Bila Harimau Sudah Menaip... |
- Ulasan Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Tentang Video Seks.
- Ulama Ini, Lagi Hebat Dari Pengasas UMNO.
- Ke arah Blog Ulul Albab
Ulasan Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Tentang Video Seks. Posted: 25 Aug 2011 07:28 PM PDT Sesungguhnya, sebagaimana hebat pun saya mengelak untuk berbicara hal video seks, namun apabila saya periksa semula, ada juga "sumbangan" saya termasuk terbitan video dan komentar. Maka, saya ingin menarik balik sebarang komentar ataupun ulasan di mana-mana blog/facebook/twitter dsan lain-lain. Astaghfirullahalazim. |
Ulama Ini, Lagi Hebat Dari Pengasas UMNO. Posted: 25 Aug 2011 07:10 PM PDT Ulama dalam video ini, nampaknya lebih UMNO dari Pengasas UMNO sendiri. Semoga dia tidak membuatkan orang yang ingin dekat dengan Islam mula menjauhi Islam dengan ceramahnya. Maka, bermuhasabahlah kita semua dengan Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". (Surah al-A'raf: ayat 175-176). Allah tidak menggelar hambaNya sebagai mana-mana binatang kecuali dalam ayat ini. Nauzubillah. Bacaan penuh artikel berkenaan ayat ini boleh dibaca di SINI. Berkenaan video-video di bawah, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari wajib melakukan sesuatu. Paling tidakpun, keluarkan kenyataan. Jika tidak, orang akan beranggapan kamu juga golongan ulama yang "tidak mahu jubahnya terkena darah". |
Posted: 25 Aug 2011 02:00 PM PDT kemaskini selepas kuliah Subuh: petikan kuliah Subuh di Masjid Negeri sebentar tadi.."...barangsiapa yang mengatakan dia mencintai Rasulullah tetapi tidak mencintai para Ulama dan Fakir Miskin, maka dia adalah Pembohong...." _____________________________________ posting asal: Blog ini, dari awal kemunculannya pada 1hb Mei 2008, menyeru agar kita berfikir secara Merdeka. Tidak hairan, kritikan terhadap semua pihak; pemerintah atau pembangkang membuatkan blog ini menjadi tiada kawan. Pautan-pautan dicabut dari blog-blog yang merasa bahawa pemikiran saya tidak sealiran dengan mereka. Semoga mereka diberkati Tuan Punya Alam. Diakui, matlamat asal pembinaan blog ini adalah ingin berkongsi perasaan dalaman penulis. Di samping itu, ingin mendapatkan pandangan khalayak tentang sesuatu isu. Blog ini juga berkonsep "Ulul Albab". Merdeka, tidak dibayar dan bebas. Mungkin blog ini kelihatan mudah, murah dan ringan, namun keringanan itu juga yang membuatkan ia menjadi mangsa plagiat Sinar Harian (klik SINI). Ramadhan ini, banyak membuat saya berfikir untuk menyumbang dalam mengangkat Ulama dan menyiarkan pandangan mereka untuk kita berfikir. Kali ini, saya upload video Ulama kesayangan saya nombor wahid iaitu Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri (Dr. MAZA) Antara petikan Hadis Rasulullah yang dibaca Dr. Asri "Tidak ada seorang yang Allah beri kuasa untuk kuasai rakyatnya, di hari ia mati ia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan baginya syurga (riwayat Muslim). Yang lain, layan saja video di bawah. |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan