Selasa, 9 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


NGO dakwa JAIS temui bukti dokumen

Posted: 08 Aug 2011 11:45 PM PDT

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menemui bukti berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan dalam serbuan di Gereja Mathodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Persatuan Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Hussain mendakwa, soalan itu antaranya bertanyakan tentang malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, maksud Islam, Muslim dan Quran, lapor Berita Harian.

Dr Dzulkhaini mendakwa, apabila JAIS dan polis masuk membuat pemeriksaan selepas menunggu 20 minit, pihak gereja didakwa mengoyak dan membuang kertas itu dalam tong sampah.


"Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah," beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Dzulkhaini dilaporkan bercakap bagi pihak 45 NGO Islam Selangor. - mkini

SPR tak layak kendali pilihan raya

Posted: 08 Aug 2011 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.

Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.

"Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.

"Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan "berhakimkan" pengurusan SPR sedia ada.

Tegas Nasrudin (gambar), pendedahan Pakatan Rakyat berhubung status pemastautin tetap yang bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat selain turut diberikan hak mengundi satu lagi bukti kepincangan yang berlaku.

"Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari MyPR (pemastautin tetap) di waktu pagi kepada MyKad (warganegara) di sebelah petang pada hari yang sama.

"Selain itu senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kampung Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi," katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Semalam Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.

Tambah Nasrudin, berikutan kegagalan SPR menyelesaikan dan membersihkan segala kepincangan yang berlaku tegas beliau Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu merombak badan pengurusan pilihan raya itu.

"Selain itu pengerusi dan timbalan pengerusi perlu meletekkan jawatan segera, merombak keseluruhan struktur SPR ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti-parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa. - TMI

Zul Kulim Pujuk Hasan Ali Jadi Bangsat Sepertinya..

Posted: 08 Aug 2011 09:48 PM PDT

TINDAKAN HADI AWANG SATU PENGHINAAN BESAR : ZUL NOORDIN

Tindakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang 'memandang sepi' penjelasan Hasan Ali, sedangkan beliau seorang Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor, merupakan satu penghinaan besar kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu.

Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan Abdul Hadi mahu 'bersemuka' sendiri dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kontroversi pemeriksaan ke atas gereja Methodist, memberi gambaran bahawa suara Hasan tidak laku dan tidak diterima dalam Pas.

Pada masa yang sama, beliau berkata, tindakan Abdul Hadi itu juga merupakan satu bentuk campur tangan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, kerana JAIS merupakan jabatan kerajaan dan bukannya lujnah politik dalam Pas, sehingga perlu memberi penjelasan tambahan kepada parti tersebut.


NOTA:
orang ramai tertanya tanya
mengapa melaon ini gila menjadi jadi?
jawabnya:
malaon ini telah membuat cap mohor spr
untuk membuktikan yang dia telah
memberi laporan keewngan pilihanraya 2004
malaon ini menipu

kes ini telah terbongkar
teloo malaoan ini telah kena pegang
ini kes tipu
kalau di buktikan di mahkamah malaon ini
bukan sahaja hilang kerusi parlimen
tetapi akan dibuang dari menjadi seorang peguam

ini latar beklakang malaoan ini
jadi jangan hairan jika malaon ini terus menyalak
kah kah kah

Tukar Tiub

Ulama Chipsmore?? Kejap Ok Kejap Tak Ok..

Posted: 08 Aug 2011 08:25 PM PDT

Isu Wahabi : Uthman Nafi Tolak Tawaran Juanda

KUALA LUMPUR 9 OGOS : Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady menafikan bahawa beliau menolak tawaran untuk berdialog berhubung isu Wahabi yang dikaitkan oleh beliau dengan "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi baru-baru ini.

Sebaliknya kata Uthman, beliau mahu dialog yang disyorkan itu diadakan secara tertutup.

"Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau.

Uthman yang dipetik dari Sinar Harian hari ini berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara selain boleh menggugat hubungan baik antara negara.


"Dialog seperti ini perlu secara tertutup dengan dihadiri pakar-pakar yang dipilih oleh KDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata beliau.

Uthman berkata, apa yang beliau timbulkan bukan untuk meraih publisiti tetapi sebagai maklumat kepada kerajaan untuk melihat masalah itu.

"Tidak timbul isu ada negara yang bahaya kepada Malaysia dan ibadah haji perlu ditangguhkan seperti yang dilaporkan. Saya sendiri baru sahaja menunaikan haji tahun lalu," kata beliau lagi.

Portal The Malaysian Insider semalam membawa laporan memetik Juanda berkata Uthman telah menolak pelawaan beliau agar diadakan satu dialog berhubungi isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Menurut Juanda, beliau menerima surat penolakan Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat MKN dua minggu lalu.

"Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta," kata beliau.

Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Mengulas hal sama, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi Tv Selangor semalam menyifatkan penolaan Uthman sebaga i perbuatan "kurang intelek".

Menurut Asri, sebagai seorang pemimpin agama, Uthman harus tampil menjelaskan segala dakwaan yang dibuatnya, apatah lagi beliau dijemput berdialog oleh orang yang dituduh. - TVS

Mangkuk Ni Nak Bukti Yang Macam Mana Lagi??

Posted: 08 Aug 2011 07:03 PM PDT

Buktinya di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini

Pengundi PR: Pembangkang Dicabar Kemuka Bukti

KUALA LUMPUR: Pembangkang diminta mengemukan bukti berhubung dakwaan berlakunya sejumlah pemilih yang disenaraikan dalam daftar pemilih adalah berstatus Penduduk Tetap (PR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pembangkang sepatutnya melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyiasat mengenai isu berkenaan.

"Kalau mereka ada bukti, bawalah kepada SPR untuk disiasat. Jangan hanya setakat bercakap sahaja mengatakan perkara ini berlaku.


"Kalau mereka kata perkara ini berlaku, tunjuklah bukti... bawa kepada SPR untuk disiasat," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata dakwaan PR mendaftar sebagai pengundi sukar berlaku kerana pendaftaran sebagai pemilih perlu menggunakan kad pengenalan biru.

"Saya tak jangka boleh berlaku kerana kalau nak daftar jadi pengundi seseorang itu kena ada kad pengenalan biru.

"Jadi saya tak tahu bagaimana orang yang tak ada kad pengenalan biru boleh jadi pengundi... memang tak boleh," katanya.

Dalam pada itu ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan pemintaan pembangkang untuk mengadakan sidang khas berkenaan dalam tempoh tujuh hari, Mohamed Nazri berkata perkara berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk membuat keputusan.

"Saya akan bawa kepada Perdana Menteri dan setelah berbincang dengan beliau, mungkin lepas itu (baru) kita boleh respon. saya tak mahu mendahului beliau dalam perkara ini," katanya.

Sebelum itu Mohamed Nazri yang mewakili Perdana Menteri menerima surat rasmi daripada ahli Parlimen pembangkang bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan mengenai isu PR menjadi pengundi dan mendapat taraf warganegara segera.

Baru-baru ini pembangkang mendedahkan wujudnya sejumlah pemilih yang disenaraikan dalam Rang Undang-undang Pemilih Tambahan bagi suku ke-2 2011 adalah berstatus PR dan bukannya warganegara. - mstar

Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis

Posted: 08 Aug 2011 06:09 PM PDT

Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua.
Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.

Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan.


Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah.

Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan.

Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh. - BH

'MyKad' warga asing ancam keselamatan negara

Posted: 08 Aug 2011 04:37 PM PDT

KOTA BHARU, 9 Ogos: Golongan muda di negara ini digesa memberi sokongan padu terhadap usaha bagi membolehkan diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan konspirator peringkat tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood ketika membuat gesaan itu mendakwa sekiranya sidang itu ditolak, kemungkinan rakyat khususnya anak muda akan berarak sekali lagi dalam Bersih 3.0.

"Tindakan itu penting bagi membersihkan warga negara yang tidak sah itu, dan kita yakin anak muda akan bangkit.

"Isu 'Mykad' kini menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat di negara ini, isu yang benar-benar membimbangkan dan mengancam keselamatan negara.


"Justeru NGO-NGO belia khususnya mendesak supaya tindakan seperti itu dihentikan segera," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Penghayatan Ramadhan dan Iftar Bersama Pimpinan NGO-NGO Kelantan di sebuah restoran dekat sini petang semalam, beliau melahirkan kebimbangannya bahawa anak muda di negara ini akan tergugat dengan protokol yang tidak betul mengenai 'Mykad' itu.

Beliau menggesa pihak tertentu supaya mengikuti peraturan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, anak muda menyedari bahawa kalau tindakan mendapatkan kerakyatan itu begitu mudah dilakukan, bagaimana nasih mereka di negara ini 10 tahun akan datang.

"Sekarang ini dengan mudahnya untuk mendapatkan kerakyatan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pendatang asing dengan izin (Padi) ini.

"Keadaan ini menyebabkan kehidupan anak muda pada masa akan datang terancam, dengan pertembungan yang hebat daripada golongan tersebut.

"Justeru kita sangat-sangat mengharapkan Kerajaan Persekutuan mengambil langkah wajar. Jika tidak kita bakal berdepan dengan isu tercetusnya Bersih 3.0 disebabkan isu 'Mykad atau isu PR itu," ujarnya.

Beliau yakin rakyat khususnya anak muda kini mempunyai maklumat begitu hebat, media baru memainkan peranan penting, dan anak muda mempunyai cukup maklumat.

Dipetik dari Harakahdaily

Kg. Baru Pon Dah Jadi Pengundi.. Satu Lagi Kerja Bodoh SPR

Posted: 08 Aug 2011 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.


Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.


Baca seterusnya diHarakahdaily

Betulkah Menantu TPM Dapat Projek Biometerik?

Posted: 08 Aug 2011 06:26 AM PDT

KETIKA menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan. Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain. Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.

Saya sambil membetulkan samping akur dengan tarikan tangannya. Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan. "You kena dedah ini untuk kebaikan negara. Negara kita sudah habis," katanya.

Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Utara yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam partinya itu.


"Biar rakyat tahu, dan jangan sampai rakyat dan negara terus kerugian," katanya bersungguh. Iya..iya saja apa yang diberitahunya. Kawan ini lalu bercerita bukan main serius lagi, siap dengan mimik muka dan mata yang terkebil-kebil. Peliknya dia selalu menceritakan sesuatu dan memberi maklumat tambahan tetapi tidak mahu tulis sendiri. Setahu saya dia juga ada blog yang dibangunkan dengan penuh kerahsiaan.

Apa ceritanya? Ceritanya sudah saya ketahui serba sedikit sebelum ini. Iaini mengenai penglibatan menantu Timbalan Perdana Menteri, Udin anak Yassin dalam dunia perniagaan. Menantu Udin anak Yassin itu dikatakan mendapat kontrek membekalkan komputer untuk sistem biometerik yang bernilai berjuta-juta ringgit yang hendak dilaksanakan kini.

Menurut kawan itu menantu Udin anak Yassin dikatakan memperolehi tander membekalkan komputer kepada lebih 300 buah syarikat yang mendapat tander untuk menguruskan Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam program pemutihan. Kawan itu siap sebut dengan nilai dan juga keuntungan yang diperolehi syarikat menanti Udin anak Yassin itu.

Katanya peruntukan untuk membekalkan komputer kepada 300 syarikat saja melibatkan RM15 juta dan peruntukan untuk Jabatan Imigresen RM600 juta. Jumlah itu katanya belum untuk Polis, SPR dan lain-lain.

Apa yang kawan itu persoalkan syarikat itu baru saja ditubuhkan dan tidak pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Bukan itu saja tambahnya ada lagi hal-hal yang ganjil yang berlaku di sebalik tander berkenaan.

Sebenarnya saya tidak pelik dengan kejadian seperti itu. Sebelum ini pun sudah banyak kali kita dengar kroni PM dan menteri mendapat projek itu dan ini. Dr Mahathir bergaduh dengan Anwar bukan fasal liwat sangat tetapi fasal Anwar cegah kerajaan bailout syarikat anak Mahathtir yang hendak mampus dan mengalami kerugian berbillion ringgit.

Itulah puncanya. Sebab itu Mahathir marah dan terkilan dengan Anwar. Mahathir merasa tindakan Anwar itu bagaikan lumoran tahi ke mukanya sebagai PM dan menganggap Anwar tidak mengenang budi. Cuba kalau Anwar menyokong bailout syarikat anak Mahathir itu mungkin Anwar tidak terpenjara dan nasibnya tidak jadi seperti hari ini.

Begitu juga di zaman Abdullah Badawi jadi PM. Kisah menantunya Khairy Jamaluddin dijaja dan dijual mendapat berbagai projek. Malahan Khairy dikatakan mempunyai kuasa pemutus dalam pentadbiran Abdullah terutama melihat projek-projek besar.

Kesimpulannya apa yang diceritakan oleh kawan itu tentang penglibatan menantu TPM dalam perniagaan tidak menghairankan. Cuma apa yang dibimbangkan kalau semasa bapa mertua jadi TPM menantu sudah untung besar bagaimanalah nanti setelah bapak jadi PM tentu untung berlipat kali ganda lagi.

Harap-harap ada orang akan hantar gambar menantu Udin anak Yassin untuk sama-sama kita tetap dan juga nama syarikatnya untuk kita semak berapakah modal berbayar di dalam syarikat berkenaan dasn siapa-siapa lagi rakan kongsinya. Jangan-jangan syarikat RM2 sahaja? [ttdi.kl.4:55 pm 08/08/11]

Dipetik dari mso

Sogokan Untuk Menukar Aqidah : Siapa Pelopornya?

Posted: 08 Aug 2011 05:46 AM PDT

Dalam sehari dua ini, tidak ada cerita yang lebih panas melainkan isu serbuan gereja di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ruang-ruang media massa eletronik dan cetak digunakan sepenuhnya untuk menghebohkan cerita serbuan ini. Hilang sudah kisah penduduk tetap yang diberikan kerakyatan segera, dan barangkali juga turut hilang cerita saya dicabar untuk menafikan pertemuan dengan pihak tertentu untuk dilantik sebagai ketua Pakatan Rakyat. Selepas saya menyahut cabaran, tidak terlintas pula di dada akhbar orang yang mencabar saya. Jika sibuk beribadah di bulan Ramadhan, saya ucapkan tahniah.

Apapun, isu serbuan di gereja ini dihebohkan dengan kononnya ada orang-orang Islam yang diberikan habuan untuk menukar aqidah dan murtad dari agama. Soal benar atau tidak, saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk melakukan siasatan. Namun, cerita manusia disogok wang ini bukan baru. Bahkan jika disebut tentang kepakaran menyogok wang ini, saya kira ada pihak lain yang lebih mahir dari pihak yang disebut-sebut itu. Cuma barangkali yang disebut-sebut sekarang ialah gereja dan pihak Kristian, sedangkan yang lebih hebat bermain wang dan sogokan seolah-olah tidak bersalah.


Hakikatnya, UMNO sudah lama bermain dengan sogokan ini. Bukankah setiap kali pilihanraya, rakyat disogok dengan pelbagai sogokan untuk mengundi parti mereka? Projek-projek mee segera diumumkan serta merta di kawasan di mana berlakunya pilihanraya kecil, apa namanya ini jika bukan sogokan? Sogokan tidak semestinya dalam bentuk wang yang diberikan di gereja. Sogokan juga boleh datang dalam bentuk projek mee segera. Itu belum dikira penggunaan wang secara berleluasa menjelangnya pilihanraya. Justeru, jika media massa milik UMNO sibuk menghebohkan soal gereja memberikan sogokan, saya kira mereka patut malu dengan diri mereka sendiri yang sudah bergelumang dengan jenayah moral ini begitu lama.

Perlulah diingat, Islam tidak tertegak dengan sogokan wang. Para sahabat yang mendaftar masuk sebagai muslim di zaman Rasulullah SAW tidak pernah terpaut kerana sogokan wang. Mereka datang kerana keyakinan mereka bahawa Islam itu benar. Bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak dilantik dari kalangan orang-orang kaya dan berada untuk membersihkan Islam dari pengaruh kekayaan dan harta baginda. Baginda dipilih dari kalangan anak yatim dan bertugas pula sebagai pembela kambing sebelum dilantik menjadi Nabi. Ertinya, bukan pengaruh kekayaan dan pangkat baginda yang menarik manusia untuk memeluk Islam, tetapi akhlak, peribadi dan kebenaran Islam itu sendiri. Inilah yang disebut oleh isteri baginda, Khadijah Radhiallahu anha sewaktu memujuk suaminya itu yang sedang ketakutan selepas menerima wahyu yang pertama :

لا،أبشر، فوالله لا يخزيك الله أبدا؛ إنك لتصل الرحم، وتصدق الحديث، وتحمل الكل،وتقري الضيف، وتعين على نوائب الحق

Yang bermaksud : "Tidak, bergembiralah, demi Allah kamu tidak akan ditakutkan oleh Allah selama-lamanya. Sesungguhnya kamu menyambung silaturrahm, benar dalam kata-kata, menepati timbangan, memuliakan tetamu dan menolong orang-orang yang berhak…" – Hadis riwayat Bukhari.

Itulah sifat-sifat Rasulullah SAW yang disebut oleh isterinya yang tidak ada satupun menyenaraikan suaminya itu sebagai seorang yang kaya dan berpangkat. Budi pekerti yang baik inilah yang menarik seterusnya mengikat manusia dengan akidah Islam. Bahkan sebelum kenabian baginda lagi, baginda digelar sebagai al-Amin (yang amanah) dan bukan al-Ghaniyy (kaya). Justeru, baginda tidak datang dengan habuan wang ringgit dan projek-projek pembangunan untuk menarik manusia sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan inilah yang dipohon oleh orang-orang kafir yang sudah enggan beriman dengan baginda. Firman Allah SWT :

وقالوا لن نؤمن لك حتى تفجر لنا من الأرض ينبوعا ( 90 ) أو تكون لك جنة من نخيل وعنب فتفجر الأنهار خلالها تفجيرا ( 91 ) أو تسقط السماء كما زعمت علينا كسفا أو تأتي بالله والملائكة قبيلا ( 92 ) أو يكون لك بيت من زخرف أو ترقى في السماء ولن نؤمن لرقيك حتى تنزل علينا كتابا نقرؤه قل سبحان ربي هل كنت إلا بشرا رسولا ( 93 )

Yang bermaksud : Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah Aku Ini Hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" – Surah al-Israk, ayat 90-93

Adapun UMNO, sangat berbeza dengan pendekatan yang diajar oleh nabi. Wang ringgit digunakan sewenang-wenangnya untuk menyogok rakyat seolah-olah rakyat sudah menjadi bahan belian yang boleh ditukar ganti dengan nilai. Padahal ditetapkan umur 21 tahun untuk layak mengundi dengan tujuan supaya pengundi dapat menggunakan pertimbangan akal fikiran yang matang untuk memilih pemimpin. Lalu jika wang ringgit digunakan untuk membeli pertimbangan ini, apa gunanya ditetapkan umur 21 tahun?

Di Terengganu sewaktu Dato Seri Presiden PAS menjadi Menteri Besar, mereka sekat royalti minyak dan ditukar menjadi wang ihsan. Lalu wang ihsan inilah yang dijaja ke seluruh negeri untuk menyogok rakyat. Begitu juga di Kelantan hari ini, mereka menjaja wang ihsan yang asalnya merupakan royalti yang wajib dibayar. Diheboh pula bahawa Kelantan tidak akan membangun tanpa UMNO, tidak ubah seperti ayam jantan yang mendakwa matahari tidak akan naik jika ia tidak berkokok! Saya kira, apa yang UMNO lakukan di Kelantan dan Terengganu ini hakikatnya tidak kurang teruknya dengan apa yang didakwa dilakukan oleh gereja dan gerakan kristianisasi. Itupun jika berita yang disebarkan itu benar. Biasanya jika media UMNO yang berbicara, daripada 9 perkara yang disebut, 10 daripadanya hanyalah provokasi dan manipulasi maklumat!

Dari sudut yang lain, jika orang Melayu sudah begitu teruk sehingga akidah mereka mampu dibeli oleh gerakan Kristianisasi, manakah maruah UMNO yang selama ini sibuk berjuang menjaga Melayu dan Islam? Nampaknya Malaysia ini tidaklah makmur sangat di bawah kepimpinan UMNO sehingga akidah pun mampu dibeli dengan duit. Alhamdulillah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang membentangkan statistik kes murtad beberapa bulan lepas daripada tahun 2000 sehingga tahun 2010, tidak ada satu pun kes yang terlibat di Kelantan.

Kesimpulannya, jika gerakan Kristianisasi itu teruk, maka UMNO pun tidak kurang teruknya!


YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia NIk Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.


Bertarikh : 8 Ramadhan 1432H / 8 Ogos 2011M

Bursa Saham Malaysia Rugi RM31 Bilion

Posted: 08 Aug 2011 05:28 AM PDT

Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa 'terhakis' RM31 bilion lagi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion 'terhakis' dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.

Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.


Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.

Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.

"Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).

"Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif)," kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.

Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.

"Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi," kata beliau.

Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.

Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.

Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.

Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.

Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).

Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.

Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.

Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.

The Malaysia Insider

Najib Umum Bonus Setengah Bulan Gaji

Posted: 08 Aug 2011 04:11 AM PDT

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya.

Hasan Ali Akan Ikut Jejak Zulkifli Noordin?

Posted: 08 Aug 2011 02:08 AM PDT

"Rasanya tidak ada orang yang tidak kenal dengan zulkifli nordin,seorang yang dulu memang sudah dijangka lidah bercabang tetapi ramai pemimpin utama PAS menafikan tohmahan orang. Memang setengah pemimpin PAS yang jumud tidak dapat mengimbangi mana satu yang patut prasangka baik dan mana satu yang patut berjaga jaga dengan musuh dalam selimut.

Lantaran sikap zulkifli nordin yang kelihatan ultra membela islam inilah maka pemimpin PAS yang kurang pencak politik boleh tertipu dengan wataknya.Dalam islam jangankan kata isu besar, malah jika seorang berdiri ketika semua orang lain duduk sudah dikira tidak beradab apatah lagi bila melibatkan isu isu yang mempalitkan maruah politik Islam.

Dalam hal isu kontemporari, jelas menonjol Hasan Ali merasakan dia lah yang paling utama dalam membimbangi akan tergelincirnya aqidah umat Islam. Baginya mungkin khalid ibrahim tidak bimbang, baginya pemimpin PAS yang lain tidak bimbang dan baginya juga ramai orang Islam tidak bimbang akan kegelinciran aqidah umat Islam ini.


Lantaran itu maka terhamburlah kata kata nekad dari bibir hasan ali, dia rela dipecat atau dibuat apa sahaja oleh parti atau dilucutkan jawatan exco asalkan maruah aqidah umat islam terbela.

Kemudian sekonyong konyong, seperti kebiasaan yang dilakukan dahulu dia akan pergi kepada media yang ramai kawannya menganggap musuh utama. Media yang dianggap musuh oleh kawan kawannya ini, adalah dianggap kawan oleh hasan ali.

Kata kata yang senada seperti ini jugalah yang telah diucapkan oleh zulkifli nordin sebelum dia memaksa dirinya sendiri dipecat dan kalau kita rajin membelek kamus sejarah, kata kata seperti ini jugalah yang akan diucapkan oleh orang yang bakal meninggalkan segala rakan taulannya, demi mengejar sesuatu yang lebih besar.

Kategori musuh dalam selimut tidak sahaja tertumpu dia perlu keluar dari jemaah dan masuk ke dalam gerombolan musuh. Tetapi bolah juga dia membuka pintu kubu secara senyap dan akhirnya musuh boleh menyusup masuk ke dalam kota. Atau mungkin juga dia boleh melemahkan semangat tentera islam ketika berperang.

Pokoknya, apa sahaja perbuatan yang bakal memberi kelebihan kepada musuh boleh dikategorikan musuh dalam selimut.

Kini masa telah membuktikan bahawa apa yang diwarwarkan oleh orang bawahan selama ini ternyata benar dan prasangka baik pemimpin jumud PAS terhadap zulkifli nordin adalah salah. Tentu sekarang telah jelas, apa tujuan setiap 'kata kata agama' zulkifli nordin sekarang.Semoga para pemimpin atasan PAS tidak mengulangi kesilapan dalam mentafsir 'husnu dzan' kepada seseorang.

Bibit bibitnya jelas kelihatan dan harap harap jangan sampai menunggu Hasan Ali jelas bertukar menjadi zulkifli nordin baru pimpinan PAS hendak menunjukkan 'kecerdikan'nya

Oleh ramziredang

Tiada ulasan: