Briged Al-Akhdor LR2 |
- Pengundi 'klon' dikeluarkan tetapi masih ada persoalan
- Adakah anda Tahu Makna dan nombor penting bagi sesebuah tayar
- Husam Musa Berjaya Dalam Saman Fitnah 1.4juta...Tue Ler dosa dapat duit pun leboh..
- Rusuhan Di London Dieksploitasi Media Pencacacai..Tahukah apa punca rusuhan di LONDON
- Tv3 SUKU terus menunjukkan kebodohan ...
- Gaya Orang Kaya Dubai Berbuka Puasa...Membazir
| Pengundi 'klon' dikeluarkan tetapi masih ada persoalan Posted: 12 Aug 2011 07:00 AM PDT Sehari selepas Malaysiakini mendedahkan kemungkinan terdapat 'pengundi klon' - pengundi yang didaftarkan lebih dari satu kali dalam daftar pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan semua 'klon' itu daripada daftarnya. Namun, tinjauan mendapati masih ada 'klon' yang tertinggal dalam daftar itu dan beberapa persoalan yang belum dijawab oleh kedua-dua SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semalam, sekurang-kurangnya tujuh pengundi yang mempunyai 'klon' dalam daftar pemilih - iaitu didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka - berjaya didedahkan. Ketika itu, sistem pengesahan dalam talian SPR menunjukkan bahawa nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih dan menimbulkan tanda tanya sama ada mereka boleh mengundi dua kali pada pilihan raya nanti. Namun, semakan pada laman web SPR pagi ini, mendapati beberpa 'klon' itu telah dikeluarkan dari sistem mereka. Status terakhir tujuh pengundi itu adalah: 1. Shodah binti Abdul Rahman IC lama: 4802777 Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 2. Mohamad bin Ismail IC lama: 8370614 Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 3. Anderson a/l P Arputhanathan IC lama: A0831847 Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 4. Chellamah a/p Murugesu IC lama: 7877951 Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 5. Sa'ad bin Samsudin IC lama: 1479323 Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 6. Mohd Rashid bin Ismail IC lama: 6397062 Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 7. Sulong bin Jalil IC lama: 6290844 Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN. | |
| Adakah anda Tahu Makna dan nombor penting bagi sesebuah tayar Posted: 12 Aug 2011 05:15 AM PDT Makna dan nombor penting bagi sesebuah tayar Ramai orang yang kurang faham tentang tayar termasuk diri saya .Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang tayar ..menarik untuk dibaca.. | |
| Husam Musa Berjaya Dalam Saman Fitnah 1.4juta...Tue Ler dosa dapat duit pun leboh.. Posted: 12 Aug 2011 02:15 AM PDT Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan ahli exco Datuk Husam Musa serta Datuk Anuar Tan Abdullah berjaya dalam saman fitnah mereka ke atas akhbar berbahasa Melayu, Mingguan Watan. Sehubungan dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam juga memerintahkan mereka diberikan pampasan sebanyak RM470,000 setiap seorang. Keputusan itu dibuat berikutan artikel yang diterbitkan oleh Mingguan Watan pada edisi 21- 27 Disember 2008 yang bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK' yang didakwa memfitnah ketiga-tiga pemimpin itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Husam berkata artikel itu mendakwa "Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK. "Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd," petik artikel itu. Dalam saman itu, wartawan M Goenawan Mohamed, ketua pengarangnya Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, penasihat sidang pengarang Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, dan penerbit akhbar itu Naluri Teratai Sdn. Bhd, serta pengedarnya Tristan Media Distributors dinamakan sebagai defenden. Menurut Husam (kiri), berikutan penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah telah menghantar surat dan memberi notis untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf. Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 telah menyiarkan bahawa pihaknya tidak perlu memohon maaf | |
| Rusuhan Di London Dieksploitasi Media Pencacacai..Tahukah apa punca rusuhan di LONDON Posted: 11 Aug 2011 11:15 PM PDT APA YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG SEJARAH BAGAIMANA BERMULANYA RUSUHAN DI LONDON.Rakyat kita turut menjadi mangsa keganasan pihak yang tidak bertanggungjawab. History Of London Riot 2011 Baru -baru ini kita dikejutkan oleh rusuhan yang berlaku di Tottenham, London. Rusuhan berpunca dari satu adegan tembak menembak. Di mana semasa adegan tersebut Mark Duggan berumur 29 tahun telah ditembak mati oleh polis pada hari Khamis minggu lepas. Polis telah mengenalpasti beliau sebagai gangster di kawasan tersebut dan telah melawan polis hingga beliau mati ditembak. Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 50 ahli keluarga dan rakan-rakan Mark Duggan telah membuat tunjuk perasaan kecil di hadapan balai polis Tottenham. Pada masa yang sama beberapa pemuda yang memakai penutup kepala atau ayat popular "hoodies" telah mengambil kesempatan dengan mencaci polis. Mereka telah membakar 2 kereta peronda polis, membaling polis dengan botol, pecahkan tingkap kedai dan mencuri pelbagai telefon bimbit, kamera dan pakaian. Dan kejadian ini secara tiba-tiba menjadi wabak dan berjangkit keseluruhan bandar. Sebenarnya kematian Mark Duggan bukan lah isu yang utama tetapi ia adalah pemangkin atau pemrcik api kepada keseluruhan penduduk Tottenham. Sebenarnya ia adalah luahan perasaan golongan muda di Britain terutama di Tottenham merupakan salah satu kawasan termiskin di Britain. Dan Britain bukan sekali mengalami rusuhan dalam lipatan sejarah mereka. Rusuhan terbaru ialah pada tahun 1985 yang juga berlaku di Tottenham. Manusia apabila mengalami kesempitan hidup maka ia akan membuat apa sahaja untuk survive. Pada masa yang sama jika apa-apa berlaku pada mereka, tiada apa yang rugi kepada mereka atau negara. Kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dipertahankan. Jadikanlah ini sebagai satu pengajaran kepada kita. Jika ruang kemiskinan dan kekayaan terlalu tinggi maka keadilan untuk rakyat akan terabai. Jika ekonomi tidak dijaga, pekerjaan pun tiada dan rakyat akan tertekan. Jika politik terlalu di utamakan berbanding rakyat, maka apa yang berlaku di London akan berlaku di Malaysia... The Sad Truth Behind London Riot | |
| Tv3 SUKU terus menunjukkan kebodohan ... Posted: 11 Aug 2011 07:15 PM PDT
" TV3 suka menampakkan kebodohan yang tidak ketara apabila cuba promosi kononya Rusuhan di London sama dengan Demo aman BERSIH d KL. Suatu perbandingan yang dangkal, cetek, tidak profesional [i]and disgusting[/i] Apa makna rusuhan? Elok TV3 Suku pergi belajar baca kamus DPB. Apa punca rusuhan di London? Elok TV3 Suku pergi masuk sekolah menengah baca balik sejarah kaum dan suasana ekonomi di Britain. Adakah BERSIH itu satu bentuk rusuhan? Hanya orang bodoh seperti TV3 suku dan orang yang bersedia untuk menjadi bodoh ditemubual termasuk polis Malaysia mengatakan rusuhan di London sama dengan BERSIH! Apa agenda rusuhan? Elok TV3 suku tutup muka depan budak Tingkatan 5 dan 6 di Malaysia. Budak sekolah pun boleh faham apa motif rusuhan di London. Ba wau dal | |
| Gaya Orang Kaya Dubai Berbuka Puasa...Membazir Posted: 11 Aug 2011 05:15 PM PDT Sumber[EM]Dubai menjadi salah satu negara penghasil sampah terbanyak di dunia. Setiap tahunnya, Dubai menghasilkan 3,9 juta ton sampah, dan 23 persen diantaranya adalah sampah sisa makanan. Tapi yang memprihatinkan, selama bulan Ramadan, sampah sisa makanan di Dubai meningkat sebanyak 20 persen. Selama bulan suci Ramadan, dimana seluruh umat Islam menjalankan ibadah puasa, rumah-rumah, restoran, hotel dan dapur-dapur umum biasanya menyiapkan makanan yang berlimpah. Makanan yang tidak habis, akhirnya menjadi sampah. Itulah sebabnya, sampah makanan pada bulan Ramadan prosentasenya meningkat. Sumber paling utama sampah makanan ini, selain rumah tangga dan tempat-tempat makan, adalah tenda-tenda yang menyedikan makanan berbuka puasa secara gratis. Hampir 30 persen makanan di tenda-tenda buka puasa ini, berakhir ke tempat sampah. Para pakar mengatakan, banyaknya makanan yang mubazir karena minimnya pendidikan di kalangan masyarakat awam dan buruknya manajemen para penyelenggara tenda buka puasa. "Saya sangat keberatan dengan cara makanan itu diberikan saat buka puasa di tenda-tenda di luar masjid-masjid. Makanan disajikan dengan cara yang sangat sembrono, sehingga orang yang datang--kebanyakan orang miskin dan minim pendidikannya--mengambil makanan sebanyak mungkin, padahal mereka cuma bisa makan setengahnya karena waktu berbuka dengan waktu salat berdekatan. Akibatnya banyak makanan yang terbuang percuma," kata Mohammed Al-Kobaisi, mufti urusan agama Islam dan Departemen Kegiatan Amal (IACAD) negara Dubai. Ia menyarankan, sebaiknya makanan dibagikan dalam wadah-wadah kecil, sehingga orang bisa makan secukupnya dan membawa sisa makanan dalam wadah ke rumah untuk makan sahur. Atau, kata Al-Kobaisi, makanan dibagikan dalam dua sesi--sesi pertama makanan ringan untuk berbuka sebelum salat magrib, sesi kedua makanan utama setelah salat sehingga orang punya waktu panjang untuk makan. "Dengan cara ini, membuang-buang makanan bisa dihindarkan," ujar Al-Kobaisi. Apapun alasannya, membuang-buang makanan, khususnya di bulan Ramadan, tidak bisa dimaafkan apalagi di saat banyak orang di belahan dunia lain yang kekurangan makanan, bahkan nyaris mati karena kelaparan. "Islam adalah agama yang mengajarkan kesederhanaan. Islam mengajarkan keseimbangan dan mencari keseimbangan dalam setiap aspek kehidupan. Membuang-buang makanan adalah masalah yang serius dan Islam dengan tegas melarang hal-hal yang mubazir," tandas Mufti Al-Kobaisi. (kw/KT) |
| You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Semalam, sekurang-kurangnya tujuh pengundi yang mempunyai 'klon' dalam daftar pemilih - iaitu didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka - berjaya didedahkan.
7. Sulong bin Jalil 
Sehubungan dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam juga memerintahkan mereka diberikan pampasan sebanyak RM470,000 setiap seorang.
Dalam saman itu, wartawan M Goenawan Mohamed, ketua pengarangnya Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, penasihat sidang pengarang Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, dan penerbit akhbar itu Naluri Teratai Sdn. Bhd, serta pengedarnya Tristan Media Distributors dinamakan sebagai defenden.
TV3 suka menampakkan kebodohan yang tidak ketara apabila cuba promosi kononya Rusuhan di London sama dengan Demo aman BERSIH d KL. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan