Selasa, 30 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru

Posted: 30 Aug 2011 03:00 PM PDT


SHAH ALAM 30 OGOS : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan. Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.

Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.

Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.

Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"

Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an. Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar.


tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utuseks memandai..

Posted: 30 Aug 2011 05:00 AM PDT




SAYA terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.



".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas,



...padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong...."




Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!]



Rujuk juga...

By Ekele.Net

ibnuhasyim

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Posted: 30 Aug 2011 03:00 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Pudurahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6tI-HfmiPkr67NqiZaXBP3C6fbpoeCfc470glJPSZLNqWkeT7RB66mp7rw8APk5H0P-L88EJMv0diHJFMGM5jw28-QQF6E_3sLvj720JsNquBu_sbB4LnMI4NvozmbMSOazH67yPb815Z/s1600/hentian-bas-puduraya-3.jpgya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah. 



Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah! 
 




DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Derita model seluar dalam

Posted: 30 Aug 2011 12:00 AM PDT

NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?

"Menyakitkan," itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria's Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).


Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).


Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu.


Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

"Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit," kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.


"Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya," kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.


"Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka," katanya. -Agensi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Posted: 29 Aug 2011 09:00 PM PDT


Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat

Posted: 29 Aug 2011 06:00 PM PDT



Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. Ia disambut pada setiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah."

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda "Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari kiamat."

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :"Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid." dan daripada Anas r.a.:"Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis."

Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan.

Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun.

Bagi meyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat dirasai.
Maksud takbir :

"Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah. "

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

hikmahcawangansibu

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: