Rabu, 17 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bagaimana untuk kenali Pencacai UMNO - Khalid Samad

Posted: 17 Aug 2011 09:14 AM PDT

"Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian."

Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

Saya kata "Islam itu adil untuk semua" maka mereka menjawab "Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja".

Saya kata "Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya" mereka menjawab "Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang".


Saya kata "Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam" mereka jawab "Kamu dah murtad sekali ya Khalid?"

Saya kata "Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri" mereka jawab "Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan".

Saya kata "Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat" mereka jawab "Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!"

Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan 'maslahah yang lebih besar' menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan. Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja. Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan.

HADIAH BAGI MB

Sebagai contoh akan akhlak dan perwatakan pemuda UMNO dan golongan pencacai mereka, lihatlah pada tindakan mereka menghadiahkan tandas dan berus tandas kepada MB. Saya tidak tahu kaedah dakwah dan usul Fiqh mana yang mereka ikuti tetapi amat jelas bagi saya ianya tindakan yang hanya dilakukan oleh mereka yang kurang waras.

Satu ketika dulu kita dihidangkan dengan sebuah adegan seorang Menteri Besar menghadiahkan penyapu kepada Pegawai Daerah. Jika seorang ketua menghadiahkan penyapu kepada anak buahnya pun dilihat jelek oleh masyarakat, apatah lagi anak buah menghadiahkan tandas dan berus tandas pada ketua! Begitulah keadaan manusia yang ditarbiyyah oleh UMNO. Akhlaknya jelek dan memalukan.

Begitulah juga jika kita menyorot kembali adegan demonstrasi kepala lembu. Walaupun dinafikan UMNO terlibat, tetapi seperti kata perpatah Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina . Perangai dan akhlak yang jelek yang sama dipamirkan untuk tatapan semua. Bagi puak ini, apa sahaja tindakan boleh sahaja mereka lakukan, tiada halal dan haramnya, tiada buruk dan baiknya. Mereka anggap tiada masalah selagi mereka melaungkan retorik Islamik sedangkan tindakan mereka bercanggah dengan akhlak Islam. Mereka inginkan supaya syariat mengikut kehendak mereka dan bukan mereka mengikut kehendak syariat.

Pendek kata, UMNO masih ditahap pemikiran yang lama. Tiada perubahan. Rakyat Selangor perlu sedar akan hakikat ini dan terus menolak mereka sehingga, mungkin pada satu hari kelak mereka mampu menzahirkan akhlak dan perwatakan yang lebih baik.

MENYOKONG USAHA MEMURTADKAN ORANG ISLAM?

Sikap sambil lewa mereka terhadap persoalan membuat tuduhan yang melulu jelas terserlah apabila ada di kalangan mereka sanggup menuduh saya menyokong usaha memurtadkan orang Islam. Orang yang takut pada seksaan Allah tidak akan mengeluarkan kata-kata seperti itu dengan begitu mudah sekali. Lebih-lebih lagi apabila sejarah membuktikan sebaliknya.

Saya telah sejak dari awal bersama PAS memperjuangkan supaya Islam dimartabatkan sepenuhnya, iaitu aqeedahnya, akhlaknya dan syariatnya. Dalam mendukung perjuangan ini, saya sendiri telah ditahan bawah ISA semasa 'Ops Lalang' 1987 dan di antara sebab saya ditahan ialah penglibatan saya dalam program PAS yang mendedahkan masalah Kristianisasi di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi penyelesaian yang dibawa PAS bukanlah untuk bertindak secara melulu tetapi untuk menangani kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan masyarakat Islam hasil dari kepimpinan UMNO. Masalah sepertimana yang ditonjolkan oleh beberapa penulis termasuklah Dr. Asri dalam blognya yang termasuk juga kelemahan dalam pendidikan agama, bantuan kebajikan dan lain-lain.

Mungkin ada yang tidak dapat memahami masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini. Semasa di Kamunting saya telah ditemukan dengan Jamaluddin dan Helmi yang kedua-dua mereka adalah Melayu Kristian. Mereka menjadi Kristian di Singapura setelah mereka lari dari rumah dalam usia belasan tahun di atas sebab masalah keluarga dan di Singapura mereka mendapat bantuan dari kumpulan Kristian. Akhirnya mereka menganut agama Kristian dan Jamaluddin sendiri menjadi seorang pastor.

Semasa di Kamunting, pihak kem meminta bantuan saya untuk memberikan kaunseling kepada mereka dengan harapan dapat menarik mereka kembali ke pangkuan Islam. Jamaluddin berkeras dan enggan bertemu untuk berbincang dalam apa keadaan sekali pun. Dia menyatakan dia sudah memahami Islam, datuknya seorang alim di Patani dan dia terus menolak apa-apa usaha untuk memulakan perbincangan mengenai agamanya.

Helmi mempunyai sikap yang lebih terbuka tetapi selepas hanya satu sesi meminta supaya tidak diteruskan lagi kerana, katanya, "dalam keadaan diri saya ditahan, saya tidak mampu melayani apa-apa keraguan terhadap keyakinan keagamaan saya". Dengan kata-kata itu, dia menolak untuk meneruskan sesi perbincangan tersebut.

Saya ditegur oleh beberapa tahanan lain yang mengingatkan saya bahawa saya seorang tahanan, itu bukan kerja saya, serahkan sahaja kepada pegawai pemulihan. Namun saya sedar bahawa pegawai pemulihan tidak diberikan latihan di dalam bidang ini sedangkan saya sudah berpengalaman berdebat dengan Evangelis Kristian di UK semasa menuntut di sana. Lagipun, saya tetap seorang pendakwah, tidak kira di mana, walaupun dalam tahanan.

Walaubagaimanapun, apa yang saya agak kesal ialah saya tidak meneruskan hubungan dengan Helmi dan mencarinya selepas dia dibebaskan untuk berdialog dengannya. Dia pernah menghubungi saya sekali selepas dibebaskan dan mencadangkan supaya kami bertemu. Namun pada ketika itu saya terlalu sibuk, tidak seperti semasa dalam tahanan dan saya tidak sempat berjumpa dengannya. Akhirnya saya dengar dia telahpun berhijrah ke Kanada.

TIDAK SERBU HANYA PERIKSA

Baru-baru ini JAIS menyatakan bahawa mereka tidak menyerbu dan menceroboh Gereja DUMC. Mereka hanya melakukan satu pemeriksaan selepas berunding dengan pihak Gereja dan menunggu selama hampir sejam. Kalau kenyataan itu benar, maka baguslah kerana sememangnya Islam menegah kita dari menceroboh masuk ke rumah ibadat agama lain. Dengan penafian ini, maka saya kira, secara tidak langsung JAIS pun bersetuju bahawa tindakan menyerbu dan menceroboh rumah ibadat perlu dielakkan. Kalau tidak ianya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.

Namun apa yang perlu dilakukan sekarang oleh pihak JAIS ialah untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan menyebarkan agama lain kepada orang Islam sekiranya ada bukti bahawa ianya benar-benar berlaku. Biar perkara ini diputuskan di mahkamah, bukan di media. Apa yang dipamerkan di muka akhbar entah benar atau sebaliknya. Lebih bersifat sensasi dan bertujuan mengapi-apikan suasana. Kalau ada bukti, maka JAIS perlu terus mendakwa pihak yang melakukannya supaya dia dihukum dan usaha sedemikian dihentikan.

TUNJUK PERASAAN DI MASJID NEGERI

Saya dimaklumkan bahawa telah diadakan tunjuk perasaan di Masjid Negeri. Hairan saya, tiada polis yang datang menghalang, tiada polis, tiada FRU. Perkataan yang dikeluarkan dikatakan jelas bersifat menghasut namun ianya dibenarkan berjalan dengan begitu sahaja. Kata orang, amat mudah jika ingin tahu demonstrasi anjuran UMNO. Tiada polis, tiada FRU.

Negara kita semakin jelas bagaikan mempunyai dua sistem undang-undang. Satu untuk rakyat biasa, satu untuk UMNO/BN. Kalau untuk rakyat biasa, yang dibenarkan dan dijamin perlembagaan sekalipun boleh menjadi satu kesalahan sambil bagi UMNO/BN, yang jelas bercanggah dengan undang-undang sekalipun boleh dilakukan oleh mereka. Begitulah 'hebat'nya menjadi OKU (Orang Kuat UMNO).

Inilah di antara sebab mengapa perubahan perlu dilakukan semasa PRU ke-13 ini. Jika tidak, Negara kita akan semakin dirosakkan oleh kelompok ini. Mungkin ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi, 'beyond repair'.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

http://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html#more

Tahukah Anda, Apa sebabnya Najib boleh jadi PM?

Posted: 17 Aug 2011 07:56 AM PDT

Tahukah anda pada tahun 1999,dengan 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN Najib cuma mampu menang kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 241 undi. Melayakkan beliau digelar sebagai 'Wakil Pos' bukannya 'Wakil Rakyat'.

Bagaimanapun selepas kemenangan tipis beliau, tanpa sebarang sebab secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan.

Hasilnya Najib yang dulunya menang tipis melalui undi pos menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).


Kemenangan yang membuktikan bahawa UMNO/BN berjaya memanipulasi sebaik mungkin undi pos untuk menobatkan ahli mereka sebagai 'Wakil Rakyat'

Kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa ada 24 lagi kawasan parlimen di seluruh negara yang bergantung tuah kepada pengundi pos termasuk di Jeli dan Ketereh di Kelantan.

"Terdapat 25 kawasan parlimen di semenanjung yang bergantung kepada undi pos termasuk Pekan dan Kepala Batas," katanya pada satu ceramah di Pasir Mas baru-baru ini.

Malah ramai bekas anggota tentera mendakwa kertas undinya dipangkah orang lain ketika mereka bertugas di perbatasan pada musim pilihan raya.

Contoh mudah dapat dilihat misalnya di Kem Tentera Desa Pahlawan yang terletak di parlimen Ketereh sekarang ada lebih 3,000 undi pos.

Ketika pilihan raya umum lalu hanya sekitar 1,000 orang berada dalam kem dan 2,000 lagi dikatakan bertugas di hutan Gerik, Perak.

Persoalan yang ditimbulkan Bersih 2.0 sekarang siapa pula yang mengundi bagi pihak 2,000 anggota tentera terbabit.

Contoh kedua di Port Dickson terdapat 3,800 pengundi pos. Dan ketika pengundian pada pilihan raya umum lalu hanya ada 1,500 tentera sahaja berada dalam kem, selebihnya bertugas di merata tempat.

Berdasar kepada kajian dibuat hampir kesemua undi pos milik anggota tentera yang tidak berada di kem ketika pengundian tiba-tiba dipangkah lambang dacing. Dan terbaru berlaku di Sibu pada pilihan raya kecil tahun lepas.

Sebelum dikira undi pos calon DAP menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Namun apabila dikira undi pos calon DAP, Wong Ho Leng mengatasi calon BN-SUPP, Robert Lau Hui Yew dan Bebas, Narawi Harun hanya dengan majoriti 398 undi.

Kesimpulan dapat dibuat, jelas ada orang lain mengundi bagi pihak mereka memandangkan tiada kertas undi dibawa masuk ke pos-pos tentera dalam hutan ketika itu untuk membolehkan mereka mengundi.

Malah seorang pegawai kerajaan mengakui tidak ada dalam perlembagaan menjelaskan secara nyata berkaitan peraturan pengundian pos.

Tahukah anda siapa yang memangkah kertas undi tersebut? sila baca pengakuan dari bekas tentera dibawah.. walaupun mengundi di kawasan yang berbeza tapi senarionya adalah sama..


Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi



KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak," katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

"Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?"

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.


Harakahdaily

Video : Pengakuan Mejar yang telah memangkah beratus kertas undi..

Posted: 17 Aug 2011 06:26 AM PDT


Biometrik : SPR sedang kaji Sistem bernilai RM200Juta

Posted: 17 Aug 2011 04:10 AM PDT

Sebuah Syarikat dilaporkan telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Sistem Biometric yang bernilai RM200Juta untuk digunakan dalam Pilihanraya akan datang.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk agensi-agensi kerajaan dikatakan menentang cadangan tersebut yang sedang dikaji oleh Suruhanjaya Pilihanraya.(Kaji Sistem atau kaji jumlah komisyen.. entahlah..)

Difahamkan syarikat itu akan membekalkan SPR dengan 25,000 Netbook dan 25,000 peranti cap jari Dermalog.


Bayangkan berapakah komisyen yang bakal diperolehi oleh pihak yang meluluskan projek ini, 5% sahaja sudah cukup untuk makan hingga mati buat aku tapi buat Rosmah banyak tu cukup untuk beli gelang saja, tak cukup untuk beli cincin.

Dengan jumlah komisyen yang boleh dimakan hingga mati itu maka tidak hairanlah jika ada pihak yang mermati-matian mahu sistem ini digunapakai biarpun ianya boleh dimanipulasi berbanding dengan penggunaan dakwat kekal.

Jika penggunaan dakwat kekal diterima pakai.. berapa sangat komisyen yang dapat... Depa kata buat lekat celah gigi saja...


Company proposes biometric system to Election Commission

PUTRAJAYA: A company is proposing a RM200 million biometric system for use in the general election to the Election Commission.

However, several parties, including government agencies, are strongly resisting the proposal, which the commission is studying.

The New Straits Times learnt that the company would provide the commission with 25,000 Netbooks and 25,000 Dermalog fingerprint devices.

It will also provide a centralised back-end system for biometric verification and voting system with workflows.

The company is offering to convert fingerprint images to its Dermalog biometric template.

It will provide the commission with 14 million citizens' records containing fingerprint images, portraits and demographic data, which it intends to download from the National Registration Department's database.

However, the department, which is the custodian of the personal records of Malaysians, is averse to this plan. NRD said conversions to the Dermalog template would mean a drop in quality when compared with the quality of the Morpho template used in its d at a b a s e .

It insisted that EC use the Morpho template as it matched the template for MyKad.

Industry sources said the devices and system from the company would not be able to verify templates or minutiae (branching points of fingerprint ridge lines) in MyKad, despite being able to read MyKad information.

It is learnt that another company is hoping to be picked for the project and had in April quoted EC a price of RM300 million.

However, it recently revised this to RM160 million.

It is also understood that a third company had submitted a proposal, saying its system would cost less than a quarter of the cost quoted by other companies. It offered 2,500 Netbooks and readers.

This company said its devices could read all minutiae verification of the Morpho template in MyKad.

A source said: "The EC workflow is a proven system and the introduction of biometrics is only for identification pur poses." The source said the government could save cost by allowing EC to use devices supplied for the scrapped petrol subsidy-control mechanism.

The third company said it would ensure the use of these devices was made possible. The devices, all 6,000 units with a display terminal, had not been used since the petrol subsidy schemewas scrapped.

The company is on the same wavelength with NRD on MyKad being the source for identification.

It said people with defective MyKad chips would have to change them before the general election.

NRD intends to replace its MyKad chips with higher quality ones from Januar y.

NRD sources expressed concern about a private company being allowed to extract personal data.

They said even in cases where the courts subpoenaed details of citizens, NRD officials would take the citizens' documents to the courts to protect the information.

A NRD spokesman said it was still studying all the proposals.



NST.com

Pengundi dengan MyKad keluaran SPR pula di kesan..

Posted: 17 Aug 2011 12:17 AM PDT

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.

Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'.


Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud.

Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.


Malaysiakini

Masya Allah! Milo Suam sebar fitnah di bulan Ramadhan?

Posted: 16 Aug 2011 10:20 PM PDT



Menurut sebuah blog Pro UMNO dalam entrynya yang bejudul "Masya Allah! Blogger Pembangkang Kantoi Fitnah Bulan Ramadhan. Sebarkan." Blogger Pro PR kononnya menyebarkan fitnah maha besar dalam bulan Ramadhan ini..


Tak tahulah pula sebesar mana fitnah itu jika dibandingkan dengan fitnah 'DAP berjaya menghapuskan Azan di Pulau Pinang' yang dimainkan oleh blogger Pro UMNO beberapa hari sudah yang akhirnya terserlah sebagai fitnah bila Mufti Pulau Pinang sendir telah bersuara.. sila baca di SINI.

Menurut pemilik blog tersebut Apa yang didedahkannya itu adalah satu pembohongan maha besar blogger pembangkang yang bernama MILO SUAM. Yang telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Bongkar! Skrip sumpah PATI agar Menyokong BN. Menurut blog tersebut, gambar itu didapati dari Keadilan Daily.




dari Keadilan Daily


Aku dapat dari Zunar


Beliau menunjukkan bahawa beliau tidak reti bahasa disini bila menulis 'sumber gambar itu didapati dari Keadilan Daily tapi beliau masih menyalahkan Milo Suam… apa ke hal ni?

Dalam artikelnya itu blogger Pro Umno itu telah melampirkan satu salinan dokumen yang menurutnya ialah Borang Sumpah yang ditetapkan dalam jadual pertama perlembagaan yang entah dari mana sumbernya..








(Eh.. tadi aku pergi bayar zakat tapi Amil tu suruh aku baca akadnya pada satu keping kertas yang telah ditulis dan ditampal olehnya atas meja tu.. bukannya dia suruh aku baca apa yang tertulis dalam resit zakat tu..boleh ka? Sedangkan jika menurut Blogger Pro UMNO tu ikrar atau akad yang perlu dibaca adalah yang terdapat pada dokumen asal)

Bagi menyokong dokumennya itu beliau menyiarkan pula pengakuan seorang bekas pemilik PR yang telah diberikan taraf warga negara. Pengakuan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia – sila baca di SINI

Kalau korang baca apa yang ditulis oleh seseorang yang menggunakan nama Pencinta Negara Malaysia itu apa yang kelihatan beliau hanyalah pencacai UMNO.. menurutnya Beliau mengatakan amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan warganegara, hatta membawa surat sokongan dari Najib sendiripun belum tentu boleh dapat kerana kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja...

Mungkin sukar baginya seorang kerana beliau bukanlah orang tertentu itu.. Jika beliau salah seorang dari 1.6 Juta orang tertentu yang telah diberikan IC di Sabah ianya pasti mudah..

Tulis blogger Pro UMNO itu lagi "Ertinya pengakuan ini bukan sesuatu yang direka-reka dan bersifat reaktif untuk menjawab tuduhan pembangkang. Secara logiknya, jika dikeluarkan hari ini mestilah surat ini telah diposkan ke pejabat utusan lebih awal."

Diposkan?? Ikut suka dialah…

Diakhir entrynya pula Blogger Pro UMNO itu berkata beliau meminta pembacanya menilai sendiri betapa buruknya akhlak pembangkang di dalam bulan puasa ini. Oleh kerana MILOSUAM telah melampaui batas, maka beliau terpaksa membongkarkan identiti blogger ini esok.

Satu pembongkaran yang amat dinantikan oleh aku juga.. malangnya hingga sekarang masih tiada yang dibongkar..

Apa jawapan Milo Suam? Korang bacalah di Milo Suam

Malaysia negara Islam terbaik?.. err.. betoi ka?

Posted: 16 Aug 2011 09:01 PM PDT



Tak tahu dari mana Lidah Rasmi UMNO dapat artikel yang kononnya ditulis oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai Pencinta Negara Malaysia Ini.. dari gaya penulisan nampak macam ditulis oleh pencacai UMNO saja..


Beliau mengatakan amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan IC, hatta membawa surat sokongan dari Najib sendiripun belum tentu boleh dapat kerana kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja...

Mungkin sukar baginya seorang kerana beliau bukanlah orang tertentu itu.. Jika beliau salah seorang dari 1.6 Juta orang tertentu yang telah diberikan IC di Sabah ianya pasti mudah.. (Baca di SINI Project IC Palsu)


Malaysia negara Islam terbaik

PENCINTA NEGARA MALAYSIA

SAYA adalah bekas Penduduk Tetap Malaysia, saya dan keluarga telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1974, pada ketika itu saya berumur kurang dari satu tahun.

Saya telah membesar dan bersekolah di Malaysia. Saya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. Sepanjang hayat saya, saya hanya tahu saya adalah rakyat Malaysia, walaupun hakikat sebenarnya tidak. Pada umur 21 tahun iaitu pada tahun 1995 saya telah memohon kewarganegaraan, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi warganegara.

Saya telah meminta banyak sokongan bermula dari guru sekolah, ketua kampung, wakil rakyat hinggalah kepada para menteri. Sudah banyak kali saya naik turun pejabat Kementerian Dalam Negeri semata-mata untuk membuat rayuan agar permohonan saya diterima.

Pernah juga saya ke pejabat kementerian pada ketika saya belum pun sembuh dari pembedahan.

Ramai pegawai-pegawai atasan di Kementerian Dalam Negeri yang telah saya jumpa kerana urusan rayuan saya ini. Malangnya dari tahun ke tahun, harapan saya untuk menjadi warganegara tidak menjadi kenyataan.

Seorang pegawai atasan di kementerian berkenaan yang pernah saya jumpa berkata kepada saya, mereka tidak hairan dengan sokongan-sokongan yang saya ada, hatta surat sokongan daripada Perdana Menteri sekali pun, kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Saya merasa kecewa dengan kata-kata pegawai tersebut, sejak dari itu saya telah berhenti membuat rayuan.

Sehinggalah baru-baru ini setelah 37 tahun, saya telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan oleh negara yang saya cintai ini.





Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara. Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah tersebut.

Saya amat tidak setuju apabila ada sesetengah pihak di negara ini yang mengatakan betapa mudahnya untuk mendapat kewarganegaraan atas sebab-sebab politik.

Daripada pengalaman saya sendiri, sokongan ahli politik tidak memberi jaminan kejayaan permohonan warganegara. Pegawai-pegawai di kementerian juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.

Saya menyanjung tinggi pendirian pegawai-pegawai ini walaupun saya pernah kecewa kerana permohonan saya ditolak.

Saya pasti tohmahan Mismah yang mendapat kewarganegaraan dalam masa 4 jam adalah tidak benar sama sekali.

Saya pasti dia juga mengharungi berbagai ranjau dan menunggu sekian lama untuk mendapatkan kewarganegaraan. Kesan daripada berita salah yang disebarkan, peribadi Mismah telah menjadi bahan kutukan di dalam blog-blog pembangkang.

Dalam keadaan ini Mismah berhak menyaman pihak terbabit kerana telah menyalahgunakan data peribadi beliau untuk kepentingan politik mereka.

Pada perhatian saya, sesetengah pihak di negara ini sangat suka membuat dakyah melulu tanpa menyiasat secara mendalam. Mereka ini sanggup membuat apa-apa saja cerita semata-mata untuk meraih sokongan dan menanam kebencian di hati rakyat terhadap kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya merugikan diri dan negara sendiri.

Bagi orang yang pernah tidak mempunyai negara seperti saya, kami lebih tahu menghargai negara Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri.

Rakyat Malaysia dekad ini tidak pernah merasa sengsara akibat kemusnahan negara justeru mereka mengambil remeh tentang kepentingan kestabilan negara.

Tidak ada satu pun negara di dunia ini sebagus negara Malaysia. Walaupun berbagai cerita indah yang diceritakan mengenai negara luar, tetapi mereka tidak setanding dengan negara Malaysia yang tercinta ini.

Seorang pensyarah dari Pakistan di sebuah universiti pernah memberi tahu kepada kami di kelas, setelah beliau mengembara ke pelosok dunia, beliau tidak akan kemana-mana lagi, kerana Malaysia adalah negara Islam terbaik yang pernah dia menetap.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar cintailah negara ini. Jagalah negara kita ini sebaik mungkin kerana sekali kita kehilangan negara, kita tidak akan dapat kembali lagi.

Janganlah disebabkan politik kita sanggup merosakkan negara sendiri, politik seperti ini adalah politik kotor yang menghancurkan rakyat dan negara - Lidah Rasmi UMNO

Demi Agama, Bangsa dan Negara, bila hanya menguntungkan UMNO

Posted: 16 Aug 2011 06:28 PM PDT

Tindakan UMNO cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.

Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, UMNO kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.


Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya.

Tindakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membuat kajian dan keputusan yang teliti.

Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin UMNO dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau.

Akan tetapi, bilamana Kerajaan Negeri Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi, tiada suara pemimpin UMNO dan Perkasa yang tampil mengatakan Kerajaan Melaka tidak sensitif kepada umat Islam di bulan Ramadhan.

Inilah gelagat pimpinan UMNO Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.

Sikap sedemikian mencerminkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan UMNO dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan.

Demikian juga bilamana usul pencegahan umat Islam murtad dikemukakan dalam Parlimen oleh pimpinan Pas, mereka bukan sahaja tidak menyokong, sebaliknya usul itu berkali- kali ditolak oleh Parlimen.

Tapi kini dalam kemelut gereja-JAIS, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus riuh-rendah di media kononnya ingin menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad.

Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap sunyi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli UMNO sendiri dan sebagainya.

Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan UMNO.


Ketua Penerangan Pas Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Di Perak, suara Demokrasi sudah hilang…

Posted: 16 Aug 2011 06:04 PM PDT

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan setelah mendakwa hak mereka untuk bersuara disekat kira-kira jam 12.20 tengah hari pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Ke-12, di sini, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, bergerak keluar bersama Adun PR yang lain sebelum mengadakan sidang media di tingkat dua Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar dewan apabila pembesar suara yang dipasang di dalam dewan seperti dikawal kerana setiap kali pembangkang mahu bersuara ia (pembesar suara) akan ditutup.

"Adun kami terpaksa menjerit tetapi apabila Barisan Nasional (BN) bangun untuk bersuara pada bila-bila masa masalah pembesar suara tidak timbul.

"Kami (PR) datang secara baik untuk berbahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan menyuarakan soalan yang dikemukakan rakyat namun dihalang untuk berbuat demikian," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohammad Nizar kecewa sidang Dun yang sepatutnya diadakan selama dua hari hanya berlangsung tiga jam sahaja.

"Bagaimana soalan 59 Adun dapat dijawab dalam masa yang singkat. Oleh itu, masalah rakyat gagal untuk diselesaikan," katanya.

Katanya, persidangan pada kali ini bertujuan untuk menceritakan prestasi dan pencapaian Kerajaan Negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

"Namun bukan itu yang terjadi malahan soalan bertulis yang dikemukakan turut ditolak. Sebagai contoh perbelanjaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di luar negara tidak dijawab, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jawab soalan itu di Parlimen.

"Perkara ini perlu diberitahu kepada rakyat supaya mereka tahu ke mana wang dibelanjakan," katanya.

Beliau berkata, persidangan kali ini lebih kepada keputusan speaker Dun, Datuk R Ganesan yang bersifat seperti diktator.

"Suara demokrasi hilang, pembesar suara kami ditutup menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar dewan kerana keadilan tidak menyebelahi kami," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: