUH BERSUMPAH TAAT SETIA KEPADA UMNO DAN MENGUNDI UMNO. Posted: 16 Aug 2011 11:30 PM PDT |
Dikala masih ramai orang asnaf di malaysia SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat? Posted: 16 Aug 2011 09:30 PM PDT Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri. Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu. Persoalan yang timbul di sini ialah :- 1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat? 2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat? 3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain. 4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu? Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010. Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit. SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?
|
Wang Zakat Pun Nak Disatu Malaysiakan ker Posted: 16 Aug 2011 07:00 PM PDT Setiap insan yang beriman tentu sekali perintah-perintah yang terkandung dalam Rukun Islam mereka akan laksanakan. Solat , Zakat , Puasa dan Mengerjakan Ibadat Haji tiada masalah kepada orang-orang beriman. Sememangnya Islam itu cukup sempurna. Aturan-aturan yang ditentukan tidak terfikir oleh akal manusia. Itu sebagai bukti Islam adalh agama langit yakni milik ALLAH. Sebagai contoh betapa cantik apabila seminggu iaitu hari Jumaat sekali umat Islam wajib menunaikan Solat secara berjemaah di masjid. Sebelum solat adanya Khutbah. Bermakna seminggu sekali umat Islam diajar , diperingatkan kembali perintah-perintah Allah dan pesanan Rasulullah. Malangnya di Malaysia para khatib tidak mengambil peluang dengan begitu ramai jemaah yang ada di masjid untuk memantapkan lagi kecintaan umat terhadap Islam. Ada khatib dalam khtubahnya mengajak umat menjayakan kempen BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA...KEMPEN BUAH-BUAHAN TEMPATAN....KEMPEN BERJIMAT CERMAT. mengenai zakat , rasa hari ini kesedaran umat cukup tinggi untuk membayarnya. Tetapi timbul tanda tanya mengenai wang zakat ini. Tidak pernah ada declaration hasil wang zakat yang terkuimpul untuk tatapan umat. Di Negeri Sembilan nampaknya pengurusan wang zakat tidak berhati-hati dan terdapat unsur-unsur yang meragukan. Sebagai contoh pemberian untuk bantuan sekolah pada awal tahun persekolahan. Jelas borang bantuan dikeluarkan sewenang-wenangnya. Malah penggunaan borang photostat juga dibenarkan. maknanya pihak baitulmal tidak selidik latarbelakang yang mengambil borang. Sepatutnya peringkat pengambilan borang dah ada tapisan. Oleh kerana pengeluaran borang secara bebas, akhirnya orang yang tidak layak ( begitu ramai yang berpendapatan melebih RM1000 , yang berkereta) menerima wang zakat ini.Ini bermakna pegawai dibaitulmal tidak amanah menjaga wang zakat. Di Seremban dibina pusat perniagaan dicelah deretan kedai-kedai cina. (nama jalan aku tak tahu, tapi bangunan ini selari dengan bangunan KFC). Keluasan bangunan ini lebih menyamai 5 atau 6 buah kedai. Agaknya tanah ini milik MAINS. Tapi sungguh tidak bijak membina pusat perniagaan dikawasan deretan kedai cina yang antaranya menjual alat peralatan sembahan ,kedai kimpalan, kedai spare parts dan sebagainya. Laluan ini memang tak sapa pun nak datang. Dimanakah bijaknya Baitulmal @ MAINS membina pusat berniaga dikawasan ini. Berapa juta RM telah dikeluarkan untuk bangunan yang tidak memberi pulangan ini. Aku pasti ruang-ruang niaga dalam kompleks ini tidak berpenghuni. Siapa yang nak datang kesini ? Daripada buat bangunan sendiri lebih bijak jika MIANS beli lot -lot berniaga di shopping2 kompleks di Seremban. itu lebih praktikal. Shopping kompleks ada tempat tumpuan. Bukannya lorong kedai-kedai lama. Maknanya disini ada unsur penyelewengan wang MAINS yang dalamnya ada wang zakat. Siapakah yang meluluskan kompleks berniaga ini dibina dilorong yang tidak dikunjungi orang ? Berapakah jumlah kosnya? Ketiga dalam sebulan dua ini terpacak pulak dimasjid-masjid BILLBOARD mengingatkan orang ramai supaya membayar zakat. Didalam billboard ini tertera lambang 1 Malaysia . Apa kena mengena zakat dengan 1 Malaysia? Apakah perlu billboard ini dibina yang tentunya menggunakan wang zakat. Berapakah harga setiap satu billboard dan ada berapa diseluruh negeri sembilan ?Siapa yang dapat projek bina billboard ini ? Nampaknya elemen budaya umno dah mula meresap ke Baitulmal. |
CIMB bayar Nazir Razak RM12 juta tahun lalu Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT Genting Bhd menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya. Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kataMalaysian Business dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut. Eksekutif atasan yang tersenarai ialah pengerusi eksekutif merangkap ketua eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay. Menurut kaji selidik tahunan "Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi" majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lalu berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik. Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lalu, termasuk CIMB Group Holdings Bhd. Bank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak. Beliau menerima RM12 juta tahun lalu berbanding RM14.5 juta pada 2009. IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business. Sementara itu, dengan tiga syarikat - YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement - Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta. Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi. Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporantahunan syarikat. Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan