Anak Sungai Derhaka |
- DAP Berjaya hapuskan Azan?? nak fitnah tu agak-agak la Bro..
- PANAS!! Ahli UMNO akui Najib Perdana Menteri Terakhir..
- Nazri dah salahguna kuasa.. siasat dia!!
- Menteri yang didedah sebagai Gay tak nak nafikan ke?
- Eh! Gelang Menteri dan Gelang Artis ini sama lah...
- APA?? Dalam Kabinet Najib ada Gay?
DAP Berjaya hapuskan Azan?? nak fitnah tu agak-agak la Bro.. Posted: 12 Aug 2011 07:17 AM PDT Bagai dijangka apabila Berita Harian Online menyiarkan satu laporan mengenai isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ianya pasti dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO. Tanpa memahami apa yang dibaca seorang Blogger Pro UMNO menabur fitnah dibulan Ramadhan ini.. Beliau cuba membuktikan kepada pembacanya bahawa beliau lebih bijak dalam hukum Islam jika dibandingkan dengan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang diPengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang. Putar belit atau Fitnah blogger itu.. "Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a." Selama ini, nampaknya UMNO-BN yang telah memerintah negara ini, telah mengganggu dan buat bising pada waktu subuh!!! DAP gagal untuk menghapuskan azan subuh di Selangor, tetapi di Pulau Pinang, nampaknya mereka telah berjaya. Lebih aneh, fatwa berkenaan berlaku pula pada zaman DAP sebagai pemerintah negeri, tidak sewaktu Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang. Mungkin sudah biasa dengan kerja-kerja menyebar fitnah maka Ramadhan atau tidak ianya bukanlah menjadi satu halangan.. Blogger tersebut menunjukkan beliau tidak faham apa yang dilarang itu bila menulis "Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a." Sedangkan yang menjadi larangan ialah.. bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh bukannya melaungkan Azan Subuh melalui pembesar suara.. Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'. Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud… "Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis) Lain kali kalau tak tahu hal sebenar jangan nak tunjuk pandai.. hang puasa atau tak hari ni sedara?? Sila baca kenyataan media ini… Kenyataan Media Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011 PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana. Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini. Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut. Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara. Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'. Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa. Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud… "Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis) Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya. Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam. Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini. Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama. |
PANAS!! Ahli UMNO akui Najib Perdana Menteri Terakhir.. Posted: 12 Aug 2011 12:26 AM PDT "Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap. "tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa," kata Shahbudin yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju. Buku ini dengan tajuk penuh "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam. Orang UMNO sendiri dah akui.. Itu Ahli UMNO yang ada otak.. yang tak ada otak masih bermati-matian menyokong.. Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir' KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Penulis buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah. Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa. Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn. Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu. Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. "Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti. "Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti," kata Shahbudin Husin ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri. Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009. Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, "apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?" "Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau," kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju. Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian. "Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting," katanya yang berusia awal 40-an. Buku ini dengan tajuk penuh "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam. Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008. "Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap. "Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya," kata beliau sambil menambah, "saya lebih sayangkan parti, bukannya individu." Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, "sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat." "Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan," kata Shahbudin. "Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya," kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu. "Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau," kata penulis. Beliau menambah, "tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa," kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini. "Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata 'mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan'," katanya lagi. "Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya," katanya lagi. Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, "buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini." Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan 'Fighter'. Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk "Kesilapan-kesilapan Najib" juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang. "Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini. "Rakyat adalah keutamaan buku ini," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Nazri dah salahguna kuasa.. siasat dia!! Posted: 12 Aug 2011 12:10 AM PDT Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh "melarikan diri" dengan membuat helah bahawa beliau hanya memberi nasihat dan bukannya arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ekoran kontroversi berhubung langkah Putrajaya mahu menyelesaikan kes saman Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah, kata seorang pakar perlembagaan. Oleh itu beliau wajar disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999. Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970. Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya." Kes Tajuddin-GLC: Nasihat Nazri tetap satu arahan, kata pakar KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh "melarikan diri" dengan membuat helah bahawa beliau hanya memberi nasihat dan bukannya arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ekoran kontroversi berhubung langkah Putrajaya mahu menyelesaikan kes saman Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah, kata seorang pakar perlembagaan. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Prof Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, di bawah konteks Perlembagaan Persekutuan sama ada Nazri, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberi nasihat ataupun arahan tidak penting. Ini kerana jelas beliau, sebagai seorang anggota jemaah menteri Nazri memikul tanggungjawab kepada Parlimen, bermakna kepada rakyat mengenai apa yang berlaku ke atas GLC. "Sekarang ini oleh kerana portfolio kewangan dipegang oleh Perdana Menteri, maka GLC diletakkan di bawah Nazri. Ini menyebabkan kebanyakan negara tidak meletakkan portfolio kewangan di tangan Perdana Menteri. "Jadi susah. Tapi, tidak salah kerana siapa pun yang memegang portfolio itu Kabinet secara keseluruhan bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel. Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Nazri mengesahkan Putrajaya memutuskan untuk menyelesaikan kes saman dan saman balas membabitkan Tajuddin di luar mahkamah tetapi menafikan ia akan mengakibatkan usaha menyelamatkan hutang besar bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu. Nazri berkata, semua GLC telah diarah agar menarik balik kes saman ke atas Tajuddin awal bulan ini untuk menamatkan kes saman melibatkan beliau. Beliau menegaskan langkah itu bukan usaha "menutup dan menyembunyikan" sesuatu tetapi bagi mencari jalan penyelesaian selepas dicadangkan oleh "orang Tajuddin" kira-kira enam bulan lalu. Justeru mengulas lanjut, Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa memberitahu, oleh kerana GLC adalah milik rakyat dan yang boleh dipertanggungjawabkan ialah kerajaan, maka Nazri tidak boleh melarikan diri dengan membuat helah bahawa beliau hanya "memberi nasihat dan bukan arahan kepada GLC." "Itu hanya istilah. Baik ia nasihat atau cadangan itu semua adalah perintah dan jika ia mengakibatkan kerugian umpamanya, maka kerajaan yakni Kabinet perlu menjawab kepada Parlimen," kata beliau sambil menambah, dalam demokrasi yang sebenar pertanggungjawaban itu boleh membawa maksud meletak jawatan. Aziz menambah, isu arahan menteri dalam soal GLC perlu difahami dalam konteks kerajaan berkabinet dan di bawah prinsip ini, kerajaan bertanggungjawab iaitu yakni memikul beban ke atas segala dasar dan tindakan kerajaan. "Khususnya yang menyebabkan kerugian dan seumpamanya," kata beliau lagi. "Prinsip perlembagaan itu mempunyai implikasi bahawa seluruh Kabinet bertanggungjawab dan memikul segala tindakan dan kesannya. "Logiknya memanglah menteri kewangan kerana beliau bertanggungjawab dalam soal fiskal. Tetapi seluruh Kabinet termasuk Perdana Menteri dan menteri-menteri lain pun terikat sama. Ini yang dimaksudkan dengan tanggungjawab bersama," kata beliau lagi. Kes berkaitan dengan Tajuddin telah ditangguhkan sehingga 29 September. The Malaysian Insider |
Menteri yang didedah sebagai Gay tak nak nafikan ke? Posted: 11 Aug 2011 08:36 PM PDT Sehari dua yang lalu Malaysia Today telah mendedahkan satu kabel dari WikiLeaks yang mendakwa seorang Menteri dalam kabinet Najib adalah Gay.. biarpun tidak disiarkan oleh Utusan, ramai rakyat Malaysia telah mengetahui tentangnya. Tapi hingga ke hari ini masih tiada sebarang penafian dari Menteri tersebut.. jika ianya adalah tidak benar sila nafikan. Ni dari blog Chegu Bard.. Semua pasti tidak lupa dengan keghairahan Utusan Malaysia yang memanipulasi maklumat yang didedah wikileak yang kononya mendedahkan kabel sulit US yang mengaitkan Anwar dengan sesuatu yang negatif. Maklumat tersebut yang sejengkal sudah jadi sedepa dipusing Utusan Malaysia. Namun terbaru laman yang sama wikileak juga telah mendedahkan nota sulit US yang berbunyi : Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan: Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation. TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif di dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks) Namun Utusan Malaysia terus senyap dengan tuduhan ini. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. che'GuBard ingin mencabar kepimpinan UMNO atau mana - mana NGO 'tanggungan' regim untuk mendesak pihak berwajib memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini. Mungkin sahaja US tahu siapa mereka dan mereka ini duduk dikedudukan strategik negara berpotensi untuk diugut apabila tiba masa US atau sekutunya memerlukan sesuatu dari negara. Rakyat perlu buka mata kerana ini menunjukkan sikap sebenar pemimpin Umno / Bn mahupun agen-agen mereka dalam menangani perkara seperti ini. Bila untung Umno bising bila mereka diserang Umno diam... Nota tambahan : Blogger Umno pernah membangkitakn perkara ini dengan membangkitkan seorang Menteri Kabinet dari Johor seorang gay klik sini untuk baca lanjut. Chegu Bard |
Eh! Gelang Menteri dan Gelang Artis ini sama lah... Posted: 11 Aug 2011 06:31 PM PDT Seorang sahabat ada berpesan.. sebelum membongkar sesuatu bacalah doa ini.. اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah, wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. ... Perhatikan gambar Sepupu Najib yang keriangan ini.. fokuskan kepada gelang yang berwarna kuning di tangannya.. Kemudian perhatikan pula gelang yang dipakai oleh artis lelaki di bawah.. Adakah anda nampak bahawa ianya adalah sama? Gelang itu mungkin tidak semahal Bangle yang bernilai RM1.5 Juta lebih seperti yang di pakai oleh Rosmah.. baca di (SINI).. tetapi adakah persamaan itu kerana Suratan, Kebetulan atau ada apa-apa kot???? |
APA?? Dalam Kabinet Najib ada Gay? Posted: 11 Aug 2011 09:39 AM PDT Sungguh aku tak sangka dalam Kabinet Najib , Perdana Menteri Malaysia yang mahu mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama mengupah seorang Blogger rakyat US yang Pro Israel dan telah menghina Islam bersembunyi seorang Menteri yang didakwa sebagai Gay. Sungguh aku tak sangka juga kerana selama ini Najib mengatakan UMNO itu adalah sebuah Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam menyembunyikan seorang Menteri yang yang melanggar batas susila sebagai seorang Islam.. Tapi kenapa pula Utusan Malaysia tidak menyiarkan berita yang didedahkan oleh Wikileaks ini? Dulu bila Wikileaks mendedahkan kabel mengenai isu Anwar Ibrahim ianya dijadikan sebagai tajuk besar tapi bila pendedahan mengenai Menteri Gay dalam cabinet Najib ni mengapa didiamkan? Nasib baik aku tak baca sangat Utusan tu.. kalau tak sampai mati pun aku tak tahu dalam Kabinet Najib ada Menteri yang dituduh sebagai Gay.. Bukankah tingkah laku ini bercanggah dengan nilai-nilai moral seorang lelaki Islam? Kenapa nak disorokkan? Dedahkan saja… Sedangkan Perdana Menteri Israel Shimon Peres pernah berkata "There are no two states of Israel, just one state,'' dan "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.'' Bila dia kata sila baca di (SINI) Adakah Najib tidak belajar dari PM Israel itu sedangkan APCO yang menasihatinya datang dari sana? Atau di Malaysia ini ada dua set undang-undang.. satu untuk UMNO/BN dan Kroninya dan satu lagi untuk rakyat marhaen.. Mana puak yang nak GEMPUR pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim yang kononnya mempersendakan Islam tu.. Najib sorok Gay ni.. tunggu apa lagi? Gempurlah!! siapa puak itu sila lihat di (SINI) Kabel diplomatic yang bocor dan didedahkan itu telah dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington menurut WikiLeaks. Kabel diplomatik itu mendedahkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik. "Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington. Duta Amerika itu menyimpulkan bahawa tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan politik terhadap Ketua Pembangkang. Dari maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks menggambarkan bahawa Duta Amerika di Malaysia, James R Keith memiliki maklumat yang kukuh bahawa salah seorang Menteri di dalam kabinet Najib Tun Razak adalah seorang gay. Duta Amerika itu juga dilihat memiliki maklumat kukuh tentang tabiat Gay orang-orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan. Kalau tak diterjemah sikit kat atas tu.. pencacai UMNO mesti tak faham bila baca laporan kat bawah ni.. Cabinet member, Najib's aides are 'non-heterosexual', says leaked US cable KUALA LUMPUR, Aug 10 — A recent Cabinet member and some of Datuk Seri Najib Razak's senior aides would have found themselves under investigation for homosexual "behaviour" if the government were on a morals campaign, according to a leaked United States diplomatic cable. The cable to Washington from the US embassy here cited the "non-heterosexual behaviour" of an unnamed Cabinet member and Najib aides in its primer for State Department officials to understand the alleged political act of Datuk Seri Anwar Ibrahim's Sodomy II prosecution. "Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behaviour; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation," US Ambassador James R Keith said in the diplomatic note to Washington that was leaked by whistleblower site Wikileaks through the Malaysia Today website. The cable did not name the Cabinet minister or Najib's aides. But Ambassador Keith pointed out that the facts of the case against Anwar made it clear that the prosecution was foremost a political act against the Opposition Leader. "The Malaysian government does not aggressively prosecute cases of sodomy; we find record of some 55 cases since 1991, or an average of 3 per year. The vast majority of such cases involve adults assaulting minors," Keith wrote. Keith also reiterated a long held view of the US government that Anwar's original Sodomy prosecution 1999 had been grossly manipulated by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He also pointed out that "keeping in mind Najib (picture) and Anwar remain bitter enemies, it is striking that Najib met personally with the complainant Saiful prior to the police report." The US ambassador also noted the involvement of senior politicians in the case as well as the leakage of information. "From the very early stages, the senior-most officials in the government, including then PM Abdullah, current PM Najib, cabinet ministers, the AGO and national police chief (the latter two having played important roles in Anwar's 1998-1999 flawed trials) and officials of the ruling Umno party have been intimately involved in decisions regarding the case, according to Embassy contacts and publicly available sources. "Senior government leaders provided law enforcement information on the case to leaders of Anwar's coalition partner, the Islamic Party of Malaysia (PAS), in an unsuccessful attempt to split PAS from the opposition. A recent internet report claims that the government has provided some government-directed press editors with a 'sneak preview' of evidence against Anwar." The cable appears to have been written in 2009 just before Anwar's trial started. Anwar is currently facing sodomy charges for the second time in his life. He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet, and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. He later led the loose pact of PKR, the DAP and PAS to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan