Khamis, 11 Ogos 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Gambar : Mesti Lihat !!! Indahnya Malam Ramadan Di Kelantan

Posted: 11 Aug 2011 08:05 AM PDT


























Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.
Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.
Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.
Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.
Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.
Di Qaryah Ramadan pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama'i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.
Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Kajian menunjukkan Pengundi Bijak cenderung pada PAKATAN RAKYAT...

Posted: 11 Aug 2011 05:00 AM PDT

Alhamdulillah. Rakan-rakan aku berjaya menyiapkan siasatan lengkap pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.Aku bentangkan sebahagian rumusan hasil siasatan itu sebagai bahan fikir untuk kita merancang dan melaksanakan tugas mendekati pengundi. Kalau sempat, manfaatkan untuk kemenangan Bukit Gantang. Seterusnya boleh juga dikaji untuk rancangan gerak kerja kita di seluruh negara, khususnya kawasan pengundi Melayu.

Jumlah pengundi = 1000 , pecahan bangsa:
997 Melayu
002 Cina
001 India

PRU12 (Mac 2008) = BN menang , butiran keputusan:
494 undi BN
266 undi PAS
003 undi Bebas
228 majoriti
783 keluar mengundi
763 undi dikira

Keahlian parti (pengundi berdaftar yang hadir mengundi):
103 Ahli PAS
342 Ahli UMNO

Pengundi berdaftar yang ada kaitan dengan ahli PAS/UMNO tetapi tak daftar ahli parti:
052 Isteri/anak/menantu ahli PAS
088 Isteri/anak/menantu ahli UMNO

UMNO-BN menang di peti undi ini. 494 undi BN berbanding 266 undi PAS. 65% undi milik BN berbanding 35% PAS. 3 undi calon bebas tu tak payah kira laa. Mengikut hukum pilihanraya BN dikira menang besar kat sini.

Undi UMNO:
342 ahli UMNO
088 isteri/anak/menantu kepada ahli UMNO
Jumlah : 430

Siasatan mendapati semua 430 pengundi dari keluarga UMNO ini memang mengundi calon BN. Oleh kerana jumlah undi BN ialah 494, maknanya UMNO dapat tambahan 64 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.Undi PAS:
103 Ahli PAS
052 isteri/anak/menantu kepada ahli PAS
Jumlah : 155

Oleh kerana jumlah undi PAS ialah 266, bermakna PAS dapat tambahan 111 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.

64 pengundi atas pagar sokong BN. 111 menyokong PAS. Jumlah pengundi atas pagar ialah 175 atau 23% daripada jumlah undi yang dikira.
430 pengundi BN dari 108 keluarga
155 pengundi PAS dari 41 keluarga
175 pengundi atas pagar dari 44 keluarga
Jumlah = 324 keluarga.

Keluarga UMNO:
02 ketua keluarga (02%) - ijazah dalam negara
11 ketua keluarga (10%) - STPM/Diploma
08 ketua keluarga (07%) - SPM
19 ketua keluarga (18%) - SRP/LCE
62 ketua keluarga (57%) - sekolah rendah dan sekolah atap
06 ketua keluarga (06%) - tidak pernah bersekolah

Keluarga PAS:
16 ketua keluarga (40%) - ijazah dalam dan luar negara
13 ketua keluarga (31%) - STPM/Diploma
09 ketua keluarga (22%) - SPM
02 ketua keluarga (05%) - SRP/LCE
01 ketua keluarga (02%) - sekolah atap.

Keluarga atas pagar:
05 ketua keluarga (11%) - ijazah
15 ketua keluarga (34%) - STPM/Diploma
17 ketua keluarga (39%) - SPM
07 ketua keluarga (16%) - SRP/LCE

Masyaallah! Petunjuk yang jelas!
81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.
93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.Kita mudahkan lagi:
Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
SPM : UMNO 7% - PAS 22%
SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada

Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.

KANTOI LAGI!! Isacc Yovan Boleh Mengundi 2 Kali di Parlimen Lembah Pantai !!

Posted: 11 Aug 2011 01:50 AM PDT



"Secara ringkas dan padat, saya bongkar lagi satu perselingkuhan di antara JPN, SPR dan juga si polan terdesak.

Isacc Yovan A/L K Pitchay mempunyai dua kad pengenalan yang telah dikeluarkan oleh JPN. Kedua-dua kad pengenalan milik Isacc mempunyai perbezaan pada nombor kad pengenalan pada empat digit terakhir. Adakah ini juga satu kesilapan teknikal JPN ?

Lihat skirn di bawah atau anda boleh semak sendiri di lamanhttp://www.jpn.gov.my/semakic/ dan masukkan dua nombor kad pengenalan seperti tertera di bawah;





Adakah kesilapan JPN seperti ini seolah-olah disengajakan untuk membantu Barisan Nasional mengekalkan kuasa ?

Baiklah, seorang warganegara mempunyai dua kad pengenalan adalah satu perkara yang mungkin teknikal. Tetapi bagaimana pula jika setiap satu kad pengenalan milik Isacc Yovan itu membolehkan dia mengundi di dua daerah mengundi yang berbeza dalam parlimen Lembah Pantai ?

Lihat pula semakan daftar pemilih di bawah atau anda boleh cuba semak sendiri di alamat portal SPR http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ . Sila masukkan kedua-dua IC tersebut untuk dapat keputusan seperti di bawah ;


Skrin di atas adalah berdasarkan semakan isi rumah, dipaparkan seperti ini untuk menunjukkan satu nama iaitu Isacc Yovan, dengan dua nombor kad pengenalan, dengan dua kali peluang mengundi di dua daerah mengundi berbeza, dan mempunyai nombor IC lama yang sama.

Dua tempat lokaliti yang boleh diundi oleh Isacc Yovan ialah Kondo Rakyat di bawah daerah mengundi Pantai Hill Park manakala satu lagi ialah R/Pangsa Sri Pahang di bawah daerah mengundi Bukit Bangsar. Percayalah saudara, andainya sistem dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya umum ke-13, pasti Isacc Yovan yahudi ini tidak akan berjaya mengundi buat kali kedua. Hanya boleh memilih satu daripada dua lokaliti sahaja.

Ini adalah antara ratusan siri pendedahan yang dibongkar oleh mereka-mereka yang benci kepada penipuan. Saya percaya, pasti ada di antara orang dalaman JPN yang tergolong daripada mereka yang tidak mahu menggadai maruah negara, sanggup membocorkan maklumat demi maklumat.

Dengan begitu banyak pendedahan, bermula dari Mismah-gate, hingga yang terbaru iaitu pengundi dua kali parlimen Lembah Pantai, Isacc Yovan, pasti anda semua tidak sabar untuk beraksi dalam himpunan BERSIH 3.0 yang dijangkakan akan berlangsung bulan November nanti.


SUMBER

Setelah 54 Tahun..Masih belum serik dengan UMNO-BN?

Posted: 10 Aug 2011 09:30 PM PDT

Masih belum serik dengan UMNO-BN? – Oleh Muhammad Zir

10 August 2011

10 OGOS – Sudah 54 tahun rakyat Malaysia memberi amanah kepada UMNO dan Barisan Nasional (dan Perikatan sebelum 1974) untuk mengurus dan mentadbir negara kita. Tetapi apa sebenarnya yang kita nikmati hari ini?

Ya, memang kita sudah ada bangunan pencakar langit, kita ada pusat membeli-belah gergasi, pasaraya besar, ada rumah, ada kereta, ada motosikal; tetapi dalam kita sibuk menghitung apa yang telah kita perolehi, sedarkah kita apa yang kita sudah hilang?

Jati diri, maruah bangsa, kehormatan diri, kejujuran dan keadilan sudah tercabut dari nilai-nilai bangsa kita bangsa Malaysia. Apakah nilai-nilai ini setanding dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang bukan milik kita itu?

Tidak sukar untuk membayangkan jika UMNO-BN terus memerintah Malaysia, masalah yang kita hadapi akan lebih teruk jadinya.

Majoriti rakyat akan menanggung beban hidup yang lebih buruk kerana:

  1. Harga minyak tidak akan turun, malah akan terus mencanak naik;
  2. Harga barang keperluan harian, lebih-lebih lagi makanan, akan melambung dan kuasa beli rakyat akan lebih mengecil akibat inflasi dan seterusnya ekonomi negara akan terus malap dan menjejaskan kewangan keluarga kita;
  3. Tarif elektrik akan terus naik dan membebankan rakyat, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin Bandar;
  4. Sumber air akan terus dimanipulasi dan harga pula semakin meningkat;
  5. Harga tol akan terus naik, dan pembinaan plaza tol akan lebih banyak, namun kesesakan lalu lintas akan kekal teruk.

Majoriti rakyat tidak akan mendapat jaminan keadilan kerana:

  1. Sistem kehakiman dan badan perundangan telah dilihat oleh rakyat sebagai pilih kasih dan tidak telus. Segala suara dan tuntutan rakyat dianggap sebagai mengancam keselamatan negara;
  2. Pasukan Polis, SPRM, SPR akan terus dimanipulasi oleh UMNO-BN demi menjayakan niat mereka untuk mengekang dan menindas rakyat. Barangkali, kes kematian sewaktu dalam tahanan pihak berkuasa akan terus berlaku;

Majoriti peniaga akan semakin rugi kerana pertumbuhan ekonomi akan lebih menguncup kerana:

  1. Peluang perniagaan tidak adil kerana semua tender akan terus diberi kepada kroni UMNO-BN;
  2. Pelabur akan lari dan para pelabur takut untuk melabur kerana pentadbiran kerajaan dan undang-undang tidak telus, malah korup;
  3. Persaingan perniagaan tidak sihat dan monopoli kepentingan perniagaan menerusi kroni politik akan terus kekal. Rakyat tiada pilihan manakala syarikat monopoli boleh naikkan harga sesuka hati kerana tiada saingan.

Majoriti golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) tidak akan terbela kerana:

  1. Kos perubatan dan bantuan kesihatan akan terus mahal dan sukar diperolehi. Peluang bagi golongan ini untuk mendapatkan mutu kesihatan akan terus terabai;
  2. Bantuan kewangan akan lebih lambat diterima kerana karenah birokrasi yang terus berlarutan. Ini akan menyebabkan keperluan warga tua dan OKU akan terabai.

Majoriti ibu tunggal dan wanita yang memerlukan bantuan akan terabai kerana:

  1. Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran akan menjadi projek untuk hanya membantu ahli-ahli UMNO sahaja. Mangsanya adalah mereka yang bukan ahli UMNO;
  2. Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik tidak akan tercapai kerana ia telah menjadi medan memilih kroni. Hingga kini perkhidmatan awam belum mahu laksana kuota itu walau pun sudah ada ramai wanita yang layak;
  3. Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang tidak akan mampu dilaksanakan khususnya jika Menteri tunduk kepada kepimpinan yang hanya pentingkan kroni.

Majoriti golongan muda akan dimandulkan idealism mereka menerusi:

  1. Kekangan untuk berpersatuan, halangan beraktiviti secara terbuka dan semua pandangan akan disekat menerusi Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU);
  2. Peluang untuk kaum muda mengembangkan potensi diri akan terbantut kerana UMNO-BN akan sentiasa menjadikan mereka kambing hitam (dipersalahkan) apabila berlaku gejala sosial dan remaja;
  3. Peluang untuk kaum muda menimba ilmu akan lebih mengecil kerana kos dan beban hutang PTPTN.
  4. Golongan muda yang baru bekerja tidak akan mampu membeli rumah kerana harga dan faedah yang dikenakan terlalu tinggi. Mereka akan menjadi golongan baru dalam kategori miskin bandar atau miskin terpelajar.

Majoriti golongan pekerja akan terus ditindas kerana:

  1. Kerajaan akan terus menekan kesatuan sekerja dengan pelbagai akta yang tidak munasabah;
  2. Golongan pekerja tidak akan mendapat layanan yang adil baik dari segi upah dan kebajikan mereka;
  3. Kerajaan UMNO-BN akan menganggap golongan ini sebagai golongan nyamuk yang hanya banyak cakap tetapi tidak berani buat apa-apa, maka golongan ini akan terus terabai. Kerajaan akan menganggap jika mereka terikat dengan masalah gaji kecil, mereka tidak akan pedulikan politik dan hak kerana hanya tumpukan kepada kewangan diri dan keluarga.

Media massa akan terus menjadi alat perkakas kerajaan UMNO-BN kerana:

  1. Media akan terus dikongkong oleh akta-akta yang menyekat, termasuk tidak dibenarkan mengkritik kerajaan walau pun kerajaan melakukan kesalahan;
  2. Media akan terus mengikut telunjuk orang-orang politik UMNO-BN.
  3. Profesion kewartawanan akan terus dihina kerana membiarkan diri menjadi balaci pemimpin UMNO-BN.

Ini antara beberapa gambaran yang jelas jika rakyat, sama ada kerana termakan fitnah atau kerana takut kepada perubahan positif, terus memilih UMNO-BN sebagai kerajaan.

Malah di kalangan cerdik pandai kita, sama ada bijak dengan ijazah atau bijak street smart, dapat menggariskan lebih banyak lagi bencana yang akan menimpa kita jika UMNO-BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kita sebagai warga yang rasional dan bermaruah, dan jika kita yakin bahawa rasuah itu jijik, penyelewengan itu besar dosanya dan salah guna kuasa itu akan menghancurkan bangsa, maka sudah tentu kita akan memilih sebuah kerajaan yang menjamin ketelusan sistem dan keadilan untuk semua warganya

Wanita Ini Bertahun-Tahun Simpan Lima Mayat Bayi Dalam Almari

Posted: 10 Aug 2011 07:00 PM PDT

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Wanita ini akhirnya mengaku dia melahirkan bayi di tab mandinya sebanyak lima kali, hasil hubungan gelap dengan rakan sekerjanya. Dia disyaki membunuh salah satu bayi dalam keadaan hidup dan disimpan di almari yang terkunci rapat.



Jika sabit kesalahan, Michele Kalina, akan dijatuhi hukuman 20 hingga 40 tahun.

Kepada seorang psikiatri, ia mengaku membungkus kelima-lima bayi itu dengan tuala dan kemudian menyimpannya dalam bekas di dalam peti dikunci. Dia ingat bahawa bayi yang ketiga, laki-laki, masih bernyawa ketika dilahirkan.

"Dia mungkin telah membungkus bayi terlalu ketat dengan tuala sehingga bayi tidak boleh bernafas," kata Dr Jerome Gottlieb, pakar jiwa yang mengiringi beliau. Tubuh bayi-bayi itu kemudian dibungkus dengan simen dan dimasukkan ke dalam tempat pendingin di dalam peti.

Lima mayat itu membusuk selama bertahun-tahun sehingga anak perempuannya mendapati kerangka sisa-sisa jasad itu tahun lalu. Pada ketika itu, pihak berkuasa tidak dapat menentukan bagaimana bayi-bayi itu telah meninggal.

Kalina, seorang jururawat, mengaku dalam keadaan mabuk semasa melahirkan dan tidak ingat apa yang berlaku. Beliau juga mengalami kemurungan yang teruk dan lain-lain masalah kesihatan mental.

Peguamnya, Holly Feeney, mencari pelepasan atas alasan bahawa Kalina telah belajar untuk menafikan hakikat bahawa dia sering mengalami penderaan fizikal dan seksual di zaman kanak-kanak. Dia meletakkan kenangan bayi beliau dalam 'almari psikologi'.

Impak BERSIH 2.0 ke atas luar bandar 'tak ketara'

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Di sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centreberpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.

NONE"Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian (kanan) kepada Malaysiakinidalam wawancara eksklusif semalam.

Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.

Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.

"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."

Ditanya sama ada kehadiran ribuan peserta pada perhimpunan itu dengan jumlah golongan muda yang sebegitu ramai adalah ukuran sebenar sokongan untuk reformasi pilihan raya, Ibrahim berkata andaian itu hanya benar bagi suatu pecahan kecil penduduk.

Tak peduli

"Pada perhimpunan itu, ya, mungkin yang hadir adalah ribuan, tetapi apabila kita melakukan kaji selidik, kita mengambil kira jumlah penduduk lebih luas di seluruh negara," kata Ibrahim apabila ditanya mengenai kesan perhimpunan 9 Julai itu.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram dan bertindak keras dengan menghambat penyokongnya, usaha itu gagal menghalang ribuan rakyat untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur.

Namun bagi Ibrahim, jutaan lagi rakyat Malaysia di luar Lembah Klang yang tidak pernah mengetahui mengenai BERSIH 2.0 mahupun mengambil peduli tentangnya.

Alasan utama, katanya adalah kerana kekurangan akses kepada berita alternatif untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar-bandar utama.

Bancian baru-baru ini cuba meninjau respon daripada golongan muda mengenai pendapat mereka mengenai BERSIH yang menjadi sebagai sebahagian daripada kaji selidik Merdeka Centre.

Menurut Ibrahim, antara jawapan yang banyak diterima ialah:"Saya tidak tahu. Saya dengar mereka mahu berhimpun dan saya tidak ambil peduli hal politik,".

NONEWalaupun menolak kesan serta-merta perhimpunan BERSIH di luar Lembah Klang, Ibrahim berkata tidak mustahil jika percikannya akan terus merebak.

"Kesan sebenar BERSIh bukan pada hari ia dianjurkan, sama seperti pada tahun 2007. Begitu juga dengan perhimpunan Hindraf dan BERSIH yang pertama.

"Aktivis kini akan digerakkan. Dari segi psikologi mereka kini lebih terangsang dan akan melakukan lebih banyak perkara lain," katanya.

Menurut Ibrahim sejak BERSIH 2.0, lebih banyak masalah pilihan raya dan kepincangan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan oleh media, NGO atau pihak-pihak lain setiap hari.

Tiada ulasan: