Biaqpila |
- PR: PAS Selangor mahu Najib jawab
- HARGA PETROL MALAYSIA BILA NAK TURUN BAI?
- Pengarang, Wartawan Suara Keadilan Dipanggil Polis
- Kenyataan Bekas Tentera Yang Diarahkan Memangkah Kertas Undi
- Ramadhan, jauhi dari menjadikan ia bulan 'makan-makan'
- JPN benar-benar telus bersekongkol dengan SPR
PR: PAS Selangor mahu Najib jawab Posted: 05 Aug 2011 03:00 PM PDT SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Laporan itu dibuat atas nama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Asri Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini petang tadi. Asri berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau memeriksa 1,108 nama yang terdapat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tersebut di dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati kesemua nama itu berstatus PR. Apa yang menjadi kebimbangan, katanya ada usaha pihak tertentu mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. "Adalah amat membimbangkan usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya negara kita malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta keselamatan negara," katanya. Justeru beliau mahu pihak polis melakukan siasatan secara telus berhubung perkara itu. Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siapa yang menjadi dalang di sebalik perkara ini. "PAS Selangor menyatakan bahawa ini isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya. Hadir sama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Samsudin. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
HARGA PETROL MALAYSIA BILA NAK TURUN BAI? Posted: 05 Aug 2011 08:43 AM PDT Harga minyak antarabangsa menurun, tapi di Malaysia? Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan. Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu. Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010. Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini. Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah. Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat. Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini. Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pengarang, Wartawan Suara Keadilan Dipanggil Polis Posted: 05 Aug 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR 4 OGOS : Seorang pengarang dan wartawan Suara Keadilan dipanggil polis hari ini berikutan artikel yang mendedahkan kanister gas pemedih mata yang digunakan polis ketika Himpunan Aman Bersih 9 Julai lalu sama seperti yang digunakan rejim zionis Israel. Fazallah Pit dan penulis artikel, Ahmad Fadli Mohd Nazari disiasat di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Turut dipanggil ialah pengarah Biro Khidmat Guaman PKR, Latheefa Koya. Mereka tiba ditemani peguam Fadiah Nadwa Fikri dan N Surendran dari Lawyers For Liberty. Fazallah ketika ditemui selepas soal siasat menyatakan Suara Keadilan menjalankan tanggungjawab kewartawanan dengan baik serta menyelidik terlebih dahulu sumber mereka. "Suara Keadilan pertahankan apa yang kami tulis. Walaupun kenyataan dari pimpinan parti, kami tetap buat semakan dan bila ada asasnya baru kami keluarkan berita. Malangnya kami pula yang disiasat, hal kanister tersebut tidak disiasat," kata beliau kepada wartawan. Menurut peguam beliau, Fadiah, siasatan itu dianggap sebagai usaha untuk menakutkan para wartawan khususnya dari media alternatif dari menulis perkara kritis terhadap agensi kerajaan. "Tiada asas dalam penyiasatan ini melainkan tindakan mengugut wartawan untuk menulis di laman portal atau akhbar," kata beliau kepada wartawan di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Menurut Fadiah lagi, antara soalan yang ditanya Inspektor Yudi Yusoff ialah "tugas sebagai editor, dan adakah artikel itu diedit beliau" yang dianggap tidak relevan dalam penyiasatan. Latheefa turut mempersoalkan tindakan polis yang menanyakan soalan sebegini. "Soalan-soalan ini tunjukkan polis tidak menyiasat penuh perkara ini. "Persoalannya ialah cara penggunaan kanister itu yang boleh sebabkan kematian, itu yang kita persoalkan," tegas Latheefa. Surendran pula mendakwa bahawa semua ini merupakan tindakan balas kerajaan kepada mereka yang mengkritik dan cubaaan menyembunyikan kebenaran. "Guna akta jenayah, guna polis dan peguam negara untuk serang mereka yang kritik...ini amat salah dan perlu dihentikan. "Masalahnya mereka cuba menyembunyikan kebenaran. Dengan guna cara begini mereka ingat rakyat akan senyap," kata Surendran lagi. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kenyataan Bekas Tentera Yang Diarahkan Memangkah Kertas Undi Posted: 05 Aug 2011 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! INI DIA KETELUSAN YANG DIKATAKAN SPR KALAU HANG PA NAK TAU, SPR LA NI DAH JADI SURUHANJAYA PR(Penduduk Tetap) KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ramadhan, jauhi dari menjadikan ia bulan 'makan-makan' Posted: 04 Aug 2011 09:00 PM PDT Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Ramadhan datang lagi menjenguk umat Rasulullah s.a.w buat sekian kali.Kali in datangnya seperti kehadiran Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.Sering disebutkan Ramadhan adalah bulan nikmat, Ramadhan juga bulan pengampunan. Bagi yang menghayatinya, maka akan datangnya hikmahnya bulan pengampunan ini dengan nikmat iman dan ketaqwaan. Ayat 183 Surah Al Baqarah bermaksud " Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". Namun masih ada dikalangan kita sendiri tidak dapat menghayati kehadiran Ramadhan dengan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri menjadi hamba yang memiliki jiwa kehambaan kepada Allah s.w.t. Sidang pembaca sekalian, Ramadhan bukan sahaja datang dengan syiar kewajiban berpuasa malah amalan-amalan sunat seperti solat Tarawikh di malam pertama sebelum berpuasa pada esok harinya. Dan Daripada Abdulrahman Bin Auf, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya " Sungguh Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan dan mensunnahkan solat di dalamnya, barang siapa yang berpuasa dan solat dimalannya kerana keluar dari dosanya ibarat pada hari ia dilahirkan oleh ibunya" (hadith riwayat Ahmad). Disebabkan itulah kehadiran Ramadhan ini amalannya didahului dengan solat sunat Tarawikh yang mendahului amalan berpuasa.Sunat Tarawikh akan berjalan sebaik selepas Isya' malam sebelum umat Islam berpuasa pada esoknya. Mengapa?Berbalik kepada hadith yang dibacakan sebentar tadi yang menkiaskan agar umat Islam memperbanyakkan amalan sunat yang terutamanya di malam hari. Keutamaan mengerjakan solat Tarawikh, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa berdiri (solat malam) di bulan Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan pahala dari Allah, makan akan diampunkan dosa-dosa sebelumnya " (hadith Riwayat Muslim). Terkadang ada dikalangan umat Islam mutakhir ini hanya mengetahui bahawa kehadiran Ramadhan hanya besarnya kepada kewajiban berpuasa sahaja. Lebih malang lagi, dicelah-celah kehangatan puasa itu, kita lalai dengan budaya berpuasa yang boleh disifatkan sebagai sekadar menahan lapar dan dahaga, sekadar mahu mencukupkan syarat agar mata manusia melihat kita ini berpuasa. Malah lebih parah dari itu, kehadiran ramadhan bagi sesetengah pihak hanya untuk meraikan bulan 'makan-makan' kerana jika dilihat pada perkembangan hari ini, pelbagai iklan dan promosi bufet Ramadhan disiarkan. Ada yang telah memikirkan mahu berbuka dihotel-hotel mewah, direstoran terpilih dan berbuka bersama rakan-rakan, dan ada yang telah membuat tempahan awal berbuka meskipun 1 Ramadhan belum tiba. Malang sekali, budaya ini semakin menjadi 'kebiasaan' kepada masyarakat di negara ini dalam meraikan kehadiran Ramadhan, dan bukan menjadi suatu yang aneh jika berbuka dengan lauk pauk yang mewah, melimpah ruah. Di sana sini kini mula bicara mengenai apa menu istimewa pada Ramadhan kali ini.Malah dipejabat-pejabat hari ini, isu makanan atau menu pada Ramadhan menjadi topik perbualan utama. Impaknya, puasa sekadar menahan lapar dan dahaga, perut yang kempis sebelum puasa menjadi kembung dipertengahan dan dipenghujung bulan puasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri hanya meneguk air dan tiga biji buah Tamar (buah kurma) ketika berbuka, dan kemdiannya baginda meneruskan solat serta amalan sunat yang lain memenuhi malam-malam Ramadhan. Malangnya, umat Islam hari ini persoalan amalan sunat yang mendampingi Ramadhan, malah menjadi nadi kepada kekuatan Ramadhan itu sendiri semakin tidak dibicarakan. Ada yang tidak lagi mengendahkan waktu bersahur, kerana lena dibuai mimpi, malah ada yang terlena hingga subuh ditinggalkan begitu sahaja.Puasa sekadar pada niat, dan menahan lapar serta dahaga. Walhal lebih penting lagi, kedatangan Ramadhan ini seharusnya dititipkan dengan segala amalan sunat bermula dengan Solat Sunat Tarawikhnya; kemudian bertadarus Al-Quran (lebih molek bersekali mentadabur), solat Tahajjud di sepertiga malam, dan pada siang harinya juga di samping menahan lapar, dahaga, menahan mata, telinga mulut dari yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa, amalan bertadarus, mendengar tazkirah, bersedekah dan sebagainya juga boleh menambah nikmat Ramadhan. Alangkah moleknya, jika solat Tarawikh juga diselangkan dengan slot tazkirah dipertengahannya, sementara ia mampu mengisi jiwa-jiwa yang menghadirkan diri ke rumah Allah dengan ilmu tambahan. Mengapa Ramadhan disebut sebagai bulan rahmat dan pengampunan? Nah pada bulan ini datangnya peristiwa penting hari-hari tertentu seperti turunnya Al-Quran (Nuzul Quran) pada hari ke-17 Ramadhan. Malah di dalam bulan Ramadhan jugalah datangnya satu malam yang dipanggil Lailatul-Qadar iaitu suatu keistimewaan yang diturunkan Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Allah menjanjikan bahawa mereka yang beramal pada malam tersebut diberi ganjaran pahala seperti beribadat selama 1000 bulan.Malam yang disebutkan ini akan datang pada 10 malam terakhir dan para ulama menakrifkan ianya pada malam ganjil. Daripada Aishah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya " Carilah malan Lailatul -Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir sebelum ramadhan" *hadith riwayat Bukhari, Muslim Tarmizi dan Ibnu Majah). Sejurus amalan-amalan yang disebutkan tadi dilakukan dengan baik, insyaAllah rasa kehambaan akan datang, dan disitulah nikmat iman dan jiwa penuh taqwa akan dirasai. Jadikanlah Ramadhan kali ini bukan seperti Ramadhan yang sebelumnya yang mana daripada Ramadhan 'bulan makan-makan' kepada Ramadhan bulan melazatkan amalan yang membawa ketaqwaan. Moga ia mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua kepada Allah. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
JPN benar-benar telus bersekongkol dengan SPR Posted: 04 Aug 2011 06:00 PM PDT Malaysiakini melaporkan: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.Betul atau tak betul penjelasan dari JPN berkaitan isu warganegara Mismah tu bukan lagi persoalan yang penting pasainya semakin ramai yang dah semakin tak percaya kepada jabatan kerajaan termasuk JPN yang dilihat seolah-seolah bersekongkol dengan SPR untuk jadi 'si anjing Umno'. Aku sendiri 'tpbat lahum' tak percaya dengan penjelasan JPN tu. Pasainya, kita takdak kaedah atau cara untuk pastikan apa yang pengarah JPN kata tu betul atau tipu. JPN berkuasa penuh dengan database depa dan kalaupun penjelasan tu semata-mata tipu, JPN memang boleh kalau nak buat bukti. Kalau pun JPN boleh keluarkan video pengakuan dari Mismah sendiri, aku tetap tak percaya. Boleh saja Mismah diugut untuk bercakap menggunakan skrip yang JPN sendiri bagi. Macam satu frasa yang polular sedikit masa dulu, "kita bukan saja kena bersih tapi mesti dilihat bersih". Macsm tu jugak JPN, bukan saja kena telus tapi mesti dilihat telus. Isu 'warganegara Mismah' ni sebenarnya tambahan bukti kerja-kerja kotor 'si anjing Umno' dalam JPN untuk memenangkan Umno BN semenjak isu MyKad di Sabah lama dulu. Realitinya, dalam isu skandal "Mismah Gate" ni, JPN benar-benar dilihat telus, telus dalam bersekongkol dengan SPR untuk mengujudkan 'pengundi hantu'. JPN benar-benar Amanah, Cekap dan Mesra kepada Umno BN. cenangau KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan