Isnin, 22 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, jalin hubungan dengan Umno

Posted: 22 Aug 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.
Anwar berkata, Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
"Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Anwar juga berkata, mengikut keterangan Saiful, dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Jun 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.
Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful mempunyai peluang dan sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas dengan memberi alasan takut.
"Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi.
Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan."
"Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.
"Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari," kata Anwar.
"Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi.
"Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau.
Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu, Saiful juga berjumpa Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
"Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH (U)

Posted: 22 Aug 2011 05:00 AM PDT



Baru-baru ini telah didedahkan beberapa buah blog politik yang dipautkan di Biaqpila terpaksa dikeluarkan pautan mereka dari bloglist ini kerana didapati mempunyai unsur lucah keterlaluan.Kini beberapa buah blog lagi telah bertukar menjadi blog lucah antaranya ialah:

http://pusatkhidmatadunpasirpanjang.blogspot.com

http://addy89bagandatoh.blogspot.com

http://beritavsnews.blogspot.com

http://sinarhairan.blogspot.com/

Antara blog yang telah dikeluarkan dari senarai bloglist sebelum ini adalah:

http://webmarhaen.blogspot.com (Angkatan Muda M@RHAEN)

http://perakian-online.blogspot.com

http://ceritapolitik.blogspot.com

Daripada pemerhatian, blog-blog ini mempunyai rekabentuk template yang serupa dan disyaki dilakukan oleh dalang yang sama.Ianya mungkin dikendalikan golongan gay kerana pengendalinya menggunakan nama Gaysex serta Gay video. Selain daripada itu terdapat pautan yang menghubungkan blog tersebut ke laman gay.

Kepada blogger yang telah membuat pautan ke blog-blog ini di bloglist masing-masing diharap dapat membuang pautan tersebut dengan segera.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Harga barang naik tapi kerajaan boros

Posted: 22 Aug 2011 03:00 AM PDT

Oleh ZAID IBRAHIM

KOS sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu lagi. Di merata tempat keluhan orang ramai adalah mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang sudah tidak terkawal . Pendapatan tidak meningkat secepat harga barangan; khusus mereka yang bukan bekerja dengan kerajaan.



Harga minyak mentah awal 2008 ialah sebanyak USD95 satu tong. Pada awal tahun ini ia telah meningkat pada USD114. Ini bererti Petronas (Kerajaan Pusat) mendapat keuntungan tambahan sebanyak USD19 setiap tong. Persoalan yang sama timbul; apakah yang dibuat oleh kerajaan hasil lebihan ini untuk kepentingan rakyat.

Dalam masa yang sama jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk kerajaan meningkat dari RM106 bilion dalam tahun 2005 kapada RM162 bilion tahun lalu.

Jadi kesimpulannya kerajaan makin kaya dan rakyat bawahan makin sengsara.

Dari sini jelas bahawa kerajaan meraih pendapatan tambahan dari penjualan minyak dan gas ; tetapi rakyat pada umumnya tidak begitu bernasib baik. Mereka tenat menampung kos hidup yang meningkat hari demi hari. Pada bulan Oktober ini bajet baru akan diumumkan.

Pelbagai ramalan dibuat mengenai bagaimana rakyat akan mendapat pertolongan baru. Saya ingin mengajak rakyat berfikir seketika; dan cuba mengambil pendekatan yang baru dalam membuat kajian tentang bajet kali ini. Selalunya rakyat diberi gula gula dan mereka terus lupa beban lain yang ada dalam budget tersebut.

Mereka sibuk mencari harga apa yang turun dan cukai apa yang turun dan bagi pegawai kerajaan; bila dapat bonus. Sekarang mereka selesa dapat bonus hari Raya.

Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini. Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari kerajaan secara terperinci bagaimana wang Kerajaan dibelanjakan. Berapakah belanja kerajaan yang boleh diselamatkan kalau kerajaan itu berbelanja secara sederhana, dan bukan terlalu boros. Kita teliti apakah wang rakyat digunakan dengan cermat di Kementerian Kesihatah, dan Pertahanan?

Adakah pemimpin kita berhati- hati menggunakan wang rakyat atau mereka lebih suka berfoya dan bergaya seolah-olah mereka menggunakan wang mereka.

Contohnya banyak: Apa gunanya berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene membeli armoured vehicles (kereta perisai) berharga RM 9 bilion; dan tak lama lagi kontrak untuk membuat petrol vessels sebanyak RM8 bilion lagi.

Apa guna membayar RM6.5 bilion menolong syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kapada kerajaan Selangor.

Mengapa perlu PM dan TPM belanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana sini dalam masa 3 tahun dalam masa rakyat susah. Suatu masa dulu dalam penerbangan ke Wellington saya duduk satu kerusi di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama tetapi kelas ekonomi.. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa.



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jari Kaki Saya Pun Ketawa Dengar SPR Kata Kesilapan Hanya 0.0001%

Posted: 22 Aug 2011 12:00 AM PDT


Pemimpin PKR mencemuh dakwaan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz Mohd Yusof yang membuat kenyataan bahawa margin kesilapan dalam daftar pemilih hanya 0.0001 peratus daripada jumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Jari kaki saya pun ketawa," kata pengerusi hal ehwal undang-undang PKR, Latheefa Koya,dengan nada yang tidak ceria.

Sekiranya dakwaan Abdul Aziz itu adalah benar, ini bermakna hanya 12.4 pengundi yang terjejas.

Apabila dibandingkan dengan senarai panjang kes-kes yang dikeluarkan oleh pihak PKR, PAS dan DAP, telah menunjukkan beribu-ribu pengundi terlibat. Exco Kelantan, Husam Musa turut menunjukkan bukti 100,000 pekerja asing yang diberi kewarganegaraan sebagai pertukaran mengundi BN. Kenyataan ketua SPR ini jelas kelihatan bodoh dan defensif.

Serangan senjata terbaik

Pada sidang media di Putrajaya, Aziz telah memutuskan bahawa serangan adalah pertahanan yang terbaik, dan bermula dengan memberi amaran agar Bersih jangan "mengacukan pistol" di kepalanya. Beliau berkata SPR bersedia untuk mempertimbangkan tuntutan Bersih tetapi berhak untuk tidak melaksanakan 8 langkah reformasi pilihan raya itu.

"Saya memberitahu mereka agar jangan berbuat demikian (meletakkan pistol di kepalanya). Anda boleh mencadangkan apa-apa dan beberapa cadangan mungkin kita persetujui dan mungkin juga tidak. Tetapi jangan harapkan kita untuk bersetuju dengan kesemuanya, "kata Abdul Aziz pada hari Jumaat.

"Walaupun bilangannya agak kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding dengan 12.4 juta, tetapi kita tetap membersihkannya setiap hari. Bersih melaporkan di media satu atau dua kes, dan mereka membuat ia seolah-olah seperti tiga perempat daripada keseluruhan adalah kotor . Walaubagaimanapun, bilangan sebenar adalah sangat kecil ".

Beliau juga cuba menyangkal aduan yang penyelenggaraan rekod SPR adalah sangat lemah. Pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih telah ditemui dan dilaporkan, termasuk pengundi dengan dua identiti, seorang pengundi yang salah dinamakan sebagai 'Kg Baru dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita hanyalah manusia, dan kita boleh membuat kesilapan.Wartawan juga kadang-kadang melaporkan berita yang salah. Hal yang sama dengan kerani saya. Janganlah terus mengetengahkan perkara sebegini, ia tidak adil ," kata Aziz.

Beliau kemudiannya menawarkan untuk "membersihkan" daftar pemilih bersama-sama, akan tetapi tidak ramai yang mengambil serius komen-komennya.

Pemimpin PKR bersetuju bahawa manusia memang mudah melakukan kesilapan, tetapi mereka menegur kerana kesombonganAbdul Aziz. Kalau bukan kerana kes yang timbul minggu lalu, beliau dan SPR akan terus bertegas bahawa daftar pemilih tidak perlukan pengauditan.

Pakatan mungkin akan boikot PSC

Abdul Aziz juga berkata suruhanjaya itu mengalu-alukan cadangan jawatankuasa parlimen reformasi itu dan mengatakan bahawa dia akan bertemu dengan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan hal itu pada Isnin depan.

Walau bagaimanapun, PSC telah dikritik sebagai salah satu lagi taktik melambat-lambatkan, dan kemungkinan Pakatan Rakyat tidak akan mengisi 3 kerusi yang ditawarkan pada panel yang terdiri daripada 9 ahli itu.

Bersih sebelum ini telah mencadangkan PSC untuk dijadikan sebagai Suruhanjaya Diraja Siasatan terhadap reformasi pilihan raya di Malaysia dan mahu "istilah-rujukan" untuk jawatankuasa itu disediakan dalam tempoh setahun selepas penubuhannya.

Ia juga menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk SPR tidak melaksanakan tuntutan terhadap 8 perkara asas itu dengan serta-merta.

Sementara itu, PAS ingin menawarkan satu cadangan balas kepada PSC yang dianngap tidak memuaskan hati ramai pihak disebabkan komposisinya adalah tidak adil dan juga tidak melibatkan Bersih. Pemimpin-pemimpin PAS mahu jawatankuasa itu untuk menjadi satu jawatankuasa bukan Parlimen dan melibatkan badan-badan lain termasuk Majlis Peguam dan NGO. - Malaysia Chronicle

SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil."

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai "kesilapan kecil".

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil," kata Abdul Aziz. -mk


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Penemuan 50 kubur dalam hutan

Posted: 21 Aug 2011 09:00 PM PDT


ALOR GAJAH – Penemuan lebih 50 kubur yang dianggarkan terbiar sejak 50 tahun lalu dalam satu kawasan yang sudah dinaiki hutan mengejutkan sepasang suami isteri di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Penemuan itu disedari Ali Baharom, 60, bersama isterinya, Saini Abd Rahman, 54, ketika mereka sedang menebas semak samun yang terdapat di kawasan menempatkan ladang getah untuk menoreh.

"Sambil berjalan memang saya dan isteri akan menebas semak samun yang ada bagi memudahkan laluan, tetapi secara kebetulan sebaik menghayunkan parang saya terpandang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang diukir dan sudah dinaiki lumut," katanya.

Menurutnya, dia yang mula menoreh di kawasan itu sejak kira-kira setahun lalu mendapati, terdapat batu nisan yang sudah patah dan tenggelam akibat mendapan tanah selain tersorok di sebalik pokok hutan dan semak samun.

Katanya lagi, jarak penemuan tanah perkuburan itu kira-kira 7.5 kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru, yang kini tidak terdapat keluarga Islam tinggal di sekitarnya, malah penemuan itu dilihat dalam satu kawasan yang luas dan tidak dihuni sesiapa.

"Ada batu nisan yang tidak ditemui di kuburnya, ini belum termasuk kubur yang sudah terbenam dalam tanah dan dipijak sesiapa yang masuk ke hutan ini.

"Saya merasakan dahulunya kawasan ini menempatkan satu perkampungan besar orang Melayu dan hingga kini kawasan kubur yang ditemui ini sudah menjadi ladang sawit dan pokok-pokok getah. Malahan menjadi habitat binatang berbisa," katanya.

Ekoran penemuan yang dijangkakan tersimpan lebih banyak kubur di dalam kawasan itu, dia dan isterinya berharap ada pihak :mengambil tindakan membersihkan kawasan sekitarnya sekali gus dapat mengetahui lebih jelas status tanah perkuburan itu.

"Saya berharap ada pihak yang dapat turun padang kerana orang ramai pasti ingin tahu usia sebenar tanah perkuburan Islam itu serta kisah yang tersimpan di kawasan ini sejak sekian lama," katanya.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT JGN TIDOQ!!!

Posted: 21 Aug 2011 06:00 PM PDT


PEACE FOR BANGLADESH

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

NI APA CERITA NI....?
TAKKAN CARI BANTAL
NAK TIDOR DGN PAKLAH?KAHAKH

CUKUP LA NAZRI TIDO DGN PAKLAH...
CUKUP LA NAZRI XKENAI APA ITU BERSIH...
CUKUP LA NAZRI XKENAI APA ITU KUNING...

XKAN PEMIMPIN PAKATAN MAU TIDO JUGAK...?
MAU SHARE BANTAL TIDO DGN NAZRI KA...?

XKAN TAK KENAL INI PERANGAI NAJIB...?
XKAN XKENAL DENGAN BINI ROSMAH NI...?

SILA BANGUN TIDO...
INGAT BALIK...
FLIP FLOP NI MCM MANA BERFUNGSI...

DULU SIAPA JANJI TIAP2 6 BULAN MAU KPI
DIA PUNYA MENTERI...? MAU PECAT KATANYA..KHAKAH
HABUK PUN TARAK...

DULU SIAPA JANJI MAU KASI STADIUM..
UPSS..ROSMAH XKASI...
PUSING2...HABUK PUN TARAK...KHAKHA

INGAT BALIK..

ADA SEORG ANAK JANTAN...
CAKAP BERANI BERDEPAN DI MAKAMAH..
DATANG MAKAMAH JALAN DUTA..
TAPI XMAU DI TEMUDUGA...

TOLONG JGN LUPA SIAPA MAMAT NI...

SEKARANG CAKAP MAU BERSIH SPR...KHAKHA
APA DAPAT...? PUSING2...HABUK PUN TAK DAPAT..
PRU 13 AKAN DIADAKAN BILA2 MASA...KHAKHA

PEMIMPIN PAKATAN TOLONG JGN TIDO..
DARIPADA BUANG MASA JOIN NAJIB...

LEBIH BAIK BUAT PERSIAPAN TURUN JALAN RAYA...
LEBIH BAIK BUAT PERSIAPAN BERSIH 3.0...

RAKYAT DAH MULA MARAH..
INDON..
VIETNAM..
BANGLA...
SEMUA BOLEH PANGKAH UNDI...

RAKYAT SUDAH MARAH...
SILA BG TARIKH KITA TURUN JALAN RAYA...KHAKHA

ccheckmate

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TANDA-TANDA KECIL NAK PILIHANRAYA

Posted: 21 Aug 2011 03:00 PM PDT



Kementerian diminta kaji hapus satu tol lebuhraya Cheras-Kajang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang di Hulu Langat.

Beliau berkata kajian itu perlu dibentang kepada Jemaah Menteri untuk perincian sebelum kerajaan memutuskan isu yang menjadi keluhan penduduk di sekitar kawasan itu.

"Saya sebut perkara ini sebab saya nak gambarkan kepada tuan-tuan bahawa apabila disebut 'Rakyat didahulukan,' kita benar-benar nak buat apa sahaja supaya rakyat merasakan beban mereka lebih ringan lagi dengan usaha kerajaan.

"Berhubung Tol Grand Saga, saya akan minta Menteri Kerja Raya untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam, dan dibawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dikaji kalau sekiranya kita mampu berbuat sesuatu berhubung dengan masalah tol tersebut," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Pekan Hulu Langat hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Datuk Johan Abd Aziz, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat.

Najib berkata beliau perlu mengkaji setiap permohonan yang dikemukakan kepadanya dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya tak nak sebut ini (lulus) sebab ia libatkan implikasi kewangan yang besar, jadi kalau terus saja saya umum, saya tahu tepukan yang kuat akan kedengaran, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya akan
kaji dahulu dengan mendalam, dan tunggulah masanya, kalau ada apa-apa pertimbangan yang baik, ia akan diumumkan," katanya.

Dalam ucapan beliau di depan lebih 5,000 orang, Najib turut memberi jaminan kerajaan akan menimbang untuk menaik taraf Hospital Kajang yang beroperasi lebih 100 tahun dan kini semakin uzur serta tidak mampu menampung ramai pesakit berikutan pertambahan bilangan penduduk di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu berikutan permohonan ADUN Semenyih kerana penduduk sekitar cukup terbeban apabila perlu membayar dua tol kendalian syarikat konsesi Grand Saga Tol Sdn Bhd, yang masing-masing pada kadar RM0.90 dan RM1.10 dalam jarak dua kilometer.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional terbukti berkesan membawa perubahan seperti menangani isu ekonomi ketika beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, mengalami krisis.

"Ini bererti kalau kita tanya rakyat Malaysia, semuanya merasakan (keadaan) akan bertambah baik dan mereka mempunyai keyakinan serta perasaan bahawa jika kerajaan meneruskan hala tuju dan perancangan berdasarkan perancangan induk seperti GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi)
dan RMK-10 (Rancangan Malaysia Kesepuluh), insya-Allah masa depan mereka akan bertambah baik," katanya.

Najib berkata keadaan ini cukup berbeza dengan negara maju lain yang mana peruntukan serta pencen rakyatnya dipotong, selain terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain untuk menyuntik sumber kewangan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang dihadapi.

"Tapi di Malaysia, bukan sahaja boleh bayar gaji, bonus separuh bulanpun boleh diberi kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, malah yang tak bekerja dan sedang menimang cucu juga diberi bayaran RM500... inilah bertuahnya hidup di bumi Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas, selain komputer riba 1Malaysia kepada penduduk terpilih dari kawasan Parlimen Hulu Langat.

Najib kemudian menunaikan solat Maghrib di Masjid Hishamuddin Alam Shah sebelum berangkat ke Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini untuk solat Isyak dan Terawih, serta moreh bersama jemaah.

- Bernama


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: