Khamis, 11 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kami akan GEMPUR!!! kononnya... (Video Inside)

Posted: 11 Aug 2011 07:01 AM PDT



"Amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan." kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Ali Baharom.


Veteran Tentera?? Tapi dalam video ni aku nampak muda-muda saja.. kalau setakat service 11 tahun kemudian berhenti jangan nak mengaku Veteran lah Skot!!

Pahlawan biasanya berjuang hingga akhir hayat.. ini tidak service setengah jalan berhenti keudian nak mengaku pahlawan..

Bila ianya berlaku di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat maka banyaklah muncul NGO-NGO yang kononnya menyokong Raja-Raja Melayu.. bila di Terengganu dulu Sultan digelar 'Natang' mana korang? Ketika Mahathir menghakis kuasa Raja-Raja Melayu dulu mana korang?

Mempertahankan Islam konon... Najib guna Blogger Pro Yahudi yang membunuh orang Islam Palestine tu pergilah tegur kalau benar mempertahankan Islam..

Rosmah mempengerusikan Festival Fesyen yang mempersendakan Islam dulu tu kenapa tak tegur?

'Kami tidak teragak-agak untuk gempur'

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran keras kepada

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bersikap 'double standard' berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu mencegah penganut Islam dari murtad.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom juga mahu agar Khalid tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.

Beliau berkata amaran itu turut ditujukan kepada pihak pembangkang dan sekiranya ia gagal maka mereka tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin yang mengaibkan Islam.



"Menteri Besar jangan biadap dan derhaka dengan Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah). Jangan diperkudakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sedangkan MB berjiwa Islam. Kami kecewa dan mahu MB mohon maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya.

Ujar beliau, "amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan.

"Harap pembangkang dengar masalah dan kami tidak akan teragak-agak untuk gempur mana-mana pemimpin yang mengaib dan memecah-belahkan orang-orang Islam," katanya yang berpiket di luar Bangunan SUK dan turut disertai kira-kira 60 anggota.

Satu memorandum turut diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Pegawai Media Tuan Nazuri Tuan Ismail, bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Besar.

Sementara itu Pengerusi NGO Petaling Jaya Armand Azha pula menyifatkan tindakan Jais bukan untuk menolak agama lain tetapi hanya mahu memartabatkan Islam.

"MB kalau tidak faham diam. Jais hanya jalankan amanah untuk hal ehwal agama dan Sultan Selangor. Jais nak martabatkan agama Islam bukan tolak agama lain," katanya.



Video : Jangan Parking ikut suka hang!

Posted: 11 Aug 2011 06:41 AM PDT


Murtad : UMNO hanya nak pancing undi Melayu

Posted: 11 Aug 2011 02:14 AM PDT

Kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan."

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan."

Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.

Menulis dalam Harakah keluaran terbaru, Hadi berkata matlamat media arus perdana dan Umno ialah untuk memancing undi Melayu Islam yang buta Al Quran bagi PRU ke 13.

"Mereka mahu meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir.

"Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama tetapi kerana kononnya kesalahan berpolitik dalam masjid.

Memisahkan agama dengan politik

"Politik pula dipisahkan dari agama sama seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam," terangnya.

Menurut beliau, ketika Islam dalam keadaan berkuasa di Madinah, Rasulullah saw mengizinkan penganut agama lain hidup dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadikan rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

"Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya," katanya.

Ujar Hadi, "berlaku zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram sehingga Rasulullah saw memberi amaran neraka kepada orang Islam yang mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Beliau lalu memetik ayat 40 dari Surah Al-Hajj, firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah biara- biara serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang didalamnya banyak disebut nama Allah."

Rasulullah saw menafsirkan perintah Allah secara amalan; apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Beliau mengajak umat Islam membuka Al Quran dan mengamati ajaran Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal yang sebenarnya, bukan melalui media dan pengampu di jalanan.


Free Malaysia Today

Mahathir ada 3 Pegawai Media tapi Najib ada 11 Pegawai

Posted: 11 Aug 2011 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir.


Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.


Harakahdaily

264 warga Kemboja dah jadi pengundi hantu..

Posted: 10 Aug 2011 11:40 PM PDT

PETALING JAYA: PAS terus menerus membongkar mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kali ini PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.


"Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut.

Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Abdul Wahid berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 warga asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.


Pengundi Myanmar

Katanya, dari jumlah itu, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

"Dan kita mahu SPR siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional

Sebelum ini ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu itu mendakwa, taktik yang sama digunakan dalam pilihan raya umum 2004 sehingga BN merampas semula kerajaan negeri dari PAS.

Pada pilihan raya umum itu, BN menang 28 dari 32 kerusi DUN, manakala pada pilihan raya 1999 PAS menang 28 dari 32 kerusi.


Free Malaysia Today

Apa hal mamat ni? tak pasal-pasal suruh orang saman dia.

Posted: 10 Aug 2011 09:57 PM PDT

Diam tak diam tiba-tiba timbul Pengerusi KITA Kedah si Zamil ini mencabar Pakatan Rakyat supaya menyaman beliau jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak mempelawa Ku Li..

Nampak macam mencari publisiti murahan saja.. kalau nak saman pun rasanya bukan mamat ini yang memulakan cerita tapi Zahrain, mamat ni sekadar tukang sampuk saja.


Bila Zahrain dah mula cerita baru dia tambah perisa.. Jadi buat apa Pakatan Rakyat nak buang masa layan dia ni..

Kalau bukan mencari publisiti murahan, mungkin nak mencari sedikit duit raya.. maklumlah jadi Pengerusi KITA banyak duit dah habis..

Zamil cabar pembangkang saman

SUNGAI PETANI 10 Ogos - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar parti pembangkang menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pembangkang tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu, mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman. Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pembangkang memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Blogger Pro UMNO bakal di saman Shuhardi Mat Isa

Posted: 10 Aug 2011 09:13 PM PDT

Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

Panas bontotlah Blogger Pro UMNO kali ini.. korang mungkin boleh remove artikel tapi cache tetap ada..


Tapi macam biasalah.. jika ramai yang disaman.. pasti ramai yang tak mengaku Blog tersebut milik atau kelolaan mereka.. macam ada sorang Blogger Pro UMNO tu.. apakenama tah.. Ruang?? Ruang jamban kot..buat artikel memburukkan seorang pemimpin dari PAS macam kisah benar..

Tapi bila disaman kerana artikel itu adalah fitnah baru-baru ini.. bermati-matian tak mengaku blog itu miliknya.. dasar pengecut..

You can run.. but you can't hide Bro.. when the time is come the entire world will know who you are...


'Pelakon' Baharudin mahu saman penulis blog

Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.

Sebelum ini, Shuhardi - peserta perhimpunan BERSIH - dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pihak berkuasa juga pada 2 Ogos lalu dilapor merakam kenyataan Shuhardi dan aktivis usahawan Islam itu mengaku memberikan kerjasama penuh dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shuhardi berkata, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.

"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop)

Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".

Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.

Malaysiakini

PANAS! Bank Negara Guna Konsultan Israel ?

Posted: 10 Aug 2011 06:27 PM PDT

Pentadbiran Najib dikatakan mengguna pakai Khidmat nasihat dari APCO yang mempunyai kaitan dengan Israel tau Yahudi dan beberapa hari yang lalu pula PERKASA membuat laporan Polis mendesak agar siasatan dibuat berikutan dakwaan oleh beberapa blog pro UMNO yang mengatakan Israel terlibat dalam pembangunan sistem komunikasi PDRM..

Pasal sistem komunikasi tu.. PERKASA atau blogger PRro UMNO tu dah ketinggalan keretapi pasal isu ini telah dibawa tahun lepas di SINI..

Dan kini.. Kakitangan Bank Negara pula mendakwa Bank Negara Malaysia menggunakan khidmat Israel cuma sedikit musykil ialah pengadu mendakwa Najib tidak tahu.. he..he..he.. mana mungkin Najib tidak tahu..





Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'.

Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.

By: G

Aduan Rakyat.com

Tiada ulasan: