Anak Sungai Derhaka |
- Pesanan TG Nik Aziz Sempena Syawal 1432 Hijrah
- Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri
- Perutusan Aidilfitri Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
- Najib semakin tidak Popular
- UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara
Pesanan TG Nik Aziz Sempena Syawal 1432 Hijrah Posted: 29 Aug 2011 08:14 AM PDT |
Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri Posted: 29 Aug 2011 12:23 AM PDT Sebelum itu.. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca.. tak kira walau apapun fahaman politik anda.. KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu. Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir. Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya. Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok. Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu. Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam. Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang. Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik. Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my. - Bernama |
Perutusan Aidilfitri Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Posted: 29 Aug 2011 12:05 AM PDT Dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri, saya mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga 1 Syawal 1434 Hijrah demgan harapan baru untuk menjalankan tugas kerja masing-masing dengan penuh bertanggungjawab dan melawan sebarang kemungkaran. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berusaha menunaikan kewajipan kami kepada rakyat dengan urustadbir CAT – Cekap, Akauntabel dan Telus yang berlandaskan "amar maaruf nahi mungkar". Urustadbir baik dan cekap ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan negara seperti oleh Lapuran Ketua Audit Negara dan perunding dana kewangan Tan Siok Choo. Malah Pulau Pinang baru ini dipuji oleh majalah ekonomi antarabangsa "The Economist" dan Transparency International atas usaha melawan rasuah dan mengamalkan sistem tender terbuka. Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan momokan bahawa kontraktor Melayu akan rugi kerana tidak dapat berdaya saing dalam sistem tender terbuka. Hakikatnya ialah 100% daripada kontrak Jabatan Perairan & Saliranbernilai RM 35.6 juta dan 99.5% daripada kontrak JKR bernilai RM 124.2 juta diberikan kepada kontraktor Melayu. Nyata sekali bukan kontraktor Melayu yang tidak dapat berdaya saing tetapi kontraktor bersifat kroni yang tak berguna. Inilah matlamat kerajaan Pakatan Rakyat berjiwa rakyat dengan martabatkan rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik. Walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran Islam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain. Itulah sebebnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengulangi jaminan bahawa ia bukan anti-cina, anti-Melayu atau anti-India tetapi hanya anti-rasuah sahaja. Hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok yang selama ini memisahkan kita semata-mata kerana perbezaan kaum, agama dan cara hidup. Harapan saya ialah untuk melihat ibu-ibu tidak lagi menangis kerana melihat anak-anak kelaparan, bapa-bapa tidak lagi mengeluh kerana tidak mampu menyediakan keperluan keluarga, anak-anak tidak lagi kecewa kerana tidak mempunyai buku, pakaian dan barang permainan, dan warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya tidak lagi meratap kerana dipinggirkan oleh orang-orang yang menjadi tempat mereka menaruh harapan. Ini boleh dilihat dalam program sosial negeri seperti penghapusan miskin tegar, penghargaan warga emas, sumbangan pelajar IPTA dan anak emas, bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat dan para huffaz serta program kebajikan yang makan perbelanjaan lebih RM40 juta setahun. Inilah erti Syawal yang saya harap dapat mengukuhkan semangat kita semua untuk tidak melupakan mereka yang amat memerlukan bantuan, sumbangan dan kasih sayang kita. Dengan sedikit tenaga dan keupayaan kurniaan Tuhan, kami telah dan akan terus berusaha untuk melaksanakan yang terbaik untuk semua, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan. Marilah kita terus kekalkan kerajaan berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat. Semoga 1 Syawal ini membawa berkat dan rahmat buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. LIM GUAN ENG Utusan Hari Raya Aidilfitri 1432 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 29.8.2011 Kekalkan Kerajaan Berjiwa Rakyat Yang Martabatkan Rakyat. |
Posted: 28 Aug 2011 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai. Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus. Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam. "Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama. Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010). Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu. The Malaysian Insider |
UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Posted: 28 Aug 2011 09:20 PM PDT Rencana ini ditulis oleh saudara Wan Nordin Wan Yaacob dan disiarkan dalam Harakah daily 06.11.2009. Banyak lagi perihal perbuatan dusta, khianat dan khurafat yang telah dan sedang dilakukan oleh umno telah saya ulas dan titipkan dengan jelas dalam buku "Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara" Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat. Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan 'kesempatan' dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka. Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya 'menutup' mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat. Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi 'pak turut'. Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang. Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato' Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh. Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini. Sementara AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan. Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana. Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan. Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BN memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya. Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman. Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu. Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu: 1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. 2. Melemahkan sistem kehakiman negara. 3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu. 4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu. 5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu. 6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu. 7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu. 8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. 9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu. 10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu. 11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation. 12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja. 13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno. 14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. 15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan. 16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu. 17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra. 18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa. 19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004. 20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009. Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin. Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja. Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan