Anak Sungai Derhaka |
- MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris?
- Kes Liwat : Air Mani itu mungkin milik Saiful Bukhari sendiri - Dr. Brian
- Kes Liwat : Sperma Saiful dalam dubur sendiri- Pakar
- Syabas Anwar! Kini ada yang sudah terperangkap kerana BODOHnya mereka.
MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris? Posted: 26 Aug 2011 01:03 AM PDT Semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005. Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti. Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya". Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat. dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011 Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya. Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu. Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini. Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu. Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM [Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini. Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri. Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini. Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya]. Pahang Daily Online |
Kes Liwat : Air Mani itu mungkin milik Saiful Bukhari sendiri - Dr. Brian Posted: 25 Aug 2011 11:52 PM PDT KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan kenyataan Saksi Keempat, Dr. Brian McDonald yang mendakwa terdapat kemungkinan air mani di dubur Saiful Bukhari itu merupakan miliknya sendiri. Beliau ada rasa kemungkinan ianya benar setelah merujuk kenyataan ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong yang tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu. Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi. Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: "Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu." - KLpos Keadilandaily melaporkan.. Fitnah: Pakar DNA timbulkan keraguan ujian ahli Kimia KUALA LUMPUR: Pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya merobek hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam kes Fitnah II. Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan. Hari ini pula mahkamah diberitahu bahawa sampel sperma di dalam dubur Saiful berkemungkinan adalah sperma nya sendiri, yang turut mengandungi sel bukan sperma individu lain. Pendedahan itu dilakukan pakar DNA,Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini. Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang lain. Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma. Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald. "Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna. "Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil," kata Dr McDonald. Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu. "Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa). "Kita mungkin silap teka," kata Dr McDonalds Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik. "Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan). "Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain. "Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif," kata Sankara. Perbicaraan kes Fitnah II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan. www.keadilandaily.com/?p=19629 |
Kes Liwat : Sperma Saiful dalam dubur sendiri- Pakar Posted: 25 Aug 2011 11:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri. Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul. Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel 'epithelial' pada pecahan (sperma). Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful. Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti. Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia. Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). Berikut lintas langsung perbicaraan pada hari ini yang menyaksikan Dr Brian menyambung keterangan beliau. 9.15 pagi: Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula dengan pakar DNA, Dr Brian Mc Donald masuk ke kandang saksi untuk menyambung memberi keterangan. Ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong duduk di antara Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden Noorn Badaruddin. 9.19 pagi: Dr McDonald menerangkan kepada mahkamah cara untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma. 9.29 pagi: Menurutnya, bahan kimia dikenali dengan nama DTT digunakan untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma. 9.34 pagi: DTT akan 'membuka' kepala sperma membolehkan DNA diekstrak, kata Dr McDonald. 9.35 pagi: Karpal singh tiba di mahkamah. 9.44 pagi: "Jika analisa DNA tidak dilakukan dengan betul, bolehkah kita anggap sebahagian DNA tidak datang daripada sperma?" tanya Ram Karpal "Ya, sebahagian DNA boleh datang daripada sel-sel epitelia (kulit)," balas Dr McDonald. 9.53 pagi: Berdasarkan pemerhatiannya, ada kemungkinan Dr Seah tidak melakukan ujian DTT dengan baik, kata Dr McDonald. Berdasarkan pemerhatiannya, ia tidak dilakukan oleh Dr Seah, kata Dr McDonald. "Berdasarkan bukti Dr Seah, beliau tidak menjalankannya. "Sebab beliau tidak tahu samada terdapat DNA sel epitelia (kulit) dalam sampel sperma yang diambil," kata Dr MacDonalds. 9.58 pagi: McDonald berkata adalah mungkin yang sperma Saiful berada dalam duburnya. "Jika dia (Seah) telah melakukannya dengan betul, kami boleh menyingkirkan kemungkinan sebegitu. Sampel diambil tidak boleh bergantung pada punca (DNA Saiful)." Sankara: Bolehkah kita dengan pasti mengatakan yang sperma Saiful bukan dalam duburnya? McDonald: Tidak, dia (Seah) mengagak yang terdapat sel lain. Dia tidak buat ujian DEP dengan betul. 10.04 pagi: McDonald kata DNA lelaki Y lebih dominan dalam B7. (Keterangan terdahulu menyebut DNA Lelaki Y telah didapati pada B7, B8 and B9) 10.05 pagi: McDonald berkata DNA Saiful dominan pada B8. 10.07 pagi: McDonald berkata, "Kita tidak boleh memastikan sperma Saiful masuk dalam duburnya sendiri. 10.07 pagi: Dr Seah tidak boleh menganggap DNA Saiful yang dijumpai dalam putik kapas ditanda B8 dan B9 datang daripada kulit Saiful kerana beliau tiada bukti untuk membuktikannya, kata Dr McDonald. 10.15 pagi: Pakar DNA menerangkan proses tersebut perlu mengasingkan sel-sel sperma dengan sel bukan sperma pada rektal pengadu. 10.45 pagi: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat pada kira-kira jam 10 pagi tadi. 10.50 pagi: Dr Mc Donald meneruskan penerangan tentang graf daripada analisa DNA. 11.04 pagi: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Zin dan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut berada di mahkamah. 11.40 : Dr Brian selesai disoal balas. 11.42 pagi: DSP Jude Pereira dipanggil semula untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Karpal memulakan soal balas. Ia berkaitan dokumen pemeriksaan terhadap Saiful yang dirampas dari Pusrawi oleh DSP Jude Pereira. Menurut Jude Pereira, dokumen itu dirampas pada 6 Ogos 2008 pada kira-kira jam 2.45 petang di tingkat 9 Hospital Pusrawi. 11.44 pagi: Jude dibenarkan turun dari kandang saksi dan hakim menangguhkan mahkamah untuk berbincang dengan peguam dan pendakwa raya tarikh untuk menyambung bicara. Mahkamah ditangguh ke 19-23 September http://www.keadilandaily.com/?p=19595 |
Syabas Anwar! Kini ada yang sudah terperangkap kerana BODOHnya mereka. Posted: 25 Aug 2011 09:28 AM PDT Satu artikel yang menyerlahkan betapa BENGAPnya pencacai-pencacai UMNO.. Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Anwar berjaya menjerat musuhnya Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut. Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu. Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa? Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang. Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan. Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa. Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal. Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil. Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar. Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual. Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual. Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar. . Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ). Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan . Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar. Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya . Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar ! Posted by hanipamaidin, Peguampas |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan