Khamis, 11 Ogos 2011

.

.


Keputusan Poll

Posted: 10 Aug 2011 09:00 PM PDT

Hishamuddin, Aziz dan Wan Ahmad Perlu Letak Jawatan

SERAMAI 3,021 penjenguk blog ini telah bersetuju supaya Menteri Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Hussein, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar mengambil tanggungjawab meletak jawatan diatas penyelewengan dan kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendaftaran pengundi yang dibawah kelolala SPR.

Dalam poll yang mengemukakan persoalan siapakah perlu bertanggungjawab di atas penyelewengan dan kelemahan itu, seramai 243 (7%) pengundi yang hanya bersetuju Hishamuddin meletak jawatan manakala 29(0%) dan 20(0%) yang hanya mahukan Aziz dan Wan Ahmad saja meletak jawatan.

Sementara yang mahukan ketiga-tiga meletak jawatan seramai 3,032 (91%).

Penyelewengan dan kelemahan SPR dan JPN itu dibongkar oleh sebuah poral berita dua minggu lepas dan ia mendedahkan peranan dan penglibatan kedua jabatan itu dalam usaha memastikan UBN terus berkuasa.

Bagaimana pun perkara itu dinafikan dan SPR dan JPN tetap mempertahankan kononya pendedahan itu satu pembohongan. [wm.kl.12:08 t/hari 11/08/11]

Sesudah Subuh

Posted: 10 Aug 2011 02:55 PM PDT

Hikmat Dari Kejadian Di Gereja

SEMENTARA menanti azan solat Subuh saya meracau membuka beberapa blog secara rawak. Buka punya buka terjumpa dengan satu blog yang memaparkan kronologi serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. Ada sesuatu yang diperolehi dari blog berkenaan dan ia menjawab persoalan yang tersembunyi beberapa waktu ini.

Dari blog itu saya menemui 12 nama orang Islam yang dikatakan turut berada di dalam majlis makan malam harmoni yang diadakan di gereja tersebut. Saya sudah menegaskan di dalam catatan sebelum ini walaupun ada sesetengah orang seakan tidak percaya dan tidak mahu kepada serbuan itu, bahawa Jais tentu ada alasan kukuh mengapa mereka menyerbu dan membuat siasatan majlis tersebut.

Hati saya tercekik tatkala membaca satu persatu nama-nama indah yang tertera pada blog berkenaan. Sedih dan hiba. Hati saya tidak menuduh apa-apa yang buruk kepada mereka, tetapi hati saya tetap bertanya-tanya kenapa mereka harus berada di majlis berkenaan yang diadakan di rumah ibadat bukan agama mereka pada saat dan waktu itu.

Setiap nama Melayu sepatutnya mereka Islam. Begitulah yang kita fahami mengikut tafsir perlembagaan negara ini. Secara automatik kalau disebut Melayu ianya beragama Islam. Apakah sinonimus itu sudah pun lenyap dan musnah kini.

Nama-nama indah dan cantik itu saya turunkan di sini untuk menjadi renungan kita semua.

1. Nadene Binti Che Mohd Sallah.
2. Muhammad Khairul Bin Abdullah.
3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir.
4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir.

5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir.
6. Rasyidah Binti Abd Razak.
7. Nur Umrah Binti Abd Razak.
8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan.
9. Faridah Binti Abdul Rahman.
10. Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood.
11. Faridah Binti Abdul Latep.
12. Sahrunida Binti Assad.

Memerhati kepada nama-nama itu ianya jelas nama Melayu asli berbau Arab .Dari nama dan bapak mereka seperti mereka adik beradik. Ada tiga yang berbinti Mahadzir dan dua yang berbintikan Abd Razak. Mungkin mereka adalah adik beradik. Disebabkan majlis itu adalah majlis menerima bantuan kemungkinan mereka terdiri dari insan yang kurang bernasib baik atau pun kehilangan ibu bapa yang dipilih untuk menerima bantuan kemanusiaan.

Pertanyaan yang merungkai kepala saya kini sudah terjawab dengan menemui nama-nama itu. Dengan adanya bukti ini, maka tidak syak lagi apa sebenarnya yang berlaku dalam majlis berkenaan.

Kini menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mengambil tugas dan bahagian masing-masing. Kalaulah 12 nama-nama itu terdiri dari mereka yang memerlukan bantuan, nah... pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab. Dalam hal ini yang paling penting ialah Baitulmal yang mempunyai wang berbillion ringgit. Bantulah mereka. Atau individu dan pemuka yang kuat Islam tolonglah mereka.

Kalau tertakdir mereka sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menangani mereka. Harap-harap keislaman mereka masih utuh. Institusi Islam dan badan-badan berkaitan termasuknya juga NGO yang kuat Islam mereka jangan saja tahu mengkritik dan menunding jari, sebaliknya mereka juga harus bertanggungjawab. Pikullah masalah ini bersama.

Menjadi kewajiban tiap daripada kita untuk menjaga akidah umat Islam. Saya sendiri ada sedikit pengalaman dan sejarah dalam soal-soal seperti ini. Sekitar tahun 1980-an ada seorang gadis Cina memeluk Islam atas kesedaran dirinya sendiri hasil dari berkawan dengan budak-budak Melayu dan mengikuti pelajaran agama di sekolah. Ibu bapa mereka marah dan cuba mengembalikan anaknya itu ke agama asalnya.

Atas kemahuan gadis berkenaan dia minta dilindungkan. Melaksanakan permintaan itu adalah hak umat Islam. Kerja-kerja melindungi dan menjaga gadis inilah yang cukup mencabar dan memerlukan 'kebugisan'. Tindakan itu diambil adalah untuk menyelamatkan akidah gadis Cina berkenaan.

Jadi sekarang ini setelah dikenal pasti orang-orang Islam yang berada di dalam gereja itu bukan masanya untuk kita menunding jari kepada sesiapa. Saling menyalah dan menyelar antara kita. Sapulah kekeliruan awal dan kita kembali kepada realiti.

Tidak ada pihak yang terlepas dalam hal ini melainkan setiap individu Islam dan Melayu. Manakala atas dasar manusia, semua mereka yang ada perasaan kemanusiaan berhak membantu manusia lain yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh diberi tetapi bukannya diminta bayaran dengan menukar agama.

Bermula dengan kejadian ini umat Islam yang merasai kecewa dan kesal atas apa yang berlaku jangan merintih menghiba. Marilah kita sepakat mempertahan dan menjaga amanah ini. Marilah kita bersatu mencari tali ikhtiar demi memelihara bangsa dan agama kita. Ada himat yang tersembunyi di sebalik kejadian di gereja itu. Kalau kita tahu membaca makna dan maksud kejadian itu kita akan mendapat iktibar daripadanya.

Soal politik yang tidak ada kesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu. Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan kita yang kita cipta sendiri. Agama adalah ad-den diturunkan Allah adalah agung dari segala gerakan dan siasah.

Mulai sekarang kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat. [wm.kl.6:40 am 11/08/11]

Sesudah Terawih

Posted: 10 Aug 2011 07:11 AM PDT

Cucu Citit Khir Toyo Usung Mangkok Tandas

APABILA Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membuat apologetik kepada gereja Methodist di atas keterlanjuran Jais memasuk premis rumah ibadat Kristian itu tapa mengetuk pintu saya juga kurang setuju. Terasa sangat yang Khalid membuat keputusan sendiri.

Belum pasti apakah kemasukan Jais itu benar atau secara salah tetapi Khalid sudah memohon maaf. Tindakan segera Khalid tanpa mendapat laporan terperinci itulah menguriskan hati orang Melayu, terutamanya yang mengaku kuat memperjuangkan Islam.

Kita memahami kenapa Khalid mengambil tindakan itu iaitu untuk tidak mengeruhkan suasana. Khalid mahu agar pihak gereja tidak salah anggap dengan kejadian itu. Tetapi dalam masa sama Khalid tidak mengambil kira perasaan mereka yang kuat beragama Islam tadi.

Wajarlah kalau Khalid dihukum dengan kecaman dan kritikan. Dan saya rasa orang macam Khalid yang akan bersikap persis lembu kenyang akan menerima apa saja celaan dan kritikan terhadapnya itu. Bukan sekali kali beliau menghadapi kecaman. Sudah banyak kali dan beliau hadapi dengan selamba saja.

Sekali beliau bersuara mengaku kesilapan orang akan maaf. Kehebatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang ternyata lebih berkebajikan berbanding dengan bekas MB-MB Selangor sebelum ini menyebabkan kesalahan Khalid tidak menjadi 'kudis gatal'. Beberapa program membantu rakyat yang dilakukan Khalid diterima oleh rakyat. Dengan pendekatan pentadbiran mengurangkan pembaziran dan mengutamakan rakyat menyebabkan Khalid berada di hati rakyat Selangor.

Sebab itulah walaupun Khalid dikatakan tidak mesra politik dan mengabaikan kepentingan politik orang lain sehingga ada usaha untuk menjatuhkan dan merebut kerusinya itu ia tidak berjaya. Usaha itu dilakukan sendiri dari kalangan PKR dan Pakatan Rakyat. Usah itu gagal kerana apa, kerana Khalid sudah berakar umbi dengan rakyat disebabkan pendekatan pentadbriaannya mengutamakan rakyat tadi.

Ekoran permohonan maaf oleh Khalid kepada gereja Methodist itu, pagi ini sekumpulan orang Islam telah memberikan hadiah kepada Khalid sebagai protes atas tindakan MBN itu. Kumpulan itu dikatakan terdari berbagai NGO yang kuat beragama Islam dan ekstrem Melayu. Antara hadiah yang mereka longgokkan di hadapan pintu masuk ke SUK Selangor ialah barangan yang tidak pernah dijadikan hadiah dek orang seperti penyapu, mangkok tanda, mop dan sebagainya.

Sambil melonggokkan hadiah berkenaan pemberian hadian itu memakai topeng Khalid dan juga Hasan Ali.

Secara peribadi saya menyokong protes puak yang kuat agama itu. Ada logiknya kalau mereka menyuarkan kemarahan supaya lain kali Khalid tidak akan mengulangi perkara yang sama. Memberi ingatan kepada Khalid suapaya berhati-hati dan memandang depan dan berlakang terlebih dahulu untuk membuat sesuatu tindakan.

Tetapi sedikit yang saya rasakan tidak kena ialah hadiah sebagai simbol protes yang dilonggokkan itu tidak berapa manis dan elok. Kita faham semua itu membawa maksud tersendiri tetapi ia agak melampau dan bukan budaya Melayu. Apa lagi yang memberi hadiah itu kononnya mereka yang cintakan kepada Islam.

Orang akan terfikir apakah benar mereka itu pencinta Islam? Kerana Islam tidak menggalakkan pemberian apa-apa yang buruk atau hina maksudnya kepada seseorang apa lagi pemimpin. Menghantar mangkok tandas tidak pernah dibuat orang kecualilah orang gila atau pun pengutip sampah. Begitu juga pemberian mop, penyapu dan sebagainya.

Hadiah itu kontras sekali dengan tujuan dan matlamat suci mereka untuk membela Islam. Orang Kristian juga akan menggeleng kepala melihat gelagat NGO itu dan juga bentuk hadiah yang mereka sampaikan kepada Khalid Ibrahim. Dalam hal ini orang Kristian lebih berakhlak berbanding dengan orang Islam (Melayu).

Melihat kepada segala macam hadiah itu saya teringat apa yang pernah dilakukan oleh bekas MB Selangor yang kini sedang berpeluh dan tidak tidur malam kerana memikir bagaimana cara untuk membela diri atas tuduhan rasuah, Khir Toyo.

Khir Toyo pernah memberi penyapu kepada salah seorang Pegawai Daerah di negeri berkenaan kerana daerah berkenaan kotor dan daerah itu tidak sampai standard yang ditetapkan. Pemberian penyapu itu menghina pegawai berkenaan dan langkah Khir itu dianggap menghina. Akhirnya apa yang berlaku terhadap Khir Toto Edikromo?

Selepas beliau menghina pegawai itu dengan memberi penyapu nasibnya menjadi buruk. Beliau ditimpa ketulahan penyapu berkenaan. Khir bukan saja kehilangan kerusi MB teteapi partinya juga kalah, Selangor terlepas ke tangan Pakatan. Lebih malang lagi selepas kehilangan kuasa Khir didakwa pula atas tuduhan sungguh memalukan, rasuah.

Nasib Khir Toyo tak ubah seperti orang yang jatuh ditimpa tangga terjerlus pula atas tahi ayam 'monir'. - tahi ayam yang cair dan busuk yang diberak oleh ayam yang berpenyakit dan cerah perut.

Apakah yang berarak menunjuk perasaan memakai topeng dan membawa penyapu, mangkok tandas, mop dan sebagainya pagi tadi adalah anak cucu cicit yang ditinggalkan Khir Toyo? Rasanya begitulah. Orang Pas tidak tergamak dan sanggup untuk menjunjung tandas bekas tahi.

Disebabkan tidak bijak dan hilang akhlak menyebabkan niat yang baik dan suci kumpulan NGO itu terbalik menjadi hamis dan busuk. Memang 20 orang yang berhimpun di hadapan pintu pagar SUK tadi layak membawa mangkok tandas, mop dan penyapu. Sesungguhnya telah sempurna menjadikan seseorang kalau dia penjunjung mangkok tandas maka hidupnya tidak ubah mangkok tandas. [wm.kl.10:28 pm 10/08/11]

Tiada ulasan: