Isnin, 15 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu Murtad : Pembangkang tidak serius - Rahim Thamby Chik

Posted: 15 Aug 2011 07:18 AM PDT

ALOR GAJAH - Sikap pembangkang tidak menunjukkan kesungguhan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama sebelum ini, ternyata mengecewakan banyak pihak, terutama rakyat.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pembangkang nampak tidak serius dengan masalah murtad membabitkan umat Islam yang dilihat semakin membimbangkan.


"Mereka seperti tidak berminat untuk mengambil tahu tentang isu serbuan di gereja terbabit, walaupun seramai 12 orang yang beragama Islam dikesan menghadiri majlis tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian di program Menghayati Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada Ibu-ibu Tunggal Seri Mastana di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah semalam.

Beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mana-mana jabatan berkaitan berperanan lebih tegas dalam bertindak memantau keadaan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Bekas ketua menteri Melaka itu memuji keberanian Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang berpendirian tegas menyokong tindakan Jais dalam melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas gereja terbabit.

"Keberanian beliau perlu dicontohi ahli Pas lain supaya mereka tahu pentingnya isu ini kerana membabitkan akidah umat Islam. Malah, isu memurtadkan umat Islam di negeri Selangor bukan sesuatu baru.

"Tetapi pembangkang dilihat lebih berminat meraih undi semata-mata supaya kekal berkuasa, sedangkan mereka gagal pertahankan kepentingan umat Islam kerana soal akidah adalah sesuatu yang sensitif," katanya. - Sinar Harian

Ini pula sekadar mengingatkan sesama insan.. bacalah..

PERINGATAN KEPADA YAB HAJI DATO' SERI DR MAHATHIR DAN DATO GANI PATAIL

Saya ingin menyampaikan peringatan sebagai seorang Islam yang sungguh cintai kepada ALLAH swt dan amat takut kepada balasan NYA jikalau mengengkari. Menjadi kewajipan saya untuk memperingati perkara sedemikian:

YB Saudara Tuan Haji Tan Sri Datuk Rahim Thambi Chik,

Lupakah saudara peristiwa yang begitu murni selepas solat sebelum saudara berangkat ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas sahaja saudara menerajui jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993. Ingatkah janji saudara kepada saudara Haji Anwar Haji Ibrahim dan yang lebih penting lagi janji saudara kepada diri saudara. Saudara, saya mesti memperingatkan janji saudara supaya kita semua cuba membetulkan kesilapan silam kita, bertaubat dan mohonlah kepada ALLAH swt semoga diberi pengampunan.

Malam itu saudara memakai baju putih untuk melambangkan kesucian perjuangan, sifat rendah diri dan meneruskan tradisi Pemuda UMNO. Ingatkah saudara yang saudara Anwar mencadangkan kepada saudara supaya menyalin kepada baju batik lengan panjang dan telah pun mengambil baju kepunyaannya untuk diguna oleh saudara. Saudara mengatakan saudara mempunyai baju sedemikian didalam kereta.

Saudara Tuan Haji, apakah yang diperkatakan oleh saudara Tuan Haji Anwar, " You ni berubahlah sikit, apa ni orang sampai kata Rahim tu taruk skirt kat tiang talipon pun, pi". Saudara dengan penuh tawaduk terus menjawab " I akan berubah". Kami Amin bersyukur.

Saudara saya sedih, kita gagal mengkotakan Amin kita.

Saya banyak terhutang budi kepada saudara. Benar saya mengetahui dan mengakui kurniaan Datuk daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka telah dianugerahkan bukan setakat cadangan bahkan dorongan persendirian saudara. Saya tidak dapat membalaskan budi saudara. Saya tidak sekali-kali ingin mengaibkan saudara. Saya hanya seorang insan yang lemah yang terpaksa menjalankan tugas ke jalan ALLAH swt.

YAB Saudara Ayahanda Tuan Haji Dato' Seri Dr Mahathir,

Dengan penuh insaf saya ingin memperingatkan kepada YAB Tuan Haji mengenai perkara di atas. Kita selalu berjumpa. Kita saling kenal diantara satu sama lain. Saya masih berkhidmat didalam kerajaan. Saya tidak mempunyai jalan yang lain untuk menyampaikan perkara ini kepada Tuan Haji yang saya hormati. YBhg Tan Sri Aziz atau pun YBhg Dato' Ali susah untuk mendapatkan ruang untuk menyelitkan saya dalam 'work schedule' YAB yang begitu sibuk.

Saudara Rahim Dahalan (lebih terkenal dengan pangilan 'Rahim King') dan saudara Kapt. (B) Sudirman Haji Ahmad adalah kenalan kepada YAB Tuan Haji. Tiada siapa dapat menafikan ini. Sebagai pegawai kontrak, mereka diberi tugas-tugas khas dalam Biro Tata Negara. Mereka merupakan jurulatih yang disegani oleh semua pihak. Kami sedar disatu masa dahulu mereka berdua adalah orang kepercayaan YAB Tuan Haji. Malah Pas Keselamatan mereka adalah dari taraf yang tertinggi, lebih tinggi dari taraf pas keselamatan saya untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas-tugas mereka. Saya begitu kagum dengan prestasi mereka.

Saya masih ingat lagi tentang Kursus Perdana ulung yang begitu berkesan. Diantara perkara yang diketengahkan oleh YAB Tuan Haji ialah sifat murni. Saya masih teringat kata-kata YAB "a leader must be whiter than white". Saya yakin kepada kata-kata ini. Bahkan inilah cogankata yang sentiasa dilaungkan YAB Tuan Haji dibeberapa Kursus Perdana.

Saya terpaksa memperingatkan YAB Tuan Haji kepada peristiwa berikut kerana kita wajib melakukan kebenaran sungguh pun perkara itu begitu pahit demi ALLAH. Suatu petang saudara Rahim dan saudara Sudirman telah bergegas ke Sri Perdana. Mereka telah membawa bersama mereka gadis daripada Melaka yang telah di rogol, guru disiplin daripada sekolah murid tersebut dan pa'cik kepada murid tersebut. Mereka yang bertiga ditinggalkan dipondok keselamatan polis, saudara Rahim dan Sudirman terus masuk ke Sri Perdana. Mereka seperti biasa memberikan taklimat politik/keselamatan khas kepada YAB Tuan Haji. Mereka mula memberikan taklimat mula daripada negeri di utara, satu persatu menuju ke selatan. Sama ada ini satu tektik mereka untuk meredakan keadaan hanya mereka yang mengetahui (Kapt (B) Sudirman adalah pakar Psychological Warfare (Psywar) kelulusan Institut termahir didalam bidang ini di Amerika Syarikat).

Cuba YAB Tuan Haji memperingati kembali apakah perkara yang mula-mula YAB Tuan Haji persoalkan bila taklimat sampai ke negeri Melaka. "Kes Rahim (yang dimaksudkan YB Haji Rahim Thambi Chik) apa ceritanya?"

Saudara Rahim terus menjawab bahawa itulah sebabnya mereka datang berjumpa dengan YAB Tuan Haji. YAB Tuan Haji terus mengatakan "A leader must be seen to be whiter than white". Saudara Rahim seterusnya memberitahu bahawa budak perempuan dan rombongannya ada di pondok keselamatan. YAB Tuan Haji suruh budak perempuan tersebut dan rombongan masuk. YAB Tuan Haji seterusnya menyoal budak perempuan berkenaan yang pada masa itu hanya berumur lebih kurang 15 tahun.

YAB Tuan Haji diantara lain mengemukakan soalan-soalan berikut kepada budak perempuan berkenaan:

a. Macam mana kenal YAB Tuan Haji Tan Sri Rahim Thambi Chik

b. perkara itu berlaku

c. kali perkara rogol ini berlaku

d. Berapa dibayar

Saya percaya YAB Tuan Haji Dato' Seri Dr Mahathir masih ingat akan jawapan-jawapan yang diberi oleh budak perempuan tersebut.

Jikalau YAB Tuan Haji Dato' Seri ingin mengimbas kembali kisah ini mungkin YAB Tuan Haji boleh berhubung dengan mereka-mereka ini:

Saudara Rahim Dahalan 012-2109016

Saudara Kapt. (B) Sudirman Haji Ahmad 012-2013917

YBhg Dato' Ali (ADC YAB Tuan Haji Dato' Seri)

YBhg Dato Gani Patail,

Saudaralah yang memberi tahu kami bahawa saudara telah pun mempunyai bukti DNA untuk mendakwa YAB Tuan Haji Tan Sri Rahim Thambi Chik. Saudara sungguh kecewa bila saudara Mengatakan "Mahathir stopped me from prosecuting".

Perkara yang di Pelajari. Siapakah yang bercakap benar?

Untuk pengetahuan YAB Tuan Haji Dato' Seri keupayaan profesional kami di Cawangan Khas E3M di waktu itu amat mengkagumkan. Mengikut arahan YAB Tuan Haji Dato' Seri kediaman rasmi TPM yang didiami Tuan Haji Anwar Hj Ibrahim telah dirakamkan secara sulit. Ketua kami diwaktu itu Tuan Haji Datuk Amir Junus diwaktu itu sangat rapat dengan Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim telah memberi tahu perkara ini kepada Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim.

Kami percaya YAB Tuan Haji Dato' Seri masih ingat dalam perbualan akhir YAB Tuan Haji Dato' Seri dengan Tuan Haji Anwar Haji Ibrahim, Tuan Haji Anwar ada berkata " You even bug my house". YAB Tuan Haji Dato' Seri Dr. menjawab tanpa emosi " I did it for security reason". Kami tahu siapa yang bercakap benar.

RENUNGAN DARIPADA E3M

Kenyataan Mufti Pulau Pinang yang membuatkan Pencacai UMNO gigit jari..

Posted: 15 Aug 2011 06:33 AM PDT

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.


"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


The Malaysian Insider

Najib bakal kecundang..

Posted: 15 Aug 2011 02:16 AM PDT

SHAH ALAM 15 OGOS : Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.


"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat.

Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.

"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.

"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.

Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.

"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.

"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.

"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini,"katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur
dalam dan luar negara.

Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.

Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011
menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.

Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.

Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.

Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak.


TVS News

Siapa DANGKAL? Ezam atau Koh Tsu Koon?

Posted: 15 Aug 2011 12:46 AM PDT

Nilaikan sendiri dari kedua-dua laporan berita dibawah.. siapa DANGKAL?

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.


"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini.

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konco mendesak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk menyamakan pembakaran portal berita dengan kebakaran rusuhan London kerana (ia) jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi apabila seorang menteri (Tsu Koon) bersuara, saya wajar jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Tsu Koon menyatakan kekesalan dengan kesediaan Ezam 'membakar' kedua-dua portal propembangkang itu ekoran 'penipuan' kedua-dua agensi berhubung laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ezam menegaskan, kenyataan Tsu Koon itu jelas dangkal dan terkeluar daripada konteks sebenar kerana beliau langsung tidak berhasrat membakar para wartawan serta bangunan kedua-dua portal tersebut.

Justeru itu, Ezam hairan bagaimana Tsu Koon sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum di negara ini begitu cepat menyelar ucapannya tetapi membiarkan kedua-dua portal propembangkang itu 'membakar' hati umat Islam sejak sekian lama.

"Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini (Tsu Koon), kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan perpaduan," katanya - Lidah Rasmi UMNO


Sebelum itu..

Tsu Koon: Sikap Ezam ugut mahu bakar portal berita tidak boleh diterima

LUMPUR, 13 Ogos – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh (gambar), tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi "serbuan" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

"Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

"Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan," katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.

"Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.

"Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya," katanya.

Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan JJais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai "ejen kepada pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda," katanya.

Dalam ucapanya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan "perang." - The Malaysian Insider

Kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam

Posted: 15 Aug 2011 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini.

"Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.


Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian.

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengambil alih peranan PAS sebagai pembela Islam atas alasan parti itu gagal dalam mengotakan objektifnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, mengecam PAS sudah lemah dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Islam dan mengabaikan nilai-nilainya kerana cita-cita politik - The Malaysian Insider

Lihat video kenyataan Ibrahim Ali, PERKASA ganti PAS di SINI

PERKASA akan gantikan PAS - kata Ibrahim Ali (Video Inside)

Posted: 14 Aug 2011 09:43 PM PDT

Video diakhir entry..

Presiden PERKASA Ibrahim Ali dengan secara rasminya mengumumkan PERKASA akan mengambil alih tugas PAS dalam membela Islam sebab PAS sudah lagi tidak mementingkan Islam katanya.

Lingkup Islam kalau manusia yang suka bercakap ikut sedap mulut dia saja tanpa melihat nas-nas Al-Quran dan Hadith mahu membelanya, akan jadi ibarat tikus membaiki labu..


Kalau korang lihat diakhir Video Brahim Ali mencabar TG Nik Aziz supaya mengeluarkan arahan melarang penggunaan microphone dalam kuliahnya.. aku agak Pak Brahim ni tak tahu apa itu Microphone dan apa pula Speaker, dia main cakap saja..




Tuduhan Liwat : Anwar beri keterangan 22 Ogos ini

Posted: 14 Aug 2011 08:25 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 22 Ogos ini.

Keputusan yang disahkan oleh peguambelanya dan juga pihak pendakwaan itu tidak akan mengambil kira sama ada mereka berjaya menemubual enam lagi saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Sankara Nair sebelum itu, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan.

Menurut Peguam Cara Negara II, kedua-dua pihak telah bersetuju Anwar akan mula membela dirinya pada Isnin depan.

"Kami akan cuba bekalkan saksi itu dalam minggu ini."

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Musa sedang berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar - Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Malaysiakini

Najib memperbodohkan warga Felda pula..

Posted: 14 Aug 2011 06:49 PM PDT

Kata Najib di Felda Air Tawar Dua yang dikunjunginya semalam Kejayaan dan kemajuan Felda, telah membolehkan agensi itu membayar gaji kepada 23,000 kakitangannya, bonus, duit raya serta memberi pinjaman sebanyak RM40,000 tanpa faedah kepada warganya untuk memperbaiki rumah mereka.

Najib juga berkata pembayaran duit raya Felda kepada warganya pada tahun ini mencecah peruntukan RM42 juta, sekolah-sekolah agama di tanah rancangan Felda diberi bantuan kewangan sebanyak RM50,000.


Kenyataan yang boleh dilihat sebagai satu kenyataan untuk memperbodohkan warga Felda, dari 23,000 kakitangan Felda yang dimaksudkan oleh Najib itu adakah ianya melibatkan para peneroka? Sudah tentu tidak.. jadi apa kaitannya dengan Peneroka?

Kata Najib lagi "Warga Felda perlu menguasai ilmu dan teknologi di dalam fasa pembangunannya bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran-cabaran pada masa kini, kegagalan menguasai ilmu dan teknologi boleh menyebabkan Felda mengalami nasib yang sama sebagaimana yang menimpa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dahulu apabila ia dijajah oleh kuasa asing.

Dan jumlah duit raya yang diumumkan dibayar kepada Peneroka oleh Felda yang diumumkan oleh Najib ialah RM42Juta.. memang satu jumlah yang besar, tetapi apa yang diperolehi oleh para peneroka hanyalah RM400 seorang lebih rendah dari bonus yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada kakitangan awam di Pulau Pinang.

Dan adakah RM400 itu jumlah yang wajar diterima oleh para Peneroka?

Menurut ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas "amaun ini tidak memadai dan mencukupi jika dibandingkan dengan kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka.

"Peneroka sebenarnya berhak memperoleh sehingga RM458,000.00 yang boleh dituntut hasil kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

"Kes ini telah pun dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan dengan tuntutan RM2 juta dan 964 peneroka di Felda Jengka dengan tuntutan RM458,000.

Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh peneroka melebihi RM200 – RM400 seperti yang diumumkan Najib", kata Kamarul.

Kamarul menjelaskan peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda sebanyak RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang dan setiap peneroka mempunyai 10 ekar.

"Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenarkan pokok getah dijual dengan harga tersebut.

"Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00 untuk setiap 10 ekar.

Sebaliknya jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00 untuk setiap 10 ekar.

Ini menyebabkan setiap peneroka kerugian sehingga RM50,000.00 yang boleh menjadi wang saku tambahan mereka," jelas Kamarul lagi.

Wang tanam semula dinafikan

Kamarul turut membidas Najib dan Felda dalam isu penanaman semula apabila jika ada peneroka memilih untuk menanam semula, maka Felda hendaklah mengembalikan dana dari Tabung Penanaman Semula sejumlah RM17,000.00 kepada setiap peneroka.

"Namun sehingga hari ini Felda gagal menjelaskan isu dan pembayaran ini.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memerintahkan Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Kelantan sejumlah RM1.2 juta dari dana Tabung Penanaman Semula ini.

"Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan berlakunya penipuan oleh Felda terhadap peneroka.

Maka wang Hari Raya sekadar RM200 – RM400 kepada peneroka Felda jelas tidak dapat menutup pembohongan dan penindasan Felda selama ini terhadap peneroka.

"Akhirnya Felda terpaksa meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk membiayai kos tanam semula.

"Tetapi bagaimana pula dengan dana asal Tabung Penanaman Semula yang dicarum oleh peneroka untuk proses tanaman semula?

Ke manakah hasil tabungan tersebut?," soal beliau.

"Felda harus menjelaskan perkara ini secara terperinci," desak Kamarul.

Kamarul menegaskan jika ini yang berlaku, tidak mustahil peneroka akan terus menerus menyaman Felda akibat salah urus tadbir dan korupsi yang berlaku.

Kamarul menggesa agar pentadbiran Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan urus tadbir yang baik dan merakyatkan ekonomi.

"Hak peneroka Felda selaku rakyat yang sah dalam negara kita serta diiktiraf oleh Perlembagaan harus dihormati oleh pihak Felda," tegasnya.

Justeru 'gula-gula' wang hari raya yang tidak setimpal seumpama ini harus diperbetulkan dengan dikembalikan semula hak serta wang pampasan yang secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung oleh peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri.


Najib Mahu Warga Felda Kuasai Ilmu Dan Teknologi Dalam Fasa Pembangunannya

KOTA TINGGI, 14 Ogos (Bernama) -- Warga Felda perlu menguasai ilmu dan teknologi di dalam fasa pembangunannya bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran-cabaran pada masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kegagalan menguasai ilmu dan teknologi boleh menyebabkan Felda mengalami nasib yang sama sebagaimana yang menimpa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dahulu apabila ia dijajah oleh kuasa asing.

"Esok pada 15 Ogos, genaplah 500 tahun kerajaan Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kita perlu menjadikan peristiwa itu sebagai iktibar," katanya ketika berucap pada majlis Rahmat Ramadan di Felda Ayer Tawar 2, di sini.

Katanya kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 disebabkan dua faktor iaitu ketidaksetiaan serta kegagalan kesultanan dalam menguasai ilmu dan teknologi peperangan moden ketika itu.

Perdana Menteri berkata Melaka masih menggunakan persenjataan seperti tombak dan keris dalam usahanya untuk memerangi kekuatan bala tentera Portugis yang menggunakan meriam dan persenjataan terkini pada waktu itu.

Najib berkata Felda telah mencapai banyak kejayaan pada ketika ini dan warganya menikmati pelbagai pembangunan hasil perancangan teliti yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau memberitahu perasaan gembiranya ketika melawat sebuah rumah milik peneroka di Felda Tunggal pada sebelah petang, yang merupakan bukti jelas kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh warga agensi pembangunan tanah itu.

Katanya rumah banglo milik peneroka itu jika dinilaikan di Kuala Lumpur berharga lebih daripada RM1 juta.

"Kejayaan Felda dan kemajuan yang dinikmati oleh warganya disebabkan kesetiaan dan sokongan terhadap usaha-usaha kerajaan. Kerajaan mempunyai perancangan yang teliti dalam usahanya untuk memastikan Felda terus maju," katanya.

Kejayaan dan kemajuan Felda, katanya, telah membolehkan agensi itu membayar gaji kepada 23,000 kakitangannya, bonus, duit raya serta memberi pinjaman sebanyak RM40,000 tanpa faedah kepada warganya untuk memperbaiki rumah mereka.

Perdana Menteri berkata pembayaran duit raya Felda kepada warganya pada tahun ini mencecah peruntukan RM42 juta, sekolah-sekolah agama di tanah rancangan Felda diberi bantuan kewangan sebanyak RM50,000.

Najib juga menyifatkan sebagai 'gimik politik' janji-janji yang ditabur oleh pembangkang kepada warga Felda jika ia berkuasa dan menganggapnya sebagai 'umpan' bagi mendapatkan undi daripada warga Felda.

"Ia hanya 'political gimmick' oleh pembangkang, sama seperti janji mereka untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008, tetapi saya berkeyakinan warga Felda 'tidak lut' dengan gimik pembangkang," katanya.

Sementara itu, berucap pada majlis yang sama, Abdul Ghani meminta para peneroka hari ini dan generasi pengganti supaya mempertahankan semangat 'penerokaan' bagi membolehkan Felda terus mengorak langkah cemerlang.

Abdul Ghani berkata budaya muafakat yang dipupuk oleh masyarakat Felda merupakan penentu kejayaan pada hari ini dan akan datang yang mencakupi pelbagai aspek.

"Masyarakat Felda telah melalui tempoh pembangunan hingga berjaya. Inilah satu kelompok masyarakat yang melalui transformasi yang besar. Inilah contoh kita (kerajaan) berjaya membangunkan masyarakat.

"Ada yang asalnya datang dari kampung dengan tekad melalui proses penerokaan dan hari ini masyarakat Felda telah menjadi keluarga kelas menengah yang kukuh di negara ini walaupun berada jauh dari bandar," katanya.

Abdul Ghani berkata beliau percaya masyarakat Felda dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas pembangunan yang dinikmati melalui pelbagai rancangan yang dibangunkan kerajaan.

Merujuk kepada Kota Tinggi, beliau berkata 29 kawasan felda di daerah berkenaan melibatkan 10,000 keluarga telah melalui pelbagai transformasi sejak kesemua felda itu diwujudkan 30 hingga 40 tahun lepas.

Beliau berkata Felda Semenchu, Belitong, Kledang dan Tunggal menunjukkan kejayaan yang besar dalam tempoh empat tahun ini selepas menjadi juara anugerah 'Felda Ceria' di peringkat kebangsaan.

Katanya Felda Air Tawar Dua, yang dikunjungi Perdana Menteri hari ini, pula pernah menjadi Naib Johan 'Felda Ceria' di peringkat kebangsaan pada tahun 1982.

BERNAMA

AWAS!!! Tentera Salib akan menyerang Malaysia?

Posted: 14 Aug 2011 09:44 AM PDT



Setelah DAP difitnah kononnya berjaya menghapuskan Azan di Pulau Pinang (baca di SINI), Blogger Pro UMNO meneruskan agenda menabur fitnah mereka dibulan Ramadhan ini, kali ini DAP difitnah lagi kononnya akan menggunakan Kristian untuk menakluk Malaysia pula.


Sedangkan kita tahu yang telah mengadakan pertemuan dengan Pope adalah Najib.. tetapi bagi menimbulkan kebencian rakyat Malaysia terhadap DAP, beberapa blogger Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya DAP telah menemui satu formula terbaik untuk menakluk Malaysia.

Fitnah mereka lagi, formula baru yang ditemui oleh DAP itu adalah memainkan sentiment keagamaan kononnya DAP menghasut penganut Kristian bahawa kerajaan tidak melayan mereka dengan adil.

Dakwa mereka lagi strategi ini amat bahaya terhadap kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Ia boleh mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam.

Sebenarnya memang strategi ini amat bahaya.. Bahaya jika yang membacanya percaya membabi buta akan fitnah dari blogger Pro UMNO itu tanpa usul periksa..

Tapi jika dikatakan DAP menggunakan Kristian untuk menjayakan matlamat mereka adakah kita pernah mendengar pemimpin DAP menemui Pope untuk merancang semuanya itu?

Dari apa yang tersiar dalam berita Najib memang telah disahkan bertemu dengan Pope bukannya pemimpin DAP..

Pada 11 Julai lalu The Malaysian Insider telah melaporkan kabinet telah memberikan perakuan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom pada 18 Julai untuk membincangkan usaha mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Roman Katolik itu.

Pegawai pentadbiran Najib memberitahu bahawa Kabinet telah memperakui kunjungan perdana menteri ke Castel Gandolfo, lokasi Pope Benedict akan menghabiskan musim panasnya, selepas Najib secara peribadi menemui delegasi perintis ke Malaysia yang diketuai Ketua Biskop Leonardo Girelli Mei lalu.

Sumber itu juga menjelaskan bahawa ia bukannya lawatan peribadi sebagaimana dilaporkan sebelum ini memandangkan Najib akan diiringi oleh beberapa menteri Kabinet.



Difahamkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang juga seorang Katolik, akan bersama dalam rombongan Najib.

Dan laporan itu telah disahkan oleh Bernama pada 19 Julai 2011 yang mana telah melaporkan Najib telah bertemu dengan Ketua Pemimpin Kristian, Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan bertempat di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Bacalah fitnah dari Blogger Pro UMNO ini pula.. baca dan nilaikan adakah artikel di bawah ini menghasut atau tidak?

AWAS!!! TENTERA SALIB AKAN MENYERANG MALAYSIA

Gerakan untuk mengkristiankan Malaysia telah menghampiri kemuncaknya. Perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang yg memutuskan untuk menjadikan Kristian sbg agama rasmi Malaysia & menjadikan orang Kristian sbg Perdana Menteri Malaysia telah menjelaskan apa yg tersirat di minda komuniti Kristian selama ini.

Gerakan penyebaran Kristian di Malaysia telah giat dilancarkan selepas tercetusnya Gerakan Kebangkitan Islam pada dekad 1970-an di negara ini. Sejak itu, pelbagai strategi halus dilakukan dengan sasaran mengkristiankan orang Melayu seramai mungkin. Lalu, berlakulah isu pemurtadan umat Islam seperti yg terjadi dalam kes Aishah Bukhari, Lina Joy dan ramai lagi. Ini semua bukan berlaku secara kebetulan tetapi memang telah dirancang dgn rapi oleh musuh Islam.

Semangat Perang Salib yg berlangsung selama 200 tahun tidak pernah padam di sanubari penganut Kristian. Selagi Islam tidak ditundukkan, selagi itu mereka akan meneruskan propaganda halus mereka menyerang Islam.

Islam di Malaysia memang telah diserang dari pelbagai sudut. Lihat saja anak muda Melayu pada masa kini. Celik mata saja hiburan. Akademi Fantasia (AF), Idola Kecil, Mentor dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa contoh) adalah segmen hiburan yg diadakan semata-mata untuk melalaikan anak muda ini dari dekat dengan amalan agama mereka. Ia memang agenda terancang musuh-musuh Islam tapi tidak disedari oleh sebahagian besar drpd kita.

Pemimpin Kristian yg terlibat semasa Perang Salib pernah menyatakan bahawa Islam tidak dapat dikalahkan dlm peperangan fizikal kerana mereka berperang dengan al-Quran di tangan kanan , manakala pedang di tangan kiri. Jadi cara untuk mengalahkan Islam adalah dengan menjauhkan mereka drpd al-Quran. Ia dibuat dengan cara halus seperti hiburan, menyebarkan cara hidup Barat & keseronokan dunia. Bila mereka sudah asyik dgn keseronokan dunia, jati diri mereka akan hilang. Lalu, mereka tiada kemampuan lagi utk mempertahankan agama.

Gerakan menyebarkan Kristian di negara ini bukan baru. Ia telah dijalankan sejak kedatangan penjajah Portugis lagi. Namun begitu, mereka tidak pernah berjaya. Orang Melayu masih teguh berpegang kpd ajaran Islam.

Status Islam sbg agama rasmi Malaysia tidak pernah disenangi oleh kelompok ekstremis Kristian. Mereka telah merancang pelbagai strategi untuk menamatkan status quo ini. Seperti yg aku tekankan sebelum ini, PRU 2008 telah mengubah lanskap negara ini dr pelbagai segi.

Perpecahan kronik orang Melayu Islam pasca PRU 2008 telah membuka kesempatan untuk kaum bukan Melayu untuk melancarkan perang saraf menguji ketahanan org Melayu. Pelbagai tuntutan melampau telah mereka suarakan kpd kerajaan. Mereka sedar org Melayu telah lemah. Org Melayu tidak mungkin dapat menghalang kemaraan mereka. Malaysia sudah semakin hampir jatuh ke dalam genggaman mereka.

Kini, puak komunis-zionis DAP telah menjumpai satu formula terbaik untuk menakluk Malaysia. Mereka tahu jika terus memainkan sentimen anti hak keistimewaan Bumiputera mereka tidak akan menang selamanya.

Mereka tidak boleh berdiri sendiri hanya bersandarkan kpd sokongan orang Cina. Jadi mereka mencipta satu formula iaitu dengan memainkan sentimen keagamaan. Mereka menghasut penganut Kristian bahawa kerajaan tidak melayan mereka dengan adil. Kerajaan lebih mengutamakan agama Islam.

Strategi ini amat bahaya terhadap kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Ia boleh mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam. Puak ini telah nampak formula sebegini boleh menguntungkan mereka. Mereka menjangkakan orang-orang Kristian akan menyokong mereka. Jika ia menjadi kenyataan, harapan mereka untuk menakluk Malaysia akan tercapai.

Ini berita yg amat menggemparkan umat Islam. Perang Salib baru telah dilancarkan terhadap umat Islam di negara ini. Selepas hak-hak kestimewaan kaum Melayu diserang, kini satu lagi serangan dilancarkan kepada mereka iaitu agama Islam. Jadi, telah lengkaplah serangan terhadap umat Melayu Islam negara ini. Apa lagi yg boleh kita perkatakan.

Kita mengharapkan agar kerajaan dapat bertindak dengan cepat bagi menangani isu ini agar ia tidak merebak ke konflik yg lebih rumit. Tapi apakah kita boleh mengharapkan 100% kpd kerajaan saja? Kerajaan Malaysia pimpinan Melayu dilihat semakin tidak berupaya untuk bertindak terhadap dalang-dalang dari puak minoriti ini.

Jadi, tak lain tak bukan orang Melayu sendirilah yg perlu bermuhasabah diri n merenung semula apakah kelemahan mereka selama ini. Orang Melayu perlu bersatu! Serangan terhadap mereka telah mencapai tahap yg melampau. Org Melayu tidak boleh lagi menjadi defensif. Mereka perlu melakukan serangan balas pula terhadap puak pelampau ini.

Sikap budi bahasa orang Melayu tidak pernah dikenang oleh puak pendatang ini. Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap lemah-lembut kaum Melayu. Mereka menganggap kaum Melayu lemah. Tetapi mereka silap. Orang Melayu bangsa yg suka memendam rasa. Mereka tidak suka mengganggu orang. Tapi apabila mereka dikacau & tahap kesabaran telah mencapai kemuncaknya, kaum pendatang ini pasti akan menerima padahnya.

sumber gerakan anti dap.

Tiada ulasan: